Monday, 30 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...11#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sebelum start baca, nak diberitahu tlebih dahulu bacaan ini adalah KHAS untuk kaum HAWA je ye..kaum adam tu, takat tgok sepintas lalu je xpe ea..da tertengok..nk wt cmne kan...huuu
Yaya nak kongsi skit dengan kaum hawa ni, supaya dalam waktu kita xboleh nk puasa ni, masih boleh melakukan bnyk ibadah..bukan takat 'bercuti' je ok..cume sikit je perkara yg xboleh buat. Jangan malu pula nak baca. Untuk pengetahuan kita bersama.ok. TAKE NOTE ye!

(buku yg yaya beli..huuuu^,^)
Sabda Rasullullah kepada Aishah r.a.: "Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita."
(Riwayat Bukhari)

Sabda Rasullullah pula kepada Fatimah binti Abu Hubaisy."Sekiranya kamu sedang haid, tinggalkanlah solat dan sekiranya darah itu bhenti, mandi dan solat."
( Riwayat Bukhari)

Aktiviti-aktiviti yang tidak dbenarkan untuk wanita haid:
1. Solat - Dilarang sama sekali untuk bersolat jika dilakukan jugak solat itu tidak sah malahan berdosa.
2. Puasa - Diharamkan bpuasa baik yang wajib mahupun sunat. Tapi wajib mengganti puasa yang wajib yang telah ditinggalkan. Sekiranya wanita datang haid ketika sedang berpuasa, puasanya batal sekalipun blaku bbrapa minit menjelang maghrib. Namun, sekiranya dia sudah bersuci sebelum fajar, puasanya sah walaupun dia baru mandi selepas terbit fajar.
3. Tawaf - Dilarang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah baik yg wajib mahupun yg sunat. Tawaf menjadi tidak sah jika dilakukan juga. Tapi masih boleh mlakukan haji yg lain seperti sai di Safa dan Marwa, wuquf d Arafah, bmalam d Mina & mlempar jamrah.
4. Jimak - Dilarang melakukan jimak.
"Mereka bertanya kepadamu bkenaan haid. Katakan,'haid itu adalah kotoran'. Oleh sebab itu, kamu perlu menjauhkan diri daripada wanita pada waktu haid dan jangan kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci."
(Surah al-Baqarah: 222)
5. Membaca al-Quran - para ulama' bnyk berselisih pendapat mengenai larangan membaca al-quran bg kaum hawa yg haid. Menurut pendapat Imam Malik dan Imam Syafie, wanita haid boleh membaca al-quran. Dalilnya adaalah tiada laporan yg sahih bkenaan pengharamn membaca al-quran bg wanita haid.
6. Memegang al-quran - Diharamkan memegang al-quran.
7. Iktikaf - Ummu Athiyah berkata, 
"Kami disuruh mengajak keluar para wanita haid pada hari Aidiladha dan Aidilfitri, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan jemaah kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi, wanita haid perlu menjauhi tempa solat.
(Riwayat Bukhari)

Aktiviti yang dibenarkan semasa haid:
1. Memotong kuku, menyisir atau memotong rambut.
2. Membaca al-quran (ayat-ayat suci)
3. Makan dan minum bersama suami atau lelaki mahramnya.
4. Tidur bersama suami dalam satu selimut.
5. Berkhidmat kepada suami, seperti mcuci kepalanya, menyisir rambut dan merapikannya.
6. Mendengar bacaan al-quran dan mpelajarinya.
7. membaca tasbih, tahlil, tahmid, bismillah & doa2 harian yg lain. (berzikir)
"Perumpamaan antara orang yg berzikir dengan tidak berzikir adalah seperti orang yg hidup dan org yg telah mati."
(Riwayat Bukhari)
8. Menhadiri solat Aidilfitri, Aidiladha tapi tidak boleh ikut bsolat.
9.Bersujud ketika mendengar ayat sajadah.

Amalan pilihan untuk wanita haid:
1. Amalan hati - Menghadirkan keikhlasan dengan ikhlas meninggalkan larangannya. Wanita perlu sedar ketika mereka meninggalkan solat dan puasa, bererti mereka sedang melaksanakan ketaatan kpd Allah. Sekalipun apa yang mereka lakukan adalah meninggalkan larangan, tetapi sudah dikira sedang melakukan ibadah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang pada tubuh dan rupa kalian, tetapi Dia melihat kpd hati dan amal kalian."
(Riwayat Muslim)
2. Berasa diawaso oleh Allah - Apabila rasa diawasi Allah, secara automatik perasaan mahu membuat dosa hilang. Orang yang berasa diawasi Allah juga sedar ada malaikat yang mencatat amalannya.
"(iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan, seorang lagi duduk dsebelah kiri"
(Surah Qaf:17)
3. Muhasabah - Sabda Rasullullah, 
"Orang yang pintar adalah orang yg bmuhasah diri dan beramal untuk bekalan selepas mati."
(Riwayat Tirmizi)
4. Mujahadah - Kesungguhan memerangi atau menahan nafsu melakukan perkara yang tidak dinilai sebagai ibadah.
Firman Allah: "Dan orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, ssungguhnya syurga tempat tinggalnya."
(Surah an-Nazi'at: 40-41)
5. Meniatkan kebiasaan sebagai ibadah 
"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kpd niat dan setiap orang akan dibalas bdasarkan apa yang diniatkan." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Membaca Istighfar pada waktu sahur - Wanita yang sedang haid tetap perlu bangun pada waktu sahur ataupun beberapa minit sebelum waktu subur. Meskipun tidak boleh solat malam, tapi haid tidak menghalanginya daripada mendapat keutamaan beristighfar pada waktu sahur. 
Kenapa waktu sahur?? Kerana waktu sahur adalah waktu paling tepat bagi memohonn keampunan kepada Allah sebagaimana ayatnya:
"(Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, ampuni segala dosa kami dan pelihara kami daripada seksa neraka." (iaitu) orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yg menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur."
(Surah Ali Imran:16-17)

Ada banyak lagi amalan2 yang kita (kaum Hawa ni) boleh lakukan bila tiba waktu 'bercuti" tu..tapi ingat, 'bercuti' tu dari melakukan sstengah perkara yang memang kita xboleh wat, setengah lagi tu amatlah digalakkan. Yang paling penting kita banyakkan berzikir dan mengingati Allah, Insyaallah, Allah itu Maha Adil. akan memberikan apa yang lyak untuk kita dapat malah mungkin lebih lagi. Yang penting, NIAT. =)

Bersambung....

Sekian, Wassalam...

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...10#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Bersambung..
JIHAD
Erti Jihad
Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.
Takrif Jihad

Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:
Sahabat berkata kepada Rasulullah,
 “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”

Yaya nak kongsi lagi ssuatu...yang Yaya baca..dan semua kaum muslim taw tentang peprangan yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W..iaitu BADAR, peperangan pertama umat Islam menentang tentera kafir Quraisy. Yaya bukan nak bcerita, sebab ianya panjang sperti yang korang taw..Yaya taw korang malas nk bce kalo nmpk pnjng2. kann...=) tapi yang nk dkongsi adalah tentang peristiwa menarik disebaliknya:

10 Perkara yang anda ingin tahu tentang Perang Badar
1. Tentera Islam atas arahan Nabi Muhammad telah berhenti di suatu tempat bnama Al Udwatul Dunya, tmpt dsebelah utara Badar. Nabi Muhammad mengarahkan tenteranya berhenti disitu. Namun Khabbab Bin Munzir mcadangkan agar Rasullullah bkhemah sedikit kehadapn shingga smpai ke telaga air air yang paling awl dan pling baik. Cadangan tsebut dterima baik sekali gus mnunjukkan sekalipun Muhammad d angkat sbg Rasul, pndgn orang lain turut dterima pakai.

2. Malam sebelumnya perang, Allah mnurunkan hujan di kawasan pnempatan tentera Islam & mjadikan tanah dkawasan tsebut mampat & memudahkan pergerakan. Hujan yg turun jg memnuhi kolam air sekaligus menambh bekalan air tentera Islam. Tidak di pihak tentera Quraisy, hujan yg lebat mnyebabkan tnh di kwsn mereka bselut lalu mnyukarkan pgerakan.

3. Pada malam sebelum ptempuran Allah mdatangkan rasa mengantuk teramat sangat kpd kumpulan tentera Islam seleps mrka solt malam & bmunajat. Ia btujuan mberikn krehatn yang cukup sblm tentera Islam btempur d medan pperangan. (seperti yg dcerita dalam Surah al-Anfal ayt 11)

4. Nabi Muhammad sebelum bperang pernah bdoa kpd Allah yg bmaksud, "Ya Allah, kalau tentera ini tewas, Engkau tidak akan disembah di bumi ini lagi."

5. Talkala Rasullullah meluruskan barisan tentera, seorang sahabat yg berperut buncit kelihatan terkehadan daripada barisan. Rasullullah mggunakan tongkatnya dgn myentuh perut sahabat bkenaan agar sedikit ke belakang. Bagaimanapun tindakan Rasullullah itu dsahut dgn kata-kata "Wahai pesuruh Allah, engkau telah menyakitiku. Dan aku mahu qisas-membalas balik perbuatanmu" Kebanyakan sahabat merasa marah dengan permintaan sahabat tadi. Namun Rasullullah mberikan tongkatnya kpd sahabat bkenaan dan mbuka belakangnya utk diqisas. Sebaik Rasullullah mbuka belakangnya, sahabt tsebut tiba-tiba mencium belakang Rasullullah shingga para sahabat lain dan Rasullullah terkejut. Dia lantas bkta "Aku rasa aku akan syahid hari ini. Tetapi sebelum syahid, aku ingin mdapatkan kberkatan drpd tubuh kamu."

6. Rasullullah telah mbuat arahan pelik dgn menyuruh tentera Islam duduk berlutut dan menunggu kemaraan tentera Quraisy dan bukannya mara menyerbu sebagaimana lazim dlm medan peperangan. Sebaliknya hanaya perlu menangkis tujahan panah tentera Quraisy dengan perisai. Melainkan tentera Quraisy menyerbu, maka bangunlah dan hadapi mereka secara serentak. Strategi ini dlihat cukup asing bg tentera Quraisy.

7. Dalam menangkis tujahan anak panah, 2 tentera Islam tkene panah lalu mati. Mereka ialah hamba Umar dan sorang lagi Harithah bin Suraiqah. Ibu Harithah dtg kpd Rasullullah dan berkata "Adakah Harithah syahid krn mati sebelum perang bkecamuk? Andai dia dtempatkan disyurga, aku sabar, tetapi jika tidak, aku akan meratapinya dgn sehebat-hebat ratapan. Rasullullah lalu bkta "Wahai Ibu Harithah, bukan 1 syurga ttpi 8 syurga. Harithah memperoleh syurga Firdaus."

8. Tatkala tentera Quraisy menghampiri tentera Islam, Rasullullah mengarahkan tenteranya bangun bertempur lantas berkata, "Demi Allah, tidak seorang pun di kalangan kamu yang dbunuh melainkan masuk syurga yang seluas langit dan bumi."

9. Ketika perang bermula, Rasullullah balik ke khemahnya utk bsolat dan berdoa. Dan ketika bermunajat Rasullulllah mengantukdan terlelap seketika. Saat itulah Rasullullah dberikan khabar gembira lalu dsampaikan kepada Abu Bakar, "Bergembiralah wahai Abu Bakar. Ini Jibril di atas kuda putih mengetuai 1000 malaikat yang beriringan."

10. Nabi Muhammad berkata kepada para sahabat, "Sekiranya engkau ingin tahu mayat yang dibunuh oleh para malaikat, lihatlah kesan terbakar di leher dan ditangannya kerana para malaikat menggunakan pedang dari api neraka."
Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada 2golongan yg telah betemu (btempur). Segolongan bperang pada jalan Allah dan segolongsan lagi kafir dgn mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Ssungguhnya pada yg demikian terdapat pelajaran bg orang2 yg mpuniyai mata hati.."
(Surah Al-Imran: 13)

Subhanallah..Allahhuakbar...semoga yang membaca ni menjadikan ini sebagai ingatan dan utk renungan bersama..

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)

Sunday, 29 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...9#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Sambungan..
SEJARAH BUAH KURMA

Bila masuk bulan puasa, buah yang paling femes mesti kurma kan..tapi jangan xtaw taw sebenarnya tiap dari rumah orang muslim, patut ada buah kurma xkira la bulan pose ke, bukan bulan pose ke yg penting mesti ade..so, Yaya nk share some info. Sharing is caring ritee... ^o^ (info semua di copy dari SINI)

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.

Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah S.A.W. memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah S.A.W. telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan 
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah S.W.T sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam
sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W. bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W. menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah S.A.W. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah SA.W. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah S.A.W. berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

sumber: SINI

Jadi rajin2 la kome makan buah kurma ni..memang bnyk khasiatnye..selain daripada sihat pnyakit mental, dalaman, rohani kita pon terjaga..dripada gnguan@anasir2 yang tak baik...yang penting ikut SUNNAH Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W...semoga ibadah yang kita lakukan dibulan puasa ni lebih dberkati..amin. Insyaallah..^_^


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)


Saturday, 28 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...8#

Assalmmualaikum w.b.t
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan..

Hari ni Yaya nak kongsi plak tips untuk sihat+cergas dalam bulan pose ni..so, xdela kengkawan Yaya sume dalam ni letih+lesu+xbesemangat je kaann...pose2 pon kita kene tunjuk muke 'fresh' n 'beauty' tiap masa ok..kalau boleh bila orang tengok muka kita yang segar tu pon orang tu ragu2.."dia ni pose ke x agaknya..muka segor je..."haha..kan.nak tak,? nak tak? perlu ke tnye bnyk kali..?? =_="
Tips ni gabungan yang Yaya amik dari SINI dan dari Yaya sendiri ok..hehe ;p

Tips Kesihatan Di Bulan Ramadhan

NIAT PUASA
Motivasi yang kuat untuk berpuasa menyebabkan fisik kita siap untuk menghadapi sesuatu yang diakibatkan oleh puasa tersebut. Diketahui bahwa kadar orang yang niat puasa lebih rendah dari orang yang kelaparan. Hal ini krna niat(motivasi) puasa menyebabkan penekanan pusat lapar di otak sehingga kita siap menahan lapar sampai waktu berbuka.

TETAP MAKAN SAHUR

Makan sahur penting bagi kita untuk memperoleh cadangan energi dalam melakukan aktifitas keseharian. Bila tidak sahur seseorang akan mudah menjadi hipoglikimia dimana kadar gula dalam darah turun. Hal ini menyebabkan tubuh cepat menjadi lesu, loyo dan mengantuk, bahkan mudah marah.

HINDARI MAKANAN DAN MINUMAN YANG BANYAK MENGANDUNG GULA SAAT SAHUR
Makanan dan minuman yang terlalu banyak mengandung gula akan memacu tubuh memproduksi insulin untuk segera menetralkan kadar gula dalam darah. Akibatnya rasa lapar akan cepat timbul dan badanpun menjadi cepat lemas dan lesu. Perbanyak makanan yang mengandung protein tinggi karena protein akan diolah lebih lambat dibanding jenis makanan lain.

SEGERA BERBUKA PUASA PADA WAKTUNYA
Segeralah berbuka dengan makanan yang manis (korma) dan secukupnya, makanan yang manis lebih baik untuk usus yang kosong dan lebih cepat diubah menjadi energi. Makan dan minumlah kamu tapi jangan sampai berlebihan.

BEROLAHRAGA DI BULAN RAMADHAN
Salah satu penyabab cepat lelah ketika puasa adalah kebiasaan yang salah ramai-ramai berolahraga sehabis sahur. Waktu yang tepat untuk berolahraga di bulan Ramadhan adalah beberapa jam (1-2 jam) menjelang berbuka puasa dan dianjurkan tidak melakukan olahraga yang terlalu berat.

MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT SELAMA BERPUASA
Ketika puasa semua kegiatan makan dan minum berhenti total sehingga produksi kelenjar air liur mulut berkurang dan mulut menjadi cepat asam dan berbau. Karena itu dianjurkan untuk segera menggosok gigi sehabis makan sahur agar sisa-sisa makanan tidak membusuk di rongga mulut.

Tips dari Yaya:
1) Niat tu sebelum tido la kan..cam biase..tapi untuk pengetahuan korang la kan, kalau kita terlupa baca niat tapi kita bagun pagi untuk sahur, sudah cukup memadai..kita boleh teru untuk berpuasa sebab pe? Sebab, kita da bangun sahur, secara xlangsung kita suda bniat dalam hati bhwa kita makan sahur tu untuk kita bpuasa di siang hari, kalau x, buat pe korang bangun untuk makan sahur??tol x..? -melainkan kalau korang mamai/mimpi smbil bjalan, bleh makan sahur plak tu...itu Yaya xtawla..huhu- Insyaallah, puasa kita tetap dtrima Allah, hanya perlu yakin dan yg penting bgun sahur la..kalo lupa baca niat pastu xsahur lak, memg xpose la korng!  hoho >,<

2) Bila nak sahur, lambatkan waktu sahur..bukan je sebab itu adalah SUNNAH Nabi Muhammad S.A.W., tapi supaya perut kita boleh btahan lama dari lapar..kalau korang jenis malas sahur, cukup bangun sekejap untuk makan kurma dan minum air je..ok.daripada xbgun lgsung..

3) Jangan makan terlalu bnyk masa bsahur...konon alasan xmakan waktu siang..ok! makan dengan banyak+bmacam lauk pauk plak tu, bukn je bleh wat korang btmbh obes (tmbh lemak dlm bdn)..huhu tapi jugak korang akn rase lebih lemah bila hari siang..yolaa..korang da kenyang, pwot penuh, boleh ke nak wat mcm2 aktvti..taw2 je tdo plak tghri..huuu..tp Yaya taw bukn sume cmtu..tp lebh baik elakkan la ye =)

4) Gosok gg tu bila..ada yang masih keliru kan sama ada siang boleh gosok gg atau x..ok Yaya da google, dan menurut sumber yang boleh diercayai, apa hukum mgosok gg ketika berpuasa adalah hukumnya sunat menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari..haaa ok..paham ye anak muridku sekalian..take note ye.! ^_^ supaya 1hari masa kita bpuasa tu, rase lebih ceria dan bsemangat! 

5) Dengar je Azan Maghrib tu, cepat2 la berbuka..TAPI pastikan azan tu sama waktu dengan tempat korang eaa..jangan korang yang ada kat Johor p dengar azan kat KL punye (maksudnye dengar kat TV) sebab tiap tempat kan xsama waktu, ada yang awal sikit, ada yang lewat sikit..ok! batal pose lau TERawal buke sdangkan xazan lagi kt kawasan korang tu..huhu

6) Bila da berbuka tu plak jangan r terus sumbat makanan berlemak kegemaran korang tu..mknla dulu manisan (kurma) terlebih dulu, dengan segelas air putih, lepas tu kalau boleh, solat mgrib dulu, tapi kalau makanan utk brbka da thidang siap ats meja, xpe, makan dlu..tu pon kene beringat, jangan makan terlalu bnyk, konon melepaskan 'geram' ssudah sharian bpuasa,,aip! tu bukan SUNNAH nabi kita yee..Yaya nyer advise, makan sekadar mgsi perot yg kosong..maksudnye dlm kuantiti skit la..nanti pwot pnuh, berat plak nk bribadah malam tu..kan..=)

Amboi, panjang lebor entri Yaya ni..huu..mesti korang malas nk bce kan..xpela..take note mane yg perlu ye..moga bermanfaat..^o^


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)

Friday, 27 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...7#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Sambungan...
Antara 
                PEMARAH                             dan                             PERAMAH                             
Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." 
(HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)

Tetibe je wat entri pasal marah ni napenye..hehe..xde pe..saje je..tipu btol;p Actually baru lihat 2 kejadian diatas semalam..jumpa kt bazaar ramadhan..antara orang yang marah dengan yang ramah..jumpe 2-2 lak tu...huu.mula2 jumpa yang peramah..xtawla nak cakap peramah ke x..tapi pakcik tu jenis yang suka bercakap sampai orang nak xnk layan dia..hehe..tapi bukn orang kurang siuman taw.. Masa dia bcakap tu Yaya dengar n senyum je la..dia cakap pasal cucu dia..balik kt umah, mase tu kami tengah beli makanan..pakcik tu nampak seronok betul mase tengah beli makanan tu, beli untuk cucu dia katenye..waahh untungla ade atuk cmni..heee ^,^ tapi makcik yang jual makanan tu cam xmau layan dia cakap..muke pun xde kemanisan..huhu..mungkin makcik tu penat kot..kan..siapkan makanan sume..orang datang pon ble tahan jugakla..

Tapi time Yaya nak balik terjumpe orang yang pemarah pulak..huhu..ala bukan pemarah kot tapi orang tu, dia geram,..geram sebab pe..? Sebab tempat dia nak buka gerai ade moto parking kat citu jadi dia terpaksa buka lambat sikit..masa tu da kol 5.35 lebih kot..lepas moto tu kua parking tetibe je dengor macam pakcik tu letak meja gerai dia dengan kuat..tanda lepas geram la tu kot..huuu ;p

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

Haii...bulan2 pose ni janganlah mara pakcik...kurang pahala puasa tu nanti....banyakkan bersabar..tu semua kan dugaan..pada kawan2 kua sekalian, termasuk Cik Yaya yang tengah menaip ni jangan marah2 dalam bulan pose ni ye, bersabarlah kerana dengan bersabar itu akan menambah pahala puasa kita, kalau time xpuasa pon dapat pahala jugak..=D
“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146



Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)

Thursday, 26 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...6#

Assalammualaikum w.b.t.

Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan....


PUASA YANG SIA-SIA

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Berapa banyak orang yang berpuasa tapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga."
(Riwayat Ibnu Majah)

Banyak dari kita mungkin ada yang xsedar..bhwa puasa mereka tu kebanyakannya menjadi sia-sia..kenapa? SOLAT...! 
Solat tu rukun Islam ke-2..ianya WAJIB, sehari semalam 5waktu..macam tu juga dengan puasa...tapi berapa ramai yang tahu...? Memang semua tahu, tapi ramai yang buat xtahu..xboleh nak salahkan orang tu juga sebab kadang2 kesalahan pada ibu bpa sendri yang didik anak dorang dari kecil. Ramai yang mengajar anak bpuasa dahulu daripada solat..sedangkan mereka xtahu, tanpa solat, puasa itu hanyala akn menjadi sia-sia..solat tu kan TIANG AGAMA..Jadi pada ibu bapa sekalian atau yang bakal menjadi ibu bapa (korang yang belum kawen tu laaa), jaga solat dahulu baru dapat jaga puasa. Okeyh!

Selain tu pun, kalau solat dah jaga, tapi anggota badan xjga xelok jugak kan...mulut tu dok pot pet pot pet ngumpat owg, dengo org ngumpat...ish3..jaga jugak ok..agak2 lau ade anggota badan tu nk wat dosa, cepat2 Istghfr bebanyak dan cakap.."Aku sedang berpuasa.."..Insyaallah...anggota bdn kita akn jauhkan diri dari membuat perkara yang sia2 yang boleh buat 'markah' puasa kita turun..^_^
Pendek kata, sempurnakan solat kita, sikap kita dahulu baru boleh sempurnakan puasa..Insyaallah puasa kita xkan menjadi sia2 malah diberkati dan diredhai Allah SWT..amin..mudah-mudahan ye kawan2 ku sekalian..

p/s: peringatan ini khas dari saya untuk kengkawan saye ni dan untuk diri sendri juga..kengkadang pon bole tlalai jugak..huuu, bnykkan selawat yee.

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)

Tuesday, 24 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...4#


Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan...

Hari ni Yaya nak update plak entri pasal perkara yang membatalkan atau makruh dibuat dalam bulan puasa..hehe..yela..lagii..tentang puasa..sharing is caring ;p

Rasulullah s.a.w bersabda:
"مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَعَرَفَ حُدُوْدَهُ، وَتَحَفَّظَ مِمَّا يَنْبَغِيْ أَنْ يَتَحَفَّظَ، كَفَّرَ مَا قَبْلَهُ .."
"Barangsiapa mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu .. 

Orang yang mengerjakan puasa xkira wajib atau sunat - selain daripada dituntut mengerjakannya berdasarkan ikhlas semata-mata, kita pun kene tahu jugak mengenai hukum-hukum syarak, sebab dengan itu je la ia dapat menjaga diri dan mengawal hawa nafsu daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasa atau merosakkan pahala.

Menurut huraian ulama' rahimahumullah, perkara-perkara yang membatalkan puasa terbahagi dua.

Pertama - yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya sahaja.
Kedua - yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya serta dikenakan kifarat (denda).

Yang Membatalkan Puasa Dan Diwajibkan Mengqadhanya Sahaja:
1)      Makan atau minum dengan sengaja

Jika orang yang sedang berpuasa, makan atau minum kerana lupa, xpe,itu tidak membatalkan puasa. Sebab ada diterangkan dalam hadith berikut:

30- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ. (رواه مسلم)
30- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya Allah jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Macam tu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, kalau dilakukan secara tidak sengaja, samada lupa atau kerana dipaksa & sebagainya, tidak membatalkan puasa.

Selain tu,
3) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan SENGAJA, sama ada melalui lubang telinga, lubang susu, lubang kemaluan dan sebagainya dan sama ada benda itu cair atau beku.
4) Muntah dengan SENGAJA.
5) Mengeluarkan mani dengan SENGAJA.
6) Kedatangan haid.
7) Nifas (beranak).
8) Mabuk sepanjang hari.
9) Pengsan sepanjang hari.
(10) Gila walau sekejap.
(11) Melakukan sesuatu yang membinasakan Islam - yang menyebabkan orang itu menjadi murtad, sama ada dengan tutur kata - pengakuan atau dengan amal perbuatan ataupun dengan cita-cita dan iktikad kepercayaan.

Membatalkan Puasa Dan Mewajibkan Qadha dan Kifarat

Bahagian kedua pula ialah: Perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya serta dikenakan membayar kifarat (denda), iaitu: Orang yang berpuasa yang bersetubuh dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Hukum atau caranya, selain daripada diwajibkan mengqadha puasanya, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba abdi. Jika tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak terdaya melakukannya, hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin.

Jika ia tidak mampu juga memberi makan enam puluh orang miskin maka ia tidak terlepas daripada menanggung " kifarah" itu dan ia diwajibkan membayarnya apabila ia mampu kelak.

Hanya orang lelaki yang diwajibkan membayar "kifarah" disertakan dengan qadha sehari, sementara isteri yang disetubuhi tidak dikenakan kifarah tetapi diwajibkan mengqadha puasanya sahaja

Antara beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa :

1) Gosok gigi selepas gelincir matahari.Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda maksudnya: 
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." 
 - ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-

2) Merasa makanan dengan lidah.
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makruh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi.
Abbas r.a berkata maksudnya: 
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." 
 - (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3) Mencium atau mengucup isteri.Jika sentuhan biasa seperti isteri cium tangan suami adalah dibenarkan.Sentuhan berlebihan seperti bercium adalah makruh kerana dibimbangi gagal menahan nafsu.

4) Mandi atau tidur berlebihan.Hukum mandi ketika berpuasa adalah harus jika ingin menyegarkan tubuh.Tetapi mandi terlalu lama atau kerap mandi menjadi makruh kerana dibimbangi air akan masuk ke dalam rongga badan.Tidur sekejap juga dibenarkan jika untuk berehat.Tidur terlalu lama menjadi makruh kerana melemahkan badan dan jika banyak tidur,kuranglah berbuat ibadah.

4) Mengeluarkan darah seperti berbekam,derma darah dan lainnya.Perbuatan ini makruh dilakukan ketika berpuasa kerana melemahkan tubuh.adapun jika ada keperluan mendesak seperti derma darah pada mangsa kemalangan dibolehkan untuk menyelamatkan nyawa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

5) Berkumur secara berlebihan.Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.hukumnya sama dengan situasi menggosok gigi.
Berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi)


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)




Monday, 23 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN..3#

Assalammualaikum w.b.t.

Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan
keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan,
demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam”. amin..

Sambungan..

Alhamdulillah..sudah hari ke-3 kita berpuasa..Yaya still masih mencari sebarang info tentang bulan Ramadhan ni untuk pengetahuan kita bersama...sharing is caring kan..hehe asyik ayat tu je..;p Dan kali ni, Yaya nak share sikit tentang berbuka..bukan pasal nak buka apa, juadah apa, tapi tentang KENYANG!^_^
Sebab bukan apa, tentu ramai da sekarang yang berhati2 bila membeli atau memasak juadah untuk berbuka, kan. Pada yang beli cukup2 isi pewot tu Alhamdulillah lah kan.Tapi yang masih xsedo2 diri tu..huhu..belanje ikut suke..even beli sikit tp jenisnye banyak,..rasenye sama je la..

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada diri dia kerana kekenyangan adalah PUNCA kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..maksud taat adalah, disebabkan buka dulu baru solat, bila makan xingat dunia tu haaa..dah dekat kol 8mlm nak dekat Isyak lah baru nak berhenti makan..dan agknye baru sedar masa maghrib tu da blalu, dah nk hbis pon..bukan ke perkara2 mcm tu akan buat hati kita btambah lalai..?? Ikut sunnah Rasulullah SAW, dengar je azan, segerakan berbuka, minum air dan makan kurma terlbih dulu, lepas tu solt mgrib..lepas solt, nk smbung makan, smbungla..ini untuk mengelak kita terlepas dari waktu maghrib..renung2kan ye kengkawan..=) 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Takungan yang tidak elok yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya.. "
(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi) 

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: 
“Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.” 

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

Dibulan yang mulia ni janganlah anggap puasa ni mcm satu bebanan. Napa Yaya cakap cmni? Sebab terkilan sikit dengan kwn2 dlm FB yang update status dorang..ada yg merungut lapar la..ada yang tengah menghitung waktu nak berbuka la...xkurang jugak yg update tgh shopping bli bju raya..-_-" Yaya xfaham..kenapa perlu macam tu..sedih pon ade..even walau dorang saje2 update status cmtu, tp jgalah ayat tu..ni x..tu lah, masa bulan Rejab dengan Syaaban datang xnk pose, kan dah xtahan.! >,< pose baru 3hari dah macam ni..hello, this is Ramadhan! Allah sendiri yg mhitung bpe bnyk phla yg kita dapat..dan ianya hanya diketahui oleh Allah SWT..masa yg ade perlu hargai..jangan sampai kita menyesal membiarkan bulan yang penuh rahmat dan berkat ni berlalu mcm tu je dengan sia2..sayang taw...ish!kan dah nak emo dah Yaya ni..huhu.

Ok..Yaya bukan marah, just nak saling mengingatkan satu sama lain..sebab Yaya bukanlah perfect..mcm la diri bgus sgt nk nasihat org plak kan..tp Alhamdulillah, Yaya antara golongan yg bru sedar akan kepentingan Ramadhan ni..jadi xnk kwan2 lain lalai mcm Yaya dulu..biarkan je Ramadhan berlalu pergi dengan sia2..tnpa buat apa2..sibuk nak raye je..uhuhu..mungkin sedar yang dunia ni hnye hiburan sementara..yg lebih bnyk melalaikan jika tnpa IMAN..

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Akan bersambung...

Sekian, Wassalam..=


Sunday, 22 July 2012

RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...2#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..


Yaya nak share jugak dengan kengkawan blog Yaya ni..tentang Ramadhan..hadis2 sahih, amalan2 yang patut dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ni..even walau ada yang dah tahu pun,xpe..kita rewind and remind semula..=) Same2 lah kita tingkatkan amalan ibadah kita sempena bulan mulia ni ok! ^_^

Antara hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala/redha daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum– no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata:
“ Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan tutuplah semau pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan, hampirlah kamu, Wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam (Ramadhan).
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Antara amalan ibadah:
1. Solat sunat Tarawih

2. Solat-solat sunat lain (Tahajjud, Hajat, Taubat, Awwabin dll.)
3. Saling membantu sesama Islam. Contoh; sedekah.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca Tahlil, (Syahadah, berzikir, bertasbih dll.) & membaca Al-Quran.
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahal ibadah kita. (ni termasuk jgn mengumpat, bergaduh, boros, fitnah, tipu dll. =)
Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Akan bersambung...

Sekian, Wassalam..=)

Popular Posts