Assalammualaikum w.b.t.
Tahu atau tidak terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya? Mungkin ramai yang tahu dan mungkin ramai juga sudah lupa, jadi Yaya kongsikan disini supaya jadi pelajaran kita bersama-sama ye..
Antara waktu-waktu yang ditegah untuk kita daripada melakukan solat, iaitu:
Antara waktu-waktu yang ditegah untuk kita daripada melakukan solat, iaitu:
1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.
3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).
4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.
5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.
Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:
1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang qadha’, jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..
Sekian, Wassalam.. =)
Dapat sesuatu? ALHAMDULILAH. Moga bermanfaat..Sekadar renungan kita bersama. Yang baik, kita ikut, yang tidak baik itu hindarilah seeloknya..
Sekian, Wassalam.. =)
12 Comments
nice share.. so, solat hajat lepas asar x boleh la yer??
ReplyDeletelpas asar ape2 solat pon xbole kalau xsilap..
Deletesemuanya ada kaitan dgn matahari kan?
ReplyDeletekann
Deletethanks perkongsian yang sangat berguna ❤
ReplyDeletejemput ya
https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/12/end-year-mini-giveaway-by-mellya-friends.html
=)
Deletebagus info nie....kita semua wajib ambil tahu
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletenice sharing yaya... baru tahu bkn semua jenis solat boleh dilakukan
ReplyDeletesame.=)
DeleteOhh, baru tahu yang setengah lagi, tahu waktu syuruk dgn sblum zohor ja, tapi kalau contohnya terbangun waktu syuruk macam mana? Solat atau qada?
ReplyDeletekena tgu lepas dari waktu syuruk la..xlame pun..kira,tgu duha sekali la senang..^,^
DeleteWallahu'alam