Monday, 26 September 2016

#MYCYBERSALE2016 IS BACK!!

Assalammualaikum.

Hi olss..Yaya nak update lagi entri.. ^o^ now nak announce pula tentang #MYCYBERSALE2016 yang bakal berlangsung selama 5 hari bermula 26 SEPTEMBER 2016 - 30 SEPTEMBER 2016 (if not mistaken la..hehe). Dah start la hari ni weii!! =p

Anyway, pernah update juga mengenai #MYCYBERSALE ni tapi tahun lepas la. Bagi sesiapa yang da terlepas peluang waktu tahun lepas, dan yang nak shopping, [almaklumla waktu hujung bulan. Dah gaji kan.hikhik.] Masa untuk menghabiskan duit korang >p ,ini lah masanya korang shopping online.

Kat bawah ni antara #MERCHANTS yang participate dalam event #MYCYBERSALE2016 kali ni:






Rambang mata weyh kalau korang tengok..adeii habis la duit hakak macam ni.Ehh. Yaya, please behave!! Beli apa yang perlu sahaja ok! haha. Korang pun sama tau kalau nak beli online tu beringat sikit ^o^. Ni baru separuh merchant, untuk list penuh, korang terus je klik ni ---> #MYCYBERSALE2016

Happy Shopping! =p
Sekian,Wassalam =)

Sunday, 25 September 2016

5 CARA YANG MENYEGARKAN UNTUK MEMBANTU ANDA MINUM LEBIH BANYAK AIR

Assalammualaikum w.b.t.           

Air boleh menjadi nutrien yang paling penting dalam kehidupan kita. Setiap sistem dalam badan kita bergantung kepada air dan fungsinya- untuk membuang sisa, untuk mengawal suhu badan, untuk pelincir sendi, dan bermacam-macam lagi.

Bukan sahaja air memainkan peranan penting dalam kesihatan am kita, ia juga merupakan komponen utama untuk mengurangkan dan mengekalkan berat badan. Wahhhh!! Did You Know That??!

Ramai yang berpendapat banyak lagi air minuman yang lebih menarik di pasaran untuk diminum di Malaysia( Pepsi, Cola, 100 Plus, Air mangga, tembikai, Teh tarik dll). Tetapi, dengan semua daya tarikan seperti fizz, warna, pemanis, datanglah kalori. Ada penyelesaian bagi mereka yang nak minum air yang berperisa.^_^


Menambah Infusion Flavor
Air berperisa yang mempunyai buah dan / atau rasa herba diselitkan ke dalamnya. Kebanyakan air berperisa ada di antara 10 dan 20 kalori setiap hidangan dan minum dengan benar2 sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori. (Badan anda menggunakan kalori untuk memanaskan air sejuk itu.) 

Cara untuk membuat:
1.Bahan- bahannya: Bekas air, buah-buahan dan / atau herba dan air. Anda boleh menggunakan mineral atau air yang ditapis.
2. penuhkan bekas anda dengan air sejuk.
3. Potong buah-buah yang dipilih dan herba ke size kecil- ini berbeza-beza bergantung kepada saiz bekas dan pelbagai buah-buahan yang anda gunakan. Untuk rasa yang sedikit gunakan sedikit sahaja buah, untuk rasa yang lebih mantap gunakan banyak.
4. Letakkan potongan kepingan buah ke dalam bekas. Goncang sedikit, sejukkan selama satu jam sehingga semalaman supaya rasa boleh menyerap kedalam air.
5. Enjoy!

* Berminat dengan STEVIA? Boleh klik SINI *

**Tambahan++ : bagi pengguna STEVIA macam Yaya ni boleh letakkan 1 titik terus ke dalam air (di cara no.4) kemudian, baru goncang sedikit air tu.

Antara kegemaran ramai adalah:


Tembikai dan Mint
Nanas dan Mangga
Tembikai susu dan tembikai
Papaya, Mango dan Mint
Oren dan nanas
Timun dan Lime
Lemon dan Blueberry
Strawberry dan Mint

Dapat sesuatu...? Alhamdulillah..Moga bermanfaat. Sama-samalah kita amalkan ye.
Sekian,Wassalam..=D

Saturday, 24 September 2016

PILIH KACAMATA MENGIKUT BENTUK WAJAH ANDA

Assalammualaikum w.b.t.

Cuti ke kerja korang hari ni? Yaya cuti..yeaaa =p Eleh macam Yaya sorang je yang cuti kan.. Biasa hari cuti korang pergi mana?Duduk rumah je..?Laaaa...apa kes duduk rumah je..pergila keluar jenjalan dengan family tu. It's called #FamilyBondingTime ! ^,^

Nak tanya kat sini, siapa yang #SPECTACLES macam Yaya?? ehh!Yaya pakai spec ke??huhu Kadang je pakai. Tak suka sangat pakai sebab nanti akan jadi berbekas kat hidung..memang UNLIKE!! huh >,< Dan lagi satu sebab tak suka pakai, tak bersesuaian dengan shawl or tudung yang dipakai. Contoh tudung ikan bawal tu,  kalo pakai memang tidak la Yaya nak pakai spec, kalau pakai pun, pakai dengan tangkai kat luar. Sebab kalo pakai kat dalam akan jadi macam apa ntah..nanti mencarut tak tentu pasal lak ^o^''

Hari tu ada 'selak-selak' kat laman sesawang ni, share pasal #PemilihanKacamataMengikutBentukWajah . So, nak share dengan korang juga la kot mana yang belum tahu lagi cara nak pilih cermin mata ysng bagaimana yang sesuai dengan korang yang #Spectacles ni ^_^

Bentuk wajah segi empat
Bentuk wajah bulat
Bentuk wajah bujur
Bentuk wajah hati
Bentuk wajah 'diamond'
                           
                             
Jadi, bagi mereka yang sedang mencari-cari kaca mata yang sesuai semoga panduan di atas dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada anda dalam pemilihan kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk wajah anda. Semoga berjaya! ^o^

Dapat sesuatu...? Alhamdulillah..Moga bermanfaat untuk mereka yang masih lagi keliru dalam memilih bentuk cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah mereka.
sumber : @hijabistamagazine
P/S: Yaya pun macam nak kena beli baru je..rangka cermin mata yang pakai sekarang memang macam xsesuai..huhu. Adeii >,<

Friday, 23 September 2016

SALAM JUMAAT 22 ZULHIJJAH : MUTIARA HIKMAH PARA SALAF

Assalammualaikum w.b.t.

“Berziarahlah kamu kepada orang-orang soleh! Kerana orang-orang soleh adalah ubat hati.”
(Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas)

Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang soleh, kerana mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit.”
(Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad)

“Apakah kamu mau tahu kunci-kunci syurga itu ? Kunci Syurga sebenarnya adalah “Bissmillahirramannirrahim”
(Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos)

“Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur’an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!”
(Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos)

“Orang yang sukses adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik.”
(Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad)

“Semua para wali di angkat karena hatinya yang bersih, tidak sombong, dengki, 
dan selalu rendah diri”
(Al Habib Muhsin Bin Abdullah Al Atthos)

” Terangi rumahmu dengan lampu, dan terangi hatimu dengan Al-Qur’an”.
(Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas)

Jadikan akalmu, hatimu, ruhmu, jasadmu, karena bila semua terisi dengan namanya berbahagialah kamu “.
(Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas)

Jadilah orang-orang yang soleh, karena orang-orang yang soleh akan bahagia di dunia dan akhirat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, kerana orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar “.
(Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih)

Ilmu itu bagai lautan dan tak akan ada yang mengenalnya kecuali merasakannya “.
(Al Habib Abdurrahman Bin Ahmad Assegaf)

Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, kerana engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari”.

Orang yang buta bukan orang yang melihat banyaknya harta, akan tetapi, yang disebut orang buta, orang yang tak mau melihat ilmu agama”.
(Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas)

Dapat sesuatu..? Alhamdulillah. Sekadar berkongsi kata-kata hikmah dari orang-orang yang soleh. WaAllahu A'lam.. Semoga info di atas bermanfaat untuk anda ye ^_^
Sekian,Wassalam..

Thursday, 22 September 2016

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT : BUANG ANGIN

Assalammualaikum w.b.t.

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT

* Was-was, kentut atau tidak ketika solat?
Soalan:

Jika orang yang sedang solat itu ragu-ragu sama ada dia telah buang angin (kentut) atau tidak, atau dia merasakan sesuatu pergerakan dalam tubuhnya, maka adakah dia harus menghentikan solatnya atau dia teruskan saja?

Jawapan:

Kalau dia yakin yang dia memang telah buang angin (kentut), dia hendaklah menghentikan solatnya, tetapi jika dia tidak yakin atau ragu-ragu, janganlah dia menghentikan solatnya - sehingga dia benar-benar telah yakin, sama ada dengan mendengar bunyi atau mencium bau yang tidak enak. Jika dia pasti yang dia telah buang angin, dia hendaklah menghentikan solatnya, kalau tidak, maka jangan pedulikannya. Dalil mengenai hal ini adalah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu sedang solat dan tiba-tiba merasakan suatu pergerakan di duburnya, dan merasa ragu-ragu samaada dia terkentut atau tidak, dia tidak perlu menghentikan solatnya sehinggalah dia mendengar bunyi atau menghidu baunya."

(Abu Daud, 177; juga lihat Sahih al-Jami'; 750.)

Ringkasnya, jika tiada bau dan bunyi, teruskan bersolat dan jangan mempedulikannya. Wallahualam bissawab....

Dapat sesuatu..? Alhamdulillah. Semoga info di atas bermanfaat untuk anda ye ^_^
Sekian,Wassalam..

Wednesday, 14 September 2016

TIP KESIHATAN UNTUK MENCEGAH GOUT

Assalammualaikum w.b.t.

Tip Kesihatan untuk Mencegah Gout

Walaupun gout dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan, pesakit gout juga perlu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan teratur.


TIP NO.1: AIR DURIAN BELANDA 
Durian belanda kaya dengan mineral dan vitamin boleh larut dan sangat berkesan dalam merawat gout dan memperlahankan proses penuaan.

TIP NO.2: AIR 
Pesakit gout disarankan untuk mengamalkan pengambilan air sebanyak 10 gelas sehari (2.5 liter) samada melalui air biasa ataupun air jus. Air dapat membantu menyingkirkan asid urik melalui pembuangan air kecil.

TIP NO.3: PISANG 
Kandungan nutrien di dalam buah pisang, termasuk B6, sangat membantu mengurangkan sakit sendi dan otot.

TIP NO.4: BUAH-BUAHAN AKUES 
Pengambilan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai, tembikai susu, buah belimbing dan jambu batu juga sangat penting untuk diamalkan dalam diet seharian.
Info dari : +EZDietClub 

Dapat sesuatu..? Alhamdulillah. Semoga info diatas bermanfaat untuk anda ye ^_^
Sekian,Wassalam..

Thursday, 8 September 2016

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

Assalammualaikum w.b.t.

Jom join GIVEAWAY ni..oleh blogger Yana (Blog : http://thesecretsofleonerz.blogspot.my) bersempena dengan birthday husband, Adam dengan anniversary mereka pada bulan Ogos yang lalu. Happy belated bufday and Anniversary ye Sis Yana! Moga berkekalan dan sentiasa dimurahkan rezki nye. Aminn ^_^ <3

(klik BANNER untuk join)

Syarat penyertaan:

1. Buat satu blog entri pasal giveaway ni.

2. Like FB AZRM Enterprise

Sponsor 100% dari AZRM Enterprise!

3. Tu saja!

Tarikh tutup: 30 September 2016!

Simple sangat kan syarat-syarat dia?
Dah buat, letak link entri blog dan nama FB dalam ruang komen Sis Yana tu ya, bukan dalam komen entri Yaya ni tau..hehe ^o^

WUJUDKAH PILIHAN MATI CARA TERHORMAT?

Assalammualaikum w.b.t.

HARI ini di negara kita ‘Euthanasia’ atau mena­mat­kan tempoh hayat sese­orang yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means) tidak dibolehkan oleh undang-undang.

Namun kemungkinan pesakit yang ingin mati secara bermaruah (die with dignity) dikatakan sudah ada. Dalam keadaan ini pesakit yang berkenaan boleh memberi panduan kepada doktor yang me­rawat tentang bagaimana hasrat mereka boleh ditunaikan oleh doktor tersebut. Sebagai contoh, doktor tidak perlu menyedarkan (resuscitate) semula pesakit tersebut sekiranya mereka tidak sedar.

Selain dilihat sebagai sebuah wasiat (living will) yang memberi peluang dan kebebasan kepada pesakit untuk menentukan nasib mereka, APA dikatakan dapat membantu doktor/perawat mengu­ruskan rawatan dan bantuan bagi empat jenis pesakit:

(a) mereka yang dijangka mati dalam masa terdekat (nazak)

(b) pesakit yang tiada harapan sembuh

(c) pesakit yang tidak sedar

(d) pesakit yang sedar yang tidak mahu rawatan terhadap mereka diputuskan, walaupun nantinya mereka jatuh ke dalam kategori (a), (b) dan (c).

Apa pun, pandangan Islami dan keagamaan tentang hal ini diperlukan oleh doktor, pesakit dan masyarakat Islam sendiri.
Muzakarah memutuskan juga bahawa “perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan Euta­nasia (sama ada Eutanasia vo­luntary/atas kehendak sendiri, non-voluntary/yang pasif atau involuntary/yang menolak rawatan) atau ‘mercy killing’ adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ia juga bertentangan dengan etika perubatan di Malaysia.”

Jawatankuasa Fatwa juga telah mengatakan bahawa asas kepu­tusan yang dibuat ialah “Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja” dan Ha­dis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-Nasa’ie yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap reda Allah).”

Oleh itu, apabila seseorang doktor yang sebenarnya ditugaskan untuk menolong pesakit, sebaliknya membantu mempercepatkan kematian (dalam kes APA), perbuatan itu tidak boleh dianggap satu ke­baikan tetapi merupakan sesuatu yang dilarang dan mengundang dosa.
#copypaste 
@ikimfm : Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin

Dapat sesuatu? Alhamdulillah. Sama-sama kita muhasabah diri..
Sekian, Wassalam..

7 AKTIVITI YANG DILAKUKAN BAGI INDIVIDU BERJAYA

Assalammualaikum w.b.t.


1. RANCANG : Lakukan aktiviti yang menarik

2. HADKAN KERJA RUMAH : Jangan biarkan aktiviti seperti membasuh pakaian memenuhi waktu hujung minggu anda (basuh baju di waktu hari biasa..hari minggu adalah hari untuk anda bercuti dari membuat kerja..hehe kann betul atau tidak??)

3. REFLEK : Ketahui progres ke arah mencapai matlamat anda

4. BERGAUL : Luangkan waktu bersama keluarga dan rakan-rakan.

5. KETEPIKAN ALAT ELEKTRONIK : Cuba berjalan tanpa telefon (ini kan perkara mudah..^,^)

6. CAS SEMULA : Cas semula diri anda dengan aktiviti seperti MEMBACA =D

7. BERSENAM : Agar kekal cergas dan sihat! ^_^

Dapat sesuatu..? Alhamdulillah. Sama-sama kita praktikkan ye..Nak menjadi antara orang yang berjaya,bukan? =)

Sekian,Wassalam..

Wednesday, 7 September 2016

SEGMEN TONTON SUDAH KU TAHU VERSI UCING

Assalammualaikum w.b.t.

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

Lagu Sudah Ku Tahu adalah  Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover  melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.

Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini

Tag Rakan Anda

Cik Nina

Tamat Segmen 9-9-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.

Monday, 5 September 2016

SEMOGA BERJAYA, ADIK-ADIK SEKALIAN!

Assalammualaikuim w.b.t.


Ramai ke ibu bapa yang amik cuti hari ni sempena peperiksaan anak yang mula mengambil UPSR hari ni? Wahh..tu excited ke risau dengan anak tu?hehe. Takpelah.Kira bagi sokongan kat anak-anak la kan. Bagus. Harap ibu bapa sentiasa prihatin dengan keadaan anak mereka ye. Lebih-lebih lagi bila tiba keluar keputusan peperiksaan anak tu nanti. Tak kita lulus atau sebaliknya, sentiasalah bagi semangat pada mereka ye. ^_^

Buat adik-adik yang mula mengambil UPSR hari ini, harap dapat membuat yang terbaik ye. Doa, selawat banyak2, sentiasa tenang, jangan kelam kabut pula ye. Cool je tau.(cewahh, ber-iya bagi nasihat macam la budak2 tu ada masa nak baca blog hakak ni..haha)

Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka,ye. Bakal Pemimpin Negara ni! ^,^ Aminn InsyaAllah. =)

Popular Posts