Thursday, 29 December 2016

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA DAN HARTA ANAK MILIK BAPANYA

Assalammualaikum w.b.t.


Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya pergauli dengan baik? Baginda menjawab : “IBUMU” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi : ” Kemudian siapa?”. Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” BAPAMU.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata. Nabi SAW bersabda : 

“Hinalah seseorang, hinalah seseorang, hinalah seseorang iaitu orang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya atau salah seorang di antara keduanya telah tua namun pemeliharaannya ke atas mereka tidak menyebabkan dia masuk syurga.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah SAW: 

“Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”

(Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2291 (Kitab al-Tijarah, Bab apa bahagian ayah daripada harta anaknya)

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.

(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1299 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan mengambil balik apa yang telah diberikan)



Friday, 23 December 2016

SENTIASALAH BERLAPANG DADA

Assalammualaikum w.b.t.

Salam Jumaat..Alhamdulillah.Sampai lagi ke penghujung hari bekerja ni (bagi yang bekerja 5hari la ^o^). Suka nak cuti kan..haha. Lagi 7 hari kita da masuk tahun 2017 pula..Sikit hari lagi akan banyakla orang UP pasal AZAM 2017 kan..yang kebanyakannya gagal untuk dicapai seperti tahun-tahun yang sudah. COntohnya, azam tahun 2016 nak turunkan berat 10KG tapi sampai ke akhir tahun xberubah. Tetap dengan berat yang sama..haha. Siapa la tu yek =p Yang pasti bukan Yaya! Sebab apa? Sebab turun berat itu bukan salah satu azam 2016 Yaya. haha ^o^ Tapi berat tetap dapat dikurangkan.YES!! ngehngehngeh


Banyak perkara yang berlaku tahun ni. Betul. Sedih, gembira..semua ada.Hmm. Kadang kusut fikiran, hati pun sempit kadang rasa dek kerana ujian yang bertimpa-timpa..ALLAHU..Yaya bukan nak mengadu kat sini, apapun yang mendatang, ujian dariNYA itu adalah kerana DIA nak kita,hambaNYA ni tahu yang DIA sentiasa ADA, sentiasa MELIHAT, sentiasa MENDENGAR kita..DIA baru 'jentik' kita sikit je kat dunia ni, kita dah mengeluh kata ujian yang diberi ini terlalu berat untuk kita tanggung..NO! Jangan sesekali kita berfikir macam tu,ok. ALWAYS POSITIVE THINKING ABOUT HIM! DIA takkan beri kita ujian yang diluar kemampuan diri kita. Betul tak? 

Jika rasa kusut, fikiran serabut, hati tak tenteram, sentiasalah perbanyakkan DOA, ISTIGHFAR mohon keampunan dariNYA kerana segala ujian yang DIA beri itu salah satu asbabnya adalah sebagai KIFARAH atas dosa-dosa kita yang lalu. Sini yaya share antara doa yang korang boleh amalkan..

Doa Mohon Kelapangan Dada
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" 
(Surah Al-Isra' : ayat 80)

Amalkan.ISTIQAMAH.Jangan berhenti berharap padaNYA. InsyaAllah..segala hal akan dipermudahkan oleh NYA =)

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya.. Sekadar renungan dan amalan kita bersama.

Sekian, Wassalam.. =)

Monday, 19 December 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalammualaikum wbt

Lama xjoin GA ni..meh saje nak menambah bilangan penyertaan sambil berkenalan..cewah..hehe


Tarikh Mula : 1/12/2016
Tarikh Tamat : 31/12/2016

Tinggal lagi dalam 2 minggu je lagi nak sampai tarikh akhir contest. Jom join! Peserta terakhir pun akan dapat hadiah tau.hehe

Thursday, 15 December 2016

SEKADAR PERKONGSIAN : BERDOA SEBELUM SALAM

Assalammualaikum w.b.t.

Berdoalah Sebelum Mengucap Salam..

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berpesan melalui sabda Baginda yang bermaksud, 
“Apabila kamu tasyahud, maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara. 

Bacalah Doa...
Photo & info credit to: www.rahsiasolat.com

Doa ini hendaklah dibaca ketika duduk tahiyyat akhir, iaitu sejurus sebelum memberi salam. Selepas selesai membaca tahiyyat akhir sehingga "hamidun majid", sambunglah dengan membaca doa diatas...

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..

Sekian, Wassalam.. =)

Friday, 9 December 2016

YOU NEED A HOLIDAY LAH! | #MYTRAVELOKAESCAPE IS SABAH

Assalammualaikum w.b.t.

Yes! I really need a holiday! and #mytravelokaescape is SABAH! Coz memang teringin nak pergi SABAH! Eh, tapi kenapa Sabah? Kenapa pilih dalam negara sendiri, Malaysia, sedangkan ada banyak lagi tempat best diluar negara yang boleh dipilih macam Korea, Bali, Melbourne dan lain-lain. Tapi kenapa Malaysia? Why? Why? huhu

Well, of course la because I LOVE MALAYSIA!hehe ^o^ Banyak lagi kot tempat menarik dalam negara sendiri yang belum dijelajahi kann..sekarang kan makin banyak kawasan peranginan yang semakin maju, dan cantik. Malah ada sesetengah kawasan atau pulau kat Malaysia ni yang setanding dengan kawasan kat luar negara tu. Kita je yang tak tahu sebab tak nak explore kawasan negara sendiri. Dok sibuk ja teringin nak pergi tempat negara luar tu.Memang la best, tapi tak salah kalau kita habiskan satu 'pusingan' dalam negara sendiri dulu, bila dah habis pusing barulah pergi luar negara pula. Tak gituu. =D  

Kenapa Yaya pilih Sabah ye..sebab Malaysia kan ada 13 buah negeri..12 buah negeri Yaya dah travel.haha. Masa tu pergi dengan family semua. Ayah Yaya jenis suka travel juga..ngeeee So tinggal satuuuu negeri ja lagi. Dan negeri tu adalah SABAH. Sabah kan memang terkenal dengan banyak kawasan pulau dia yang cantik, gourgeus sangat! 

PULAU MANUKAN

Photo credit to: budakletrik.blogspot.com

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai TAMAN LAUT NEGARA. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki.

PULAU MABUL

Photo credit to: blueewoke09.blogspot.com

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan. Pulau ini kecil dan melengkung. Terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti 'scuba diving'.Wahh ni memang syiok..jap.Tapi bole ke iolss scuba?errrr =p

PULAU SIPADAN

Photo from: Google

Pulau yang agak popular juga ni kan. Pulau Sipadan ni ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.Wowww..<(0,0)> Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009. SUBHANALLAH. Memang cantik sangat ni..! 

Ok. Itu untuk bahagian pulau yang wajib terjah jika berkesempatan (if i won this traveloka contest >,<). Now nak tengok tempat lain yang besh ada kat Sabah ni..

GUNUNG KINABALU


Antara gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Memang sesuai sangat dengan Yaya yang suka aktiviti macamni, ^_^ Biasa daki bukit je..huuu

Oklah. Sebab kan SABAH adalah Negeri Terbesar kat Malaysia ni dan terlalu banyak tempat menarik, kalau nak Yaya huraikan mau pening korang tengok entri panjang Yaya ni..so Yaya sempat cari 'sedikit' gambar mengenai tempat menarik kat Sabah ni. Sumpah korang yang belum pernah jejakkan kaki kat Sabah ni pun teringin nak pergi juga..hikhih ^o^


































Fuhh banyak tak banyak tempat menarik kat SABAH ni. Kalau bagi chance travel ke sini mau nye xlekat kaki ni..berjalan je kerjanya. Nasibla Yaya ni memang 'kaki' berjalan juga, so no prob for me as long Allah give me a good health condition.^_^ InsyaAllah and also, semua tempat yang Yaya beritahu ni takkan dapat kaki ini jejaki jika TRAVELOKA tak memberiku peluang untuk menjelajah SABAH. huuuu >,< Ohh pleaseeee TRAVELOKA..!! Give me one chance to complete my journey. Melengkapkan 'MISI' Yaya untuk travel 1 Malaysia coz SABAH is the only one state that I never had been before...

Youolsss yang nak pergi travel tu, nak cari FLIGHT or HOTEL ke anything boleh try search kat laman sesawang TRAVELOKA ni juga tau. Ada banyak choice. Mana tau yang nak pergi HONEYMOON ke..ececehh..nak bercuti dengan family or anything occassion boleh try klik link yang Yaya bagi kat bawah ni ye.. ^_^


Happy holiday uollzzz..! ^o^

Sekian,Wassalam... =)

Friday, 2 December 2016

BOX OF JOY BY LAZADA

Assalammualaikum w.b.t

Salam Jumaat. Moga hari ni akan jadi lebih baik dari semalam. Kita semua semakin dilimpah ruahkan dengan rezeki. Di beri kesihatan yang baik, dan mendapat perkara yang baik-baik sahaja ye. Aminn.. InsyaAllah. ^_^

Ni fresh entri Yaya. Sebelum ni punya Yaya buat schedule je nak publish entri tu..yela sebab tak dan nak update fresh2 setiap hari..terpaksa buat awai sikit. 

Tujuan Yaya menaip entri kali ni adalah untuk menunjukkan rasa KETERUJAAN yang tak terkata apabila mendapat sebuah bungkusan dari satu company ni.haha Amboi.hayat koo..formal gituu. Hiks! =p Eh.no.serius. Sebenarnya semalam (Khamis) balik dari kerja Yaya dah perasan ada bungkusan kat ruang tamu rumah tapi tak tergerak nak tengok siapa punya sebab biasa bungkusan-bungkusan macam tu kakak Yaya yang punya. Biasala kalau orang buat bisnes kecil-kecil ni kan.heeee =D


Tapi pagi tadi,kakak Yaya tu beritahu Yaya yang bungkusan tu Yaya yang punya. Agak terkejut juga sebab buat masa ni Yaya takda order beli barang online..huhu. Tertanya-tanya apakah barang didalam bungkusan tu. Berat pula tu..siapala buat SURPRISE kat cek ni..haha perasan jap..ko ingat ko retis ke orang nak bagi hadiah kat ko..hahaha

Masa nak buka tu try ingat-ingat lagi kot2 Yaya ada masuk apa2 CONTEST ke..hahaha banyak pula kalau nak dikira tapi lama dah. Then teringat pula semalam dapat email dari LAZADA. Mengenai BOX OF JOY. Apa BOX OF JOY ni? Korang tengok la picture kat bawah ni. Ianya KHAS untuk orang yang join LAZADA AFFILIATE PROGRAM MALAYSIA.


Agak surprise sebenarnya sebab Yaya takda isi form untuk RSVP BOX OF JOY ni sebab kena turun KL untuk join. Memang tak dan la Yaya nak pergi. Kalau area Klang/Shah Alam je boleh la...huhu malas nak tempuh jem je sebenarnya. KL kot,jalan xjem bila semua orang balik kampung je..^o^ lol


So, Yaya sebelum pergi kerja pagi tadi sempat jugakla buka dan tengok sikit apa ada dalam bungkusan tu. Dan sekali lagi memang SURPRISE@SHOCK sikit..giler banyak barang yang depa bagi weiii! Korang tengok la gambar yang Yaya sempat amik ni. Ade beg, botol air,car sticker, dan 2 box tu..Nanti next entri mungkin Yaya akan elaborate semua yang Yaya dapat ni ok. Coz actually diorang suh review BOX OF JOY ni...hehe. Da rasa SPEECHLESS dah ni. Macam takmau pergi kerja terus dah pagi tadi.Excited! Eh, dah kenapa taknak pergi kerja pula.Takda kena mengena langsung.hahaah alasan tak masuk akal! ^o^

Okla..tu je nak share..haha nampak sangat saja nak SHOWOFF dengan korang kan. Haihh maafla..1st time dapat gift bebanyak cenggini. Sebelum ni dapat sikit je.. =p ok. Tunggu next post Yaya pasal BOF OF JOY dari LAZADA ni ye ^_^

Sekian, Wassalam =)

Thursday, 1 December 2016

WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

Tahu atau tidak terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya? Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai juga sudah lupa, jadi Yaya kongsikan disini supaya jadi pelajaran kita bersama-sama ye..

Antara waktu-waktu yang ditegah untuk kita daripada melakukan solat, iaitu:

1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.

3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.

5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.

Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.

Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang qadha’, jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..

Sekian, Wassalam.. =)

5 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share yang ini pula. AMALAN yang akan membantu kita supaya makin mudah rezeki masuk dan rezeki yang diterima melimpah ruah. Aminn. InsyaAllah. ^_^

1. Berdoa kepada Allah

Rasulullah SAW selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, 
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” 
[HR. Ahmad]

2. Perbanyak istighfar dan taubat

Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah SAW mengucapkan istighfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.

Nabi Nuh AS pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

 “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” 
(Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang menyatakan hal yang sama. Disebutkan dalam suatu hadis yang bermaksud:

 “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, 
dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” 
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) 
(Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

3. Menyambung silaturahmi.

Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi dapat mempengaruhi agar mendapat umur yang panjang dan memperbanyak rezeki.

“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.” 
[HR Bukhari: hadis no. 58]

4. Perbanyak sedekah.

Sedekah boleh dilakukan dengan wang mahupun makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah SAW bersabda bahawa:

“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya,
 jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk sedekah kerana mengetahui keutamaannya.

Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. 
Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

SOLAT DHUHA merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh dibayar dengan solat dhuha.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” 
[HR Muslim 1181]

Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama dengan sedekah

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di dunia maka bersyukurlah. WaAllhua'lam.

Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..

Sekian, Wassalam.. =)

Popular Posts