Friday, 31 May 2013

Tuesday, 28 May 2013

MARI BER-CHATIME

Assalammualaikum w.b.t

Kalau sebelum ni Yaya pernah update pasal COOLBLOG dalam entri INI..sekarang Yaya dah berpindah selera plak dengan CHATIME nih..huhu eleh, kata xmau beli kat sini (sebab hargenye boleh tahan ;p),tapi sekarang beli plak..LALANG tol la Yaya ni...! hehe ;p tu la..xkenal maka xcinta..bukan pasal apa, ni pun baru start suke dgn minuman ni je sejak ada kawan office Yaya yang belanje kami 1 office CHATIME ni..heee..syiok owg blnje yeee.. ^o^

Sejak dari situla timbul minat dengan minuman ni..dan mula la Yaya 'korek2' sikit info mengenai minuman yang boleh dikatakan sihat ni..ha??? SIHAT kee??? Ni yang Yaya nak share ni..untuk pengetahuan yang belum tahu tu, CHATIME ni boleh 'decorate' minuman yang kita nak tu sendiri..eh,apa boleh buat sendiri?bukan lorhhh..tapi boleh tentukan rasa minuman kita nak tu macamana..


Bagi Yaya yang beshnyer pasal CHATIME ni, minuman dia memang tinggi kalori, tapi xsemua..tinggi atau tidak kalori dalam minuman tu kita boleh tentukan sendiri. Korang boleh tgok kat pic atas ni macam mana korang leh pilih dan tentukan betapa rendah dan tinggi kalori dalam minuman yang dipilih tu..bagi yang nak minuman berperisa sedap tapi rendah kalori, boleh la pilih kat 'SUGAR OPTIONS' tu..Yaya selalu pilih antara NON-SUGAR dengan SLIGHT-SUGAR je..sedap je walaupon kurang gula ^,^ antara tips Yaya pilih minuman ni, bila da pilih yang xde gula or kurang gula ni, dekat 'ICE OPTIONS' tu pulak Yaya akan pilih NON-ICE ataupun SLIGHT-ICE.! Barulah rasanya mengancam! heheheeh ;p

1st time Yaya minum CHATIME ni adalah
CAPPUCCINO..with NON-ICE & NON-SUGAR! ^,^

Memang terbaik la minum..KOWW punyerr.malam tu terus susah tido! huuuu haru je..sebab pe? yela.. minum time petang..balik dari keje..minuman macam ni kan elok minum time pagi..hehe..gatai! Nak tau berapa kalori nya? hanya 96KCAL sahaja (bagi non-sugar)! 

Lepas tu latest ni, Yaya minum 2 lagi perisa..weee =D
HONEY POMELO JUICE with NON-ICE & NORMAL SUGAR..baru minum Ahad lepas ;p
&
PEARL MILK TEA with SLIGHT-ICE & SLIGHT SUGAR..bila minum? SEMALAM..huhu ;p

Kedua-dua minuman diatas Yaya xkan beli kalau Yaya xtau berapa jumlah kalori nya..oleh itu, Yaya pon search kat tenet tentang kalori dalam minuman CHATIME nih.hehe dasat x Yaya? ;p Untuk minuman Honey Pomelo tu,dengan normal sugar, kalori nya adalah 140KCAL untuk regular cup. Dan Pearl Milk Tea ni pulak tinggi sikit..160KCAL untuk SLIGHT-SUGAR..ok..disebabkan ade 'bijian hitam' tu, yg buat dia jadi tinggi kalori..ngeee...bygkan lau amik normal sugar..mungkin hampir 300KCAL!

Jadi, apapun memang terbaik la rase..dan macam COOLBLOG juga, ia boleh mengenyngkan pewot Yaya ni..haha..xyah makan dah,minum ni je cukop! ^o^ Pada yang belum try lg, boleh try ok..jangan takut untuk minum..pilihan ditangan sendiri..ececehhh! hoho
Ehh..pehal lak masuk TART BUAH ni..hahaha...saje je..buat tatapan..;p
Beli time ada promotion kat KING'S CONFECTIONERY,Shah Alam Sabtu lepas..nyummy sgt! ^,^

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 25 May 2013

CARA TURUN DAN NAIKKAN BERAT BADAN

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam entri yang lepas, Yaya ada story macamana nak kira kalori kan..lama sangat nak tunggu sampai ada yang dah terlupa kan yang Yaya kata Yaya nak beritahu macamana nak turun atau nak naikkan badan..ngeee….kekurangan masa. Xsempat nak update..pada yang xbaa entri lepas yang Yaya maksudkan tu boleh klik SINI untuk refresh balik ‘kelas kalori’ kita ye..hehe kelas la sanggaatt.

*Boleh juga klik ENTRI NI *
*Lau xjaga makan cam ni la jadinyer..nakk????*

Actually Yaya bukan nak mengajar korang sebab Yaya bukan cikgu,xde bakat nak mengajar pun.. just untuk pengetahuan am je la ni ye sebab Yaya tau, ramai yang kata, XKESAHLAH MAKAN BANYAK PON ASALKAN BADAN SIHAT..kann..tapi sihat untuk masa yang pendek la..kalau masa yang panjang korang kenala fikir panjang jugak..kita memang xnak sakit TAPI pencegahan itu lebih baik dari mengubati. Ehhhh apa yang Yaya da melalut ni..ad00iii bosan plak..ok! NEXT! Straight to the point!

Simple je. Cuma 500 KALORI!  Apa yang 500 kalori? Lepas korang dah tahu keperluan kalori yang diperlukan setiap hari, dengan mengira berapa BMR dan DCR. Macamana kira?aip! kan Yaya dah suh baca kat SINI..wee..sampai ati xmo dengar cakap ea..

Ok..lepas dah tau,macamana kira yang 500 tu? Macam ni, kita akan ambil semula contoh lepas yang dah dikira iaitu Cik Siti Wan Kembang (yang mempunyai berat 58kg dan kiraan DCR beliau adalah 2,120.71kcal/hari), katakan Cik Siti nak turunkan berat, maka beliau perlu kurangkan 500 kalori dalam jumlah DCR beliau (2,120.71kcal). Jadi, 2,120.71 - 500 = 1,620.71 kcal /hari adalah kalori yang BOLEH diambil oleh Cik Siti untuk turunkan berat badan beliau. 

Begitu juga cara nya jika beliau nak naikkan berat badan, beza nya jumlah DCR Cik Siti tu (2,120.71 kcal/hari), ditambah (+) 500 pula..kiranya kena tambah(+) kalori la. Jadi 'total' jumlahnya menjadi 2,620.71 kcal/hari kalori yang boleh diambil oleh Cik Siti untuk menaikkan berat badannya.

Ok. So far, korang paham x macamana nak naik turunkan berat badan? Yaya story sikit je ni, berdasarkan pengalaman Yaya turunkan berat badan sendiri ye. Kira testimoni dari diri sendiri la..hehe Belajar pun dari internet je. Testi dari Yaya lepas amalkan TOLAK 500 dari kalori harian Yaya ni, dalam masa seminggu berat akan KURANG SETENGAH KG! Weee..^,^ xdela banyak tapi adala jugak berkurang, untuk pengetahuan Yaya ni xde bersenam, cuma 'bersenam' kat office je..huuu >,< lepas tu kalau Sabtu dan Ahad, Yaya akan keluar jenjalan kat shopping complex sensorang, xlama pon cuma 1-2 jam je..cuci mate..hehe ;p Sekarang dah kurang 5kg dalam masa 5 bulan..1 bulan 1kg je kurang? agak lambat kan..kenapa lambat? errr Yaya rase sebabnya berat Yaya sekarang da sangat TERkurang sangat..huuu (nak kene tambah berat badan pula..;p)

Owh ye,lupa nak beritahu korang, mungkin ada sesetengah orang bila makan banyak pon badan xnaik2, dan ada juga makan sikit je tapi berat cepat betul naik,kan kan..ok,kalau macam ni,semua nya bergantung jenis dalaman badan korang juga la,ada hubung kaitnya dengan genetik dan keturunan keluarga yang xboleh nak diubah, apakata korang yang ada masalah ni dapatkan khidmat nasihat dari yang lebih pakar..mungkin mereka boleh membantu ye. (Jangan tanya Yaya, Yaya bukan pakar..hoho ^o^)

Untuk pemahaman lebih lanjut tentang KALORI ni, lebih mendalam la senang citer, korang boleh terjah 2 BLOG UTAMA yang Yaya selalu jadikan rujukan dalam menurunkan berat badan dan jaga diet pemakanan Yaya iaitu:

&

Untuk entri yang akan datang tentang KALORI ni (lagi..??? ^,^) Yaya akan share kat korang jumlah kalori yang ada pada makanan pula..ye.Supaya senang korang nak mengira berapa kalori yang dah keluar masuk dalam badan tu dan sekaligus mengambil makanan yang lebih sihat untuk badan.Ok, Thanks sudi SINGGAH & BACA entri Yaya ni..moga bermanfaat ye dan jadi lebih sihat untuk kehidupan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah bagi anak Adam beberapa suap untuk menegakkan tulang punggungnya

Sekian,Wassalam. =)

Thursday, 23 May 2013

RENUNGAN : CUKUPLA DIA BAGIKU

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada kawan untuk berkongai masalah, suka dan duka? Jangan bersedih..segalanya boleh dikongsi bersama DIA tidak kira masa dan dimana anda berada...

*Update* (26/5/13)
Ada yang tanya Yaya macamana nak cari ayat kat atas ni..macam ni ye:
Yang sebelah KIRI adalah SURAH ke berapa dan KANAN adalah AYAT ke berapa
Contoh: Anda Sedih...Qu'ran 02 : 25
Surah Al-Baqarah, ayat ke-25.. =)


Sekian,Wassalam =)

Sunday, 19 May 2013

1ST GA BY HIJAB VALLEY

Assalammualaikum w.b.t.

Update lelaju ri ni..lama tertangguh..ngee..bukan entri apa..tapi saje join GA dari blog HIJAB VALLEY ni..nak tahu lebih lanjut boleh klik banner di bawah. Harap Maklum! ^_^

Pada gadis berhijab dibawah ^_^:
1st: Taiko Comel ^o^
2nd: Kak Chik! ngeeee ;p

Lau rajin g la CUCI MATA jap kat blog Hijab Valley ni..belum banyak pilihan tudung lagi tapi ok la..mana xok, Yaya sampai dah order 3helai tudung.. hohoohoh ^o^ murah..tengah ada discount smpi hujung bulan 5 ni..lebih2 lagi Yaya follower 'TERPILIH' hehe lagi mura dapat ngeee thanks sgt Cik tuan blog Hijab Valley ^_^ pada sesiapa nak cari tudung murah,malas nak beli kat luar macam Yaya ni, g la try tengok2 kat sana ok..

Sekian,Wassalam =)

TENTANG DIRI (TAGGING)

Assalammualaikum w.b.t.

Kene tag..tapi lebih dari sorang yang tag..maaf ye, Yaya tengok siapa yang tag Yaya dulu..huu layan jee...ngeee ;p


Few rules need to be followed :
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.


Tentang diriku..

1.Nama Yaya ni adalah bukan diambil dari citer BOBOBOI ok ^o^ tapi diberi oleh kawan rapat Yaya disuatu ketika dahulu..huuu (xsangka melekat terus nama Yaya tu ngeee)
2.Lagi 2 bulan 12hari akan tiba bufday Yaya..hehe (entah btul ke x kira hari tu ;p)
3.Single BUT not available..(agaknya..>,<)
4.Kerja tahun ni dah masuk 2 tahun (wahh xsangka masih bertahan..hoho)
5.Seperti Cik Anna, Yaya juga mengutamakan FAMILY..=)
6.Dulu xsuka dengan air kosong..sekarang air kosong paling banyak diminum..^,^
7.Dan dulu pun xsuka makan sayur, sekarang suka sangat dengan sayur! ^_^
8.Sangat pendiam, tapi bukan diam orang yang terlalu banyak berfikir, cuma rasanya, xperlu bcakap banyak. Kalau banyak cakap pun, bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah tiada gunanya..takut menambah dosa..hm.
9.Siaran radio yang paling disukai sekarang dan xpernah buka siaran radio lain adalah IKIM.FM =) banyak beri manfaat pada diri..
10.Lebih selesa pakai SHAWL dari tudung bawal..=D
11.Yaya adalah jenis orang yang suka planning awal2 sesuatu perkara xkira dalam menyimpan wang, nak pergi mana2 ke,nak buat kerja ke, apa2 je la mesti nak planning dan akan bad mood kalau planning tu xjadi sebab angkara orang ke-3..hoho ;p (kacau daun!)

Jawapan Yaya kepada Cik Anna:

1)Nama penuh dan umur:
= Nurhidayah binti Mohammad. Berumur 23 tahun ^_^
2) Kesalahan paling besar yang pernah dilakukan dan kenapa dilakukan?
= Biarla rahsia….(sudah dilupakan…;p)
3)Hobi masa lapang?
= dengar radio IKIM..muhasabah diri
4)Siapa penyanyi&pelakon kegilaan?
= TIADA
5)Perkara nakal yang selalu di buat hingga sekarang?
= Macam xde je...haha ada pun dulu tapi xdela buat sampai sekarang..
6)Tabiat yang sukar dikikis?
= Macam xde jugak..tabiat?…errr…..ermmmmm…. (nak kene piker lama…huuuu)
7.Kenapa berbloging?
= Sebab dah suka nak berkongsi dengan pembaca..(lau ade yg membaca la... =_=)
8..Pernah bercinta & putus berapa kali ?
= Pergh soklan maut ni..sebab banyak kali dah..hahahah(bnyk cnta monyet!;p)
9.Kenangan sewaktu bercinta yang sukar dilupakan?
= kenangan? Xde yang special..maybe pergi picnic dengan family si dia kot..hoho(dulu…jadi ex sudaaa ngeeeee)
10.Apa yang akan anda buat jika ternampak hantu?
= Xterkata kot…(baca apa yang patut mesti jadi tunggang langgang punye..kecut pewot nye pasal..ngeeeeee)
11.Apa komen anda tentang blog Anna dan segalanya tentang Anna?
= blog Anna ok..tapi rasanya mcam ade something yang berat la Cik Anna..sebab tiap kali Yaya buka blog cik Anna, tab2 yang lain jadi lambat nak loading,bila dah tutup blog cik Anna, dia jadi cepat loading balik…hm..kene cek balik tu apa yang xkene..huuu

Nak kene tag 11 orang lagi dan kene cipta 11 soklan..huuuu tapi Yaya xsempat la nak buat..xbuat boleh x?ngeeeeeeeee.....ada masa nanti Yaya update. InsyaAllah 

Sekian,Wassalam =)

Friday, 17 May 2013

AMALAN PENGARUHI BALASAN

Assalammualaikum w.b.t.

Daripad Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda : Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin….
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATANYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah diselmatkan oleh berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan Itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah Pahala PUASANYA member minum sehingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan Para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia dating dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di SebelahKu.

7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
8. Aku melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segerlah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menaburi muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

10. Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul Zabaniah ke merata tempat, maka datanglah Pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat Rahmat.

11. Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan Dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

12. Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

14. Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAK YANG MATI KECIL lalu menekan timbangannya hingga menjadi berat.

15. Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka Jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH, lalu menyelamatkannya.


16. Aku melihat umatku terjerumus ke dalam lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, lalu menyelamatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangan dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

17. Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

18. Aku melihat umatku sudah hampir tiba di syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya.

19. Aku melihat ramai orang yang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril Siapa mereka..? Jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka . Aku bertanya kepada Jibril Siapa Pula mereka..? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

SUBHANALLAH…WALLAHUA’LAM..

Setiap perbuatan kita diperhati Allah SWT dan dicatat oleh malaikat-NYA samada baik atau buruk, walau sebesar ZARAH sekalipun..semua itu pasti dihitung, dihisab pada hari kelak..
MARI! Sama2 kita berusaha untuk menjadi salah seorang hambaNYA 
yang SOLEH dan SOLEHAH..

Salam Jumaat.. =)

Thursday, 16 May 2013

RENUNGAN : JAGALAH AURATMU!

Assalammualaikum w.b.t.


Bukan WANITA je kene jaga AURAT ok! ^,^







Mari,sama2 kita audit diri kita ^_^
Sekian,Wassalam =)

Sunday, 12 May 2013

MARI MENGIRA!

Assalammualaikum w.b.t.
Ramai yang suka makan. Bila makan tu plak main bedal je semua..xkire dalam kuantiti kecil atau besar..betul x? hehe. Tahu x kawan-kawanku sekalian tiap apa yang kita makan tu mempunyai KALORI..beza tinggi dengan rendah je..ada makanan yang kecil saiz tapi punya kalori yang tinggi..dan ada pula makanan yang besar saiznya tapi mempunyai kalori yang rendah! Terlebih kalori, ianya akan mengakibatkan kenaikan pada berat badan kita.
Sebelum Yaya terang lagi jauh pasal kira mengira ni, nak bagitau sikit pasal kalori yang kebanyakan dari kita xperasan tentang kepentingannya pada tubuh badan kita. Kalori ialah suatu unit tenaga. Nilai kalori dalam sesebuah makanan wujud kerana kehadiran 3 unsur macronutrient, iaitu Karbohidrat (Carbohydrate), Protein dan Lemak (Fat). 1g Karbohidrat bersamaan dengan 4kcal, 1g Protein bersamaan dengan 4kcal, manakala 1g Lemak bersamaan dengan 9kcal.

Sebagai contoh, sekiranya makanan A mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:
(10g x 4) + (10g x 4) + (10g x 9) = 170kcal (90kcal dari lemak)

Berapa kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa setiap hari secara purata?
LELAKI = 2000 - 2500 kalori
WANITA = 1500 - 2000 kalori

Apa jadi kalau makan lebih dari kalori yang diperlukan setiap hari?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. Wuuu..sekarang baru korang tau camana berat korang leh naik kan..makan banyak makanan berlemak, dah tu, lemak tu xdibakar, tu yang naik KG tu...ngeee >,<

Macamana nak hilangkan balik atau bakar kalori yang dah masuk dalam badan kita tu? Sebenarnya setiap pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari memerlukan tenaga, dan tenaga ini disukat juga menggunakan unit kalori. Sebagai contoh, seseorang akan menggunakan (membakar) 70kcal apabila berjalan selama 30 minit, dan 110kcal apabila mengemas rumah selama 30 minit. Ketika tidur juga kita membakar kalori untuk memastikan kita terus bernafas dan jantung kita terus-menerus mengepam darah keseluruh badan. Pendek cerita, apa sahaja yang berlaku dalam badan kita, dan apa sahaja yang kita lakukan, semuanya menggunakan kalori.

Setiap individu mempunyai had kalori harian (Daily Calorie Requirement/DCR) yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, dan ketinggian seseorang. Persoalannya sekarang, bagaimana nak tahu DCR masing-masing? Untuk mengetahui nilai DCR, kita terlebih dahulu perlu menentukan nilai BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori asas yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan (bernafas, degup jantung, proses biokimia badan), menggunakan formula Harris-Benedict seperti berikut:
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)

Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)
Kemudian, apabila nilai BMR sudah diperolehi, nilai tersebut hendaklah didarab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut:
Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9


JOM MENGIRA! ^,^ Contoh mengira korang boleh ikut mcam kat bawah ni:
Cik Siti Wan Kembang berumur 28 tahun, berketinggian 160 cm, dan mempunyai berat 58 kg. Beliau bersukan 4 kali seminggu, maka:
BMR Cik Siti = 655 + 556.8 + 288 – 131.6 = 1368.2 kcal/hari
DCR Cik Siti = 1368.2 x 1.55 =  2120.71kcal/hari
Sekarang korang semua dah tahu apa itu kalori, dan berapa kalori yang kalian perlu makan dalam sehari. Timbul pula satu persoalan, apa kaitannya kalori dengan TURUN dan NAIK berat badan? Macamana nak turunkan berat atau nak naikkan berat? Ini Yaya akan sambung on the next entri mengenai KALORI ni lagi ye....siapa nak turunkan berat angkat tangan????!! hehe..so,kene tungguuu.. ;p ok.! 



Sekian,Wassalam =)

Friday, 10 May 2013

ANTARA BULAN YANG DINANTI


Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.

Lepas Maghrib hari ni kita sudah masuk ke bulan baru bagi yang beragama Islam lah kan..bulan apa? Aishh..biaq betoi xtau niii..Yaya pon dah lama tunggu kedatangan bulan ni..iaitu BULAN REJAB.. 
Alhamdulillah! Eh, Yaya tunggu sebab apa ye? Hehe sebab bila sudah masuk bulan Rejab ni bermakna bulan Ramadhan semakin tiba, dekat sangat dah. Rindu rasanya nak sambut bulan Ramadhan. Time sebelum subuh, semua orang bangun untuk sahur, kemudian bila time berbuka, ada bazaar dan lagi besh bila nak solat terawih..umm ^_^ suke sangat..semoga kita semua sempat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan tu ye. =)


Yaya sebenarnya nak share serba sedikit tentang Bulan Rejab yang akan masuk lepas Maghrib ni nanti..Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh (7) dalam calendar Islam. Rejab bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini salah satu bulan yang dihormati dan pintu Ka’bah dibuka. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.

Baca doa selepas solat Maghrib

Rejab juga merupakan satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan dilarang berperang. Ia dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard bermaksud keseorangan atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab terasing di tengah-tengah.

Kelebihan Bulan Rejab

Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab

Sebelum ni Yaya pon banyak dengar tentang kelebihan2 dalam bulan Rejab ni tapi bila disiasat (ewahh..mcm spy..;p) betul-betul, rupanya kebanyakan hadis tentang kelebihan bulan Rejab ni adalah hadis dhai’f dan ada juga hadis yang palsu.


Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti:-

Ø   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.
(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)
Ø   “Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.
(Hadis ini juga dhai’f)
Ø    “Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”.
(Hadis ini dha’if)
Dan ada banyak lagi hadis2 tentang kelebihan dalam bulan Rejab ni.Wallahualam la tentang kesemua kelebihan-kelebihan yang selalu diperkatakan tu, sama ada betul atau tidak Yaya xberani nak kongsi kat sini..korang boleh search sendiri dan pastikan hadis tu SAHIH tau.

Amalan dalam Bulan Rejab

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya. Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: 
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
      MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa.

Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain. Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya. Faham x ayat terakhir ni? =)

Bagi Yaya, xkira apapun, lakukanlah segala amal ibadah tu dengan hati yang ikhlas, sentiasa berdoa agar hati dan diri ni mudah mengingati dan menyebut (berzikir) nama Allah setiap masa dan ketika walau saat kita duduk, berdiri mahupun berbaring atau dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT dan tidak menjadi sia-sia.

Mari, kita sama-sama tambah amalan dan melatih diri dalam 2 bulan sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun ini. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan kita sempat untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan. Xsabar rasanya ni.

Pada yang belum ganti puasa yang lepas tu, cepat2 lah ganti ye..jangan sampai masa nanti akan menyusahkan orang lain untuk gantikan pula puasa kita tu.

Renung2kan & selamat berpuasa ^_^





Thursday, 9 May 2013

RENUNGAN : MALUMU BERHARGA

Assalammualaikum w.b.t.

Firman Allah SWT:
Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandagannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An-Nuur : 30 & 31)
Renung2kan ...
Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 7 May 2013

PENGHULU ISTIGHFAR

Assalammualaikum w.b.t.


PENGHULU ISTIGHFAR (SAYYIDUL ISTIGHFAR)


"Ya Allah! Engkaulah tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Engkau,
Engkaulah yang menciptakan ku, sementara aku adalah hamba Engkau,
dan aku setia dengan perjanjianku kepada engkau semampuku. Aku berlindung kepada Engkau
dari apa saja keburukan yang aku lakukan.
Aku mengakui kepada Engkau akan nikmat yang Engkau beri kepadaku
dan aku mengakui kepada Engkau akan dosaku,
maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau."
Beberapa pengajaran doa:

Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, no: 6306. Baginda bersabda: Penghulu (ketua segala) istighfar ialah anda berkata: “…(Sebagaimana doa istighfar di atas).” Baginda melanjutkan: 

“Sesiapa yang menyebutnya pada waktu pagi dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu petang, maka dia dari kalangan ahli syurga. Sesiapa yang menyebutnya pada waktu petang dengan yakin lalu mati sebelum masuk waktu waktu subuh (keesokan hari) maka dia dari kalangan ahli syurga.”


Doa ini dimulakan dengan pengiktirafan kepada Allah sebagai Tuhan yang Esa yang telah mencipta kita. Seterusnya ia mengingatkan kita terhadap janji kita kepada Allah, bahawa kita ialah hamba-Nya dan hanya beribadah kepada-Nya. Setelah pengiktirafan dan ingatan ini, kita memohon agar dosa kita diampunkan.
Doa ini dibaca sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang. Boleh juga dibaca selepas solat Subuh dan selepas solat Asar.
Sumber: Prof.Dr.Muhaya (FB)

Mari..! Sama2 kita mula amalkan..mudah2an Allah SWT menerima segala amal ibadah kita..aminn
Semoga dapat memberi manfaat.
Sekian,Wassalam =)

Monday, 6 May 2013

MESEJ DARI BOSS

Assalammualaikum w.b.t.
Tetibe excited sikit nak update..memula nak update semalam lagi tapi line internet plak problem..postpone ri ni la..huuu excited apa? eh, camana korang yang pergi mengundi semalam? ok?hehe apa yang ok..entahla. Sebenarnya Yaya xdaftar lagi..jadi xdapatla pergi mengundi..;p eeee bukan xnak la..lupa nak daftar..hoho (alasan semata ^o^)
En.GOOGLE pon nak buang undi..^,^

Korang undi sapa..?? Opss! Undi itu rahsia kan. Lagipun dah xpenting dah..keputusan pun dah keluar kan..ngeee =D xpayah tanya Yaya..korang smua pasti ada alasan tersendiri untuk mengundi pada orang yang korang undi tu kan..harapnya yang sudah terpilih tu semua boleh diharapkan. Xkira la siapa, parti mana pun, yang penting, jaga kebajikan rakyat, Islam tetap diutamakan jangan sesekali dibelakangkan..

Ehhh..Yaya bukan nak wat entri pasal undi ni semua..ishh..excited sebenarnya semalam petang dapat MESEJ DARI BOS...mesej apa?

"Tomorrow is Public Holiday. Please take note."

Serius tetibe rase excited..haha..;p terlebih plak Yaya ni kan.bukan pergi undi pon tapi kalau pasal cuti..amboiiii...no.1!! =D bertambah suka sebab teringat hari cuti tu hari ISNIN! u know..it's Monday!..wahh syiok nyer..masuk hari ni, hari ke-4 Yaya cuti..Jumaat lepas cuti sebab Yaya bwa my mom pergi hospital.. 

So, cuti hari ni..nak buat apa? huuuu xpayah keluarla..duk rehat kat rumah lagi baik kan..duit pun jimat..kat rumah banyak perkara boleh buat..selagi ada laptop, buku dan majalah! hehe Pada yang dok Selangor dan sewaktu dengannya yang telah mendapat cuti tu, hepi holiday yerr..heee manfaatkan masa yang ada walaupun cuti sehari jeee..ok! ^,^

p/s: boleh memperbanyak amal ibadah dengan masa yang ada. Alhamdulillah. Rumahku Syurgaku..=)

Sekian,Wassalam ^_^

Friday, 3 May 2013

GOLONGAN ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT - 9,10 & 11

Assalammualaikum w.b.t.

Orang Yang Membelanjakan Harta (Infaq)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq."
Dari segi istilahnya infaq bererti suatu pemberian berupa sumbangan wang atau harta yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan seperti zakat, sedekah, derma dan sebagainya. Harta milik seseorang itu tiada nilainya disisi Allah SWT kecuali setelah ianya dibelanjakan atau diinfaqkan ke arah yang diredhai-NYA. Jelas bahawa antara tujuan harta itu dikurnia oleh Allah SWT selain digunakan untuk keperluan sendiri, ianya juga bagi membantu golongan yang memerlukan, serta sebagai alat mencapai keredhaan-Nya.

Orang Yang Sedang Makan Sahur

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya sentiasa berdoa kepada orang yang makan sahur."
(HR Ahmad)
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Bersahurla kalian, kerana di dalam sahur terdapat barakah:
(HR al-Bukhari,Muslim,Ahmad,at-Tirmizi,an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Maksud bersahur iaitu makan dan minum ada waktu sahur dalam rangka mempersiapkan diri untuk berpuasa. Hadis di atas memerintahkan kepada kita untuk bersahur, kerana didalamnya terdapat keberkatan, sama ada berkat mengandungi manfaat duniawi mahupun ukhrawi.
Antara keberkatan sahur adalah memberikan kekuatan dalam mentaati Allah SWT pada waktu siang hari di bulan Ramadhan. Seseorng yang meninggalkan makan sahur sudah pasti akan merasa lapar dan haus ketika berpuasa. Sepanjang hari berpuasa akan menjadikannya berada dalam keadaan sukar dan dia menganggap puasa itu menjadi suatu bebanan, malah boleh menimbulkan rasa malas mendirikan solat fardhu, membaca al-Quran di samping terbeban dalam urusan pekerjaan.

Berbeza dengan orang yang makan sahur, bebanan dan tekanan tersebut kurang dirasai. Oleh itu, dia tidak akan merasa bosan untuk mengulangi puasa pada hari-hari berikutnya. Orang yang makan sahur juga mendapat keberkatan dari segi memperolehi pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah saw.


Orang Yang Melawat Orang Sakit
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang mendatangi saudaranya (yang sedang sakit) untuk menjenguknya maka dia seperti berjalan di taman syurga sampai dia duduk. Jika ia telah duduk maka dia akan diliputi rahmat. Apabila seseorang menjenguknya pada pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat kepadanya sampai petang hari. Apabila dia menjenguknya pada petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat kepadanya sampai pagi hari."
(HR Ibnu Majah)

Antara kurniaan yang akan diberikan kepada orang-orang yang menziarahi pesakit adalah:
* Mendapat sebuah taman di syurga. *
* Memperolehi rahmat Allah SWT.*
* Menerima (doa) selawat daripada 70 000 malaikat *

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(al-Hujurat, ayat 10)
Apabila seseorang menziarahi pesakit dengan penuh keikhlasan demi keredhaan Allah SWT akan dijauhkan daripada neraka. Sebagai hamba Allah SWT, tiada lain yang kita harapkan selain mendapat keredhaan Allah SWT dengan beroleh syurgaNYA dan berharap agar terlepas daripada azab neraka. Anas bin Malik menyebut bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap redha Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan 1 tahun)."
Jadi rajin2 kanlah diri tu untuk melawat sanak saudara kita yang kurang sihat tu..jangan bermalas-malasan ye..ingat, sentiasa berbuat sesuatu, amal ibadah dengan hati yang ikhlas..semua kerana Allah SWT..InsyaAllah..
Alhamdulillah..selesai sudah secara ringkas Yaya kongsi dengan pembaca semua dari golongan 1 sampai lah 11 ni..untuk pengetahuan, Yaya ambil info2 untuk dkongsi bersama ni melalui buku yang Yaya baca..
Kalau nak tahu lebih mendalam, kenala dapat kan buku mcam ni ye..banyak manfaatnya..selain dapat info dari internet. =) 

Jika ada salah silap,mohon diperbetulkan ye..Yaya share bukan mengikut pengetahuan Yaya sendiri,Yaya ni bukan penceramah mahupun Ustazah, sama juga dengan orang lain,yang sentiasa berusaha untuk mencari ilmu tentang agama Allah SWT..semoga dri dan orang lain juga dapat manfaatkannya ^_^

Salam Jumaat..
Sekian,Wassalam =)

Popular Posts