MAAF! - SALAM LEBARAN 1434H

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni sudah genap 29 Ramadhan 1434h. ALHAMDULILLAH! Hampir masuk ke bulan Syawal. Sedih bercampur gembira rasanya. Sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita =( , gembira kerana hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang bakal tiba =).

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Melihat, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah segala amal ibadah yang para hambaMu ini lakukan sepanjang bulan Ramadhan , mudah-mudahan segala amal ibadah kami ini,kami lakukan dengan seikhlas hati kami keranaMu,Ya Allah! Dan semoga Engkau memanjangkan umur kami, memberi kami kesihatan yang baik agar kami dapat ditemukan lagi dengan RamadhanMu pada tahun yang akan datang. Amin..!

Di sini Yaya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada SEMUA kawan-kawan yang mengenali Yaya, samada kawan di alam realiti mahupun di alam maya ni. Pada SEMUA kawan atau sedara-mara Yaya yang mengenali Yaya dari zaman kanak-kanak, zaman Sekolah Rendah, Menengah, kawan Kolej, dan semualah! (huhu,ramai bebenau! ;p) MAAF sangat2 diucapkan jika Yaya pernah menyakiti hati kalian, samada Yaya lakukan secara SENGAJA atau TIDAK SENGAJA, samaada secara SEDAR atau TIDAK SEDAR..sesungguhnya diri ini insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan diri. Dan masih lagi dalam proses memperbaiki diri. Maaf jika ada yang rase Yaya ni berlagak baik atau rasa diri macam bagus sangat..jauh sangat rasa nye tu..sikit pun Yaya xda rasa diri ni macam serba tahu atau pandai sangat dalam sesetengah hal. Cuma Yaya berkongsi apa je yang Yaya tahu, xsalah kan. Perkara yang baik, xkan nak simpan sensorang, tu pentingkan diri namanya.. Kalau perkara tu boleh beri kebaikan, beri manfaat pada diri, mestilah dikongsi bersama, biasa semua orang dapat manfaatnya. kann ^_^

Panjangnye ucapan Yaya..xde makne orang nak baca panjang2 entri ni betul tak? hehe Cukuplah Yaya cuma nak nyatakan kat sini, yang Yaya nak minta maaf pada semua orang yang ada terasa hati dengan Yaya, Yaya ada buat salah dan silap, harap dimaafkan. Dan untuk pengetahuan, Yaya juga dah maafkan semua orang, xkira sesiapa pun, lebih2 lagi pada yang terasa tu... (yang buat salah dengan Yaya ;p) huuuu pun sama ok.Jangan risau, Yaya da maafkan. Xelok berdendam dengan orang kan..xda orang yang sempurna pun kat dunia ni..Yaya pasti korang pun nak orang lain maafkan korang juga kan, jadi kalau semua orang minta maaf dan memaafkan, xdela permusuhan kat dunia ni..ewahhh..hehe.tul x ^,^

Sekian,Wassalam.

~Selamat Hari Raya~

Post a Comment

17 Comments

  1. hari baik bulan baik baiklah kita saling bermaafan. tak kisah la buat salah secara sengaja atau tak. salam aidilfitri buat yaya sekeluarga. =)

    ReplyDelete
  2. slmat hari raya aidilfitri yaya..
    acik minx maaf yea klu ade slh dan silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt ari rye aidilftri jga acik..
      dimaafkan sglanya..lau ade...hehe (ade ke? ;p)

      Delete
  3. minal aidin walfaidin mohon maaf lahir batin

    ReplyDelete
  4. Salam lebaran sis . Hope salah silap pyka diampunkan la eh . ;)

    ReplyDelete
  5. ESOK HARI RAYA....MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    ReplyDelete
  6. salam lebaran ...maaf zahir batin yaya...

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya..
    maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya yaya.. maaf zahir batin.. >_<

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya yaya.. maaf zahir batin yek.. ;)

    ReplyDelete