-26-
MENDAMAIKAN PERTIKAIAN DENGAN ADIL
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota
badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari;
engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang
berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau
mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang
baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang
adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
-27-
KEBAIKAN DAN DOSA
Daripada
al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu
ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu
dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan
daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah
SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku
berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah
suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa
itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di
hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan
fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan
isnad yang baik
-28-
MENGHAYATI SUNNAH DAN MENJAUHI
BID’AH
Daripada
Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata.
Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan
selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan
kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat,
sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di
kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak
perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa'
Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang
teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari
melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang
diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap
kesesatan itu dalam neraka.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi
-29-
AMALAN KE SYURGA
Daripada
Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan
padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan
aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya
suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang
dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya
dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
-30-
ALLAH MENETAPKAN KEWAJIPAN
Daripada
Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW
telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu
maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya
dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah
kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu
mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah
kamu cuba menyelidikinya.
Diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain
-31-
HAKIKAT
ZUHUD
Daripada
Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki
telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu
amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh
manusia. Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah
kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya
manusia akan mengasihimu.
Hadis
riwayat lbnu Majah
-32-
TIDAK BOLEH MENIMPAKAN BAHAYA
Daripada
Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan.
Hadis ini
hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan
lain-lain
-33-
BUKTI BAGI MENUDUH DAN SUMPAH BAGI
MENGINGKARI
Daripada
lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusia
diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan
darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu
berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak
mengaku.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan
oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat
dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
-34-
MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN
Daripada
Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka
hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka
hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka
hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah
iman.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
Muslim.
-35-
NILAI PERSAUDARAAN ISLAM
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu
saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara
satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang
lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim
adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya
(dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil
Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali-Cukuplah seseorang itu mendapat
keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke
atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
Muslim.
-36-
BALASAN MERINGANKAN BEBAN ORANG
LAIN
Daripada
Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda: Barangsiapa yang
melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan- kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa
yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di
dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia
suka menolong saudaranya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
Muslim
-37-
KEADILAN DAN KURNIAAN ALLAH
Daripada
lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat
dari Allah SWT. Allah berfirman: Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal
kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa
yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya,
Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya
dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah
akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda
dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas
mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan
menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas
mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis
kejahatan itu di
sisi-Nya
dengan satu kejahatan sahaja.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
al-Bukhari dan Muslim
-38-
SYARAT MENDEKATKAN DIRI KEPADA
ALLAH
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya
Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka
Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub
(iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai
lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa
bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan amalan sunat sehingga Aku
mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya
yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia
melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan
kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta
daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu
nescaya Aku akan melindunginya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
al-Bukhari.
-39-
KESULITAN YANG DIPERMUDAHKAN
Daripada
lbnu 'Abbas r.a.bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya
Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan
secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan
oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.
-40-
Daripada
lbnu 'Umar r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya
bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau
musafir lalu.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam
al-Bukhari.
-41-
MENUNDUKKAN HAWA NAFSU
Daripada
Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman
sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa.
Riwayatkannya dari kitab al-Hujjah
-42-
KELUASAN KEAMPUNAN ALLAH
Daripada
Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:Allah
Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan
mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku
tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai
mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan
ampunkan bagimu. Wahai
anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan
dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau
mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan
sepenuh isi bumi
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
Alhamdulillah..sampai sini sja perkongsian tentang 40 hadis oleh Imam An-Nawawi.segala yang telah Yaya kongsikan bukan je untuk korang yang membaca tapi untuk Yaya sendiri jugak..sambil2 mencari info tu, baca..dapat jugak pengetahuan..same2lah kita manfaatkan nya ye.. 'SELAMAT BERAMAL..'
Sekian, Wassalam =)
5 Comments
thank yaya, kak juju dah jadi pembaca setia lak blog yaya ni ..tapi yaya, kak juju perlukan seseorang untuk menghuraikan point point yaya ni ..lagi lagi bab bida'ah tu :D ...
ReplyDeletemmg ade huraiannya kak juju..pnjng tp ni yaya ringkaskan..
Deleteyaya tau org sush nk bce lau entri bjela2 ni..hehe
kak juju boleh je search kat internet ni atau cari buku2 agama..xsusah pon..tp kene tgok jugak ianya sahih atau tidak.. ^_^
lau nak suh yaya hurai nti ade tsilap pula.. yaya bukn pndai sgt pon =)
nice sharing cik yaya.. =)
ReplyDeletesgt2 b'informasi...suka sgt baca entri ni...thanks 4 sharing sis :)
ReplyDelete=)
Delete