HARI PUTIH DALAM ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.

Apa hari putih ni? Hari tu kena pakai pakaian putih ke??huhu ehh tak lahhh..bagi yang masih belum tahu lagi maksud hari putih ni, ni Yaya nak share lah ni..Yaya pon sebenarnya baru tahu..tahun ni..MasyaAllah..lama dah bergelar Islam tapi baru tahun ni tahu tentang HARI PUTIH dalam Taqwim Islam (Qamariah). Alhamdulillah.Rasa bersyukur sangat, sejak berhijrah kepada yang lebih baik ni, banyak sangat perkara yang sebelum ni Yaya xtau, xpernah ambil tahu pon sekarang setiap hari ada sahaja ilmu-ilmu agama yang dapat Yaya pelajari, ada je ilmu yang bertambah..dapat jugak lah Yaya prakktikkan ilmu yang dapat dan dapat juga sekali berkongsi ilmu dengan para pembaca@blogger yang membaca ni..=)

Berbalik semula tentang HARI PUTIH ni..hari-hari putih ni adalah hari-hari tanggal 13, 14 & 15 SETIAP BULAN..bulan kalendar Islam tau, bukan kalendar yang biasa kita tengok sekarang..contoh macam bulan November 2013 ni..hari putih bagi Bulan Muharram ni kalau mengikut kalendar biasa jatuh pada esok (Ahad) -17 November bersamaan dengan 13 Muharram 1435m, dan begitulah hari seterusnya iaitu 14 dan 15 Muharram iaitu hari Isnin dan Selasa.Haa..paham dah? 
Lagi satu kenapa dipanggil HARI PUTIH? sebab ketiga-tiga malam (13, 14 & 15) tu, bulan sedang mengambang penuh dan cahaya bulan tu memang sangat terang..haaa kalau korang yang selalu termenung kat luar tingkap tiap2 malam tu perasan x time bulan mengambang tu berapa hari bulan? Lau nampak bulan mengambang tu maknanya itu lah waktu atau malam2 di pertengahan bulan..ye

Dan untuk pengetahuan, hari-hari inilah diantara hari-hari yang diSUNATkan untuk berpuasa selain dari puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu yang biasa korang buat tu. Nabi Muhammad SAW selalu berpuasa Isnin dengan Khamis, selain tu berpuasa 3hari setiap bulan (13,14 & 15) dan ada kalanya baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari sepertimana puasa Nabi Daud AS.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15.”  
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Puasa sunat tiga hari setiap pertengahan bulan Hijrah, menyamai puasa setahun sebagaimana hadis riwayat daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak tiga hari, maka ganjarannya adalah puasa setahun.”  
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan r.a. yang menceritakan; “Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 dimana Baginda SAW bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa.” 
(Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah SAW bersabda: “Di syurga ada ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat daripada dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar, untuk mereka yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat ketika orang lain tidur.”  
(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Jom..kita mula amalkan pula puasa 3hari setiap bulan selain puasa sunat Isnin dan Khamis..buat kerana mengikut SUNNAH Nabi dapat pahala tau. InsyaAllah. ^,^ Wallahua'lam..

Sekian, Wassalam =)

Post a Comment

16 Comments

  1. good info..thanks share...btw done klik iklan nuffnang awak huhu

    ReplyDelete
  2. pernah jugak dengar tentang ni.. anyway thanks cik yaya.. nice sharing. :)

    ReplyDelete
  3. bila yaya mention psl hari putih ni, baru la aku teringat psl puasa sunat pada 13,14 ngan15 tuh.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bermanfaat ni yaya..puteri pun baru tau..terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tq for the sharing.. Baru tau juga...

    ReplyDelete
  6. masa sekolah dulu pernah juga belajar mengenai hari putih ini.. perkongsian yang sangat bermanfaat.. bersamalah kita mengamalkan berpuasa.. :D

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, kan..yaya pon sama..
    biase pose Isn ngn Khamis je..=>

    ReplyDelete
  8. kan...Alhamdulillah.kuat lg wat mse ni..
    mse sihat la nak kene rebut buat amalan sunat kan ayie..
    nti da sakit, mpu wat yg wajib je.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Kalau 1 hari je puasa bln putih boleh tak?

    ReplyDelete
  10. boleh.tapi xde dpt la phla puasa 3hari putih tu..hehe
    syarat kena 3 hari bturut..13,14,15 =)

    ReplyDelete