WUJUDKAH PILIHAN MATI CARA TERHORMAT?

Assalammualaikum w.b.t.

HARI ini di negara kita ‘Euthanasia’ atau mena­mat­kan tempoh hayat sese­orang yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means) tidak dibolehkan oleh undang-undang.

Namun kemungkinan pesakit yang ingin mati secara bermaruah (die with dignity) dikatakan sudah ada. Dalam keadaan ini pesakit yang berkenaan boleh memberi panduan kepada doktor yang me­rawat tentang bagaimana hasrat mereka boleh ditunaikan oleh doktor tersebut. Sebagai contoh, doktor tidak perlu menyedarkan (resuscitate) semula pesakit tersebut sekiranya mereka tidak sedar.

Selain dilihat sebagai sebuah wasiat (living will) yang memberi peluang dan kebebasan kepada pesakit untuk menentukan nasib mereka, APA dikatakan dapat membantu doktor/perawat mengu­ruskan rawatan dan bantuan bagi empat jenis pesakit:

(a) mereka yang dijangka mati dalam masa terdekat (nazak)

(b) pesakit yang tiada harapan sembuh

(c) pesakit yang tidak sedar

(d) pesakit yang sedar yang tidak mahu rawatan terhadap mereka diputuskan, walaupun nantinya mereka jatuh ke dalam kategori (a), (b) dan (c).

Apa pun, pandangan Islami dan keagamaan tentang hal ini diperlukan oleh doktor, pesakit dan masyarakat Islam sendiri.
Muzakarah memutuskan juga bahawa “perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan Euta­nasia (sama ada Eutanasia vo­luntary/atas kehendak sendiri, non-voluntary/yang pasif atau involuntary/yang menolak rawatan) atau ‘mercy killing’ adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ia juga bertentangan dengan etika perubatan di Malaysia.”

Jawatankuasa Fatwa juga telah mengatakan bahawa asas kepu­tusan yang dibuat ialah “Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja” dan Ha­dis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-Nasa’ie yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap reda Allah).”

Oleh itu, apabila seseorang doktor yang sebenarnya ditugaskan untuk menolong pesakit, sebaliknya membantu mempercepatkan kematian (dalam kes APA), perbuatan itu tidak boleh dianggap satu ke­baikan tetapi merupakan sesuatu yang dilarang dan mengundang dosa.
#copypaste 
@ikimfm : Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin

Dapat sesuatu? Alhamdulillah. Sama-sama kita muhasabah diri..
Sekian, Wassalam..

Post a Comment

10 Comments

  1. Yelah walau tak kisahlah willingly atau mungkin atas dasar kesian dek sengsara lama tetap ia mencabar hukum Allah. Memanglah haram jadinya.

    ReplyDelete
  2. dapat dear...terima kasih perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. walaupun otak dh mati.. akhirnya pihak hospital terpaksa stop bekalan oksigen. bkn ke mcm seksa org je. bab tu kna tnya org2 bijak pandai hal agama la kan.

    ReplyDelete