RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...10#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Bersambung..
JIHAD
Erti Jihad
Perkataan jihad itu adalah berasal dari bahasa Arab iaitu dari perkataan jahada, yajhadu, juhdan, atau jahdan atau jihaadan. Maksud jahada ialah bersungguh-sungguh menggunakan tenaga. Erti jihad dari segi bahasa pula ialah bersungguh-sungguh yang termampu mungkin mengumpulkan semua kekuatan tenaga sama ada dalam diri (akal, roh, jiwa, fizikal) mahupun di luar diri (duit ringgit, kekayaan, aset dan sebagainya). Itu erti jihad.
Takrif Jihad

Pernah dalam satu pertemuan antara Rasulullah dan Sahabat berlakulah dialog yang lebih kurangnya begini:
Sahabat berkata kepada Rasulullah,
 “Wahai Rasulullah, apakah seorang yang berjuang kerana marahkan sesuatu puak itu dikatakan jihad fisabilillah?”
“Tidak. Itu tidak termasuk jihad fisabilillah.”
“Apakah seorang yang berjuang kerana tunjuk berani itu jihad fisabilillah?” tanya Sahabat lagi.

“Tidak,” jawab Rasulullah.
“Apakah berjuang fisabilillah itu berjihad kerana bangsa?”
“Bukan.”
“Kalau begitu, ya Rasulullah, apa itu jihad fisabilillah?”
“Berjihad fisabilillah itu ialah berjuang di jalan Allah untuk menegakkan kalimah Allah hingga menjadi tinggi. Jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah.”

Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu adalah dari satu kalimah iaitu: “Asyhadu allaa ilaaha ilallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.”

Yaya nak kongsi lagi ssuatu...yang Yaya baca..dan semua kaum muslim taw tentang peprangan yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W..iaitu BADAR, peperangan pertama umat Islam menentang tentera kafir Quraisy. Yaya bukan nak bcerita, sebab ianya panjang sperti yang korang taw..Yaya taw korang malas nk bce kalo nmpk pnjng2. kann...=) tapi yang nk dkongsi adalah tentang peristiwa menarik disebaliknya:

10 Perkara yang anda ingin tahu tentang Perang Badar
1. Tentera Islam atas arahan Nabi Muhammad telah berhenti di suatu tempat bnama Al Udwatul Dunya, tmpt dsebelah utara Badar. Nabi Muhammad mengarahkan tenteranya berhenti disitu. Namun Khabbab Bin Munzir mcadangkan agar Rasullullah bkhemah sedikit kehadapn shingga smpai ke telaga air air yang paling awl dan pling baik. Cadangan tsebut dterima baik sekali gus mnunjukkan sekalipun Muhammad d angkat sbg Rasul, pndgn orang lain turut dterima pakai.

2. Malam sebelumnya perang, Allah mnurunkan hujan di kawasan pnempatan tentera Islam & mjadikan tanah dkawasan tsebut mampat & memudahkan pergerakan. Hujan yg turun jg memnuhi kolam air sekaligus menambh bekalan air tentera Islam. Tidak di pihak tentera Quraisy, hujan yg lebat mnyebabkan tnh di kwsn mereka bselut lalu mnyukarkan pgerakan.

3. Pada malam sebelum ptempuran Allah mdatangkan rasa mengantuk teramat sangat kpd kumpulan tentera Islam seleps mrka solt malam & bmunajat. Ia btujuan mberikn krehatn yang cukup sblm tentera Islam btempur d medan pperangan. (seperti yg dcerita dalam Surah al-Anfal ayt 11)

4. Nabi Muhammad sebelum bperang pernah bdoa kpd Allah yg bmaksud, "Ya Allah, kalau tentera ini tewas, Engkau tidak akan disembah di bumi ini lagi."

5. Talkala Rasullullah meluruskan barisan tentera, seorang sahabat yg berperut buncit kelihatan terkehadan daripada barisan. Rasullullah mggunakan tongkatnya dgn myentuh perut sahabat bkenaan agar sedikit ke belakang. Bagaimanapun tindakan Rasullullah itu dsahut dgn kata-kata "Wahai pesuruh Allah, engkau telah menyakitiku. Dan aku mahu qisas-membalas balik perbuatanmu" Kebanyakan sahabat merasa marah dengan permintaan sahabat tadi. Namun Rasullullah mberikan tongkatnya kpd sahabat bkenaan dan mbuka belakangnya utk diqisas. Sebaik Rasullullah mbuka belakangnya, sahabt tsebut tiba-tiba mencium belakang Rasullullah shingga para sahabat lain dan Rasullullah terkejut. Dia lantas bkta "Aku rasa aku akan syahid hari ini. Tetapi sebelum syahid, aku ingin mdapatkan kberkatan drpd tubuh kamu."

6. Rasullullah telah mbuat arahan pelik dgn menyuruh tentera Islam duduk berlutut dan menunggu kemaraan tentera Quraisy dan bukannya mara menyerbu sebagaimana lazim dlm medan peperangan. Sebaliknya hanaya perlu menangkis tujahan panah tentera Quraisy dengan perisai. Melainkan tentera Quraisy menyerbu, maka bangunlah dan hadapi mereka secara serentak. Strategi ini dlihat cukup asing bg tentera Quraisy.

7. Dalam menangkis tujahan anak panah, 2 tentera Islam tkene panah lalu mati. Mereka ialah hamba Umar dan sorang lagi Harithah bin Suraiqah. Ibu Harithah dtg kpd Rasullullah dan berkata "Adakah Harithah syahid krn mati sebelum perang bkecamuk? Andai dia dtempatkan disyurga, aku sabar, tetapi jika tidak, aku akan meratapinya dgn sehebat-hebat ratapan. Rasullullah lalu bkta "Wahai Ibu Harithah, bukan 1 syurga ttpi 8 syurga. Harithah memperoleh syurga Firdaus."

8. Tatkala tentera Quraisy menghampiri tentera Islam, Rasullullah mengarahkan tenteranya bangun bertempur lantas berkata, "Demi Allah, tidak seorang pun di kalangan kamu yang dbunuh melainkan masuk syurga yang seluas langit dan bumi."

9. Ketika perang bermula, Rasullullah balik ke khemahnya utk bsolat dan berdoa. Dan ketika bermunajat Rasullulllah mengantukdan terlelap seketika. Saat itulah Rasullullah dberikan khabar gembira lalu dsampaikan kepada Abu Bakar, "Bergembiralah wahai Abu Bakar. Ini Jibril di atas kuda putih mengetuai 1000 malaikat yang beriringan."

10. Nabi Muhammad berkata kepada para sahabat, "Sekiranya engkau ingin tahu mayat yang dibunuh oleh para malaikat, lihatlah kesan terbakar di leher dan ditangannya kerana para malaikat menggunakan pedang dari api neraka."
Firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada 2golongan yg telah betemu (btempur). Segolongan bperang pada jalan Allah dan segolongsan lagi kafir dgn mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Ssungguhnya pada yg demikian terdapat pelajaran bg orang2 yg mpuniyai mata hati.."
(Surah Al-Imran: 13)

Subhanallah..Allahhuakbar...semoga yang membaca ni menjadikan ini sebagai ingatan dan utk renungan bersama..

Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)

Post a Comment

2 Comments