1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa
memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?
“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik,
dan amalan yang diterima”
[HR. Ahmad]
2. Perbanyak istighfar dan
taubat
Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah
memperbanyak istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan
istigfar kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah
manusia yang sudah dijamin syurga.
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya
sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
فَقُل
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ
غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ
عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١)
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ
وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ
لَكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka,
“Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta
dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di
dalamnya sungai-sungai.”
(Surah Nuh (71) ayat 10-12)
Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki
dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang
menyatakan hal yang sama.
Disebutkan dalam suatu hadis:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ
اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ
ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ
فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا
يَحْتَسِبُ
Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka
Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap
kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. )
(Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
3. Menyambung silaturahim.
Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan
menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik
dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.
Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil
sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam
sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan memperbanyak
rezeki.
“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung
silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak,
serta keluarganya akan mencintainya.”
[HR Bukhari: hadis no. 58]
4. Perbanyak sedekah.
Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun
makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna
yang tersirat adalah memperbanyak harta.
Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah
shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:
“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya,
jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”
Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar
bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula
Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.
Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari,
kecuali
disertai dengan turunnya dua malaikat.
Salah satu dari keduanya lalu berkata :
‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan
salah satu lagi berkata ;
‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan
kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Solat Dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada
waktu dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9
minit sebelum masuk waktu zuhur.
Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang
di badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap
ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap
takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah
yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah
mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.”
[HR Muslim 1181]
Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha
dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama
dengan sedekah
Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh
kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan
bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata,
akan tetapi akhirat yang diutamakan;.
Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan
ikhlas dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di
dunia maka bersyukurlah.
(copy & paste)
Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam...
4 Comments
perkongsian yang baik..thanks yaya
ReplyDeletesesama suki ^_^
Deletein shaa Allah.. same2 kite amalkannye..
ReplyDelete^_^
Delete