Friday, 30 August 2013

DOA PILIHAN : MOHON BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH

Assalammualaikum. w.b.t.
Maksudnya: 
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman.` Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti..
(Surah Ali'Imran - Ayat 193)

AMINN...

Antara cita-cita yang diidam-idamkan oleh setiap umat Islam ialah ingin menjadi orang yang soleh, iaitu taat kepada semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setiap orang Islam setidak-tidaknya bercita-cita untuk berharap dapat bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Amalkan membaca ayat/doa diatas ini hingga menjadi wirid pagi dan petang disertai dengan keazaman yang kuat dan berusaha untuk mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, semoga kita akan termasuk dalam golongan para solihin.

Amin..
Sekian,Wassalam =)

Thursday, 29 August 2013

RENUNGAN: PERKARA YANG MEMBAWA KE SYURGA

Assalammualaikum w.b.t.


Sama-sama kita cuba amalkan..
InsyaAllah.. =)
Sekian,Wassalam..

Friday, 23 August 2013

DOA PILIHAN : MOHON ALLAH MENERIMA AMALAN DAN TAUBAT

Assalammualaikum w.b.t.

Antara doa Nabi Ibrahim a.s. ialah ayat suci al-Quran dibawah. Di dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s., baginda dan puteranya Nabi Ismail a.s. telah mengucapkan doa tersebut sebaik-baik sahaja selepas membina Ka'bah di Mekah.

Surah Al-Baqarah ayat 127-128:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Umat Islam disarankan agar mengamalkan membaca ayat/doa ini sebanyak mungkin, terutama selepas solat dan lain-lain amal ibadah. Seperti sedia maklum, amal ibadah kita belum tentu semuanya diterima Allah S.W.T. kerana berbagai syarat yang tidak kita patuhi atau terlali, terlupa dan tersilap. Oleh kerana itulah kita amat dikehendaki sentiasa mengamalkan doa ini. InsyaAllah.

Wallahua'lam. Sama2 kita amalkan ye. 
Sekian,Wasslam.=)

Thursday, 22 August 2013

RENUNGAN : JAGA HATI

Assalammualaikum w.b.t.
JAGA HATI AGAR SENTIASA TAWADUK

4 Faktor Menyebabkan Hati Gelap:
1. Perut yang terlalu kenyang
2. Bersahahat dengan orang zalim.
3. Lupa dosa yang sudah dilakukan.
4. Panjang angan-angan.


4 Faktor Menyebabkan Hati Bercahaya:
1. Perut yang lapar kerana berhati-hati.   
2. Bersahabat dengan orang soleh.
3. Mengingati dan menyesali dosa silam.
4. Pendek angan-angan.                          
Renung-renungkan...
Sekian,Wassalam..

Tuesday, 20 August 2013

MY BEST FRIEND WEDDING

Assalammualaikum w.b.t.

Baru berlalu beberapa hari yang lepas brlangsungnya majlis perkahwinan sahabat 'kamceng' Yaya sewaktu kat kolej dulu..ni 1st time p majlis perkahwinan kawan kolej..sebelum ni xde kesempatan pun nak pergi wedding kawan2 kolej..heeee

Ramai juga kawan2 yang dah melangsungkan perkahwinan..dah selamat semuanya, ramai yang dah ade anak pun..Yaya ni??errr.....jangan tanya ok..huuu >,< InsyaAllah, bila tiba masa nanti langsung la jugak...cuma xtau bila dan siapa calonnya je..heeee =p

Wedding best friend Yaya ni baru sahaja berlangsung hari Ahad yang lepas, 18hb Ogos 2013. Bertempat di Teluk Intan Perak. Rumah family beliau..hehe. Masa dia akad nikah Yaya xdapat pergi sebab dia buat hari Jumaat, Yaya ni plak datang hari sabtu,tu pun smpai tengah malam naik bas.ngeeee..kete xservis lagi xberani nak drive hoohoh ^o^ Patut kena mai awal, tapi Yaya ni xcari lagi baju yang sesuai dengan tema wedding dia-warna merah dan biru. Dia pla minta Yaya jadi pengapit dier..amik berkat-kata dia.. ewahhh.. InsyAllah..huuu ^,^
*antara hantaran pihak lelaki dan perempuan...paling best ade COLLAGEN tuuu..aumm! ^,^*

*sempat menjeling..nasib jeling kat Yaya..lau kat 'abe'..? hehe..;p*

*kek yang sudah bersiap sedia untuk dipotong..yummy! ^o^*

*suap menyuap 'session' hoho..ewahhh*

*antara outdoor place for photoshoot..ada lagi tempat lain,tapi Yaya guna cmra hp je..xbesh nak amik pic..huuu*

Lama juga sesi bergambar yer..tapi seronok pula tengok dorang bergamba..xpe..sabo je la Yaya ye..haha..dapat amik pic2 kat atas ni je..yela, lau dah jadi pengapit, nak amik gambor camana lebih2 lagi kat pelamin..ngee..
anyway, thanks a lot to my friend dan sekali lagi CONGRATULATIONS - Noor Suziyana Maslinda & pasangannya Faizal ! Alhamdulillah sudah selamat diijab kabul dan selesai majlis perkahwinan mereka.. =) Semoga berbhagia hingga akhir hayat.Amin.. ^_^
Yang pengapitnya yang comot ni entah bila pulak ntah..hoho ;p
Sekian,Wassalam.. 

Friday, 16 August 2013

DOA PILIHAN : DIKURNIA KELUARGA BAHAGIA

Assalammualaikum w.b.t.

J0mm..sesama kita AMIN kan doa kat bawah ni ye...mudah2an mendapat keberkatannya..InsyAllah =)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Al-Furqan : 74)


Aminn... ^_^

Thursday, 15 August 2013

RENUNGAN : KAD PENGENALAN

Assalammualaikum w.b.t.


p/s: sama2la kita renungi maksud sebenar perkataan 'ISLAM' di IC anda..bagi yang beragama ISLAM..

Sekian,Wassalam

Friday, 9 August 2013

9 JENIS MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK!

Assalammualaikum w.b.t.
*credit: abgteror.com*

Raya tu raya juga, makan tu kenalah berjaga-jaga juga ye..kalau tak, sia-sialah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ni.kat sini Yaya kongsikan serba sedikit makanan yang berkalori tinggi yang sebolehnya dielakkan atau kurangkan pengambilannya ye. Copy paste dari FB KZ..thanks for da info Mr.Kevin heeee ^,^


*sengaja wat besau2 bagi korang nampak..hehe ;p*

9 JENIS MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK

Mi kari

Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kcal terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.

Susu pekat manis 


Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kcal.

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kcal. Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.(bergantung pada 'kandungan' burger tersebut..hee =D Rasanya kalau burger telur @ benjo ni mestilah lagi rendah kalori dari yang ayam or daging..). 

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesiti jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kcal.

Roti canai
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.

Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kcal.

Donat
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

*info credit to: yahoo.com*

Lepas ni, kawal sikit ok makan nasi lomak dengan roti canai tuu..fevret rakyat Malaysia..hahaha ;p

Sekian, Selamat Berhari Raya! ^_^
Wassalm =)

Wednesday, 7 August 2013

MAAF! - SALAM LEBARAN 1434H

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni sudah genap 29 Ramadhan 1434h. ALHAMDULILLAH! Hampir masuk ke bulan Syawal. Sedih bercampur gembira rasanya. Sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita =( , gembira kerana hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang bakal tiba =).

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Melihat, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah segala amal ibadah yang para hambaMu ini lakukan sepanjang bulan Ramadhan , mudah-mudahan segala amal ibadah kami ini,kami lakukan dengan seikhlas hati kami keranaMu,Ya Allah! Dan semoga Engkau memanjangkan umur kami, memberi kami kesihatan yang baik agar kami dapat ditemukan lagi dengan RamadhanMu pada tahun yang akan datang. Amin..!

Di sini Yaya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada SEMUA kawan-kawan yang mengenali Yaya, samada kawan di alam realiti mahupun di alam maya ni. Pada SEMUA kawan atau sedara-mara Yaya yang mengenali Yaya dari zaman kanak-kanak, zaman Sekolah Rendah, Menengah, kawan Kolej, dan semualah! (huhu,ramai bebenau! ;p) MAAF sangat2 diucapkan jika Yaya pernah menyakiti hati kalian, samada Yaya lakukan secara SENGAJA atau TIDAK SENGAJA, samaada secara SEDAR atau TIDAK SEDAR..sesungguhnya diri ini insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan diri. Dan masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Maaf jika ada yang rase Yaya ni berlagak baik atau rasa diri macam bagus sangat..jauh sangat rasa nye tu..sikit pun Yaya xda rasa diri ni macam serba tahu atau pandai sangat dalam sesetengah hal. Cuma Yaya berkongsi apa je yang Yaya tahu, xsalah kan. Perkara yang baik, xkan nak simpan sensorang, tu pentingkan diri namanya.. Kalau perkara tu boleh beri kebaikan, beri manfaat pada diri, mestilah dikongsi bersama, biasa semua orang dapat manfaatnya. kann ^_^

Panjangnye ucapan Yaya..xde makne orang nak baca panjang2 entri ni betul tak? hehe Cukuplah Yaya cuma nak nyatakan kat sini, yang Yaya nak minta maaf pada semua orang yang ada terasa hati dengan Yaya, Yaya ada buat salah dan silap, harap dimaafkan. Dan untuk pengetahuan, Yaya juga dah maafkan semua orang, xkira sesiapa pun, lebih2 lagi pada yang terasa tu... (yang buat salah dengan Yaya ;p) huuuu pun sama ok.Jangan risau, Yaya da maafkan. Xelok berdendam dengan orang kan..xda orang yang sempurna pun kat dunia ni..Yaya pasti korang pun nak orang lain maafkan korang juga kan, jadi kalau semua orang minta maaf dan memaafkan, xdela permusuhan kat dunia ni..ewahhh..hehe.tul x ^,^

Sekian,Wassalam.

~Selamat Hari Raya~

Tuesday, 6 August 2013

RESEPI : BISKUT KURMA

Assalammualaikum w.b.t.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kek
1 1/2 butter
Kurma secukupnya
Telur 4 biji (kuning sahaja)
2 cawan gula halus

Cara-cara:
1. Pukul gula dan butter.
2. Lepas tu, campur kuning telur. Buat satu demi satu. Sebatikan.
3. Ayak tepung gandum dan tepung kek.
4. Campur kesemua adunan tadi. Uli hingga boleh jadi doh. (senang nak dibentuk)
5. Last but not least, bentukkan doh dan masukkan kurma sebagai inti.
6. Kemudian, bakar dalam 15-20min dengan suhu 175-180. Ikut kesesuaian oven masing2 ye.

Yaya pepandai mengubah suai jadi warna hijau pastu buh coklat rice..huhu ;p *lebih kurang jek rase^,^*
Selamat Mencuba bagi yang nak mencuba.. =>
Sekian,Wassalam =)

Monday, 5 August 2013

RESEPI : BISKUT COKLAT CHIPS KALER @ RAINBOW CHOC CHIPS

Assalammualaikum w.b.t.
Bahan-bahan:
2 ½ Cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 Cawan shortening
¾ Cawan gula
¾ Cawan gula perang
1 sudu perisa vanilla
2 biji telur
Pewarna makanan
1 Cawan coklat chips

Cara:
-Panaskan oven pada 350. (banyak giler..oven Yaya kecik,sampai 250 je..haha..Yaya juz panaskan dalam 180 je )
-campurkan tepung, soda bikarbonat dan garam di dlm mgkuk (ayak dahulu). Ketepikan.
-Pukul shortening dan gula sehingga sebati dan berkrim. –tambah telur dan perisa vanilla
-tambah bahan kering lain dan gaul sebati.
-bahagikan acuan pada 6 bahagian dan gunakan 1 titik gel food coloring untuk setiap bahagian.
-Uli warna dalam adunan..
-masukkan coklat chips (dalam 1 sudu besar untuk setiap bahagian).

-gunakan 2 sudu besar skop biskut untuk letakkan pada kertas pembakar atau boleh agak2 je. Bakar pada  350 untuk  8-10 minit. 
Yaya nye oven - kecik je..so,guna 170-180 guna api tas dan bawah selama 12-15 minit.

Siap suda..ni 3 warna je..tapi Yaya buat 5warna sebenarnye..yg lain warna xjadi..hahahaha
Selamat Mencuba ok! ^,^
Sekian,Wassalam =)

RESEPI : BISKUT M & M

Assalammualaikum w.b.t.

Bahan-bahan
• 260g tepung gandum
• 2 sudu besar tepung jagung
• 1 1/4 sudu kecil baking soda
• 170g butter
• 130g gula kastor• 140g gula perang
• 1 biji telur gred A
• 1 kuning telur
• 1 sudu kecil esen vanila
• 200g M&M

Cara-Cara:
• *Campurkan tepung,tepung jagung dan baking soda.
• Putar butter,gula kastor dan gula perang sampai kembang lebih kurang 3 minit.
• Tambahkan esen vanila,telur dan kuning telur dan putar sebati.
• *Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
• *Buatkan bulat2 dan letakkan diatas loyang yg digris.
• Jangan buat besar2.satu lagi,jarakkan jauh2 sebab dia akan kembang. (seriusly,akan KEMBANG semangkuk..hoho ;p)

Nota: Yaya xguna coklat M & M tu mahal laa nak beli banyak..xmampu..haha Beli yang biasa je ni..huuu sedap je rase pun ^,^ Lagi satu, resepi ni Yaya xtau berapa lame n bpe darjah kene bako...jadi Yaya ikut resepi buat coklat cip..oven yang kecil, dalam 170-180' : 10-15minit camtu. huuu. Tapi ni 1st try Yaya,xberapa nak jadi sangat.hoho. Korang leh la try ye. Selamat Mencuba! 

Sekian,Wassalam =)

RESEPI : CAKE BALL @ KEK BEBOLA (PANDAN STRAWBERRY)

Assalammualaikum w.b.t.

Lama xupdate resepi Yaya wat kan kan kan..hehe time2 nak raye ni la baru sibuk cari resepi nak wat kuih untuk tetamu2 yang bakal tiba dihari raya nanti..ececehhh..hehe..lepas dah berjaya buat, kongsi resepi ngn korang la pla.. Tapi untuk pengetahuan, resepi ori ni cake choc lolipop..Yaya xde batang lolipop tu..jadi wat cmni je la..hoho ;p

Bahan2
-Kek span secukupnya (yaya guna kek gulung pandan..heee ;p)
-3 sudu besar atau secukupnya jem atau filing mengikut citarasa (Yaya guna jem strberi..sangaat sedap!)
-300gm coklat masakan (tapi Yaya guna coklat putih dan masukkan pewarna merah,jadila warna macam dalam pic kat atas ni ye ^_^)
-Lolipop stick secukupnya (kalau nak wat kek pop tu)
-Hiasan - hundred thousand, sprinkle, kacang/badam cincang (Yaya cuma guna coklat rice)

Caranya
-Ramas atau hancurkan kek span tadi.
-Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
-Ambil segenggam kek tadi dan bentukkan bulat. -Timbang setiap bebola kek tadi 10gm untuk mendapatkan size dan berat yang sama.(tapi Yaya xde timbang..xde mse nak timbang..hahaha.agak2 je =>)
-Teruskan sehingga habis.
-Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam. (tapi Yaya xsejukkan, nak cepat..uhuhu lupa sebenarnye..)
-Setelah 2 jam, bolehlah memulakan proses menghias bebola kek.

-Cincangkan coklat masakan dan cairkan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika. (masa ni Yaya ada campur sedikit perisa strawberi..supaya ada rasa strwberi kuat..hehe..sedap pulak bila kek pndan cmpur dengan strberi..yummy!)
-Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat.
-Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yg sudah disejukan tadi lebih kurang separuh kedalamannya.
-Biarkan hingga ia keras seketika supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
-Celupkan perlahan-lahan bebola kek ke dalam coklat, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
-Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
-Bila dah siap, cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
-Siap dan boleh dinikmati.

Nota: Cara kat atas ni lebih kepada untuk buat cake pop, jadi pada yang nak buat macam Yaya ni..juz bleh ikut cara kat atas ni..cuma xde guna batang lolipop tu je..paham kan..hehe ^_^ memang sodap..bleh try wat..

Sekian, Wassalam =)

Friday, 2 August 2013

ENTRI KHAS : BUAT MEREKA YANG RISAU AKU

Assalammualaikum w.b.t.

Yup! Semalam 1hb Ogos 2013 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1434h adalah hari lahir Yaya..heeee =D Thanks pada yang ada wish Yaya (banyak kat FB je..;p) Camana sambutan?erm..biasa je. Tiap tahun pun sama. Tapi tahun ni lain sikit je. Disebabkan dah berkenalan dengan future sister in law *ngeh3* dia dengan mura ati belanja Yaya mam berbuka semalam. Lepas tu, tau yang Yaya ni NGIDAM nak makan PANDAN LAYER CAKE, *hehe* pergila carikan kek yang Yaya ngidam tu..huhu..suke giler Yaya bila dapat makan semalam kek yang Yaya ngidam tu. Thanks sangat2 ye my future sister in law..hehe (InsyaAllah ^_^ )

Buat pada MEREKA yang selalu RISAU, STRESS bila tengok Yaya..hahaha ( sebab apa? Yela, tiap kali tengok, badan makin tinggal tulang..xsesuai dengan tinggi dan rangka tulang Yaya yang besau..hoho >,< ) Yang ingat Yaya sakit, xmakan la apa la, SILA TENGOK pic kat bawah ni..BUKTI saya tidak mempunyai penyakit-tak mau makan- atau yang sewaktu dengannya ^o^


Nampak tak anak panah merah tu..perasan x ade 2mangkuk besau tu?HAAAAA...tu semua Yaya makan tauuu! huhu 1 mangkuk kuey tiaw tomyam *sedap! ^_^* 1 mangkuk lagi sup sayo *tapi kurang sayo,udang je banyak..err =_= * Dannn....KEK HIJAU ituu..hehe tu la kek yang Yaya ngidam nak makan!! Kak Alin (future sister in law) yang beli SPECIAL untuk Yaya..tapi xdapat cari yang sebijik katenye, jadi, beli yang potong- cmni..beli kat The Baker's Cottage..sedap! Boleh la Yaya beli lagi sendiri lepas ni..mura pon mura..hehe *i loikee!!*

Kak Alin ni sendiri risau juga tengok Yaya..ingt Yaya ni sakit ye...xmau makan..huuu siapa kate..time berbuka semalam sudah membuktikan segala sangkaan orang SALAH sama sekali..Dan kenyataan baru boleh dikeluarkan iaitu, Yaya sebenarnya seorang yang KUAT MAKAN! huhu... tengok pic dah tau..time ni Yaya rase lg bnyk makan dari Kak Alin tu sendiri ;p Lepas makan kat lua,sambung plak lagi makan bila da sampai umah! ish3.... -_-"






MINI MUFFIN-beli punye..huu perisa OREN lagi tuhhh..haha 



+



KUIH TART INTI STRAWBERI - homemade by my luvly mummy!! Memang sangat yummy!! bape biji makan xhengatt!! huuu
Seee banyak x Yaya makan..tu la..Yaya ni bila time xmakan, memang kurang sangat makan, tapi bila sekali da makan, cmni la jadinya..




Lepas makan, minum NESCAFE (sikit je) memang sedapp la sanngat..hee minum bukan pe, untuk segarkan mata seketika sebab nak solat..selalu Yaya pas buke msti mate ngntok..*biasela kan..pas makan..hoho ^o^* jadi da memang biasakan pas buka akan minum minuman yg bole buat mata segar. Kalau x, habisla.. tengah sujud pun boleh tertido *ni biase terjadi pas habis solat.. >,< xthan sgt*






Yaya pun xtaula, lately ni selera makan bertambah. Lepas dah 1 makanan, tambah lagi memacam makanan lain.. Nak kata xbaca BISMILLAH..da baca da..urmm Seolah2 ada 'makhluk' lain dalam badan yang tolong makan sampai Yaya asyik nak mengunyah jek! 

Haha ALASAN! tu sebenarnya..;p Padahal Yaya pun STRESS jugak orang asyik suh Yaya tambah berat badan..bagi berisi sikit..baru COMEI..(dorang yang katela..) errrr =_=" sudahnye jadila macam semalam.. Kalau tiap2 hari macam ni memang KONFEM! berat naek sebelum raya! >,< XMAUUU!! nanti time raya lagi nak makan macam2..hoho @o@ (bganda-ganda la berat bertambah..adessss)

Tapi xpe, asalkan Yaya boleh kawal DIET Yaya, InsyaAllah berat xkan terlalu naik mendadak..huhu Sentiasa ingatkan diri supaya jaga makan. Lebih-labih lagi time raya nanti. Terlalu banyak lemak akan dikumpul. Dan lagi, sudah beli new produk. Just nak tengok apa yang hebat sangat produk ni dan apa bole buat kat dalam badan ni..hehe
NH-VEGE FIBRE
Baru try..ni baru paket ke-2 *makan selang sehari*..buat masa ni ujikaji dilakukan pada badan sendiri dan berkesan..tapi xtaulah nanti bila da habiskan 1kotak macamana..adakah setelah makan banyak, berat masih boleh dikekalkan atau akan naik dengan mendadak..sama2la kita tunggu hasilnya ^,^

Sekian,Wasslam. =)

Thursday, 1 August 2013

SEPANTAS MASA BERLALU

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni genap sudah masuk 23 Ramadhan kita bpuasa..seminggu je lagi untuk masuk ke bulan Syawal, iaitu bulan kemenangan bagi umat Islam. =)
Cepat kan masa tu berlalu pergi. Sememangnya amatla rugi manusia itu jika tidak manfaatkan masa yang ada ni dengan sebaiknya..

Sedih pun ada tinggal beberapa hari lagi yang tinggal untuk kita memperbanyak amal ibadah dan merebut segala ganjaran yang ada dalam bulan mulia ni. Entah tahun hadapan masih adakah lagi peluang untuk kita bertemu lagi, wahai RAMADHAN... =< 

Bukan bermakna lepas Ramadhan, kita kurang amal ibadah, tapi bulan Ramadhan adalah bulan paling ISTIMEWA yang KHAS Allah SWT beri pada hambaNYA..umat Nabi Muhammad saw, jadi kita patut bersyukur..dan menghargai masa yang DIA telah beri pada kita, dan kerana hingga kini kita masih bernafas dan dapat lagi menyambut bulan Ramdhan dan berpeluang untuk melakukan amal ibadah secara berganda. InsyaAllah, semoga hati ni sentiasa IKHLAS dalam melakukan amal ibadah keranaNYA dan diterima. Semoga mendapat RAHMAT dariNYA..amin..

Boleh jadi ini Khamis terakhir dalam bulan Ramadhan kan..kalau kita Raya Khamis depan la..huhu..da siap persiapan untuk raya ke? Ingat tau, shopping tu shopping juga, tapi jangan leka hingga lupa nak menambah amal ibadah..untuk tambah 'catatan di kitab kanan' kita ni..rugi sangat2 kalau tak menambah amal ibadah kita dibulan yang Allah SWT telah KHUSUSkan untuk umat Kekasih yang paling dicintaiNYA, Muhammad saw.. ^_^

Owh ye...hari ni buka kat Google..ternampak plak.. ;p








Lepas tu semalam dapat email dari ZALORA


hehehehe ^,^ thanks je la..but no..huhu
Sekian,Wassalam =)

Popular Posts