PUNCA MELASMA

Assalammualaikum wbt.


Pada yang tidak tahu, pasti tertanya-tanya apa itu MELASMA kan. MELASMA adalah masalah pigmentasi yang biasa untuk wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Dan statistik menunjukkan melasma terjadi hampir 90% kepada wanita dengan anggaran sekitar 25% mendapat melasma selepas kehamilan. Justeru, melasma dikenali juga sebagai “topeng semasa hamil”.

Jenis-jenis MELASMA
Sebelum memulakan topik ini, Yaya akan berikan pengenalan kepada melasma. Melasma ada jenis butiran atau tampalan, dan biasanya muncul di kedua-dua belah pipi muka. Melasma terbentuk dalam 3 jenis corak:

Jenis Pertengahan Muka: muncul di dahi, hidung, pipi, bibir atas, dagu
Jenis Malar: hanya muncul di pipi muka
Jenis Mandibular: hanya muncul di kawasan rahang

Corak melasma yang paling biasa adalah jenis pertengahan muka, manakala jenis yang paling jarang adalah jenis Mandibular.

1. Tidak Mengamalkan Penggunaan Pelindungan Matahari
Radiasi UV (ultraviolet) adalah sangat berbahaya dalam menyebabkan melasma pada kulit kita! Melasma kebiasaannya terjadi pada kedua-dua belah pipi, dahi, hidung, dagu, bibir dan kelopak mata, kerana bahagian-bahagian ini terdedah secara langsung terhadap matahari.


Dibawah adalah tentang “Peraturan ABC tentang pelindung matahari” seperti mana yang disarankan oleh Persatuan Dermatologi Amerika:

Jauhkan(Away): Elakkan berada di bawah cahaya matahari pada waktu puncak (dari 10 pagi sehingga 3 petang) dan elak dari terdedah dengan pancaran matahari lebih daripada 20 minit
Halangan(Block): Sentiasa beringat untuk meletakkan produk pelindungan matahari secukupnya untuk melindungi daripada sinar radiasi UV.
Perlindungan(Cover up): Memakai topi, berlindung dengan pakaian (berlengan panjang dan seluar panjang serta pakaian labuh), memakai cermin mata hitam, payung.

Pelindungan matahari sesuatu yang penting. Gambar di atas menunjukkan seorang pakcik berumur 69 tahun yang membawa lori selama 28 tahun. Dia menghabiskan terlampau banyak masa di atas jalan raya sehingga sinaran UVA mudah menembusi masuk melalui tingkap lorinya dan pendedahan terlampau lama menyebabkan bahagian belah kiri mukanya kelihatan lebih berusia daripada bahagian kanan wajah (tempat duduk pemandu di A.S berada di bahagian kiri).

sumber imej:  The New England Journal of Medicine,
Jennifer R.S. Gordon, M.D., and Joaquin C. Brieva,  366:e
25April 19, 2012

2. Menggunakan Produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit yang Tidak Sesuai
Sesetengah produk kosmetik dan penjagaan kulit mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan alahan kulit, wangian tiruan atau produk mempunyai komposisi logam yang tinggi. Menggunakan produk-produk kecantikan ini mungkin menjadi pencetus reaksi toksin kepada kulit. Sesetengah komponen kimia boleh menyerap radiasi UV lebih baik. Justeru, sebaik sahaja komponen kimia ini meresap ke dalam kulit ia akan dengan terdesaknya menyerap sinaran UV di bawah pendedahan matahari, ia membahayakan kulit dan melanin (pigmentasi hitam yang muncul secara semulajadi) semakin buruk.

Sesiapa sahaja mempunyai risiko untuk mendapat reaksi phototoksin. Justeru anda dinasihatkan untuk menggunakan produk yang sahih berkualiti. Di samping itu, untuk mengelakkan sesuatu berakhir dengan senario kes yang buruk, tolong elakkan barangan buatan sendiri D.I.Y (Do It Yourself) seperti topeng menggunakan buahan dan sayuran yang mana ianya mempunyai kandungan fotosentesis (sensitif kepada cahaya; contohnya,. limau, oren, seleri dan lain-lain)

3. Perubahan Gaya Hidup /Tekanan
Apabila seorang wanita sedang hamil, rangsangan estrogen dan melanin di dalam tubuh badan akan meningkat dan pada masa yang sama akan menyebabkan pigmentasi pada kulit.

Menariknya, di samping hamil, sel melanin merembeskan hormon (kelenjar pituitari akan merembeskan hormon ini secara semulajadi) yang juga akan meningkat dalam keadaan lain – apabila kita berada dalam keadaan tekanan atau tidak dapat tidur malam.

Ini menjelaskan mengapa mereka yang sering berjaga malam atau sedang menghadapi tekanan mempunyai kulit muka yang kusam!

Untuk mengelakkan kelihatan kusam, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, dapatkan tidur yang cukup, dan sentiasa mengekalkan semangat yang ceria! Jika anda merasa sukar untuk tidur pada waktu malam, anda boleh membaca artikel terdahulu di laman sesawang yang ada. Harap dapat menjumpai cara yang sesuai untuk lebih bertenang,ok!

4. Menggunakan Pil Perancang Kehamilan / Suntikan Cegah Kehamilan


Emm, walaupun mengambil ubat perancang kehamilan tidak sepatutnya dikategorikan sebagai “tabiat buruk”, namun ia salah satu daripada penyebab melasma.

Kat atas Yaya ada beritahu yang melasma dikenali juga sebagai “topeng semasa kehamilan” kan. Ia bukan tentang kehamilan itu sahaja – ia juga melibatkan perubahan hormon. (termasuklah mengambil pil perancang kehamilan) yang membawa kepada pembentukan melasma.

Kajian terdahulu menunjukkan jumlah keseluruhan daripada 199 wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, 24% daripada mereka mempunyai melasma di antara 1- 4 bulan selepas mengambil pil berkenaan.

Jika anda mempunyai melasma, dan anda sudah mencuba pelbagai kaedah dan produk namun masih tidak menunjukkan kesan positif, anda boleh mencari nasihat pakar dari doktor yang berdaftar disini > cari klinik yang menyediakan rawatan melasma <

Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
(Sumber : mydoc.asia)

Wassalam...=)

Post a Comment

0 Comments