Monday, 14 December 2015

'HARGA' AIRMATA

Assalammualaikum w.b.t.


Airmata itu begitu berharga..tidak kira ianya datang dari seorang LELAKI mahupun WANITA.. Walau bagaimanapun, ianya TIDAK akan menjadi berharga jika AIRMATA itu mengalir oleh kerana MAKHLUK mahupun HARTA saat didunia yang sementara ini tetapi ia akan menjadi TIDAK TERNILAI harganya di AKHIRAT sana nanti jika AIRMATA itu mengalir oleh kerana RINDU pada yang Maha Pencipta dan kekasihNYA (Nabi Muhammad SAW) dan mengalir kerana TAKUT padaNYA saat didunia.. Wallahua'lam..

Renung-renungkan..
Sekian,Wassalam.. 

Friday, 6 November 2015

KISAH 5 JENIS WANITA DALAM ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.

DALAM al-Quran, ALLAH SWT menceritakan pelbagai jenis kisah untuk kita teladani dan jadikan iktibar sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari. ALLAH tidak hanya mengisahkan perihal kisah kaum terdahulu, tetapi juga pelbagai bentuk akidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.
 

ALLAH ada menjelaskan mengenai jenis wanita dalam al-Quran. ALLAH kisahkan semua cerita ini untuk hamba-Nya, khususnya wanita bagi diaplikasikan dalam kehidupan yang sedang dijalani.
Ada antara yang bersifat positif dan ada yang bersifat negatif. Ada yang patut dicontohi, dan semestinya ada yang harus kita jauhi. 


Lima jenis wanita diceritakan dalam al-Quran buat panduan kita semua.
 

Pertama : Wanita Pejuang
Jenis pertama yang disebut dalam al-Quran adalah jenis pejuang. Wanita yang memiliki sifat pejuang ini mempunyai keperibadian yang kuat. Mereka berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya diperlekehkan. Asiah binti Mazahin, isteri Firaun memiliki sifat pejuang ini.
 

ALLAH mengabdikan doa Asiah dalam al-Quran: 
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, 
dan selamatkanlah aku daripda Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), 
serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.” 
(Surah at-Tahrim ayat 11)

Walaupun berada dalam cengkaman Firaun, Asiah mampu menjaga akidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiah lebih memilih istana di syurga daripada istana dunia yang dijanjikan Firaun. ALLAH mengabdikan doanya dan menjadikannya tauladan bagi orang yang beriman.
 

Kedua : Jaga Dirinya
Jenis wanita yang kedua ialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Kita dapat lihat sifat ini ada pada Maryam binti Imran. Hari-harinya diisi dengan ketaatan kepada ALLAH. Maryam sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.


ALLAH berfirman yang bermaksud: “Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!” (Surah Maryam ayat 20)
Disebabkan keutamaan inilah, ALLAH mengabdikan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran dengan Surah Maryam, surah ke-19. ALLAH memelihara Maryam bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana kesuciannya dalam menjadi hamba yang solehah.
 

Ketiga : Pembawa Kayu Bakar
Jenis yang ketiga, dimiliki oleh Hindun, isteri Abu Lahab. Mereka yang mempunyai sifat seperti Hindun ini suka menghasut, menyebar fitnah dan menjaja cerita. Di dalam al-Quran, Hindun disebut sebagai “pembawa kayu bakar” atau dengan kata lain penyebar fitnah. Bersama suaminya, Hindun tidak putus menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah dan melakukan kezaliman. Bicara yang sedikit menjadi besar apabila Hindun bersuara.
 

Firman Allah SWT maksudnya, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelora (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.” (Surah Al-Lahab ayat 1-5)
 

Keempat : Wanita Penggoda
Jenis wanita yang keempat ialah jenis wanita yang menggoda. Ini dibuktikan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf a.s. Perbuatan Zulaikha ini diceritakan dalam al-Quran: “Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, “Marilah dekat kepadaku.”.
Yusuf berkata: “Aku berlindung kepada ALLAH, sesungguhnya, tuanku telah melayaniku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Surah Yusuf ayat 23)
 

Kelima : Wanita Penghianat Kepada Suami Mereka.
Sifat atau jenis wanita yang terakhir ialah wanita pengkhianat dan ingkar kepada suaminya. ALLAH memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti yang dilakukan oleh Asiah, isteri Firaun.
 

Namun, dalam masa yang sama ALLAH tidak menyukai wanita yang mengkhianati suaminya yang soleh. Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth mempunyai sifat kelima ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka menjadi pengkhianat dakwah.
 

ALLAH SWT berfirman maksudnya: “… perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth, mereka berdua berada di bawah jagaan dua hamba yang soleh daripada hamba-hamba Kami, dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing, maka kedua-dua suami mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka daripada (azab) ALLAH dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): “Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (neraka).” (Surah At-Tahrim ayat 10)
 

Golongan wanita yang dikisahkan al-Quran ini hidup ribuan tahun lalu. Namun, karakter dan sifatnya tetap ada sehingga kini. Ada jenis yang kukuh keimanannya dalam berjuang. Ada wanita solehah yang tetap beribadah dan tetap menjaga kesucian diri. Ada pula yang suka menghasut, menggoda dan menjadi pengkhianat. Semuanya terserah kepada kita untuk memilih yang mana.
 

ALLAH SWT berfirman: 
“Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan, dan contoh-contoh kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah An-Nur ayat 34)

Semoga dengan membaca kisah ini, kita tidak terjerumus pada lingkar dosa yang akan memenuhi neraka. Insya-Allah. 
(copy paste)
Nota: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Facebook.
Sekian,Wassalam.

Saturday, 17 October 2015

SERVICE REVIEW : MAKEUP MAKE OVER BY HAFIFIE

Assalammualaikum w.b.t.

Ok. Lepas buat 1st service review MAKEUP MAKEOVER oleh Kak Nick sebelum ni dalam entri INI, kali ni Yaya nak buat another service review MAKEUP MAKEOVER juga tapi kali ni Yaya di makeover oleh seorang Abam.Hikhik Namanya Hafifi atau lebih suka dipanggil dengan nama 'Fifie' je =D

Abam Fifie kita ni tinggal di area Selangor. Tapi tak kisah pon la korang dok celah mana pon, kalau korang berminat dengan hasil tangan MUA Fifie kita ni, boleh terus direct berhubung dengan beliau untuk BOOKING ye coz jadual beliau agak padat juga. Tengok la kat bawah ni antara hasil 'lukisan' Abam Ffifie kita ni..SANGAT GOJESSSS ok..
Bawah ni pula Photo shoot for Busana Pengantin
MUA oleh Hafifie
Photog oleh Ahmad Syazwan



Eh Yaya lupa lak nak tunjuk hasil makeup makeover oleh Abam Fifie pada Yaya ni..heeee =D Actually masa cuti Hari Malaysia (16 Sept. 2015) hari tu, Yaya ada joint event Photoshoot Busana Pengantin yang dikendalikan oleh Encik Shahid yang juga seorang DJ dan MODEL. Untuk pakaian busana pengantin ni nanti Yaya buat review di lain entri ye.. ^_^ Ok. Dipendekkan cerita korang tengok je la hasil makeup Fifie kat Yaya untuk Event Busana Pengantin ni..memang SUPERB! Yaya suka sangat! aummm! ^o^
:
SUPERBB x makeup dier?? ^o^
Meh tengok lebih dekat =p
:

Amacam...Ok kan makeup dia..??
^_^
Ok so, pada those yang memerlukan khidmat MUA tak kira untuk event apa sekalipun besar or kecil just PM je dulu Abam MUA Hafifi @ Fifie ni yek..bawah ni Yaya bagi details dia.. =)

Tel : 0176651295 
FB : fifieaurora
IG : hafifi_91

Sekian,Wassalam..=)

Thursday, 1 October 2015

CYBER SALE 2015!!

Assalammualaikum w.b.t.

KORANGG!! Siapa yang minat ONLINE SHOPPING???!! Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, sekarang sedang berlangsung CYBER SALE!! tau! Apa tu CYBER SALE?? Seriously tak tahu ke??

#MYCYBERSALE adalah Jualan Murah Dalam Talian Terbesar di Malaysia yang disertai oleh peniaga-peniaga 'online' yang popular dan menjual dalam masa yang sama. Memberi potongan harga yang 'giler-giler' dan servis penghantaran percuma daripada para peniaga dalam talian yang menyertai event ni pada pembeli yang meminati pembelian secara dalam talian ni..

FYI, event ni di organized oleh Multimedia Development Corporation (MDC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, operasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),CyberSekurity Malaysia dan SME Corp. Malaysia. Wahhh this mean, laman web jualan dalam talian ni memang dijamin selamat ok.korang jangan risau. Kalau ada apa2 yang mencurigakan,korang just report je. ^,^

Lama giler Yaya tunggu time ni..coz Yaya one of the online shopping user, kalau ada SALE macam ni memang Yaya akan grab nye la. Bukan senang. Kalau tak silap dalam setahun cuma ada 1 @ 2 kali je kot...dan CYBER SALE kali ni telah mula berlangsung dari
28 September 2015 - 2 Oktober 2015 je. 
Means sampai ESOK je!  huuu

Lagi satu, tak semua website online ni ada wat jualan ni...korang boleh layari laman web yang organize event ni (mycybersale.my). So,Yaya ni suka juga sesaja nak cuci mata..huhu. Antara laman web online shopping yang join event ni adalah




Ada banyak lagi laman web yang turut serta dalam Jualan Dalam Talian terbesar ni..korang boleh tengok je kat laman web yang Yaya bagi kat atas tadi ye...korang..kalau nak shopping tu pon kena beringat juga tau. Just kalau boleh beli apa yang PERLU dan PENTING je..jangan membazir tau..hehe..ok la.so,apa tunggu lagi,.
Happy Shopping! =p
Sekian,Wassalam =)

Friday, 25 September 2015

HARI TASYRIQ

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni hari 11 Zulhijjah..jangan memandai korang nak pose tau..rajin plak tetibe..haha.. Ok sekadar perkongsian pada yang masih belum tahu atau mungkin macam Yaya..dah lupa tentang apa itu Hari Tasyriq..selepas 10 Zulhijjah..info memang agak panjang,tapi ini ILMU kan..jadi rajin2 la membaca ye.. =)

Hari Tasyriq’ adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.

Abu Ubaid berkata: “Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari.” (Lisanul Arab, 10:173).
Keutamaan Hari Tasyriq
Allah SWT berfirman yg bermaksud,
Ingatlah Allah di hari-hari yang terbilang.”
(QS. Al-Baqarah: 203)

Yang dimaksudkan dengan “hari-hari yang terbilang” adalah tiga hari selepas Aidil Adha, iaitu hari Tasyriq. Ini merupakan pendapat Ibnu Umar dan majoriti ulama. Sementara Ibnu Abbas dan Atha berpendapat bahawa “hari-hari yang terbilang” jumlahnya empat hari; Aidil Adha dan 3 hari selepas itu. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 314).

Allah Ta’ala mengistimewakan Hari Tasyriq, dengan Allah SWT jadikan hari ini sebagai waktu istimewa untuk berzikir. Sehingga Allah perintahkan kaum muslimin untuk memperbanyak zikir di hari ini.

Dalam hadis dari Abdullah bin Qurth radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
“Hari yang paling agung di sisi Allah adalah hari qurban (AidilAdha) kemudian hari al-qarr.”
(HR. Abu Daud 1765, Ibnu Khuzaimah 2866).
Yang dimaksudkan hari ‘Al-Qarr’ adalah tarikh 11 Zulhijah. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Khuzaimah, bahawa Abu Bakar mengarahkan: “Hari ‘al-qarr’ adalah hari kedua setelah hari qurban”

Pendapat pertama adalah disepakati merupakan yang lebih ‘Adzhar’ (lebih kuat) bagi Ibn Umar, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab dan kebanyakan para ulama. Sesungguhnya 3 hari tersebut adalah merupakan hari Tasyriq. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis;
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda : 
“Hari-hari Mina adalah 3 (hari), sesiapa yang bersegera (meninggalkan Mina) pada 
hari yang kedua maka tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) 
pada hari yang kedua maka tidaklah berdosa.”
(Hadis Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah).

Amalan Pada Hari-Hari Tasyriq
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd… 
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat.

Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…”
(Al-Baqarah 2: Ayat 203)
1. Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum
Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah. Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
“Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari 
untuk makan dan minum dan berzikir.”   
(Imam Muslim r.a.)

Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal :  “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.” 

2. Mengingati Allah SWT
Allah Ta’ala memerintahkan supaya berzikir dan mengingatinya pada hari Ayyam Ma’dudat sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum dan berzikir.” 

Perihal mengingati Allah yang dituntut untuk dilakukan pada hari-hari Tasyriq adalah pelbagai antaranya:
* Mengingati Allah Ketika Solat Fardhu
Dituntut melakukan Takbir setiap selesai Solat Fardhu dengan bertakbir sehinggalah akhir hari Tasyriq sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat. Berdasarkan amalan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi dan sanadnya disahihkan al-Albani)

Demikian juga dari Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. (HR. Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Al-Albani mengatakan: “Sahih dari Ali”).

* Mengingati Allah Ketika Menyembelih Korban
Mengingati Allah dengan membaca basmalah dan bertakbir ketika menyembelih binatang korban kerana waktu untuk sembelihan hady (bagi yang mengerjakan haji) dan udhiyah (bagi yang tidak mengerjakan haji) boleh dilaksanakan sepanjang hari-hari Tasyriq hingga hari Tasyriq berakhir. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Di setiap hari Tasyriq, boleh menyembelih.”
(HR. Ahmad, ibn Hibban, Ad-Daruquthni, dan yang lainnya)

Imam As-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad berdasarkan hadis marfu’ (yang sanadnya sampai kepada Rasulullah); “Setiap hari-hari Mina adalah (hari) untuk sembelihan.”

* Mengingati Allah Ketika Makan Dan Minum
Mengingati Allah ketika makan dan minum. Sesungguhnya disyariatkan ketika makan dan minum untuk membaca basmalah pada permulaan dan mengucapkan hamdalah ketika pengakhiran kerana terdapat hadis daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Allah meredhai ke atas hambaNya yang apabila selesai makan dan minum memujiNya (dengan mengucapkan hamdalah).” 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba yang makan sesuap makanan kemudian memuji Allah, atau minum seteguk air dan memuji Allah kerananya.”
(HR. Muslim 2734)

Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

* Mengingati Allah Ketika Melontarkan Jamrah
Berzikir dengan bertakbir ketika melontarkan Jamrah (batu-batu) pada hari-hari Tasyriq. Dan ini dikhususkan pada yang mengerjakan ibadah haji.

* Mengingati Secara Mutlaq
Mengingat Allah dengan memperbanyakkan takbir secara mutlaq. Disunatkan  untuk memperbanyakkan berzikir pada hari-hari Tasyriq. Sesunguhnya Saidina Umar mengucapkan takbir di Mina di dalam kubahnya (khemah), orang ramai mendengarinya lalu turut mengucapkan takbir maka bergemalah Mina dengan takbir. (HR. Bukhari sebelum hadis no.970)

Doa Mengingati Allah SWT
Doa adalah seafdhal-afdhal zikir mengingati Allah SWT. Doa juga merupakan bentuk mengingat Allah yang sangat agung. Mengandungi pujian dan harapan manusia kepada Tuhannya. Sehingga, hari ini menjadi hari yang istimewa untuk memperbanyak doa.Dan ramai ulama menganjurkan untuk memperbanyak berdoa pada hari tersebut. Sebahagian ulama salaf menggalakkan membaca doa berikut:
Ikrimah (murid Ibn Abbas) berkata:
“Disunatkan untuk berdoa pada hari-hari Tasyriq.”
Doa ini antara doa yang terbaik dan diriwayatkan bahawasanya doa ini yang paling banyak nabi baca dan apabila nabi berdoa. Baginda akan turut serta membacakan doa ini kerana doa ini menghimpunkan 2 kebaikan di dunia dan akhirat. Al-Hasan berkata: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan ibadah, manakala kebaikan di akhirat ialah syurga.”  Dan kata Sufian pula: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan rezeki yang baik.” 

Sesungguhnya Ziyad Al-Jasshas meriwayatkan dari Abu Kinanah al-Qurasyi, bahawa beliau mendengar Abu Musa al-Asy’ari telah berkata di dalam khutbahnya pada hari Al-Nahr (Aidil Adha) :

“Selepas hari Al-Nahr (Aidil Adha) terdapat 3 hari yang Allah sebutkan 
sebagai Ayyam Ma’dudat (hari yang ditentukan/terbilang) yang tidak akan 
ditolak padanya doa, maka angkatlah keinginan kamu kepada Allah (dengan berdoa).”   

Sama-sama kita bermuhasabah, sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa dan ketika, setiap pergerakan dan diam sepanjang hari Al-Nahr dan hari-hari Tasyriq sebagai bukti syukur pada Allah Ta’ala.

Adakah dengan menyambut Hari Raya Aidil Adha kali ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya.?

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk sentiasa istiqamah dalam menggapai ampunan-Nya dan moga Allah menerima segala pengorbanan yang diserahkan sebagai bukti manifestasi cinta pada Allah SWT dan RasulNya.

Sumber dari : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/27/amalan-pada-hari-hari-tasyriq/

Selamat beramal...
Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 23 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436H

Assalammualaikum w.b.t.


Genap hari ni 9 Zulhijjah 1436h bersamaan dengan 23 September2015..esok adalah hari raya yang kali ke-2 bagi seluruh umat Islam..untung kan..kita raya 2 kali..ngeee tapi Selangor cuti sehari je..huuuu xde nak wat entri panjang2 sangat..juz nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA HAJI @ HARI RAYA QURBAN (banyak nama buleh...^,^) bagi yang melakukan ibadah qurban tu, semoga segala amal, niat baik dterima Allah SWT..amin.InsyaAllah.. ^_^
For sharing.... =>

*Klik untuk tumbesaran*



*Sumber gambar: fb ikim.fm* ^_^

Siapa puasa hari ni angkat tangan, nak tengok sikit? hhee...Alhamdulillah...yang berpuasa atau yang xdapat berpuasa pun, sentiasa basahkan lidah anda dengan Zikrullah ye..mudah2an segala amal ibadah kita seharian diterima Allah SWT. InsyaAllah..amin ^_^
(repost entri =p)
Sekian, Wassalam =)

Saturday, 19 September 2015

SEKADAR RENUNGAN : SURAT CINTA TENTANG SOLAT

Assalammualaikum w.b.t.

~ Surat Cinta Tentang Solat ~

🌼Bila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya  & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

🌼Anggaplah solat itu Pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu.

🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau Bercerita dengan Allah.

🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dgn Allah SWT.

🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi.

🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang," tangan Allah melambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat denganNya.

🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hambaKu."

🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila org mengusikmu."

🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih.

Masya Allah.. sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia2 org yg menyebarkannya. Maka sebarkan lah wahai teman2 ku. Allahuma, saksikan lah......

Renungan bersama..
Sekian,Wassalam...

Friday, 18 September 2015

SEKADAR RENUNGAN : HARGAI SELAGI MASIH ADA..

Assalammualaikum w.b.t.

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA.

"JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."

ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:

"SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..""

SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT. ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG."

"ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG."
"SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."

SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA. IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA. IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..SI ANAK MENGIAKAN.

DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN  BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU. MEREKA BERBUAL PANJANG. IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..

SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA. "OK KE MAK?"
"MAK SERONOK KE?"

JAWABNYA IBUNYA, "YA ANAKKU.SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."

"NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”

JAWAB IBUNYA, "NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI..

SETELAH ITU MEREKA PUN PULANG. SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA. SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON  IBUNYA YANG KESEORANGAN.

JUMPA JARANG-JARANG SEKALI. SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT. DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA. APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA.

DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA. TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU. TEMPAT MAKAN  UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR...

MEREKA PUN MAKAN. MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU. RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH  IBUNYA. 

KATA IBUNYA, "TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK". MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK. MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU. SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU."

LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK. ITULAH MAK.....

YA ALLAH, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK. TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN. TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI....
MALAM HARI BERDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK...KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT BARU KHIDMAT SIKIT KAT MAK. BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN KAT MAK, DAH RASA MEMADAI .SEBENARNYA KITA BELUM BUAT BAIK KAT MAK....

KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK...ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.

MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN
MAK BERSABUNG NYAWA NAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI NAK BAGI KITA PERGI TADIKA
NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH
NAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH
NAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI
NAK BAGI KITA BEKERJA
NAK BAGI KITA BERKAHWIN
NAK BAGI KITA ADA ANAK
BUKAN NAK BAGI LUPAKAN DIA..... 

MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN. MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN
MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN
MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.
MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA  BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.
MAK DUKUNG 3 TAHUN.
MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN.

MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA. MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT....TIADA KESUDAHAN....KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????

JADILAH ANAK SOLEH/SOLEHAH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK. INI BUKAN PILIHAN.

TAPI PERINTAH ALLAH SWT PERINTAH RASULULLAH SAW YANG WAJIB DAN TERAMAT BESAR TUNTUTANNYA.

HARGAILAH MAK KITA..SAYANGILAH MAK. MINTA MAAF KAT MAK. BUAT BAIK KAT MAK....CAKAP ELOK2 DENGAN MAK. JAGALAH HATI MAK....KUNJUNGILAH MAK ....BERBUALLAH DENGAN MAK. HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN👵





Terkesan sungguh hati ni bila membaca.....sudah kah kita gembirakan Mak kita....jika belum, buatlah...

Sekadar pedoman buat kita semua,tidak kira anda seorang ISTERI, SUAMI lebih-lebih lagi jika anda seorang ANAK...😭😭😭😭😭

Sekian,Wassaalm...

Tuesday, 15 September 2015

PILIH KAWAN

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam bersahabat atau berkawan ni memang tidak patut kita memilih kawan.. Namun,tak dinafikan, memang sehingga sekarang masih ramai dari kita yang memilih kawan..nak kawan yang boleh memberi banyak manfaat, yang kaya/berharta, yang cantik/hensem, yang popular je kalau ada kawan yang kurang berharta, kurang rupa xnak dah kawan..
Kalau bagi Yaya, lebih pentingkan kualiti pada satu2 sahabat/kawan tu. Kualiti bermaksud, lebih kurang macam input la,apa yang ada pada kawan tu, kalau dia punya lebih ilmu dari kita, kita jangan segan silu untuk bertanya lebih pada dia, dan kawan tu pula,jika dia seorang kawan/sahabat yang baik, pasti dia tidak akan keberatan untuk berkongsi ilmu dengan kita, 


Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas ni la, kita diGALAKKAN untuk memilih kawan..tapi adalah lebih baik juga jika nak pilih kawan pon,seeloknya sesama kaum la (jantina)..itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah. Almaklumlah, kita di hujung hari dunia..hanya menunggu masa...~~

Renung2kan..
Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 8 September 2015

REPUBLISHED ENTRY : DHUHA...

Assalammualaikum w.b.t.

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha.
Waktu untuk melakukan solat Dhuha ni biasanya dari pukul 8pagi sampai pukul 12 tengahari hingga pukul 1 atau dari matahari naik sepenggalah dan sampai waktu tengahari tergelincir iaitu sebelum masuk waktu Zohor.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”
Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: 
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sama2 kita amalkan Solat Dhuha ni semampu kita. Faham. Pagi2 semua orang akan sibuk bersiap pergi kerja, kelas, tapi sekurang2nya kita berusaha untuk mencari sedikit masa lakukan solat Dhuha ni. Bukan lama pun kan, dalam 10minit siap dah. Memang Yaya xnafikan kelebihannya, semoga kita semua sentiasa dilimpahkan nikmat kurnia dari-Nya ..

Doa lepas selesai solat Dhuha..

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 29 August 2015

BE A LIKE LADY BOSS..???

Assalammualaikum w.b.t.

Apa khabar? Harap semua yang tengah baca entri Yaya ni sihat-sihat hendaknye ye..Yaya jarang dapat update blog. Kadang online cuma sempat terjah @ usha beberapa blog n blogger je..huuu dengan line internet yang cam haremm ni memang menambah kesakitan dihati ini..haha hamboi ko hayyaatt... ^,^" 

So,sebelum Yaya nak mulakan cerita,meh baca sesi perbualan 2 orang manusia dalam telefon yang Yaya dah buatkan ia jadi perbualan yang pendek,ringkas,mudah faham! =D

Seorang pencari kerja telah membuat & menghantar permohonan beberapa jawatan kosong di beberapa buat syarikat melalui atas talian  (online). Pada suatu petang, beliau menerima satu panggilan daripada salah sebuah sebuah syarikat, yang  dia pernah mohon sebelum itu.

Nak diringkaskan.....

Penemuduga : Saya daripada syarikat ABC, telah menerima permohonan awak untuk satu jawatan di syarikat kami.Sebelum saya tanya lebih detail, saya nak interview awak dengan menerangkan secara ringkas tentang jawatan ini dan apa kriteria-kriteria yang diperlukan bagi memnuhi jawatan ini.

--------------------------------------------------------------------------------

Pencari kerja : Oh ye..ok.boleh.

Penemuduga : ok. Jawatan yang diberi adalah sangat penting iaitu sebagai Admin Manager. Jawatan ni dikira orang kedua terpenting dalam syarikat selepas our big bos. Job scope dia very easy. Perlu monitor orang bawahan..bla..bla..bla..(memang dengar pon agak not so hard to do, I think.yela nama pun 'Manager') 
Tapi sebelum tu, kita juga mahu orang yang memegang jawatan ini PERLU ada 3 kriteria ini.You see whether you have or not this criteria,ok.

Pencari kerja ; oh.ok.. (dalam hati, "macam senang jee...")

Penemuduga : Kriteria yang kita perlu: 1) BOSSY... 2) QUEEN CONTROL.. and 3) MATERIALISTIC...do you think that you have all the criteria or one of it..?

Pencari kerja : ..............................errr..sorry. All the criteria is not good right? Why have to need all the criteria..?? =_="
Penemuduga : Ok like this. Let's me explain to you.. 1) BOSSY - kita perlukan seseorang yang boleh memberi arahan pada orang bawahan, secara tegas. Tidak kira bercakap dengan yang muda atau yang tua. Macamana nak handle dengan orang bawah yang mungkin ada sesetengahnya tidak dengar cakap, what will you do..? 
2) QUEEN CONTROL - You know, when you can control everything under you..semua orang akan buat kerja (not so clear..something like that la...huhu) dan yang terakhir sekali MATERIALISTIK. Kita nak orang ni punya keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih menguntungkan, tahu bagaimana nak mencari jalan ke arah itu..bla..bla..... So, do you think that you have all the criteria? tak kira sama ada dalam personal life ke atau dalam perkejaan? If you don't have all the criteria so it means you're not qualified to do this job.

Pencari kerja : (again)........................................err Sorry I think i'm not qualified for this position as I dont have all that criteria you need..

Penemuduga : Ok. It's ok. Nevermind, anyway I will see if have any other position that might suite with you, ok. Alright. Thank you for your time.

Pencari kerja : Oh yea..sure. Welcome... 
-END-
--------------------------------------------------------------------------------

Hm.Lebih kurang cenggitu la isi perbualan mereka..huhu So, what do you guys think..?? Berdasarkan perbualan di atas?Haha...sorry. Yup. Pencari kerja itu adalah ME! YAYA! heeee =D 1st dia beritahu jawatan tu, Yaya sedikit shock..besar juga jawatan ni. Orang kedua terpenting dalam syarikat..dalam hati dah berkta "It's ok.Mungkin boleh cuba.." 

TAPI, bia dia sebut yang dia memerlukan 3 kriteria tu..Yaya rasa cam.... @o@ SEROIUSLY???!! Ko saja nak uji aku ke,ko buat lawak ni..?? hahahahaha ni baru pertama kali Yaya dengar orang nak cari pekerja yang ada 3 kriteria tu?! 1)SUKA MENGARAH 2)QUEEN CONTROL & 3)MATERIALISTIK! ahaks! memang sebab untuk ada kriteria tu agak logik tapi hmmm uoolss ghasee, kalau uolls ada kat tempat iolss ni uolss nakk ke terima dengan mempunyai kriteria cenggitu? 

Bagi Yaya, yup..untuk kerja memang sometimes perlu ada kriteria tu tapi rasa macam xbest. Kita nak kerja lama,bukan sekejap..dan kita pun nak kerja dengan environment yang selesa, xmo la sampai ada orang xsuka, xpuas hati pula dengan kita nanti, btul x..dan Yaya tak rasa untuk punya or jadikan sesebuah syarikat itu hebat or maju, all the criteria is totally UN-NEED p0nnn..Sebab ianya boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih banyak dalam sesebuah syarikat daripada perkara yang membawa faedah or kebaikan..

Korang ghaseee????

That's all. Thank you for reading..panjang pula entri Yaya kali ni..lama tak meng-hupdate! la katekann..heheheh ^,^

Sekian,Wassalam =)

Monday, 24 August 2015

10 AMALAN HARIAN YANG BAKAL MENGUBAH HIDUP KITA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak berkongsi pula 10 amalan untuk kita sama-sama praktikkan dalam kehidupan seharian. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW dan jika dapat ISTIQAMAH melakukannya, ia mampu mengubah hidu kita menjadi lebih bahagia dan bermakna..InsyaAllah

1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).
- Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:

“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail 
adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. 
Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, 
menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)

- Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.

2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin).
- Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar 
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” 
(Al-Isra 17 : 82)

3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh).
- Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuhannya. Solat juga menghubungkan jiwa, roh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” 
(HR Nasai)

4) Jaga solat Dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
- Rasulullah SAW bersabda: 
“Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” 
( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari. Macam Yaya sendiri,kalau pagi tu xsempat buat atau tertinggal, Yaya akan ganti balik solat Dhuha yang tertinggal tu (jika ada kesempatan)..paling tidak,akan baca doa Dhuha pagi tu..Alhamdulillah, xsukar pun nak menghafal doa Dhuha. =)

5) Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang).
- Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah 
adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, 
pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa 
yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” 
(Al-Baqarah 2 : 261)

6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).
- Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan 
mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun 
di kala malam yang dingin menusuk tulang.” 

Saidina Umar Al-Khattab RA: 
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

7)  Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda).
- Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, 
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda: 
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar 
kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” 
(HR Muslim dan Abu Daud)

8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.
- Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati).
- Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya: “Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam. Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. 
Imam Al-Banna berkata: 
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT).
- Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT : 
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT 
mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” 
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas: “Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Sumber: http://mutiarasyifa.sekolah4u.com/
Wallahhua'lam

Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin...

Sekian, Wassalam...=)

Popular Posts