Assalammualaikum wbt.
Suka berada di bawah matahari? Memakai produk pelindung cahaya matahari (sunblock) boleh membantu mengelakkan kulit anda daripada menjadi gelap, mendapat selaran matahari atau lebih teruk lagi, kanser kulit. Jom, Yaya kongsikan dengan korang semua serba sedikit tentang sinaran cahaya matahari yang boleh membahayakan jika berterusan berada dibawahnya tanpa sebarang perlindungan.!
Mungkin anda selalu terdengar orang lain berkata bahawa "Pakai sunblock ya!", terutamanya apabila anda merancang untuk pergi ke pantai, atau membuat kerja sambilan bawah matahari. Korang mungkin tertanya, sunblock hanya untuk digunakan pada kulit kita, kan? Selain daripada "melindung diri daripada matahari", apa lagi yang boleh dilakukan dengan sunblock?
Sebelum memahami tentang sunblock, mari kita memahami 'musuh' kita, radiasi UV (ultraungu)! cewah. Musuh la sangat ye. Memang musuh la kalau ianya boleh sampai pengakibatkan kepada kanser!
Terdapat3 jenis sinaran UV. Sinaran UV yang terdekat dengan kita adalah sinaran UVA dan UVB.
UVA (320-400nm):
UVA menembusi jauh ke dalam kulit kita berbanding kepada UVB, dan bertanggungjawab bagi kebanyakan reaksi fototoksik terhadap ubat-ubatan yang kita mungkin memerlukan. UVA jarang diserap oleh lapisan ozon, dan boleh menembusi melalui kaca. Selain itu, ia menyebabkan kira-kira 15% daripada erythema yang disebabkan oleh cahaya matahari.
UVB (290-320nm):
UVB adalah punca utama selaran matahari. Ia boleh diserap oleh lapisan ozon dengan ketara, dan tidak menembusi melalui kaca. Ia adalah 1000 kali lebih berbahaya daripada UVA dengan menyebabkan erythema!
UVC (200-290 nm):
UVC biasanya ditapis oleh lapisan ozon, dan tidak sampai ke bumi.
Jadi apa yang perlu saya tahu mengenai sunblock untuk melindungi diri saya daripada sinaran UV yang berbahaya?
Adalah penting untuk menggunakan sunblock 15-30 minit sebelum berada di luar, dan mengunakannya semula sekurang-kurangnya setiap 2 jam, terutamanya apabila anda berenang atau berpeluh berlebihan. Cuba menggunakan sunblock SPF 30 (Sun Protection Factor, atau faktor perlindungan matahari) ke atas!
Berapa banyak untuk digunakan? Anda boleh menggunakan cara ini: kira-kira satu sudu teh sunblock digunakan pada setiap bahagian badan. Anda boleh menggunakan 1 sudu teh sunblock masing-masing untuk bahagian muka, kepala, leher, lengan, kaki, dada dan abdomen, serta belakang anda dan belakang leher anda. Anda boleh memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian badan BEENS: di belakang lutut (Back of your knees), telinga (Ears), kawasan mata anda yang tidak berhampiran atau dalam mata! (Eye area), leher (Neck) dan kulit kepala (Scalp).
Berikut adalah beberapa fakta yang menarik untuk anda. Sunblock yang dilabel "spektrum luas", boleh melindungi kulit anda daripada UVA dan UVB. Walau bagaimanapun, ia penting untuk mengetahui bahawa TIADA pelindung matahari yang melindungi kita secara 100% daripada sinaran UVB, dan SPF yang amat tinggi TIDAK MENJAMIN perlindungan matahari yang lebih daripada SPFs 30-50.
Untuk rujukan anda, anda boleh lihat di sini:
SPF 15 menghalangkan 93% daripada sinaran UVB
SPF 30 menghalangkan 97% daripada sinaran UVB
SPF 50 menghalangkan 98% daripada sinaran UVB
SPF 100 menghalangkan 99% daripada sinaran UVB
Korang boleh pertimbangkan pilihan sunblock yang ingin digunakan dengan informasi seperti diatas.
Di mana sahaja korang pergi, korang kenalah rajin semak indeks UV di destinasi yang dituju tu, supaya korang tahu apa yang perlu disediakan untuk percutian korang. Walaupun sunblock hanyalah salah satu cara perlindungan diri daripada matahari, langkah-langkah lain perlu dipertimbangkan juga. Selain sunblock, berikut adalah disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas apa yang anda boleh lakukan!
0-2 (Rendah):
Hanya perlindungan matahari yang minimum diperlukan untuk aktiviti normal. Anda boleh memakai cermin mata hitam di bawah matahari yang terik. Jika anda berada di luar selama lebih daripada 1 jam, pakailah pakaian panjang (baju lengan panjang dan lain-lain) dan gunakan sunblock. Di tempat yang bermusim sejuk, pantulan salji hampir menggandakan kekuatan UV. Pakailah cermin mata hitam dan gunakan sunblock!
3-5 (Sederhana):
Anda mungkin perlu memakai sunblock, topi, cermin mata hitam, serta pakaian lengan panjang jika anda menjangka untuk berada di luar selama lebih daripada 30 minit. Kalau boleh, sila berada di tempat berteduh, terutama pada waktu tengah hari semasa matahari paling terik!
6-7 (Tinggi):
Pada peringkat ini, perlindungan matahari adalah sangat diperlukan, kerana sinaran UV boleh memusnahkan kulit kita dan kemungkinan besar menyebabkan selaran matahari. Seperti biasa, berada di tempat berteduh dari semasa ke semasa, gunakan payung, pakaian panjang, topi, cermin mata hitam, serta gunakan sunblock. Cuba elakkan daripada berada di luar antara waktu 11:00am-4:00pm!
8-10 (Sangat Tinggi):
Sila ambil langkah berwaspada yang lebih seperti apa yang anda boleh lakukan untuk indeks UV 6-7. Kulit kita yang tidak dilindungi mudah dimusnahkan dan boleh menyebabkan selaran matahari dengan kadar yang cepat!
11 atau lebih (Amat Tinggi):
Ini adalah biasa di negara-negara tropika. Di samping itu, permukaan pasir putih dan permukaan terang yang lain dapat memantulkan sinaran UV serta meningkatkan pendedahan kulit anda terhadap sinaran UV. Sila ambil langkah-langkah berwaspada yang penuh untuk perlindungan matahari anda ya!
Anda mungkin akan ketawa pada pakaian “Face-kinis” di pantai-pantai China, atau pakaian pelindung matahari ultra nipis berwarna terang (neon) yang dipakai oleh pelancong-pelancong China. Dengan semua maklumat ini, kini anda tahu bagaimana pentingnya untuk melindungi diri kita sendiri sewaktu pendedahan matahari!
Walaupun ia adalah penting untuk bersedia dengan langkah-langkah perlindungan matahari, ia juga penting untuk menikmati percutian anda! Jangan biarkan sinaran matahari yang terlalu terik merosakkan 'mood' percutian anda, ye.
Sekian perkongsian dari Yaya. Terima kasih buat yang sudi singgah membaca dan sekaligus dapat sedikit ilmu dan info yang Yaya tolong share juga ni. Moga ada manfaat buat yang membaca. Segala teguran berhemah dan ke arah kebaikan adalah amat dialu-alukan. Maaf andai ada tersilap bahasa, informasi. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri Yaya sendiri.
(Sumber : mydoc.asia)
Wassalam...=)
1 Comments
Sunblock paling penting. Pernah tak pakai sunblock, sunburn teruk muka
ReplyDelete