Assalammualaikum w.b.t.
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya pergauli dengan baik? Baginda menjawab : “IBUMU” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi : ” Kemudian siapa?”. Nabi menjawab : ” IBUMU.” Lelaki itu bertanya lagi ; ” Kemudian siapa?” Nabi menjawab : ” BAPAMU.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata. Nabi SAW bersabda :
“Hinalah seseorang, hinalah seseorang, hinalah seseorang iaitu orang yang mendapatkan kedua-dua orang tuanya atau salah seorang di antara keduanya telah tua namun pemeliharaannya ke atas mereka tidak menyebabkan dia masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”
(Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2291 (Kitab al-Tijarah, Bab apa bahagian ayah daripada harta anaknya)
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 1299 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan mengambil balik apa yang telah diberikan)
18 Comments
terima kasih atas perkongsian ini dik..
ReplyDeleteاَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
ReplyDeleteDah bnyk ayah berhabis utk besar kita apa slhnye share sikit ngan ayah tu...;-)
ReplyDelete“Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya".
ReplyDeleteI love that. So true. Thanks cik yaya.
brbkti kepada mereka dunia akhirat, moga kt jd anak solehah
ReplyDeleteBaru tahu, ayah boleh mintak balik apa yg telah diberikan pada anaknya
ReplyDeleterindu abah... :'(
ReplyDeletetetiba rindu abah :(
ReplyDeletetanpa ibu bapa siapalah kita...
ReplyDeletenice share.
ReplyDeletesemoga bermanfaat,
ReplyDeletenice share.. tabahan ilmu baru berkenaan harta milik bapa tu..
ReplyDeleteTerima kasih ye yaya atas perkongsian ni
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSalam alaik kak. Dah lama In tak datang sini. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteIbu tiada ganti nya... jika seorng lelaki itu menjaga ibu nya dngn penuh kasih sayang, InsyaAllah beliau juga akan jd suami yg baik... anyway, this is my blog jika sudi follow http://mrparanoidwords.blogspot.my/
ReplyDeletebesar rahmatnya.. semoga dpt berbakti kpd ibu bapa.. huhu
ReplyDeleteTanpa ibu bapa, siapalah kita... untung jika masih punyai ibu bapa. Gedung pahala buat anak...
ReplyDelete