Hari ni hari 11 Zulhijjah..jangan memandai korang nak pose tau..rajin plak tetibe..haha.. Ok sekadar perkongsian pada yang masih belum tahu atau mungkin macam Yaya..dah lupa tentang apa itu Hari Tasyriq..selepas 10 Zulhijjah..info memang agak panjang,tapi ini ILMU kan..jadi rajin2 la membaca ye.. =)
‘Hari Tasyriq’ adalah pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ada juga yang menyatakan, bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari, hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.
Abu Ubaid berkata: “Ada dua pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tasyriq: Pertama, dinamakan hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hari itu menjemur daging korban untuk dibuat dendeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban, tidak dilakukan, kecuali setelah terbit matahari.” (Lisanul Arab, 10:173).
Keutamaan Hari Tasyriq
Allah SWT berfirman yg bermaksud,
“Ingatlah Allah di hari-hari yang terbilang.”
(QS. Al-Baqarah: 203)
Yang dimaksudkan dengan “hari-hari yang terbilang” adalah tiga hari selepas Aidil Adha, iaitu hari Tasyriq. Ini merupakan pendapat Ibnu Umar dan majoriti ulama. Sementara Ibnu Abbas dan Atha berpendapat bahawa “hari-hari yang terbilang” jumlahnya empat hari; Aidil Adha dan 3 hari selepas itu. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 314).
Allah Ta’ala mengistimewakan Hari Tasyriq, dengan Allah SWT jadikan hari ini sebagai waktu istimewa untuk berzikir. Sehingga Allah perintahkan kaum muslimin untuk memperbanyak zikir di hari ini.
Dalam hadis dari Abdullah bin Qurth radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:
“Hari yang paling agung di sisi Allah adalah hari qurban (AidilAdha) kemudian hari al-qarr.”
(HR. Abu Daud 1765, Ibnu Khuzaimah 2866).
Yang dimaksudkan hari ‘Al-Qarr’ adalah tarikh 11 Zulhijah. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Khuzaimah, bahawa Abu Bakar mengarahkan: “Hari ‘al-qarr’ adalah hari kedua setelah hari qurban”
Pendapat pertama adalah disepakati merupakan yang lebih ‘Adzhar’ (lebih kuat) bagi Ibn Umar, Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab dan kebanyakan para ulama. Sesungguhnya 3 hari tersebut adalah merupakan hari Tasyriq. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis;
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda :
“Hari-hari Mina adalah 3 (hari), sesiapa yang bersegera (meninggalkan Mina) pada
hari yang kedua maka tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina)
pada hari yang kedua maka tidaklah berdosa.”
(Hadis Imam Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah).
Amalan Pada Hari-Hari Tasyriq
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illah, Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillahil hamd…
Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tasyriq, berikut dibawa amalan pada Hari-Hari Tasyriq moga boleh dipraktikkan agar meraih banyak manfaat.
Hari-hari Mina adalah hari-hari yang ditentukan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) Dalam beberapa hari Yang tertentu bilangannya…”
(Al-Baqarah 2: Ayat 203)
1. Hari-Hari Untuk Makan Dan Minum
Di Hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya sebagai hari makan dan minum, serta banyak berzikir kepada Allah. Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:
“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).
Daripada Nubaisyah Al-Huzali bahawasanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
“Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari
untuk makan dan minum dan berzikir.”
(Imam Muslim r.a.)
Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hanbal : “Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.”
2. Mengingati Allah SWT
Allah Ta’ala memerintahkan supaya berzikir dan mengingatinya pada hari Ayyam Ma’dudat sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum dan berzikir.”
Perihal mengingati Allah yang dituntut untuk dilakukan pada hari-hari Tasyriq adalah pelbagai antaranya:
* Mengingati Allah Ketika Solat Fardhu
* Mengingati Allah Ketika Solat Fardhu
Dituntut melakukan Takbir setiap selesai Solat Fardhu dengan bertakbir sehinggalah akhir hari Tasyriq sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat. Berdasarkan amalan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau dulu bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah. (Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi dan sanadnya disahihkan al-Albani)
Demikian juga dari Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau bertakbir setelah Solat Subuh pada tarikh 9 Zulhijjah sehingga Asar tanggal 13 Zulhijjah. Beliau juga bertakbir setelah Asar. (HR. Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Al-Albani mengatakan: “Sahih dari Ali”).
* Mengingati Allah Ketika Menyembelih Korban
Mengingati Allah dengan membaca basmalah dan bertakbir ketika menyembelih binatang korban kerana waktu untuk sembelihan hady (bagi yang mengerjakan haji) dan udhiyah (bagi yang tidak mengerjakan haji) boleh dilaksanakan sepanjang hari-hari Tasyriq hingga hari Tasyriq berakhir. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Di setiap hari Tasyriq, boleh menyembelih.”
(HR. Ahmad, ibn Hibban, Ad-Daruquthni, dan yang lainnya)
Imam As-Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad berdasarkan hadis marfu’ (yang sanadnya sampai kepada Rasulullah); “Setiap hari-hari Mina adalah (hari) untuk sembelihan.”
* Mengingati Allah Ketika Makan Dan Minum
Mengingati Allah ketika makan dan minum. Sesungguhnya disyariatkan ketika makan dan minum untuk membaca basmalah pada permulaan dan mengucapkan hamdalah ketika pengakhiran kerana terdapat hadis daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya Allah meredhai ke atas hambaNya yang apabila selesai makan dan minum memujiNya (dengan mengucapkan hamdalah).”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba yang makan sesuap makanan kemudian memuji Allah, atau minum seteguk air dan memuji Allah kerananya.”
(HR. Muslim 2734)
Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).
* Mengingati Allah Ketika Melontarkan Jamrah
Berzikir dengan bertakbir ketika melontarkan Jamrah (batu-batu) pada hari-hari Tasyriq. Dan ini dikhususkan pada yang mengerjakan ibadah haji.
* Mengingati Secara Mutlaq
Mengingat Allah dengan memperbanyakkan takbir secara mutlaq. Disunatkan untuk memperbanyakkan berzikir pada hari-hari Tasyriq. Sesunguhnya Saidina Umar mengucapkan takbir di Mina di dalam kubahnya (khemah), orang ramai mendengarinya lalu turut mengucapkan takbir maka bergemalah Mina dengan takbir. (HR. Bukhari sebelum hadis no.970)
Doa Mengingati Allah SWT
Doa adalah seafdhal-afdhal zikir mengingati Allah SWT. Doa juga merupakan bentuk mengingat Allah yang sangat agung. Mengandungi pujian dan harapan manusia kepada Tuhannya. Sehingga, hari ini menjadi hari yang istimewa untuk memperbanyak doa.Dan ramai ulama menganjurkan untuk memperbanyak berdoa pada hari tersebut. Sebahagian ulama salaf menggalakkan membaca doa berikut:
Ikrimah (murid Ibn Abbas) berkata:
“Disunatkan untuk berdoa pada hari-hari Tasyriq.”
Doa ini antara doa yang terbaik dan diriwayatkan bahawasanya doa ini yang paling banyak nabi baca dan apabila nabi berdoa. Baginda akan turut serta membacakan doa ini kerana doa ini menghimpunkan 2 kebaikan di dunia dan akhirat. Al-Hasan berkata: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan ibadah, manakala kebaikan di akhirat ialah syurga.” Dan kata Sufian pula: “Kebaikan di dunia ialah ilmu dan rezeki yang baik.”
Sesungguhnya Ziyad Al-Jasshas meriwayatkan dari Abu Kinanah al-Qurasyi, bahawa beliau mendengar Abu Musa al-Asy’ari telah berkata di dalam khutbahnya pada hari Al-Nahr (Aidil Adha) :
“Selepas hari Al-Nahr (Aidil Adha) terdapat 3 hari yang Allah sebutkan
sebagai Ayyam Ma’dudat (hari yang ditentukan/terbilang) yang tidak akan
ditolak padanya doa, maka angkatlah keinginan kamu kepada Allah (dengan berdoa).”
Sama-sama kita bermuhasabah, sentiasa mengingati Allah SWT pada setiap masa dan ketika, setiap pergerakan dan diam sepanjang hari Al-Nahr dan hari-hari Tasyriq sebagai bukti syukur pada Allah Ta’ala.
Adakah dengan menyambut Hari Raya Aidil Adha kali ini dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya.?
Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk sentiasa istiqamah dalam menggapai ampunan-Nya dan moga Allah menerima segala pengorbanan yang diserahkan sebagai bukti manifestasi cinta pada Allah SWT dan RasulNya.
Sumber dari : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/27/amalan-pada-hari-hari-tasyriq/
Selamat beramal...
Sekian,Wassalam =)
9 Comments
hyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
ReplyDeletedpt juga lepas rindu nak blogwalking..
=)
Deletetq atas peringatan..salam aidil adha
ReplyDeleteThnks for sharing. :-)
ReplyDelete=)
Deletenice info yaya. sharing is caring kan :)
ReplyDeletenice sharing.. selamat beramal, yaya ^^
ReplyDelete=)
Deleteterima kasih di atas perkongsian
ReplyDelete