9 JENIS MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK!

Assalammualaikum w.b.t.
*credit: abgteror.com*

Raya tu raya juga, makan tu kenalah berjaga-jaga juga ye..kalau tak, sia-sialah berpuasa dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ni.kat sini Yaya kongsikan serba sedikit makanan yang berkalori tinggi yang sebolehnya dielakkan atau kurangkan pengambilannya ye. Copy paste dari FB KZ..thanks for da info Mr.Kevin heeee ^,^


*sengaja wat besau2 bagi korang nampak..hehe ;p*

9 JENIS MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK

Mi kari

Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kcal terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.

Susu pekat manis 


Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kcal.

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kcal. Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.(bergantung pada 'kandungan' burger tersebut..hee =D Rasanya kalau burger telur @ benjo ni mestilah lagi rendah kalori dari yang ayam or daging..). 

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesiti jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kcal.

Roti canai
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.

Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kcal.

Donat
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

*info credit to: yahoo.com*

Lepas ni, kawal sikit ok makan nasi lomak dengan roti canai tuu..fevret rakyat Malaysia..hahaha ;p

Sekian, Selamat Berhari Raya! ^_^
Wassalm =)

Post a Comment

28 Comments

  1. SERAM NYA ! HAHAHA MUNGKIN BERAT BADAN KU NAIK SUDAH NI -_-" HAHAHAHA http://ehbloger.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...org nyer berat pon da naekk ni.. >,<

      Delete
  2. Dah lama tak jenguk sis!!! Maaf sesangat! Huhuhu ..

    Alamak! Aiskrim tu yg tak tahan :P heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yg xtahan tu la yg pyh nk tinggl tol x? ;p

      Delete
  3. terimakasih info nya ... jadi tidak takut makan donat dong sayah..

    ReplyDelete
  4. Aduh tak leh nak kawal la nasi lemak tuh fevret tuh . Hee

    ReplyDelete
  5. huhu. tapi tula yg feveret time raya. tapi kna kawal la kann. selamat hari raya, maaf zahir batin yayaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pyh sikit nk kwal...kne tgu semua mknan hbis..hhee ;p

      Delete
  6. Salam Aidilfitri Cik Yaya

    Wah~ semuanya makanan faveret nih...

    ReplyDelete
  7. salam..
    huwaaaa, semua ni makanan kesukaan anna...

    ReplyDelete
  8. adehh.. tinggi jugak kalori askim ni yer.. my fav tu.. aper cerrr ni..

    ReplyDelete
  9. yg seedapp dan lazatt tulahh yg banyak negativeenyee tapi yang tulahh yg saya suka makannn heee~

    ReplyDelete
  10. haha., benda lain leh tahan., tp klu rendang mmg tak leh kontrol., lps rya nih tak gi pun lg buat medical screening., seram jer nk cek., huhuhu., bnyak lg open house kne gi nih., syawal kn sbulan.., huhu nsib la.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang pon mmg xleh thn..tp nk wt cane..kontrol jgk..huuu

      Delete
  11. nasib baik tak ikut serta orang lain melantak di hari raya. hikmah di sebalik sakit gigi. hehe. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. perrgghh... da la ckj suka makan.. huhu...

    ReplyDelete
  13. alamak, roti canai.....tidakk.hahahaha

    ReplyDelete