SEKADAR RENUNGAN : INGATAN BUAT SANG PENDOSA LAGI PELUPA !

Assalammualaikum w.b.t.
SYURGA ALLAH SWT
Semua mahukan ke syurga...
Tanya sahaja pada semua pendosa-pendosa,mereka semua mahukannya!

Dalam meniti jalan ke syurga, apa kita hanya duduk bersenang?
Tanpa segan kita derhaka dalam rahsia pada Allah
Ketaatan dalam suruhan kita abaikan
Ketaatan dalam meninggalkan laranganNYA kita endahkan

TITIAN ke SYURGA itu di namanya TITIAN SIRAT.
Ingat kembali...

Ia adalah titian yang paling panjang.
Sehelai rambut di belah 7 dan tajamnya lebih tajam dari sebilah mata pedang!
Di bawahnya terbentang NERAKA.
Di hujung titian pula SYURGA menanti

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
“Dan direntangkan Sirat di antara dua jurang Neraka Jahanam, 
maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang Mukmin meniti titian itu bergantung kepada 
tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan 
dan amalan, semakin laju menuju titian itu.
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: “…dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa’daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dan kita bagaimana ya.
Allahurabbi.. akan sampai masa kita sama-sama meniti titian ini.
Cepat atau lambat ini reality
Bukan rancangan REALITY TV !
 (Sumber : FB)
Sekian,Wassalam..

Post a Comment

11 Comments