Saturday, 28 December 2013

KEK BATIK EXPRESS

Assalammualaikum w.b.t.

Kek pon ada jugak yang express ke? huhu..xdela..sesajeee je Yaya tambah express tu, sebab memang time Yaya buat kek batik ni, kelam kabut, men campak2 je sambil tengok resepi..haha (da banyak kali buat pun nak tengok resepi lagi..huhu adess..faill!! >,<

Kelam kabut pun bukan pasal pe, masa tu dah petang..kul 6lebih, lau boleh nak siapkan sebelum solat Maghrib..Alhamdulillah, kelam kabut pun sempat jugak siap sebelum kul 7! Hehe..Yaya ni lau buat, mesti dalam 1jam lebih..xpakar lagi la katekann..Apa pun yang penting, kek batik 'express' ni lagi sedap dari yang Yaya pernah buat sebelum ni..almaklumlah, da banyak kali 'pengalaman' membuatnya. ;p Err..nampaknya lau nak buat kek sedap kena men 'campak2' je bahan dier..huhu

Actually, da pernah update untuk entri RESEPI KEK BATIK (<--sila klik untuk tengok resepi) tu sebelum ni, sama je bahan2 nye. Beza kali ni, biskut batik tu Yaya hancurkan (sebelum ni cuma susun je dalam loyang). Lepas tu buh hiasan kat atas dia..nampak warna-warni sikit..Yaya kan suka dengan kaler..haha ;p So, ni Yaya tayang gambo je ye..ngeee ^,^
Kek Batik bawah ni Yaya buat masa nak g holiday ri tu..lam 2minggu lepas..(20/12)
*manik-manik bulat colourful dengan luv..^o^*
Dah siap potong2. Sedia untuk dibawa pergi vacation..ahaahahah
*sedap sangattt....-semua family pon suka..hehe ^_^ <--hepi *

Yang bawah ni pulak terbaru Yaya buat ari Sabtu lepas (28/12)..request dari ayah..
xpuas makan masa bawak time holiday ri tu..hehe ;p
*Nasib baik xde telur...*
 Baru keluarkan dari peti ais..mau potong..ngee =D
Suka tengok..cantik..hhoho ;p
*puji diri sendri lagi =_=" huuu*

Sape yang belum try lagi buat kek batik yang femes time bulan pose ni boleh la try wat..yang penting ianya xda telur <--Cik Na suke ni..hehe. ^,^ 

Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 24 December 2013

HOLIDAY: IT'S TIME!

Assalammualaikum w.b.t.

Sapa yang ada tengok pic kat entri WW Yaya yang INI, taulah Yaya pergi mana. Tak lama pun, cuma pergi bercuti 1 malam je. Puas? Adess, memang lah xpuas, tapi nak buat camana..mayb len hari boleh la p lama sikit..huuu

Disebabkan masa yang pendek, kami cuma pergi jalan tempat yang belum pernah singgah lagi..layan gambar je ye. Tak banyak pon, sebab pergi satu tempat je, kan..selain dari tu, cuci mata je kat sana..hehe ;p
Anak buah yang sorang ni sempat jugak bgambar..hehe comel tau! ^,^
Ni je la tempat yang belum ada kesempatan untuk pergi sebelum ni..dapat juga pergi huuuu

Masa kami sampai ni baru kul 4 petang. Waktu 'berlepas' ke pulau pula 4.30..ada masa setngah jam lagi, so, nak buat apa, snap2 la gambar....^,^
My lovely mum, my big brother and my the only one-anak buah ku..hehe ;p
Kakak Yaya dengan husbandnya..
Kami COMEL kan..agagaga ;p
Bukan senang kami nak bergambar bersama..okeyh! haha ;p

Kami ber-lima saje..+anak buah yang tidak kelihatan dalam pic..
Tselindung di belakang pak long dier..hehe
Perkampungan Air - entah bila dapat dudk situ plak..;p
Sampai sudahhh...xlama pon..berapa minit je dari jeti tadi..


Tuu diaa...dok 'relax' kat rumput tu ha..dorang ni ada nama tau, nama pe Yaya lupa nak catit plak..huuu
 Interesting about Orang Utan is, the different between Orang Utan dengan KITA (human) adalah cuma 30%..!! ok..their also smart like us..hurm..
(camana agaknya kalau orang utan boleh bercakap, mesti xda beza dengan kita...errr)
 Berjalan berkelompok..dia ada bagi penerangan serba sedikit tentang orang utan kat situ..
dan sememangnya, kami ni yang berada dalam sangkar sedangkan mereka-Orang Utan, bergerak bebas kat hutan tu..
 Sesi penerangan - budak sekolah elok juga pergi sini..
*lupa nak bawa pen dengan kertas, nak mencatat..;p*
Buat muka pula dier..sempat mik gambo sebelum balik.. ^,^


Well, itu sahaja di Pulau Orang Utan..dengan bayaran sekali masuk for Adult RM30..overall semua dalam 1jam. Bertolak jam 4.30, dan smpai jeti balik pon tepat kul 5.30. Sampai kat Pulau orang utan tu pula, hanya dapat lihat orang utan dari dalam 'sangkar', orang utan nya pon xramai banyak, ada dalam 18 ekor camtu..sebab mereka dalam proses lagi untuk menambah biakkan (cmtu la lebh kurang) orang utan lagi. Kebanyakan yang kami dapat tengok tu 'muda' lagi....baru anak2 la kiranya. Erm..ok.nice to see you guys!

Actually, tujuan utama kami pergi bercuti ke sana sebab nak celecbrate bufday anak buah yang sorng ni..kenapa Bukit Merah jadi pilihan destinasi? sebab itu lokasi percutian menarik yang terdekat dengan rumah mertua kakak Yaya tu..dah dapat orang Kedah kan...hehe. Jarak antra bkt merah dgn rumah dorng pon xjao..xsampai 2jam pun. 1 jam lebih kot. 

Alhamdulillah, genap sudah anak buah Yaya ni 4 tahun (17/12)..makin bijak anak buah ku yang tersayang ni..moga jadi anak yang solehah tau shayunk! ^,^
Kek dari Klang..hehe
*King's Confectionery* sedap! Like it! ^_^
p/s: kuchewa xdapat 'bergaul' secara dekat dengan orang utan tu..wuuu
Sekian,Wassalam..

Thursday, 19 December 2013

RENUNGAN : IKHTILAT

Assalammualaikum w.b.t

Untuk +pengetahuan => :

Cara berurusan dengan LELAKI

Peringatan untuk diri sendiri juga supaya sentiasa menjaga batas pergaulan antara yang bukan mahram. 
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 18 December 2013

WORDLESS WEDNESDAY : WEEKEND HOLIDAY!

Assalammualaikum w.b.t.
3 more days to G0!!!
p/s:rindu orang disana.. <3

Tuesday, 17 December 2013

RESEPI : AGAR-AGAR BISKUT BATIK (MARIE)

Assalammualaikum w.b.t

Yea.akhirnya berjaya juga Yaya buat agar-agar...errr..maksud Yaya agar-agar yang menjadi..huuu sebelum ni selalu buat cair, xsekeras yang buat kali ni..hehe Alhamdulillah. Suka sangat. Baking with love la kate kann..ahahah ^o^ Dapat cari resepi agar-agar yang senang+cepat=SEDAP! Yaya dapat resepi ni dari SINI. Ada ubah2 sikit2 je. Siapa yang nak try bleh try resepi ni ye... =)
Saiz: 8' persegi
Bahan-bahan:
- 1 bungkus / 13g serbuk agar-agar (yaya guna serbuk agar-agar dalam botol kecik (25g) tu, xdapat nak timbang, agak2 je, guna separuh dari botol tu..huuu ;p)
- 1100ml air (cam banyak sangat je air tu. Yaya kurang jadi 900ml je. Tips Yaya baru tau, lau nak agar2 keras kena kurangkan air. ^_^)
- 220g gula (Yaya kurang jadi kurang 200g-bleh kurang lagi lau nak kurng manis =>)
1 tin / 400g susu Ideal *
1 biji telur* (campur bahan yang bertanda *)-rasenye lau xbuh pon xpe kot.
1 cawan serbuk milo
1 sb serbuk koko
150g biskut marie (perisa vanila tau. msa ni Yaya silap la.Patut beli yang Original, lau beli yg coklat cam dalam pic tu la jadinye, golap je..hukhuk) dan rasenye jugak lau nak guna biskut lain pon xde masalah..lepas ni yaya nak try buh biskut Tiger la plak..eh, errr....belum try belum tau kan..;p

Cara-cara:
1. Larutkan serbuk kedalam air & masak sehingga mendidih. Masukkan gula & kacau hingga larut malam.
2. Masukkan campuran susu & telur kemudian kacau sebati. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau.
3. Susun satu lapisan biskut ke dalam bekas. Tuangkan satu lapisan agar2 cukup untuk meliputi biskut.
4. Ulang proses melapis biskut & agar2 sehingga habis. Lapisan biskut tu akan timbul ke atas.Jadi jangan gatal tangan sibuk duk nak tekan biskut tu bagi tenggelam ok..haha ;p
5. Sejukkan dulu agar2 kat luar@suhu bilik sebelum masukkan dalam peti sejuk pula, ok.

Bila dah keras, bleh la ngap! omnomnom..dap nyer...ingat tau, guna yang plain biskut, jangan guna gelap. tapi lau nak kurang manis boleh guna biskut coklat tu. Selamat Mencuba ye.! ^_^

p/s: buat agar ni just untuk try bwak pegi vacation minggu ni..weee..nak wat agar2 oreo plak.. ^o^

Sekian,Wassalam =)

Sunday, 15 December 2013

COLOR ME, FRESHKON!

Assalammualaikum w.b.t.


Adalah suatu hari tu...hehe (ni kes xingat bile tarikh kejadian..;p), tengah busan2..sambil online ternampak pulak 'Iklan Freshkon' kat FB Yaya ni..jadi gatal tangan sesaja la try2..mane tau ade luck, bleh dapat contact lense free satu..ngee =D..bukan susah pun cuma tuka mata guna aplikasi yang sedia ada kat kat Website Freshkon ni..kire mcm edit gambar la..tapi ni edit mate je..so, dia kan ada banyak corak/design contact lense..semua la Yaya try..huhu tengok mana yang sesuai dengan muke ni ha.. dalam banyak2 tu, terpikat pulak la dengan 1 design Freshkon ni..lalu cube menyuai padan ke x..hehe
Original picture (before)
(After)
agaga...sesuai x..? ;p pic ni la Yaya send kat freshkon..xtau ade luck ke x..hoho
(macam cantik je..macam comel je..^0^ lol)
*Lupa la yang ni mana 1 punye design..nak kene try lagi ni*


Dan lepas tu,hari Jumaat lepas tengok email....
Owhh yeaaa... Yaya antara pemenang mingguan Colour Me,Freshkon! haha ada luck juga ye ;p..huuu Alhamdulillah..ok la tu kan..kebetulan Yaya nye contact lense baru je habis tempoh..leh la pakai yang free tu nanti..tapi err..2minggu lagi. xpela..sabar tunggu. 

Xpuas ati tengok kat email, g terus fanpage dier..hikhik ;p tengok kat WEEK 4 tu..ahahah sayela tuuu ;p

Ada yang nak try nasib ke..leh la g try..mane tau leh dapat jugak.free 1pair contact lense tau..^_^
Sekian,Wassalam =)

Friday, 13 December 2013

DOA PILIHAN : MOHON DAPAT ANAK YANG SOLEH

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(Surah Ali-Imran : 38)

Sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran (Surah Ali-Imran) pada ayat-ayat selanjutnya, firman di atas adalah doa Nabi Zakaria a.s. yang ketika itu telah tua tetapi belum mendapat anak, sedangkan isterinya pula mandul. Doa baginda itu dimakbulkan Allah, lalu isterinya mengandung dan melahirkan anak lelaki yang soleh iaitu Nabi Yahya a.s.

Dengan firman Allah dan doa Nabi Zakaria a.s. itu, para ulama menganjurkan agar ayat suci itu dibaca sebagai amalan bagi sesiapa yang ingin mendapat anak yang soleh.

Kaedah mengamalkannya:
  • Bacalah ayat/doa ini seberapa banyak yang boleh pada setiap lepas solat fardhu, terutama sepanjang masa isteri dalam mengandung. Insya-Allah anak itu kelak akan menjadi anak yang soleh.
  • Pasangan suami isteri terutama sekali mereka yang mandul/susah mendapat anak, dianjurkan supaya sentiasa mengamalkan doa ini, semoga mendapat anak yang diingini. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam..

Thursday, 12 December 2013

RENUNGAN : SUKA TENGOK?

Assalammualaikum w.b.t.
Tak payah nak tengok-tengok sangat lah..masing-masing perlu cermin diri..jangan memilih. Carilah yang sesuai dengan diri.

Lelaki, nak cari wanita yang tutp aurat, sedap mata memandang, jaga solat semuanya tapi tengok dulu diri sendiri adakah diri pun begitu juga? Kaum lelaki adalah pemimpin bagi sesebuah keluarga. FAHAMKAN.
Wanita, nak cari lelaki yang beriman, dan semua nya sempurna, tapi tengok juga diri...

Sama-samalah kita perbaiki diri jadi yang terbaik sebelum nak mencari dan menginginkan untuk dapat yang terbaik. Sebagaimana Firman Allah SWT:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” 
(Surah An-Nur: 26)
P/s: jaga pandangan itu yang lebih penting....

Renung-renungkan...
Sekian,Wassalam.

Wednesday, 11 December 2013

WORDLESS WEDNESDAY : DIPAKSA BELI-BELAH, LELAKI BUNUH DIRI

Assalammualaikum w.b.t.
Metro - Rabu (11 Disember 2013)

Info+ : Teman wanita pada lelaki terbabit telah membeli belah selama 5jam!! err..=_="

Monday, 9 December 2013

RESEPI : KEK EPAL KUKUS

Assalammualaikum w.b.t.

Lama kan Yaya xupdate resepi...al-maklumlah..makan kurang, nak memasak pon kurang la..kali ni rajin sikit sebab saje nak try resepi baru..xpernah buat sebelum ni..nak tengok jadi ke x..huhu 
JOM TRY..!! ^_^
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang (nak guna gula biasa pon boleh)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan epal (dikisar-jadi jus la kiranya)
1 cawan margerin (dicairkan atau kalau nak senang guna minyak masak pon boleh)
3 biji telur (ikut resepi asal tapi yaya guna 2 je)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Pukul telur dengan gula hingga hancur. (yaya guna mixer je.penat weyhh guna tangan..huhu ;p)
2.Masukkan epal & esen vanila
3.Masukkan margerin yang telah dicairkan.
4.Masukkan tepung gandum & soda bikarbonat yang telah diayak.
5.Kacau guna spatula sampai semua bahan sebati.
6.Masukkan ke dalam loyang yang telah digris atau boleh lapik guna kertas minyak. Senang sikit bila nak keluarkan. => 
7.Kukus atas api sederhana selama 1jam. Sebelum tu korang cucuk2 la jugak kek tu tengok da masak ke belum. Ada yang dah masak kurang dari 1jam. 
Dah siap. Bleh deko ikut suka korang la kalau rajin. Nak makan macam tu je pon sedap. Yaya guna gula perang, jadi kurang manis. ^_^ Dan tambah sedikit coklat topping kat atas. Hehe. Sedap je. 
aummm..nyum3! =D
Selamat Mencuba ye! ^_^

p/s: apapun KEK COKLAT KUKUS Yaya jugak yang paling sedap..ngeh3 ;p 
Sekian,Wassalam =)

Saturday, 7 December 2013

MINI GA RM600 DISEMBER 2013 BY EMAS PUTIH

Assalammualaikum w.b.t.

Setelah beberapa kali 'terserempak' dengan Blogger Femes Cik Emas Putih @k@ Uzu kite tu..(ewah 'kite' plak ;p), yang selalu meng-uar2kan akan buat Mini GA dekat FB, so, Yaya pon terpikat jugak la dengan hadiah yang ditawarkan..ngeh3..macamla dapat..xpe..xkisah pon. Ada rezki dapatla..lau xdapat pun xpe. Xdenye gua nak nangis menonggeng..hoho ^o^


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Ok. Semua syarat-syarat telah diikuti kecuali untuk follow twitter dengan instgram tu..er minta maafla..sbb Yaya cuma ada FB dengan blog ni je..huuu..(serius xbohong!) 

Apalagi tunggu, sesapa ada masa terluang tu,wat kejap je ni pun, join je la.Xsusah mana pon. Untuk ketahui lebih lanjut tntang Mini GA ni dan syarat-syaratnya boleh la klik banner atas tu ye..Gud Luck! ^_^

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 5 December 2013

RENUNGAN : RIAK DI INTERNET

Assalammualaikum w.b.t.
* hati-hati...jangan sampai jadi RIAK pula...NA'UZUBILLAH.minta dijauhkan*

p/s:peringatan untuk diri sendiri juga

Sekian,Wassalam.

Wednesday, 4 December 2013

WORDLESS WEDNESDAY : PARKING YANG BETUL

Assalammualaikum w.b.t.


p/s: memang susah nak keluar parking kalau masuk 'kepala' dulu..

Monday, 2 December 2013

JUST SAY 'ALHAMDULILLAH'..!

Assalammualaikum w.b.t.
Dapat bangun setiap pagi SEBELUM Subuh..
Dapat MENGHIRUP udara segar..
Masih dapat MENDENGAR, MELIHAT, BARING, BANGUN, BERDIRI, BERJALAN...

Dapat melakukan segala rutin yang biasa dilakukan SETIAP HARI...
Dapat MAKAN & MINUM...

Dapat ILMU AGAMA & DUNIA..
Dapat MEMBACA, dapat BERKATA-KATA..
Punya perasaan..- dapat ketawa, senyum, bersedih..

Paling PENTING dapat
BERIBADAH - dapat berdiri, rukuk & sujud dengan sempurna
Tambah ILMU AGAMA setiap hari - dapat dengar & lihat ceramah agama di televisyen & radio, baca buku/majalah Islamik
Membaca & Memahami Al-Quran - baca dan fahami maksudnya
BERKONGSI/MENDALAMI ILMU AGAMA...

SUBHANALLAH...
ALHAMDULILLAH.
ALLAHUAKBAR...

Sangat-sangat bersyukur...apa yang Yaya taip ayat-ayat diatas adalah dari isi hati diri sendiri yang ianya adalah sebahagian NIKMAT yang Allah beri..bukan hanya pada diri Yaya je tapi pada semua MAKHLUK ciptaan-NYA..kalau nak di 'LIST'kan semua nikmat yang DIA beri, memang TIDAK TERKATA, TIDAK TERHITUNG jumlahnya..SUBHANALLAH..

 “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(QS. 2:172)
 “Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. 
(QS. 29:17)
 “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. 
(QS. 31:14)
 “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. (QS. 34:15)
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.
(QS. 2:152)
Hanya ini dapat terucap di mulut- Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah...=)
Sekian,Wassalam..

Popular Posts