RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...9#

Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..

Sambungan..
SEJARAH BUAH KURMA

Bila masuk bulan puasa, buah yang paling femes mesti kurma kan..tapi jangan xtaw taw sebenarnya tiap dari rumah orang muslim, patut ada buah kurma xkira la bulan pose ke, bukan bulan pose ke yg penting mesti ade..so, Yaya nk share some info. Sharing is caring ritee... ^o^ (info semua di copy dari SINI)

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.

Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah S.A.W. memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah S.A.W. telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan 
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah S.W.T sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam
sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W. bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W. menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah S.A.W. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah SA.W. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah S.A.W. berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

sumber: SINI

Jadi rajin2 la kome makan buah kurma ni..memang bnyk khasiatnye..selain daripada sihat pnyakit mental, dalaman, rohani kita pon terjaga..dripada gnguan@anasir2 yang tak baik...yang penting ikut SUNNAH Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W...semoga ibadah yang kita lakukan dibulan puasa ni lebih dberkati..amin. Insyaallah..^_^


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan

memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)
Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)


Post a Comment

12 Comments

  1. banyak khasiat buah kurma ni kan. suka mkn kurma time berbuka & sahur. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaya pon..sblm time pose lg pon suke makan..
      cube amalkan..baik utk kshtn..^,^

      Delete
  2. kurma ni byk khasiat.. klau ada diabetes, bg mkn kurma sbgai ganti gula ^^

    ReplyDelete
  3. saya suka kurma... tak miss ari2 makan time berbuka... lani kuih raya kurma pon dah... sooo.. jom serbu buah kurma :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..btol2..kue rye fevret pon kurma..^,^

      Delete
  4. sy x makan kurma,,tp kalau air yang dicampur dgn jus kurma,boleh minum..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jinak2kanlah diri untuk makan..huhu
      bnyk khasiatnyer...=)

      Delete
  5. Dulu memang tak suka langsung biah kurma, tapi haritu start makan rasa best gak - rasa macam cokelat haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rase cokelat?? huh..xpela jnji makan jgk..^,^

      Delete
  6. kurma bagusss...makn banyak2 pun tak jemu :D

    ReplyDelete