Thursday, 28 April 2016

SEKADAR RENUNGAN : BETUL KE???

Assalammualaikum w.b.t.

Memang tidak dinafikan kebanyakan daripada kita selalu suka mendengar daripada sumber-sumber tertentu yang tidak pasti akan kesahihannya. Dahla perkara tu kita tak tahu betul atau tidak, disebarkan pula pada orang lain. Bukan ke itu dah dikira sebagai memfitnah..?

Ingat ye, dosa memfitnah tu lebih besar daripada kesalahan membunuh! Lagi satu, jika berbuat kesalahan dengan Allah SWT, kita hanya perlu meminta keampunan daripadaNYA..tapi jika salah dengan manusia..kita sendiri perlu meminta kemaafan daripada orang tersebut. Jangan sampai orang yang kita umpat atau fitnah tu telah meninggal dunia, nanti kita menyesal tidak sudah dan menanggung akibat di akhirat kelak. Na'uzubillah..

Apa yang kita perlu lakukan jika terdengar khabar angin yang tidak pasti kesahihannya? Pertama, kita perlu la menyiasat terlebih dahulu. Dapatkan maklumat daripada banyak sumber dan mungkin boleh juga bertanya sendiri dengan empunya badan orang yang diumpat atau difitnah tu. Tapi perkara tu memang jarang la kan nak jadi..orang lebih suka membawa cerita daripada mendengar penjelasan sebenar daripada empunya badan sendiri. Kedua, kita tidak perlu lah mendengar hal-hal yang tidak berkaitan dengan diri kita ni...buat apa nak sibuk hal orang lain kan..kalau ianya perkara baik, biarkan,kalau perkara buruk pula, kita beri nasihat atau teguran dengan cara yang baik..

Moga kita dihindari dari orang-orang yang suka mengumpat dan memfitnah ni dan kita sendiri terhindar daripada sikap tidak baik itu. Amin. InsyaAllah..sentiasalah HUSNUZON pada semua orang,ye.. =)


Sekian,Wassalam...

Thursday, 14 April 2016

GIVEAWAY BLOGGER UTARA BERNILAI RM500

Assalammualaikum wbt. Last day. Yaya nak join jugakk.heheeh Mana tau ada rezki kan.. ^_^ Aminn..Ada sesiapa yang tak join lagi?? Mehlaaa..join Yaya. Jadi last minit orang2 yang join GA ni..huhu =p


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah.

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula
1 April sehingga 14 April 2016
dengan klik link di bawah ini

Semoga berjaya buat semua yang terlibat.. =D Aminn..

SEKADAR RENUNGAN : ISTERI ANUGERAH ALLAH SWT

Assalammualaikum wbt



Firman Allah SWT:
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita) dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang shalih ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). ” 
[An-Nisaa’: 34]

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. ” 
[Ar-Ruum: 21]

Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling bagus akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya

Wahai kaum Adam yang bergelar suami atau bakal bergelar suami..ketahuilah apa tanggungjawab anda sebagai SUAMI..jika isteri memiliki kekurangan, maka lengkapkanlah dia dengan ILMU dan DIDIKAN AGAMA.. 

Sekadar ingatan bersama..WaAllahuA'lam
Sekian,Wassalam 

Wednesday, 13 April 2016

WORDLESS WEDNESDAY : BEFORE & AFTER MARRIAGE

Assalammualaikum wbt

                                                                                                                                                      






BETUL KE IDOK??
HAHA! lol

Thursday, 7 April 2016

SEKADAR RENUNGAN : 9 AMALAN HINDAR SIHIR & GANGGUAN SYAITAN

Assalammualaikum w.b.t.
1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Hadis Riwayat Al Bukhari)


2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya”
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
“Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
(Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

 3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda maksudnya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.


5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
“Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”
(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: 
“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Hadis Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

7. Amalakan membaca ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari 2311)

8. Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang.
Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; 
“Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca; ‘ Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’ (maksudnya : Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, 
“Barangsiapa menjelang petang membaca , ‘A’uzubikalimatilla hittaamaati min syarrimaahalaq’ (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan 
baginya racun yang ada pada malam itu.” 
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)
{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

9. Amalkan zikir-zikir di dalam kitab zikir al-Matsurat di dalamnya mengandungi doa-doa untuk di jauhi daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan.

(copy & paste)

Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam....

Tuesday, 5 April 2016

CARA DAPATKAN 'SIX PACK'

Assalammualaikum w.b.t.

Apa benda pula la 'six pack' ni, adik-beradik Xpax ke?? hehehe..maaf. Ni tiada kena mengena dengan telekomunikasi atau apa-apa yang sewaktu dengannya,tau. Tapi kalau sebut 'six pack' kat orang yang aktif bersukan ni tau lah kan apa benda. Yup..yang otot kat perut tu.....


"SAYA DAH LAMA WORKOUT, TAPI BELUM ADA SIX PACK..."

● Untuk pengetahuan anda, SEMUA ORANG mempunyai six pack.
● Tapi kenapa TAK nampak ye?
● Sebab six pack anda dilindungi dan diselaputi dengan lemak-lemak. (Belly fat/Boncit/Boroi)


So, bagaimana nak dapatkan six pack?

● Cara paling terbaik adalah dengan MENURUNKAN % BODY FAT melalui cara pemakanan yang betul dan teknik workout yang betul.
● Buat sit up 1000 reps setiap hari, takkan dapat six pack.
● Nak dapatkan six pack, WAJIB buat senaman full body. Jangan fokus pada abs (perut) sahaja.
● Sit up hanya membantu untuk menguatkan dan menimbulkan otot diperut.
● Kalau perut masih boncit atau boroi, rajin-rajin la buat cardio seperti APHRODTE, DIONE, IRIS dan lain-lain.
● kalau anda masih mengamalkan makan makanan yang tinggi lemak dan berminyak, jangan bermimpi nak dapatkan six pack.

Hakikatnya, untuk dapatkan six pack, anda perlu RAJIN dan KONSISTEN WORKOUT.

Perkara paling penting, MAKAN MAKANAN YANG BETUL DAN BERKHASIAT.
(copy & paste)
Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam..

Monday, 4 April 2016

5 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Assalammualaikum w.b.t.



1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, 
dan amalan yang diterima” 
[HR. Ahmad]

2. Perbanyak istighfar dan taubat
Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah manusia yang sudah dijamin syurga.
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) 
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” 
(Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang menyatakan hal yang sama.

Disebutkan dalam suatu hadis:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.”
 (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. )
 (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

3. Menyambung silaturahim.
Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.

Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan memperbanyak rezeki.

“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.” 
[HR Bukhari: hadis no. 58]

4. Perbanyak sedekah.
Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.

Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:
“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya, 
jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”

Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk sedekah kerana mengetahui keutamaannya.

Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, 
kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. 
Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; 
‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Solat Dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit sebelum masuk waktu zuhur.

Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh dibayar dengan solat dhuha.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.”
 [HR Muslim 1181]

Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama dengan sedekah

Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.

Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di dunia maka bersyukurlah.
 (copy & paste)
Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam...

Popular Posts