Doa Ramadhan
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sebelum start baca, nak diberitahu tlebih dahulu bacaan ini adalah KHAS untuk kaum HAWA je ye..kaum adam tu, takat tgok sepintas lalu je xpe ea..da tertengok..nk wt cmne kan...huuu
(buku yg yaya beli..huuuu^,^)
Sabda Rasullullah kepada Aishah r.a.: "Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita."
(Riwayat Bukhari)
Sabda Rasullullah pula kepada Fatimah binti Abu Hubaisy."Sekiranya kamu sedang haid, tinggalkanlah solat dan sekiranya darah itu bhenti, mandi dan solat."
( Riwayat Bukhari)
Aktiviti-aktiviti yang tidak dbenarkan untuk wanita haid:
1. Solat - Dilarang sama sekali untuk bersolat jika dilakukan jugak solat itu tidak sah malahan berdosa.
2. Puasa - Diharamkan bpuasa baik yang wajib mahupun sunat. Tapi wajib mengganti puasa yang wajib yang telah ditinggalkan. Sekiranya wanita datang haid ketika sedang berpuasa, puasanya batal sekalipun blaku bbrapa minit menjelang maghrib. Namun, sekiranya dia sudah bersuci sebelum fajar, puasanya sah walaupun dia baru mandi selepas terbit fajar.
3. Tawaf - Dilarang melakukan tawaf mengelilingi Kaabah baik yg wajib mahupun yg sunat. Tawaf menjadi tidak sah jika dilakukan juga. Tapi masih boleh mlakukan haji yg lain seperti sai di Safa dan Marwa, wuquf d Arafah, bmalam d Mina & mlempar jamrah.
4. Jimak - Dilarang melakukan jimak.
"Mereka bertanya kepadamu bkenaan haid. Katakan,'haid itu adalah kotoran'. Oleh sebab itu, kamu perlu menjauhkan diri daripada wanita pada waktu haid dan jangan kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci."
(Surah al-Baqarah: 222)
5. Membaca al-Quran - para ulama' bnyk berselisih pendapat mengenai larangan membaca al-quran bg kaum hawa yg haid. Menurut pendapat Imam Malik dan Imam Syafie, wanita haid boleh membaca al-quran. Dalilnya adaalah tiada laporan yg sahih bkenaan pengharamn membaca al-quran bg wanita haid.
6. Memegang al-quran - Diharamkan memegang al-quran.
7. Iktikaf - Ummu Athiyah berkata,
"Kami disuruh mengajak keluar para wanita haid pada hari Aidiladha dan Aidilfitri, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan jemaah kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi, wanita haid perlu menjauhi tempa solat.
(Riwayat Bukhari)
Aktiviti yang dibenarkan semasa haid:
1. Memotong kuku, menyisir atau memotong rambut.
2. Membaca al-quran (ayat-ayat suci)
3. Makan dan minum bersama suami atau lelaki mahramnya.
4. Tidur bersama suami dalam satu selimut.
5. Berkhidmat kepada suami, seperti mcuci kepalanya, menyisir rambut dan merapikannya.
6. Mendengar bacaan al-quran dan mpelajarinya.
7. membaca tasbih, tahlil, tahmid, bismillah & doa2 harian yg lain. (berzikir)
"Perumpamaan antara orang yg berzikir dengan tidak berzikir adalah seperti orang yg hidup dan org yg telah mati."
(Riwayat Bukhari)
8. Menhadiri solat Aidilfitri, Aidiladha tapi tidak boleh ikut bsolat.
9.Bersujud ketika mendengar ayat sajadah.
Amalan pilihan untuk wanita haid:
1. Amalan hati - Menghadirkan keikhlasan dengan ikhlas meninggalkan larangannya. Wanita perlu sedar ketika mereka meninggalkan solat dan puasa, bererti mereka sedang melaksanakan ketaatan kpd Allah. Sekalipun apa yang mereka lakukan adalah meninggalkan larangan, tetapi sudah dikira sedang melakukan ibadah.
"Sesungguhnya Allah tidak memandang pada tubuh dan rupa kalian, tetapi Dia melihat kpd hati dan amal kalian."
(Riwayat Muslim)
2. Berasa diawaso oleh Allah - Apabila rasa diawasi Allah, secara automatik perasaan mahu membuat dosa hilang. Orang yang berasa diawasi Allah juga sedar ada malaikat yang mencatat amalannya.
"(iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan, seorang lagi duduk dsebelah kiri"
(Surah Qaf:17)
3. Muhasabah - Sabda Rasullullah,
"Orang yang pintar adalah orang yg bmuhasah diri dan beramal untuk bekalan selepas mati."
(Riwayat Tirmizi)
4. Mujahadah - Kesungguhan memerangi atau menahan nafsu melakukan perkara yang tidak dinilai sebagai ibadah.
Firman Allah: "Dan orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, ssungguhnya syurga tempat tinggalnya."
(Surah an-Nazi'at: 40-41)
5. Meniatkan kebiasaan sebagai ibadah
"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kpd niat dan setiap orang akan dibalas bdasarkan apa yang diniatkan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Membaca Istighfar pada waktu sahur - Wanita yang sedang haid tetap perlu bangun pada waktu sahur ataupun beberapa minit sebelum waktu subur. Meskipun tidak boleh solat malam, tapi haid tidak menghalanginya daripada mendapat keutamaan beristighfar pada waktu sahur.
Kenapa waktu sahur?? Kerana waktu sahur adalah waktu paling tepat bagi memohonn keampunan kepada Allah sebagaimana ayatnya:
"(Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, ampuni segala dosa kami dan pelihara kami daripada seksa neraka." (iaitu) orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yg menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur."
(Surah Ali Imran:16-17)
Ada banyak lagi amalan2 yang kita (kaum Hawa ni) boleh lakukan bila tiba waktu 'bercuti" tu..tapi ingat, 'bercuti' tu dari melakukan sstengah perkara yang memang kita xboleh wat, setengah lagi tu amatlah digalakkan. Yang paling penting kita banyakkan berzikir dan mengingati Allah, Insyaallah, Allah itu Maha Adil. akan memberikan apa yang lyak untuk kita dapat malah mungkin lebih lagi. Yang penting, NIAT. =)
Bersambung....
Sekian, Wassalam...
2 Comments
bagus gak buku ni ek. banyak yang kita tak tau & konfius sebenarnya. tq yaya share info. nak cari jugak buku ni. ;)
ReplyDeleteye...welcome..^,^
Delete