Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(Surah Ali-Imran : 38)

Sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran (Surah Ali-Imran) pada ayat-ayat selanjutnya, firman di atas adalah doa Nabi Zakaria a.s. yang ketika itu telah tua tetapi belum mendapat anak, sedangkan isterinya pula mandul. Doa baginda itu dimakbulkan Allah, lalu isterinya mengandung dan melahirkan anak lelaki yang soleh iaitu Nabi Yahya a.s.

Dengan firman Allah dan doa Nabi Zakaria a.s. itu, para ulama menganjurkan agar ayat suci itu dibaca sebagai amalan bagi sesiapa yang ingin mendapat anak yang soleh.

Kaedah mengamalkannya:
  • Bacalah ayat/doa ini seberapa banyak yang boleh pada setiap lepas solat fardhu, terutama sepanjang masa isteri dalam mengandung. Insya-Allah anak itu kelak akan menjadi anak yang soleh.
  • Pasangan suami isteri terutama sekali mereka yang mandul/susah mendapat anak, dianjurkan supaya sentiasa mengamalkan doa ini, semoga mendapat anak yang diingini. InsyaAllah.

Sekian,Wassalam..