RAMADHAN YA NUR RAMADHAN...4#


Assalammualaikum w.b.t.
Doa Ramadhan 
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”. amin..
Sambungan...

Hari ni Yaya nak update plak entri pasal perkara yang membatalkan atau makruh dibuat dalam bulan puasa..hehe..yela..lagii..tentang puasa..sharing is caring ;p

Rasulullah s.a.w bersabda:
"مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَعَرَفَ حُدُوْدَهُ، وَتَحَفَّظَ مِمَّا يَنْبَغِيْ أَنْ يَتَحَفَّظَ، كَفَّرَ مَا قَبْلَهُ .."
"Barangsiapa mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu .. 

Orang yang mengerjakan puasa xkira wajib atau sunat - selain daripada dituntut mengerjakannya berdasarkan ikhlas semata-mata, kita pun kene tahu jugak mengenai hukum-hukum syarak, sebab dengan itu je la ia dapat menjaga diri dan mengawal hawa nafsu daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasa atau merosakkan pahala.

Menurut huraian ulama' rahimahumullah, perkara-perkara yang membatalkan puasa terbahagi dua.

Pertama - yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya sahaja.
Kedua - yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya serta dikenakan kifarat (denda).

Yang Membatalkan Puasa Dan Diwajibkan Mengqadhanya Sahaja:
1)      Makan atau minum dengan sengaja

Jika orang yang sedang berpuasa, makan atau minum kerana lupa, xpe,itu tidak membatalkan puasa. Sebab ada diterangkan dalam hadith berikut:

30- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ. (رواه مسلم)
30- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya Allah jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Macam tu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, kalau dilakukan secara tidak sengaja, samada lupa atau kerana dipaksa & sebagainya, tidak membatalkan puasa.

Selain tu,
3) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan SENGAJA, sama ada melalui lubang telinga, lubang susu, lubang kemaluan dan sebagainya dan sama ada benda itu cair atau beku.
4) Muntah dengan SENGAJA.
5) Mengeluarkan mani dengan SENGAJA.
6) Kedatangan haid.
7) Nifas (beranak).
8) Mabuk sepanjang hari.
9) Pengsan sepanjang hari.
(10) Gila walau sekejap.
(11) Melakukan sesuatu yang membinasakan Islam - yang menyebabkan orang itu menjadi murtad, sama ada dengan tutur kata - pengakuan atau dengan amal perbuatan ataupun dengan cita-cita dan iktikad kepercayaan.

Membatalkan Puasa Dan Mewajibkan Qadha dan Kifarat

Bahagian kedua pula ialah: Perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya serta dikenakan membayar kifarat (denda), iaitu: Orang yang berpuasa yang bersetubuh dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Hukum atau caranya, selain daripada diwajibkan mengqadha puasanya, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba abdi. Jika tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak terdaya melakukannya, hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin.

Jika ia tidak mampu juga memberi makan enam puluh orang miskin maka ia tidak terlepas daripada menanggung " kifarah" itu dan ia diwajibkan membayarnya apabila ia mampu kelak.

Hanya orang lelaki yang diwajibkan membayar "kifarah" disertakan dengan qadha sehari, sementara isteri yang disetubuhi tidak dikenakan kifarah tetapi diwajibkan mengqadha puasanya sahaja

Antara beberapa perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa :

1) Gosok gigi selepas gelincir matahari.Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda maksudnya: 
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." 
 - ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-

2) Merasa makanan dengan lidah.
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makruh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi.
Abbas r.a berkata maksudnya: 
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." 
 - (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3) Mencium atau mengucup isteri.Jika sentuhan biasa seperti isteri cium tangan suami adalah dibenarkan.Sentuhan berlebihan seperti bercium adalah makruh kerana dibimbangi gagal menahan nafsu.

4) Mandi atau tidur berlebihan.Hukum mandi ketika berpuasa adalah harus jika ingin menyegarkan tubuh.Tetapi mandi terlalu lama atau kerap mandi menjadi makruh kerana dibimbangi air akan masuk ke dalam rongga badan.Tidur sekejap juga dibenarkan jika untuk berehat.Tidur terlalu lama menjadi makruh kerana melemahkan badan dan jika banyak tidur,kuranglah berbuat ibadah.

4) Mengeluarkan darah seperti berbekam,derma darah dan lainnya.Perbuatan ini makruh dilakukan ketika berpuasa kerana melemahkan tubuh.adapun jika ada keperluan mendesak seperti derma darah pada mangsa kemalangan dibolehkan untuk menyelamatkan nyawa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
(Hadis riwayat Bukhari)

5) Berkumur secara berlebihan.Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.hukumnya sama dengan situasi menggosok gigi.
Berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi)


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Akan bersambung..

Sekian, Wassalam..=)




Post a Comment

4 Comments