Thursday, 31 January 2013

TAUBAT SEORANG HAMBA

Assalammualaikum w.b.t.

Walaupun da lame lagu ni tapi Yaya baru terpikat bila dengar pertama kali kat IKIM.FM ..terus download lagunyer..hari2 dengar..best..pada yang belum dengar lagu ni, cer dengar sat..hayati liriknya..=)
Taubat seorang hamba - Irsyadee & Hafiz 

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini... 

Renung2kan & selamat beramal.. ^_^

Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 30 January 2013

WORDLESS WEDNESDAY : BOLEH IKUT??

Assalammualaikum w.b.t.

Paham ke pe yang hendak cuba disampaikan kat sini??hehe
akn bersambung  nanti ye.. ;p

p/s:Nak g Karnival Karangkraf sabtu ni kat Shah Alam..nak join?? ^,^

Sekian,Wassalam =)

Monday, 28 January 2013

TAK PADAN DENGAN SINGLE!

Assalammualaikum w.b.t.

Amboi tajuk entri xble tahan..heeee maaf ye..ni xde kene mengena dengan status diri..cuma nak cerita pasal hari ni (da malam baru dapat update -_-) pergi 'cuci mate' lagi..dekat mane? tempat yang terdekat dengan rumah la..area Klang je..xde masa la nak p kl walaupun mmg sana banyak lagi murah..kan kan..tauuu

Dan of course pokok pangkal tajuk tu berkenaan Yaya keluar untuk yang ke berapa ratus kali, shopping..alone..by my self..ahahaa..mmg syiok giler @0@ <--mcm ni kire syiok ke..;p Dan tujuan utama shoping @ menghabiskan uet adalah sempena keberangkatan saya pergi vacation@holiday wif my gurlfrenz..di mana?penah gtau sebelum ni..sape yang ingat tu tau la..sape yang xtau, nti2 la Yaya update ea..hehe macamla owg nak tau sangat...;p Pe kate kite tengok sat pe Yaya beli..

ehh jangan salah sangka tau..ni bukan nak menunjuk2 ke hape, cume saje nak share pe yang Yaya shopping yang bole dikire ni shopping sakan la ni..dengan harga yang murah ok..diulangi 'MURAH'..jadi xde makne nak menunjuk ke hape..Yaya bukan jenis org yang beli barang mahal2 ni cik kiah uiii...bazir beli benda mahal buat hape sedangkan bleh dapat benda yang sama dengan harga lebih murah...=D heeeeee

Memula pergi dengan akak Yaya sebelum ni..usha2 barang apa yang murah2..
pssttt...nmpk x pic tengah2 tuuuuu...aummmmm!! ^o^

Kardigan ni RM15 jee.....aumm! sukee ^_^
Peplum...
Kardigan lagi...hehe 1-RM39..beli 3 RM89..ape lgi..beli laa..ade lagi 1,tp xde snap plak..=)

Telekung travel..jangan dilupakan..senang nak hurung sane sini...ngeeee suke3! RM35 je ^_^

Bracelet n ring..both 1-RM10 only.. =)
comei x ring meoww tuu..heee ;p
Belt warna merah ade potongan harga..sale for red belt only..haha..-bole plak
Yeaa...da btambh koleksi ring n bracelet Yaya..
Ade yang baik ati nak belikan utk Yaya x..alaa bukan mahal pun...;p buat tmbh koleksi

Hasil 'tangkapan cuci mate' ;p sangaaattlaa..
ok la ni..bole dkira setahun sekali jee.....(yeke?? =_=) hehe 
Banyak giler plastic bwk..sensorang okeyh..! korang brani jenjalan shopping sorang?hehe
-Sentiasa yakin Allah dan Malaikat-NYA menjaga kita..c00l je k..- ^_^

Ni plak kasut n slipa beli semalam ngn mommy kiterr..ala 1 pasng rm15 je..ngeeee
Seee...semua brg Yaya beli xde mhal pon k...Yaya ni kedekut! hoho..eh bukanlaaa..ni JIMAT namanya..

Kebanykn barang Yaya beli untuk vacation hujung bulan 2 ni nanti..xsabar sudaa.. ^_^ Excited..coz 1st time holiday wif fren without family....huuuuu 
 
-28.01.13-
p/s: apapun,ke mana korang pergi kene hati2,jangan lupa doa,
selawat dan sentiasa bzikir untuk melindungi diri kita ni ok..take a gud care of ur self..
Thanks for reading =)
Sekian,Wassalam =>

Saturday, 26 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL - KELEBIHAN SELAWAT (2)

Assalammualakum w.b.t.
Bersambung dari entri sebelum ni ye..=)
21) Tersingkap Hijab
Diriwayatkan oleh Sayidina Ali kw, sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Tiada suatu doa kecuali diantara yang berdoa dengan Allah terdapat satu hijab(penghalang), hingga yang mendoakan itu membaca selawat untuk Muhammad, kalau hal itu dilaksanakan, makan tersingkaplah hijab itu dan dikabulkan doanya."

22) Dikhabarkan syurga
Sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Siapa yang berselawat atasku 1000 kali tiada mati ia hingga digembirakan (dikhabarkan) baginya dengan syurga (yang akan dimasukinya)."

23) Seluruh makhluk berselawat ke atas orang yang berselawat
Dari Ibnu Mulqin, sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Barangsiapa berselawat ke atasku, menselawatkan malaikat ke atasnya. Dan barangsiapa para malaikat berselawat atasnya, tidak tinggal sesuatu dari langit yang tujuh, bumi, laut, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang ternakan melainkan menselawatkan atasnya (yang berselawat itu.)"
24) Dapat pembelaan dari para malaikat
Sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Telah datang kepadaku para malaikat Jibril, Israfil, Izrail dan Mikail as. Maka Jibril berkata: "Ya Rasulullah! Barangsiapa membaca selawat atasmu sebanyak 10kali, maka aku akan bimbing tangannya dan bawa dia di atas jambatan (Siratul Mustaqim). Mikail berkata: "Aku akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah mengampuninya. Izrailpula berkata: "Aku akan cabut rohnya sebagaimana aku mencabut roh para nabi as."

25) Terlaksana semua hajat
Sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Barangsiapa kesukaran hajatnya, maka hendaknya dia memperbanyakkan membaca selawat untukku. Kerna sesungguhnya selawat itu boleh menghilangkan rasa susah, sedih dan kesukaran serta melapangkan rezeki dan menyebabkan tercapainya semua hajat.

26) Dapat makan buah-buahan syurga
Sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Sungguh didalam syurga terdapat sebatang pohon yang dinamakan Haulab, diatasnya terdapat buah yang lebih besar daripada epal dan lebih kecil daripada delima, lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu dan lebih lunak dari sari susu (susu kental)." Abu Bakar ra bertanya: "Siapakah yang akan memakan buah-buahan itu, wahai Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Orang yang mendengarkan namaku lalu dia membaca selawat untukku maka dia itulah yang memakan buah-buahan itu."

27) Dikenali kerana banyak selawat
Sabda Rasulullah SAW, ertinya: " Sungguh akan dikembalikan ke telagaku esok di hari kiamat suatu kaum yang aku tidak mengetahui mereka kecuali kerana mereka banyak membaca selawat untukku."

28) Kelebihan berselawat ketika bulan mengambang
Dari Ibnu Hisyam, sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Perbanyakkanlah olehmu sekalian membaca selawat untukku di malam terang bulan dan di hari yang cemerlang (tanggal 13,14 atau 15hb) kerana kedua-dua malam dan hari itu akan menyampaikan apa-apa daripadamu. Dan sesungguhnya bumi itu tidak mahu makan jasad para nabi. Dan tidak seorang muslim pun yang membaca selawat untukku kecuali selawat itu dibawa oleh satu malaikat sehingga disampaikan kepadaku dan menyebutkan namanya sehingga dia mengatakan: "Sungguh fulan mengatakan demikian, demikian!"

29) Mendapat pahala berlipat kali ganda
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW, ertinya: "Apabila seorang mukmin selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat Juru Pati (juru seksa) dengan izin Allah disampaikan ke kuburku. Maka para malaikat itu berkata: "Hai Nabi Muhammad! Fulan bin Fulan dari umatmu telah membaca selawat untumu."Kataku (Nabi SAW): "Sampaikan kepadanya, dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya: "Telah seharusnya bagimu mendapat syafaat daripadanya(Nabi SAW)." Maka malaikat tadi terus naik ke atas sehingga sampai ke Arasy dan berkata: "Wahai Tuhanku, sungguh fulan bin fulan telah membaca selawat untuk kekasih Engkau." 
Maka Allah berfirman:"Sampaikan kepadanya daripada Aku 10 selawat." Kemudian Allah menciptakan dari tiap-tiap uruf pada selawat itu satu malaikat yang mempunyai 360 kepala, tiap2 kepala mempunyai 360 wajah dan pada setiap wajah terdapat 360 mulut dan tiap2 mulut mempunyai 360 lidah guna berbicara dan memuji Allah Taala dengan 360 macam, dan pahala kesemuanya itu dicatat untuk orang yang membaca selawat untuk Nabi Muhammad SAW sampai hari kiamat."
Same2la kita banyakkan selawat atas baginda..smoga kita mendapat semua manfaatnya dan semakin@bertambah2 menCINTAI Baginda Rasul SAW.. <3<3<3 ^_^

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 24 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL - KELEBIHAN SELAWAT

Assalammualaikum w.b.t.

Kita memang da tahu selawat ke atas NABI MUHAMMAD SAW ni ada banyak kelebihan dan manfaatnya. Selawat nabi ni juga ada banyak..antaranya:
(SELAWAT PANJANG)
-Selawat Sidi Ahmad Badawi-

-Selawat Nuraniyyah / Badawi Kubra-

-Selawat Aurad Muhamadiah-

-Selawat Badawi-

-Selawat Tasyahud akhir sembahyang-


(SELAWAT PENDEK)

-Selawat atas ni memang kita biasa baca kan....=) -

 -Selawat ni biasanya dibaca bagi menyembuhkan penyakit..-

-Ni sesuai bagi student..tapi semua orang pon boleh..utk kuatkan daya ingatan..kan ^_^-

Firman Allah swt:
Ertinya: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat sama berselawat untuk Nabi, wahai orang2 yang beriman berselawat dan salamlah ke atasnya."

Syeikh Al Fasi dalam kitab Syarah Dalailul Khairat telah berkata: "Orang yang berselawat itu padanya 10 kelebihan iaitu:
1.Allah berselawat atasnya.
2.Dapat syafaat Nabi Muhammad saw.
3.Malaikat mengikutnya.
4.TIdak menjadi munafik dan kafir.
5.Menghapuskan kesalahan.
6.Menolong mencapaikan hajat.
7.Lepas dari huru hara kiamat.
8.Masuk syurgs dan kekal didalamnya.
9.Bercahaya lahir dan batin.
10.Salam dari Tuhan Azzawajalla.

Kelebihan SELAWAT menurut hadis-hadis Rasulullah SAW:
1) Diampunkan dosa-dosanya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api." 

Dari Zaid bin Rafi' Nabi SAW bersabda: "Brangsiapa membaca selawat 100X untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang berselawat ke atasku pada tiap-tiap hari Jumaat 40X, dihapuskan oleh Allah SWT akan segala dosanya."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Memabaca selawat untuk Nabi itu lebih boleh menghapuskan dosa-dosa daripada air dingin terhadap api dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak(hamba)."

2) Diterima amalan / yang paling utama
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."
3) Didoakan oleh Malaikat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku kerana mengagungkan aku, maka Allah Taala menciptakan dari selawat itu satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayap di timur, satu sayap dibarat, sedang dua kakinya di bawah bumi ke tujuh dan lehernya sampai ke Arasy dan Allah berfirman kepada Malaikat itu: "Bacalah selawat untuk hamba-Ku ini, sebagaimana dia telah membaca selawat Nabi-Ku Muhammad SAW, maka Malaikat itu pun membaca selawat (memohon kesejahteraan) untuknya (orang yang berselawat) sampai hari kiamat." 

4) Tidak dapat lihat pahala, jika tidak berselawat
Dari Said, Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi SAW, kecuali akan mendapat kerugian, meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka."

5) Terselamat dari kejutan kiamat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa yang membaca selawat untukku 10X di waktu pagi dan 10X di waktu petang, maka Allah mengamankannya dari kejutan yang maha besar pada hari kiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan pada siddiqin di dalam syurga."

6) Bersama Rasulullah SAW di dalam syurga
Dari Anas r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Brangsiapa cinta kepada sunnahku maka sesungguhnya dia cinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sesuatu, maka dia banyak menyebut-nyebutnya."

Dari Ibnu Abbas, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa berpegang pada sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid."

7) Ikan berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di balik Gunung Qaf dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu, maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu."

8) Dapat syafaat Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Brangsiapa yang membaca selawat yang ertinya : "Ya Allah! Limpahkanlah selawat untuk Nabi Muhammad dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau (pada hari kiamat): maka pasti syafaatku di hari kiamat."

9) Mendapat cahaya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku 100X pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka."
10) Sembahyang diterima
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawat untukku."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa mengerjakan sembahyang dengan sungguh-sungguh tetapi tidak membaca selawat di dalam sembahyang itu untukku dan untuk keluargaku, maka sembahyangnya tidak diterima."
11) Terlepas dari sifat munafik
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Taala memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10X, maka Allah memberinya 100X selawat dan barangsiapa membaca selawat untukku 100X, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebas dari neraka, bahkan di hari kiamat Allah Taala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mereka yang mati syahid."

12) Tidak terpisah sehingga, diampunkan dosa
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiadalah dua orang Islam berjumpa kemudian berjabat tangan serta membaca selawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, bik yang terdahulu mahupun yang kemudian dari sebab kemuliaan Allah Taala.

13) Rasulullah SAW tahu siapa yang berselawat
Dari Abu Hurairah dan Amar bin Yasir r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan satu malaikat dan telah memberinya kemampuan mendengar semua makhluk sedang ia selalu berdiri di atas kuburku sampai hari kiamat: maka tidak seorang dari umatku yang membaca selawat untukku, kecuali dia (malaikat) itu menyebutkan namanya dan nama ayahnya, serta berkata; Hai Muhammad! Sesungguhnya fulan bin fulan membaca selawat untukmu!"

14) Lupa jalan ke syurga jika tidak berselawat
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang lupa membaca untukku maka dia lupa jalannya ke syurga."

15) Masuk neraka jika tidak berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang disebutkan namaku di hadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka."
16) Tidak akan fakir
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500X, maka dia tidak akan fakir."
17) Menjadi Sinar
Dari Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku, kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat."
18) Dapat ramai isteri
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa di antara kamu yang paling banyak selawatnya untukku, maka dia itulah yang paling ramai isterinya (bidadari) di syurga (kelak)."

19) Bercahaya di atas titian Mustaqim
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Orang yang membaca selawat untukku baginya cahaya di atas Titian Mustaqim, mereka yang memiliki cahaya, maka dia tidak termasuk penghuni neraka."

20) Mendapat apa yang dihajati
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sungguh Allah Taala itu mempunyai para malaikat yang selalu berjalan dimuka bumi serta menyampaikan salam dari umatku, maka apabila ada seorang yang membaca selawat untukku dalam 1hari 100X, maka Allah Taala mengkabulkan seratus hajatnya, 70 dari hajat itu untuk akhirat dan 30 lagi untuk dunia."
akan bersambung..=>
Sekian,Wassalam..^_^

Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434h

Lagu time sekolah rendah dulu..lau ada pertandingan nasyid mesti ada lagu ni.. ^,^

Bersempena Kedatangan Hari Maulidur Rasul ni..Yaya nak ucap 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul..' cuti kan....ada banyak masa ni, perbanyakkanlah SELAWAT KE ATAS BAGINDA SAW...jika tiap hari selawat 10x, lipat gandakanlah selawat tu jadi 100x pula atau lebih banyak lagi..

Dan jangan lupa, SUNNAH berpuasa pada Hari Maulidur Rasul ni..kerana dahulu baginda juga berpuasa tiap kali Hari Keputeraannya tiba..jom,same2 kita puasa esok... =)

Sekian,Wassalam

p/s:nanti yaya sambung entri SEMARAK CINTA RASUL ye..semoga dapat dimanfaatkan ^_^

Tuesday, 22 January 2013

SEMARAK CINTA RASUL - 6

Assalammualaikum w.b.t.
-26-
MENDAMAIKAN PERTIKAIAN DENGAN ADIL
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
-27-
KEBAIKAN DAN DOSA
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik

-28-
MENGHAYATI SUNNAH DAN MENJAUHI BID’AH
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi
-29-
AMALAN KE SYURGA
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
-30-
ALLAH MENETAPKAN KEWAJIPAN
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.
Diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain

-31-
HAKIKAT ZUHUD
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Hadis riwayat lbnu Majah
-32-
TIDAK BOLEH MENIMPAKAN BAHAYA
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain

-33-
BUKTI BAGI MENUDUH DAN SUMPAH BAGI MENGINGKARI
Daripada lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.

-34-
MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
-35-
NILAI PERSAUDARAAN ISLAM
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali-Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

-36-
BALASAN MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda: Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan- kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim

-37-
KEADILAN DAN KURNIAAN ALLAH
Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman: Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di
sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim

-38-
SYARAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
-39-
KESULITAN YANG DIPERMUDAHKAN
Daripada lbnu 'Abbas r.a.bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.

-40-
Daripada lbnu 'Umar r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
-41-
MENUNDUKKAN HAWA NAFSU
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.
Riwayatkannya dari kitab al-Hujjah
-42-
KELUASAN KEAMPUNAN ALLAH
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi

Alhamdulillah..sampai sini sja perkongsian tentang 40 hadis oleh Imam An-Nawawi.segala yang telah Yaya kongsikan bukan je untuk korang yang membaca tapi untuk Yaya sendiri jugak..sambil2 mencari info tu, baca..dapat jugak pengetahuan..same2lah kita manfaatkan nya ye.. 'SELAMAT BERAMAL..'

Sekian, Wassalam =)

Monday, 21 January 2013

SEMARAK CINTA RASUL - 5

Assalammualaikum w.b.t.
Ini sambungan daripada ENTRI 4 semalam..sila jangan jemu membacanya kerana ia adalah untuk menambah ilmu pengetahuan kita bersama..ok! peace! SELAMAT MEMBACA! ^,^

-11-

TINGGALKAN YANG MERAGUKAN
 
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a.,cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai.

-12-
KESEMPURNAAN ISLAM SESEORANG
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

-13-
UKHWAH ISLAMIAH
 
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

-14-
HALALNYA DARAH SEORANG MUSLIM
Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Menurut hukum Allah seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.


-15-
ETIKA ORANG BERIMAN
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.

-16-
JANGAN MARAH
Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.

-17-
KEBAIKAN PADA SEMUA PERKARA
Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.

-18-
BERTAKWA PADA ALLAH DAN AKHLAK TERPUJI
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. 
-19-
JAGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH MENJAGAMU
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.
-20-
MALU SEBAHAGIAN IMAN
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

-21-
ITIQAMAH DAN IMAN
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
-22-
SYARAT KE SYURGA
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a.(beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

-23-
KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
-24-
HARAM MELAKUKAN KEZALIMAN
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
-25-
BERSEDEKAH BUKAN SAJA DENGAN HARTA
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orangorang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

akan bersambung..
Sekian,Wassalam =)





Popular Posts