Wednesday, 28 February 2018

TRAVEL TOTEBAG BY ANA SUHANA

Assalammualaikum wbt.

~ KLIK BANNER UNTUK JOIN ~

SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog anasuhana.com.

2. Follow IG Ana Suhana di SINI.

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni (entri GA ni,bukan entri Yaya.hehe).

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri Ana Suhana ye.

5. Good luck and all the best to all.

Last day hari ni,Yaya baru ternampak kat blog CCL ni tadi..hehe. Ada rezeki adalah kan. Saja nak menambahkan ahli yang join. ^o^ Good luck to all!

Sekian,Wassalam. =)

Tuesday, 27 February 2018

ANDAI DIA UNTUKKU

Bismillahiraahmanirrahim..

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita. Tetapi, sekiranya kita cinta kepada ALLAH, nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga...


YA ALLAH,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
oleh-MU kepadaku,
Maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah 
kerana-MU,
Dan campakkanlah dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-MU.
 
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang kau berikan kepadaku.
 
 YA ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, 
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU.
 
YA MUHAIMIN,
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU.
 
YA RABBANA,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-MU.
  
YA RABBUL IZZATI,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-MU.
 
YA ALLAH,
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui Syurga-MU.
 
YA ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasih-MU,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU
 
YA ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-MU,
Janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU.
 
YA ALLAH,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-MU,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan abadi hanya kepada-MU.
Aamiin…

WAHAI SOLEHAH, LENGAN ITU JUGA AURAT!

Assalammualaikum wbt.
Salam 11 Jamadilakhir 1439h


Aurat lengan selalu dipandang remeh. Biasa kita dengan tentang kewajipan bertudung kan? Sebenarnya bukanlah tudung yang menjadi fokusnya sebaliknya tentang kewajipan menutup aurat. Bukan terlihat kebelakangan ini tapi sudah lama ku perhatikan wanita-wanita, gadis-gadis yang dah cukup dewasa mengenakan baju berlengan pendek atau tanpa lengan ini memakainya sewaktu di tempat awam seperti pusat membeli belah dan sewaktu dengannya. Kadang pelik juga, adakah mereka tidak tahu bahawa lengan itu pun AURAT yang WAJIB ditutup selain rambut mereka..?Hm.

Antara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan sesuatu yang menghalang dari nampak tubuh badan berkaitan dan pakaian tersebut dan adalah WAJIB pakaian tersebut tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badannya.

Tahukah anda sekiranya seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat mengikut syariat. Hal ini adalah kerana bentuk aurat yakni tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar dalam erti kata lain tidak kelihatan bentuk lengannya. 

Tips memelihara aurat lengan dalam berfesyen

Sebaik-baiknya kita pilihlah untuk memakai baju lengan panjang seperti baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah (berlengan panjang dan longgar) dan memakai sarung lengan di bahagian dalam. Sekurang-kurangnya apabila kita melakukan aktiviti dan tersinsing lengan baju, masih lagi terpelihara dari pandangan mata. Atau jika memakai baju berlengan pendek, jangan memakai hanya sarung lengan, tetapi pakailah baju dalaman yang berlengan panjang atau lebih dikenali 'BAJU INNER' tetapi yang berjenis longgar dan bukannaya mengikut badan. Boleh juga mengenakan KARDIGAN berlengan panjang yang semakin banyak dijual dipasaran sekarang ini. Dengan pelbagai corak dan warna boleh digayakan. Pasti anda lebih kelihatan manis (^_^)

Kita perlu ingat apakah yang digariskan sebagai aurat buat wanita dalam Islam. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (lelaki asing) adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). 

Wallahuallambissawab

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.


Wassalam...=)

Thursday, 22 February 2018

KELEBIHAN BISMILLAH

Assalammualaikum wbt
Salam 6 Jamadilakhir 1439h

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi) 

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.  Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari." 

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. " 

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahua'lam...

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri. Dan mana yang baik itu bolehla diambil, mana yang tidak betul itu, tinggal sahaja.

Wassalam...=)

Wednesday, 21 February 2018

TERIMA AKU SEADANYA..

Assalammualaikum wbt.


MAMPUKAH DIA MENERIMAKU SEADANYA

Kau tak perlu menahan nafas bila mengambil gambar untuk kelihatan kurus, Kau tak perlu lagi menyiksa diri menahan lapar hingga menggigil kerana ingin kelihatan seperti model.

Kau tak perlu memaksa diri memerah keringat hanya kerana dia yang mahukan dirimu seperti yang dia mahu, sehingga dia tidak boleh menerima keadaanmu ketika ini.

Jodoh yang terbaik adalah mereka yang sanggup menerima kita seadanya. Bukan hanya kerana rupa dan harta tetapi yang lebih penting adalah agama dan akhlak yang terpuji.

Apa yang lebih utama adalah memfokuskan diri dalam memantapkan lagi ibadah dan ilmu, kerana itu jauh lebih berguna dan membawa manfaat di masa akan datang.

Akhlak yang terpuji itu jauh lebih baik dari hanya terlihat cantik pada penampilan dan rupa. Kerana satu hari nanti anak-anak sangat memerlukan ibu bapa yang mampu mendidik mereka menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Fokuslah untuk perbaiki diri, memantapkan lagi amal ibadah, menimba ilmu agar tiba satu masa Allah menghadirkan mereka yang terbaik untuk kita.InsyaAllah.

Sepertiman Firman Allah SWT:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri 
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, 
dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu 
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 
(Surah Ar Rum 30:21)

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

MENCARI PASANGAN SEMPURNA

Assalammualaikum wbt.
Salam 5 Jamadilakhir 1439h

Tidak Akan Engkau Temui Kesempurnaan Pada Pasanganmu

Seorang anak murid yang bernama Ahmad menemui gurunya lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin. 

Kemudian Ahmad bertanya kepada gurunya "Ciri ciri perempuan bagaimanakah yang boleh aku dijadikan isteri?"

Gurunya menjawab "Beginilah, engkau masuk ke dalam hutan ini, kemudian engkau cari satu tumbuhan yang baik akarnya, sihat pokok dan daunya serta bau bunganya yang harum. Pilihlah yang terbaik dan engkau bawalah pulang. Tetapi ingat! Hanya satu tumbuhan sahaja yang engkau perlu bawa pulang"

Setelah mengangguk faham akan arahan tersebut, Ahmad pun mula menelusuri hutan yang tebal untuk mencari cari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya.

Maka banyaklah tumbuhan yang ditemui oleh Ahmad sepanjang perjalananya di dalam hutan itu.

Ada tumbuhan yang kalau pun elok daun dan bunganya, tetapi buruk pula akarnya. Begitu juga ada yang ditemui harum bau bunga dan elok akarnya tetapi daun pula rosak telah dimakan ulat. 

Ahmad terus berusaha mencari sehinggalah dia menemui tumbuhan yang elok sekali akarnya, bersih dan sihat pula pokok serta daunya. Tetapi amat malang kerana bunganya tidak berbau harum.

Ahmad menyukai tumbuhan tersebut tetapi terdetik pula dalam fikirannya, "Ah! Nantilah dulu. Lebih baik aku cari yang lain. Barangkali dihadapan sana nanti ada tumbuhan yang sama seperti ini dan bunganya pula harum"

Ahmad terus berjalan sehingga lelah tetapi masih juga tidak menemui tumbuhan yang lain sama seperti yang dia sukai tadi. 

Oleh kerana Ahmad tidak menemui tumbuhan yang lebih baik, dia nekad untuk kembali dan mencari tumbuhan yang dia sukai tadi untuk dibawa pulang.

Tetapi amat malang sekali kerana dia tidak menemuinya. Puas dia mencari, tetapi tetap hampa.

Akhirnya Ahmad terpaksa pulang. Lalu diambilnya tumbuhan yang dirasainya okay yang ditemuinya dalam perjalanan pulang  untuk dipersembahkan kepada gurunya. 

Dengan badan yang lelah ditambah sedikit kecewa, terpaksa juga Ahmad menemui gurunya untuk mempersembahkan hasil tumbuhan yang ditemuinya.

Ahmad tidak menunggu lama, lalu menceritakan segala galanya tentang misi pencarian serta penat lelah mencari tumbuhan yang dikehendaki oleh gurunya itu.

Lalu gurunya berkata "Begitulah dalam kita mencari pasangan hidup. Jika engkau mencari kesempurnaan pada pasanganmu, maka engkau tidak akan sama sekali menemuinya. Hidup sebagai suami isteri itu adalah kehidupan yang lengkap melengkapi. Apa yang kurang pada isteri, suamilah yang akan melengkapinya. Begitu juga sekiranya suami mempunyai kekurangan, isterilah yang akan melengkapinya. "

Mungkin cerita ini seringkali kita telah baca dan dengar. Walaupun berbeza watak mahupun jalan cerita, tetapi mesejnya amat jelas sekali. "Tidak akan engkau temui kesempurnaan pada pasanganmu"

Mana mungkin ada manusia yang sempurna melainkan junjungan kita Nabi SAW. 

Oleh kerana itu, yang belum punya pasangan, carilah pasangan menurut garis panduan yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Yang telah berumahtangga, jaga dan pertahankanlah hubungan kekeluargaanmu itu.

Kita ini manusia biasa dan pasti banyak sekali kekurangan ketika kita hidup bersama pasangan kita.

Akuilah diri kita ini penuh kekurangan. Lalu biarlah kita menjadi pelengkap kepada hidup pasangan kita dan pasangan kita melengkapi hidup kita.

Suburkanlah Iman dan Taqwa dalam diri kita dan pasangan. Demi Allah! dengan kerana ini sahaja, tidak ada yang lain lagi akan menjadi penguat hubungan kita dengan pasangan. 

Maka Allah akan campakkan pula sakinah (ketenangan) dan kasih sayang ke dalam dada kita dan pasangan yang mana akhirnya kita akan merasai kebahagiaannya hidup sebagai suami isteri. Wallahu a'lam.

Peringatan bagi diri!

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
(sumber : akhi adif gorment)
Wassalam...=)

Tuesday, 20 February 2018

PUNCA MELASMA

Assalammualaikum wbt.


Pada yang tidak tahu, pasti tertanya-tanya apa itu MELASMA kan. MELASMA adalah masalah pigmentasi yang biasa untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Dan statistik menunjukkan melasma terjadi hampir 90% kepada wanita dengan anggaran sekitar 25% mendapat melasma selepas kehamilan. Justeru, melasma dikenali juga sebagai “topeng semasa hamil”.

Jenis-jenis MELASMA
Sebelum memulakan topik ini, Yaya akan berikan pengenalan kepada melasma. Melasma ada jenis butiran atau tampalan, dan biasanya muncul di kedua-dua belah pipi muka. Melasma terbentuk dalam 3 jenis corak:

Jenis Pertengahan Muka: muncul di dahi, hidung, pipi, bibir atas, dagu
Jenis Malar: hanya muncul di pipi muka
Jenis Mandibular: hanya muncul di kawasan rahang

Corak melasma yang paling biasa adalah jenis pertengahan muka, manakala jenis yang paling jarang adalah jenis Mandibular.

1. Tidak Mengamalkan Penggunaan Pelindungan Matahari
Radiasi UV (ultraviolet) adalah sangat berbahaya dalam menyebabkan melasma pada kulit kita! Melasma kebiasaannya terjadi pada kedua-dua belah pipi, dahi, hidung, dagu, bibir dan kelopak mata, kerana bahagian-bahagian ini terdedah secara langsung terhadap matahari.


Dibawah adalah tentang “Peraturan ABC tentang pelindung matahari” seperti mana yang disarankan oleh Persatuan Dermatologi Amerika:

Jauhkan(Away): Elakkan berada di bawah cahaya matahari pada waktu puncak (dari 10 pagi sehingga 3 petang) dan elak dari terdedah dengan pancaran matahari lebih daripada 20 minit
Halangan(Block): Sentiasa beringat untuk meletakkan produk pelindungan matahari secukupnya untuk melindungi daripada sinar radiasi UV.
Perlindungan(Cover up): Memakai topi, berlindung dengan pakaian (berlengan panjang dan seluar panjang serta pakaian labuh), memakai cermin mata hitam, payung.

Pelindungan matahari sesuatu yang penting. Gambar di atas menunjukkan seorang pakcik berumur 69 tahun yang membawa lori selama 28 tahun. Dia menghabiskan terlampau banyak masa di atas jalan raya sehingga sinaran UVA mudah menembusi masuk melalui tingkap lorinya dan pendedahan terlampau lama menyebabkan bahagian belah kiri mukanya kelihatan lebih berusia daripada bahagian kanan wajah (tempat duduk pemandu di A.S berada di bahagian kiri).

sumber imej:  The New England Journal of Medicine,
Jennifer R.S. Gordon, M.D., and Joaquin C. Brieva,  366:e
25April 19, 2012

2. Menggunakan Produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit yang Tidak Sesuai
Sesetengah produk kosmetik dan penjagaan kulit mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan alahan kulit, wangian tiruan atau produk mempunyai komposisi logam yang tinggi. Menggunakan produk-produk kecantikan ini mungkin menjadi pencetus reaksi toksin kepada kulit. Sesetengah komponen kimia boleh menyerap radiasi UV lebih baik. Justeru, sebaik sahaja komponen kimia ini meresap ke dalam kulit ia akan dengan terdesaknya menyerap sinaran UV di bawah pendedahan matahari, ia membahayakan kulit dan melanin (pigmentasi hitam yang muncul secara semulajadi) semakin buruk.

Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk mendapat reaksi phototoksin. Justeru anda dinasihatkan untuk menggunakan produk yang sahih berkualiti. Di samping itu, untuk mengelakkan sesuatu berakhir dengan senario kes yang buruk, tolong elakkan barangan buatan sendiri D.I.Y (Do It Yourself) seperti topeng menggunakan buahan dan sayuran yang mana ianya mempunyai kandungan fotosentesis (sensitif kepada cahaya; contohnya,. limau, oren, seleri dan lain-lain)

3. Perubahan Gaya Hidup /Tekanan
Apabila seorang wanita sedang hamil, rangsangan estrogen dan melanin di dalam tubuh badan akan meningkat dan pada masa yang sama akan menyebabkan pigmentasi pada kulit.

Menariknya, di samping hamil, sel melanin merembeskan hormon (kelenjar pituitari akan merembeskan hormon ini secara semulajadi) yang juga akan meningkat dalam keadaan lain – apabila kita berada dalam keadaan tekanan atau tidak dapat tidur malam.

Ini menjelaskan mengapa mereka yang sering berjaga malam atau sedang menghadapi tekanan mempunyai kulit muka yang kusam!

Untuk mengelakkan kelihatan kusam, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, dapatkan tidur yang cukup, dan sentiasa mengekalkan semangat yang ceria! Jika anda merasa sukar untuk tidur pada waktu malam, anda boleh membaca artikel terdahulu di laman sesawang yang ada. Harap dapat menjumpai cara yang sesuai untuk lebih bertenang,ok!

4. Menggunakan Pil Perancang Kehamilan / Suntikan Cegah Kehamilan


Emm, walaupun mengambil ubat perancang kehamilan tidak sepatutnya dikategorikan sebagai “tabiat buruk”, namun ia salah satu daripada penyebab melasma.

Kat atas Yaya ada beritahu yang melasma dikenali juga sebagai “topeng semasa kehamilan” kan. Ia bukan tentang kehamilan itu sahaja – ia juga melibatkan perubahan hormon. (termasuklah mengambil pil perancang kehamilan) yang membawa kepada pembentukan melasma.

Kajian terdahulu menunjukkan jumlah keseluruhan daripada 199 wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, 24% daripada mereka mempunyai melasma di antara 1- 4 bulan selepas mengambil pil berkenaan.

Jika anda mempunyai melasma, dan anda sudah mencuba pelbagai kaedah dan produk namun masih tidak menunjukkan kesan positif, anda boleh mencari nasihat pakar dari doktor yang berdaftar disini > cari klinik yang menyediakan rawatan melasma <

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
(Sumber : mydoc.asia)

Wassalam...=)

KEPENTINGAN PRODUK PELINDUNG CAHAYA MATAHARI (SUNBLOCK)

Assalammualaikum wbt.
Suka berada di bawah matahari? Memakai produk pelindung cahaya matahari (sunblock) boleh membantu mengelakkan kulit anda daripada menjadi gelap, mendapat selaran matahari atau lebih teruk lagi, kanser kulit. Jom, Yaya kongsikan dengan korang semua serba sedikit tentang sinaran cahaya matahari yang boleh membahayakan jika berterusan berada dibawahnya tanpa sebarang perlindungan.!

Mungkin anda selalu terdengar orang lain berkata bahawa "Pakai sunblock ya!", terutamanya apabila anda merancang untuk pergi ke pantai, atau membuat kerja sambilan bawah matahari. Korang mungkin tertanya, sunblock hanya untuk digunakan pada kulit kita, kan? Selain daripada "melindung diri daripada matahari", apa lagi yang boleh dilakukan dengan sunblock?

Sebelum memahami tentang sunblock, mari kita memahami 'musuh' kita, radiasi UV (ultraungu)! cewah. Musuh la sangat ye. Memang musuh la kalau ianya boleh sampai pengakibatkan kepada kanser! 


Terdapat3 jenis sinaran UV. Sinaran UV yang terdekat dengan kita adalah sinaran UVA dan UVB.

UVA (320-400nm):
UVA menembusi jauh ke dalam kulit kita berbanding kepada UVB, dan bertanggungjawab bagi kebanyakan reaksi fototoksik terhadap ubat-ubatan yang kita mungkin memerlukan. UVA jarang diserap oleh lapisan ozon, dan boleh menembusi melalui kaca. Selain itu, ia menyebabkan kira-kira 15% daripada erythema yang disebabkan oleh cahaya matahari.

UVB (290-320nm):
UVB adalah punca utama selaran matahari. Ia boleh diserap oleh lapisan ozon dengan ketara, dan tidak menembusi melalui kaca. Ia adalah 1000 kali lebih berbahaya daripada UVA dengan menyebabkan erythema!

UVC (200-290 nm):
UVC biasanya ditapis oleh lapisan ozon, dan tidak sampai ke bumi.


Jadi apa yang perlu saya tahu mengenai sunblock untuk melindungi diri saya daripada sinaran UV yang berbahaya?

Adalah penting untuk menggunakan sunblock 15-30 minit sebelum berada di luar, dan mengunakannya semula sekurang-kurangnya setiap 2 jam, terutamanya apabila anda berenang atau berpeluh berlebihan. Cuba menggunakan sunblock SPF 30 (Sun Protection Factor, atau faktor perlindungan matahari) ke atas!


Berapa banyak untuk digunakan? Anda boleh menggunakan cara ini: kira-kira satu sudu teh sunblock digunakan pada setiap bahagian badan. Anda boleh menggunakan 1 sudu teh sunblock masing-masing untuk bahagian muka, kepala, leher, lengan, kaki, dada dan abdomen, serta belakang anda dan belakang leher anda. Anda boleh memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian badan BEENS: di belakang lutut (Back of your knees), telinga (Ears), kawasan mata anda yang tidak berhampiran atau dalam mata! (Eye area), leher (Neck) dan kulit kepala (Scalp).

Berikut adalah beberapa fakta yang menarik untuk anda. Sunblock yang dilabel "spektrum luas", boleh melindungi kulit anda daripada UVA dan UVB. Walau bagaimanapun, ia penting untuk mengetahui bahawa TIADA pelindung matahari yang melindungi kita secara 100% daripada sinaran UVB, dan SPF yang amat tinggi TIDAK MENJAMIN perlindungan matahari yang lebih daripada SPFs 30-50.

Untuk rujukan anda, anda boleh lihat di sini:

SPF 15 menghalangkan 93% daripada sinaran UVB
SPF 30 menghalangkan 97% daripada sinaran UVB
SPF 50 menghalangkan 98% daripada sinaran UVB
SPF 100 menghalangkan 99% daripada sinaran UVB

Korang boleh pertimbangkan pilihan sunblock yang ingin digunakan dengan informasi seperti diatas.

Di mana sahaja korang pergi, korang kenalah rajin semak indeks UV di destinasi yang dituju tu, supaya korang tahu apa yang perlu disediakan untuk percutian korang. Walaupun sunblock hanyalah salah satu cara perlindungan diri daripada matahari, langkah-langkah lain perlu dipertimbangkan juga. Selain sunblock, berikut adalah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas apa yang anda boleh lakukan!

0-2 (Rendah):
Hanya perlindungan matahari yang minimum diperlukan untuk aktiviti normal. Anda boleh memakai cermin mata hitam di bawah matahari yang terik. Jika anda berada di luar selama lebih daripada 1 jam, pakailah pakaian panjang (baju lengan panjang dan lain-lain) dan gunakan sunblock. Di tempat yang bermusim sejuk, pantulan salji hampir menggandakan kekuatan UV. Pakailah cermin mata hitam dan gunakan sunblock!

3-5 (Sederhana):
Anda mungkin perlu memakai sunblock, topi, cermin mata hitam, serta pakaian lengan panjang jika anda menjangka untuk berada di luar selama lebih daripada 30 minit. Kalau boleh, sila berada di tempat berteduh, terutama pada waktu tengah hari semasa matahari paling terik!

6-7 (Tinggi):
Pada peringkat ini, perlindungan matahari adalah sangat diperlukan, kerana sinaran UV boleh memusnahkan kulit kita dan kemungkinan besar menyebabkan selaran matahari. Seperti biasa, berada di tempat berteduh dari semasa ke semasa, gunakan payung, pakaian panjang, topi, cermin mata hitam, serta gunakan sunblock. Cuba elakkan daripada berada di luar antara waktu 11:00am-4:00pm!

8-10 (Sangat Tinggi):
Sila ambil langkah berwaspada yang lebih seperti apa yang anda boleh lakukan untuk indeks UV 6-7. Kulit kita yang tidak dilindungi mudah dimusnahkan dan boleh menyebabkan selaran matahari dengan kadar yang cepat!

11 atau lebih (Amat Tinggi):
Ini adalah biasa di negara-negara tropika. Di samping itu, permukaan pasir putih dan permukaan terang yang lain dapat memantulkan sinaran UV serta meningkatkan pendedahan kulit anda terhadap sinaran UV. Sila ambil langkah-langkah berwaspada yang penuh untuk perlindungan matahari anda ya!

Anda mungkin akan ketawa pada pakaian “Face-kinis” di pantai-pantai China, atau pakaian pelindung matahari ultra nipis berwarna terang (neon) yang dipakai oleh pelancong-pelancong China. Dengan semua maklumat ini, kini anda tahu bagaimana pentingnya untuk melindungi diri kita sendiri sewaktu pendedahan matahari!

Walaupun ia adalah penting untuk bersedia dengan langkah-langkah perlindungan matahari, ia juga penting untuk menikmati percutian anda! Jangan biarkan sinaran matahari yang terlalu terik merosakkan 'mood' percutian anda, ye.


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
(Sumber : mydoc.asia)
Wassalam...=)

SIMPANAN YANG AKAN DIHISAB

Assalamualaikum wbt.
Salam 4 Jamadilakhir 1439h

Keluarkan smua baju-baju yg bersusun dalam almari. Keluarkan pinggan mangkuk yg sekadar hiasan.. 

Astaghfirullah..

Seorang ustaz ada berkata dalam kuliah. Katanya, Simpanan-simpanan itu akan ada hisabnya di hari kemudian. Astaghfirullahal 'Azim...Allahu..!

Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai, simpanan yang lain...Allahh....!

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi tak pernah dipakai.
Ada kain yang di beli tak pernah dipakai.
Ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai.
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen.
Ada sandal sealmari,
Ada beg tangan segudang,
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai.
Ada baju dinner yang hanya sekali dipakai.
Ada….Tupperware2 penuh almari yang hanya sebagai perhiasan. 
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya...)

Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!! Yang hanya jadi simpanan atau koleksi-koleksi yang tak dipakai kelak akan di Hisab. Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!


Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..! Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....lihat orang punya. Teringin nak beli juga. walau Tak berguna bagi diri kita. Ternyata diri sendiri ini juga masih termasuk golongan orang yang mengumpul barang. Dan semua itu pasti akan di hisab oleh NYA
(perhitungan) kelak di akhirat.

Astaghfirullahal 'Azim.. Astaghfirullahal 'Azim.. (>,<)

Rasulullah bersabda :

“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah, dan Perbanyaklah Istighfar, 
sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan bahwa sedekah menghapus dosa, 
sebagaimana air mematikan api.
(Surah At- Taubah : Ayat 35)

"..(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam, 
lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka, inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, 
Maka rasakanlah (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 195)

"..Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, 
dan berbuat baiklah, kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."


Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.

Wassalam...=)

Monday, 19 February 2018

INSIDEN LANGKAWI - KERETA KABEL

Assalammualaikum wbt.
Salam 3 Jamadilakhir 1439h


SEMUA 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi.

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

“Operasi SkyCab tergendala ekoran gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.

"Ketika kejadian seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 buah gondola dan berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam," kata Panorama Langkawi dalam satu kenyataan di Langkawi, malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan Panorama Langkawi telah berusaha dan berjaya menjalankan kerja-kerja pembaikan sistem pengendalian kereta kabel yang rosak.

"Semua penumpang dan kakitangan yang terkandas akhirnya berjaya dibawa turun mulai pukul 11.00 malam.

"Selain penumpang yang terperangkap dalam gondola, turut terkandas adalah 210 penumpang dan 36 kakitangan di stesen tengah, manakala 750 penumpang dan 42 kakitangan di stesen tertinggi," katanya.

Tambah kenyataan itu, operasi SkyCab pada hari ini (19 Februari) akan bermula mulai jam 12 tengah hari bagi memberi ruang kakitangan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

(Sumber : Harian Metro)

Allahu. Alhamdulillah semua selamat. Seram juga bila dengar perkara sebegini berlaku,kan. Yaya dengan family pula bercadang nak ke sana dalam bulan 8 ni. Agak-agak nak naik ke tak kereta kabel ni nanti..huhu seriau pula bila fikir. Takut nasib tidak baik masa tu kalau naik. Tapi rugi pula bila da sampai sana tak naik kereta kabel tu. Dahla setahun sekali nak pergi sana pun belum tentu dapat...ahaha adeii..korang rasa,macamana agak-agak...any suggestion? Patut atau tidak kami naik bila sampai sana nanti...?? Hmm...*dalam dilema ni* =(

Ok. Itu sahaja perkonsgian dari Yaya, kot ada yang tak dengar berita lagi pasal insiden yag sedang berlaku sekarang ni,kan. Dan minta tolong bagi cadangan samada patut atau tidak Yaya dan family naik kereta kabel bila bercuti disana nanti,ok.hehe. Terima kasih yaaaa.

Sekian,Wassalam =)

Sponsor





Popular Posts