Sunday, 26 April 2015

QUICK ENTRY : LAST SATURDAY NITE

Assalammualaikum w.b.t.

Cian plak tengok blog xde apa entri terbaru..huhu..ni pun cincai je la..boring nye citer =p Semalam (25 April)..supposed sabtu cuti memang xda kerja tapi disebabkan office nak kena pindah dengan secara mengejut, so,terpaksa jugak la mai hari sabtu kemas2 barang sikit dan buat apa yang perlu..xde pindah jauh mana pun, pindah sebelah building je..sebab tuan tanah kedaung nak balik 'kawasan' yang dia sewakan. Panjang pula kalo nak cerita..huhu abaikan.
Keadaan office lama..sangat messy coz 'tuan umah' betul2 nak tempat tu VERY CLEAR...dengan lantai, lampu, aircond semua kena cabut..huuuuu
Tempat duduk lama kena la snap kan..kenangan..harharhar.. kenangan la sangaattt ^o^
Ok..sekarang dah kt new place..but still messy dengan kerusi xde lagi, sampah belakang desktop (bole la plak =_=") heeee
Still messy.. Actually ni bukan office baru..lama dah cuma sebab ada saiz issue, tu yang department Yaya ditempatkan building lain..huhu sekarang dah pindah balik masuk sini,macam sardin la nampak gayanyer... 

Dari jam 11 lebih pagi sampai petang dalam jam 4lebih kat office..pastu tengok langit dah gelap, Yaya balik la sebab naik motor pergi sana. Paham2 la lau naik moto time hujan ni..nak tunggu reda macam lama sangat la pula..apepun redah je ujan yang tengah lebat..hujan je pun..air,,bukan batu,ye x?? apedehal...=p

Then, malam tu ada planning dengan member office nak pergi diner kat luar, sesaja nak spend time..1st time tuuu =D Tempat yang dituju adalah seperti gambar dibawah ni...heeee 
Restoran Tupai2..
Tau kan kat mana kalau area Shah Alam ni..? kat sek.13 la..=D

Ni je menu pilihan Yaya..Fillet fish with Thai style kot nama nye..hmm Yaya xmakan nasi so,pass kat member je nasi tu..wahahah ^o^ rasa ikan boleh tahan rasa cuma pedas..nampak banyak sangat cili padi disitu..huhu ada member lain order lamb cop lau xsilap..emm rase agak kureng..supposed kalau grilled daging sedap n empuk tapi xtau nape rase macam da lama..means keras@garing..huuu emm

Agak lama kitorang berborak lepak2, chill kat restoran tu..Dari meja penuh orang sampai tinggal bape kerat je..haha sudahnya kitorang decide pindah sambung chill kat tempat lain plak.haha boleh takk?? =D
Pergi dekat2 jjugak..area xtrem park tu..at Burger King..memula lepak dalam restoran..tapi disebabkan malam tu kami sedikit hyperactive so,pindah ke luar restoran..baru 'aman' sikit..hahaha melampau ok.. =p

Dari jam 11 sampai kul 1 kitorang dok situ..haha xingat nak balik! =p restoran tutup lampu baru kitorang gerak.. Anyway, next plan to chill again still on the process kan..yang penting next plan ni mayb lebih better..ngeeee..xsabar plak..yela, bukan selalu dapat lepak chill cenggini sampai pagi.. lol ^o^

To be continuee....
Sekian,Wassalam =D

p/s: on da way balik family da kol tanye kat mana..huhu =p adesssss

Thursday, 23 April 2015

SEKADAR RENUNGAN : TENANGKAN HATI..

Assalammualaikum w.b.t.

Mari praktikkan bersama-sama agar hati kita menjadi lebih tenang..
InsyaAllah...
Sekadar renungan..
Sekian,Wassalam..

Sunday, 19 April 2015

PREPAID RELOAD MURAH DI 11STREET.MY!

Assalammualaikum w.b.t.

Disaat semua harga barang tengah naik mendadak termasuklah PREPAID RELOAD!, tidak kusangka masih ada lagi barang yang murahhh!! ngeh ngeh ngeh ^o^

Sebelum ni Yaya selalu topup guna CIMB Clicks je (semua hanya dihujung jari anda...=p), tapi disebabkan acct CIMB tu jadi tempat Yaya bayar shopping online..hehehe jadi bila sampai time urgent nak topup tetibe uet dalam CIMB acct tidak mencukupi untuk topup..huhu >,< So, ada sedikit wang ditangan, jadi terpaksa jugalah menggagahkan diri pergi ke kedai untuk topup secara 'manual' ^,^

Terkejut giler Yaya (actually xdela sangat..saje wat gimik ^o^) bila ada tambahan $$ dibelakang nombor RM10 tuuuu..adess ingatkan tak kena, rupanya topup pun ada juga..alahaiiiiii... =_= dah terdesak, bayo je la kan..nak guna kredit..

Tapi lately ni, Yaya try buka 1 laman sesawang ni yang di'promot' oleh HOO 1 tempat kerja dengan Yaya..hehe..dia bagi link so apalagi, Yaya ni boleh dikira 'kaki shopping online' juga,terus buka laman sesawang tu...nak tau laman sesawang apa?

hmmm boleh tahan juga la stuff2 dia dalam laman tu. Biasala kan, online shopping..tapi itu bukan kisah yang Yaya nak citer. The story is dalam laman sesawang tu ada jual prepaid reload jugak! Dan lagi menariknya prepaid reload tu tengah SALEE weyhhhhh!! haaaahaha Cuba teka berapa harga prepaid tu bila SALE??
Suka x? suka x? suka x? heehehe 
Yaya shock giler masa tengok topup rm10 jadi RM6++ jeee..apalagi terus BUY la..heheh nasib baik la baki acct dalam CIMB Click cukup lagi..Alhamdulillah..dapat juga topup..bukan RM10 tapi RM10.60 ok!!! dia bagi reload dengan GST sekali..wahahaah..memang syiokk r..xcaya Yaya topup? tengok bukit pembelian..hehe =p

Seeee..Yaya just pay RM6.36 jeee ok..! berganda2 jimat lau nak dibandingkan topup kat kedai yang kena RM10.60! choioii!! =_=

Bila heboh kat member, dia pon nak jugak...haha ^o^ good choice dear...
So, lepas heboh kat member sekarang Yaya nak heboh kat korang plak la...hehe..sesiapa yang nak reload korang nyer hp boleh try lawati laman sesawang berikut ye....ahaks! =D tapi yang penting kena ada account dalam talian la ye..or card credit..haha

Berita baru Yaya tahu..Prepaid Reload untuk Maxis RM10 dah SUSPENDED! ahaks! maybe ramai sangat nakk kann =D

p/s: kalau xjumpa,korang try g kat kotak search tu taip 'prepaid' ok! ^,^ xtau dia sale sampai bila..hoho ^o^

Sekian,Wassalam..=)

Monday, 13 April 2015

PLAYBOY FRAGRANCE NEW BODY MIST!

Assalammualaikum w.b.t.
 ~ Playboy 'Play It Chic' ~
(purple my fevret kaler..ngeeee =D)

Saja nak buat bahan entri hari ni..hehe Baru je beli Body Mist ni. Sangat wangi and l0ve it very much! Ada lagi wangian lain. Macam nak beli semua je..hehe
Anyway Yaya bukan pengguna baru 'Playboy' Brand ni. Before this dah grab 1 macam kat bawah ni. Lama beli then latest ni je baru habis. Almaklumlah, perfume wangi cenggini memang sayang nak guna hari2 hahaah. Dalam seminggu tu adalah dalam 2x je guna..huhu
Playboy 'Play It Spicy'

Baru 1st time menjengah ke website Playboy Fragrance Malaysia ni..da banyak rupenyer produk dia. Ada losyen la, untuk mandi pun ada..wahh tapi macam xperasan je ada kat kedai..selalu perasan perfume dia je..heee kena buka mata besau2 next time. Nak beli pula losyen n gel mandi dier..mesti lagi best.. ^o^

Ada yang pernah guna perfume Playboy ni x..?

p/s:nama brand pon cam malu nak disebut..hahahaha

Sekian,Wassalam =)

Friday, 10 April 2015

DOA PILIHAN : MOHON DIJADIKAN ORANG YANG SABAR

Assalammualaikum w.b.t.

"Ya TUHAN kami, limpahkanlah KESABARAN kepada kami dan
wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri
(kepada-MU)"
Aminn...

Thursday, 9 April 2015

SEKADAR RENUNGAN : BELUM SAMPAI SERU

Assalammualaikum w.b.t.

Pic from ikramteens

Tahukah anda, Malaikat sentiasa memerhatikan kita.?? Ye. Tak siapa pun dapat lihat Malaikat. Tapi adalah WAJIB bagi kita, untuk mempercayai akan kewujudan para Malaikat kerana itu adalah salah satu daripada RUKUN IMAN.

Setiap para hambaNYA yang tahu dia sedang diperhatikan pasti tidak akan berani untuk melakukan dosa..tapi kita adalah hambanYA yang lemah, tidak ada orang yang terlepas daripada melakukan dosa. Oleh kerana itulah, kita disuruh untuk sentiasa basahkan lidah kita dengan ZIKRULLAH. Perbanyakkan ISTIGHFAR..semoga segala kesilapan, dosa yang kita lakukan samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak sengaja, ALLAH SWT mengampuni dosa kita..aminn..

Renung-renungkan....
Sekian,Wassalam

Tuesday, 7 April 2015

4 CARA PENYIMPANAN MINYAK

Assalammualaikum w.b.t.

4 CARA PENYIMPANAN MINYAK

 Elakkan bau tengik dengan cara-cara ini:
  1. Simpan minyak ditempat gelap: Almari gelap dan tertutup adalah tempat yang terbaik.
  2. Jauhkan dari suhu panas: Untuk menjaga kualiti minyak kesukaan, simpan pada suhu tidak panas dan jauhkan dari tempat masak atau mesin yang mengeluarkan suhu hangat.
  3. Ketatkan penutup: Udara musuh ketat minyak. Oleh itu, pastikan penutup ditutup dengan ketat.
  4. Lihat tarikh: Minyak yang sudah lama akan bertukar tekstur dan rasa, terutamanya minyak zaitun

Monday, 6 April 2015

PRODUK REVIEW : PEARL WHITE COFFEE (JAMU JELITA)

Assalammualaikum w.b.t.
Hari ni nak review lagi 1 produk minuman kesihatan. Yaya xingat pula bila Yaya start minum coffee ni. Masa mula minum, rasa sedap. Tapi jadi bertambah sedap bila Yaya 'add in' STEVIA setitik dalam coffee ni.
Minum pun sampai rasa macam nak nangis sebab sedap sangat! hahahah leh caye ke?? heee =p btul..itu tekak Yaya yang rasalah, lain orang lain rasa kannn Tapi kalau belum cuba pun belum tahu. Uollss patut try jugak, coffee yang baik utk kesihatan. Sedap pun sedap!

Kat bawah ni Yaya bagitau details tentang produk ni ye.

PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA

Pearl White Coffee mempunyai aroma dan rasa yang enak ini dirumus menggunakan biji kopi Arabica yang bermutu tinggi bersama guarana, glutawhite dan kolagen (patut pun sedap je rasa) yang bukan sahaja mampu menyegarkan serta menyihatkan tubuh badan, malah mampu memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.

Kandungan : 10 paket / kotak

KANDUNGAN PEARL WHITE COFFEE

1) Kopi Arabica: Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkir toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.
   
2) Krimer: Ia mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.
   
3) Guarana: Berasal dari Amazon di Brazil, Guarana kaya dengan kandungan kafein bagi membantu menyegarkan tubuh badan. Guarana mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat mineral dan vitamin B kompleks yang mampu memulihkan struktur sel dalam tubuh, memelihara kesihatan organ dalaman dan menentang proses penuaan. Selain itu, ia juga berupaya melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi membantu mencegah penyakit serta meningkatkan sistem metabolisme seterusnya menjana pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
   
4) Vitamin C: Vitamin C yang turut dipanggil asid arkobik ini sering terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta tinggi kadar antioksidan yang berperanan menyahtoksin dan meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Di samping itu, vitamin C juga mampu meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
   
5) Glutawhite: Glutawhite atau Glutathione terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang berfungsi menyingkir toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping beruupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga adalah agen antioksida yang berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
   
6) Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Menurut pakar kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk membekalkan nutrisi penting dalam tubuh.
   
7) Tomato: Tomato terbukti mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).
   
8) Astaxanthin: Astaxanthin merupakan agen antioksida yang sering terkandung di dalam ramuan semulajadi seperti ikan salmon, yis, ketam dan udang. Selain meneutralkan kesan radikal bebas bagi mencegah kerosakan sel, astaxanthin turut berupaya melambatkan proses penuaan kulit serta mencegah serangan penyakit seperti radang, kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia turut mampu meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tahap kolestrol, mengurangkan tahap gula dalam darah serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV).
   
9) Ceri Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.
   
10) Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya meningkatkan keanjalan kulit dan memelihara keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
   
11) Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot, dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
   
12) Garam: Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
   
13) Gula: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan dan kulit wajah.

KHASIAT PEARL WHITE COFFEE

- Menganjal dan menggebukan kulit
- Memelihara kelembapan kulit seterusnya mengatasi masalah kulit kering
- Mencerahkan kulit secara menyeluruh
- Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, parut, jeragat dan kedutan
- Memelihara keremajaan kulit
- Mengurangkan tahap kolestrol dan gula dalam darah
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Meningkatkan tahap metabolisme
- Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan
- Mencegah penyakit kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah, paru-paru dan saluran darah
- Menyegar dan mencergaskan tubuh badan
- Memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh

CARA PENGAMBILAN PEARL WHITE COFFEE JAMU JELITA

1- Campurkan kandungan 1 paket Pearl White Coffee ke dalam secawan air panas atau suam.
2- Kacau hingga larut.
3- Sedia untuk diminum.

Tengok nutrition information dia...antara sebab Yaya sangat suka dengan coffee ni. Kalori only 57.9 jee ok!! Sepanjang Yaya minum coffee, xpernah jumpe lagi coffee yang sangat rendah kalori. Tapi of course la, rasa dia kurang skit, tapi bagi Yaya sangat sedap and manis, bcoz Yaya campurkan dengan setitik STEVIA..hehe
Ni stok Yaya tiap bulan..hehe. Actually 3kotak setiap bulan pun dah cukup. 1 kotak kan ade 10 paket. 1 hari 1 paket. Tapi Yaya dah FALLING IN LOVE dengan rasa coffee ni..ADDICT sudah ^o^! so,bila tak tahan, Yaya akan ambil 2x sehari coffee ni..harharhar..

Anyone interested nak try rasa coffee ni x..? Kat bawah ni harga dia ye..harga kat bawah ni 1 kotak harga fix tapi kalau beli 3kotak,Yaya bagi diskaun, free pos lagi. Dan jangan risau, NO GST! hahaha =p

HARGA:
1 kotak (10 paket) = RM 27.90 (TAK termasuk postage)
3 kotak (30 paket) = RM 80 (FREE postage)
6 kotak (60 paket) = RM 170 
(TERMASUK postage + FREE 1 bottle STEVIA yang bernilai RM50!!)

Trial - 5 paket = RM13.95 (tak termasuk postage)

Trial paket tu just incase kalau ada sesiapa yang nak TRY SAHAJA..yela,mana tau risau xkena dengan tekak plak kan,rugi pula beli banyak nanti,hehe

Berminat mesej or call Yaya ok. No. 012-2467084. Yaya xde wassap or wechat mahupun yang sewaktu dengannya ye. Currently guna basic phone je. Tengah kumpul uet lagi ni nak beli smartphone..huhu cian tak saya >,< well, abaikanlah..heeee

Berminat nak beli STEVIA? Boleh klik kat banner stevia atas sebelah kanan anda tu ye ^,^

Ok, sekian, Wassalam.. =)

Saturday, 4 April 2015

12 KEGUNAAN CUKA EPAL

Assalammualaikum w.b.t.

Lama dah Yaya beli cuka epal kat rumah ni..memula je minum cenggitu campur dengan air suam, tapi kejap je la..pastu xde minum dah..terfikir jugak ada apa2 resepi makan or minum ang menggunakan bahan cuka epal ni tak..rimas juga tengok ada kat rumah ni jadi hiasan plak..haha. Tapi sekarang jumpa dah..hehe..so sesaja nak share dengan korang, mana tau sama cam Yaya jugak. ^,^ Resepi ni lebih kepada untuk kesihatan ye..
12 Kegunaan Cuka Epal Untuk Kesihatan
  1. Sakit Perut - campurkan 2 sudu makan cuka epal makan bersama 200ml air dapat membantu mematikan bakteria dalam perut.
  2. Melancarkan Penghadaman - campurkan 1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu ke dalam 100ml air suam dan minum 30minit sebelum makan.
  3. Sakit Tekak - campurkan segelas air suam dengan setengah sudu cuka epal dan minum setiap 2jam sekali.
  4. Facial - campurkan secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan. Ambil kapas / tuala cotton dan sapu pada kulit.
  5. Rambut bersinar - 2/3X seminggu. Secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas. Goncangkan dan guna selepas shampoo di rambut.
  6. Kuruskan Badan - tingkatkan metabolism badan dengan amalkan 1 sudu cuka epal 200ml air mineral dan amalkan setiap pagi.
  7. Nafas Berbau - Kumur dengan setengah sudu makan cuka epal dan secawan air setiap hari
  8. Kencing Manis - 1 sudu makan cuka epal dan 200ml air setiap pagi membantu mengawal paras gula dalam badan.
  9. Selulit - Campurkan 3 nisbah cuka epal kepada 1 nisbah minyak Vitamin E dan urut pada perut 2X sehari.
  10. Cirit-Birit - Tambahkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air dan ambil 3X sehari.
  11. Membersihkan Rumah - Campurkan setengah cawan cuka epal dengan secawan air dan boleh guna untuk bersihkan bilik mandi,dapur,cermin..
  12. Menambahkan Tenaga - campurkan 2sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air sebelum bersenam. 
Wee beshnyer yang no.6 tu..hahah..semua beshla..ok.da boleh start amalkan dari sekarang..heee..korang pun rajin2lah amalkan ye..untuk kesihatan badan. InsyaAllah. ^_^

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 2 April 2015

SEKADAR RENUNGAN : INGATAN BUAT SANG PENDOSA LAGI PELUPA !

Assalammualaikum w.b.t.
SYURGA ALLAH SWT
Semua mahukan ke syurga...
Tanya sahaja pada semua pendosa-pendosa,mereka semua mahukannya!

Dalam meniti jalan ke syurga, apa kita hanya duduk bersenang?
Tanpa segan kita derhaka dalam rahsia pada Allah
Ketaatan dalam suruhan kita abaikan
Ketaatan dalam meninggalkan laranganNYA kita endahkan

TITIAN ke SYURGA itu di namanya TITIAN SIRAT.
Ingat kembali...

Ia adalah titian yang paling panjang.
Sehelai rambut di belah 7 dan tajamnya lebih tajam dari sebilah mata pedang!
Di bawahnya terbentang NERAKA.
Di hujung titian pula SYURGA menanti

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
“Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, 
maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada 
tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan 
dan amalan, semakin laju menuju titian itu.
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dan kita bagaimana ya.
Allahurabbi.. akan sampai masa kita sama-sama meniti titian ini.
Cepat atau lambat ini reality
Bukan rancangan REALITY TV !
 (Sumber : FB)
Sekian,Wassalam..

Popular Posts