Monday, 5 August 2013

RESEPI : CAKE BALL @ KEK BEBOLA (PANDAN STRAWBERRY)

Assalammualaikum w.b.t.

Lama xupdate resepi Yaya wat kan kan kan..hehe time2 nak raye ni la baru sibuk cari resepi nak wat kuih untuk tetamu2 yang bakal tiba dihari raya nanti..ececehhh..hehe..lepas dah berjaya buat, kongsi resepi ngn korang la pla.. Tapi untuk pengetahuan, resepi ori ni cake choc lolipop..Yaya xde batang lolipop tu..jadi wat cmni je la..hoho ;p

Bahan2
-Kek span secukupnya (yaya guna kek gulung pandan..heee ;p)
-3 sudu besar atau secukupnya jem atau filing mengikut citarasa (Yaya guna jem strberi..sangaat sedap!)
-300gm coklat masakan (tapi Yaya guna coklat putih dan masukkan pewarna merah,jadila warna macam dalam pic kat atas ni ye ^_^)
-Lolipop stick secukupnya (kalau nak wat kek pop tu)
-Hiasan - hundred thousand, sprinkle, kacang/badam cincang (Yaya cuma guna coklat rice)

Caranya
-Ramas atau hancurkan kek span tadi.
-Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
-Ambil segenggam kek tadi dan bentukkan bulat. -Timbang setiap bebola kek tadi 10gm untuk mendapatkan size dan berat yang sama.(tapi Yaya xde timbang..xde mse nak timbang..hahaha.agak2 je =>)
-Teruskan sehingga habis.
-Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam. (tapi Yaya xsejukkan, nak cepat..uhuhu lupa sebenarnye..)
-Setelah 2 jam, bolehlah memulakan proses menghias bebola kek.

-Cincangkan coklat masakan dan cairkan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika. (masa ni Yaya ada campur sedikit perisa strawberi..supaya ada rasa strwberi kuat..hehe..sedap pulak bila kek pndan cmpur dengan strberi..yummy!)
-Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat.
-Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yg sudah disejukan tadi lebih kurang separuh kedalamannya.
-Biarkan hingga ia keras seketika supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
-Celupkan perlahan-lahan bebola kek ke dalam coklat, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
-Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
-Bila dah siap, cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
-Siap dan boleh dinikmati.

Nota: Cara kat atas ni lebih kepada untuk buat cake pop, jadi pada yang nak buat macam Yaya ni..juz bleh ikut cara kat atas ni..cuma xde guna batang lolipop tu je..paham kan..hehe ^_^ memang sodap..bleh try wat..

Sekian, Wassalam =)

4 comments:

  1. Replies
    1. xpasti pula bape lame leh tahan.selagi buh dalam peti sejuk tahan lama la ..

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016