Saturday, 25 May 2013

CARA TURUN DAN NAIKKAN BERAT BADAN

Assalammualaikum w.b.t.

Dalam entri yang lepas, Yaya ada story macamana nak kira kalori kan..lama sangat nak tunggu sampai ada yang dah terlupa kan yang Yaya kata Yaya nak beritahu macamana nak turun atau nak naikkan badan..ngeee….kekurangan masa. Xsempat nak update..pada yang xbaa entri lepas yang Yaya maksudkan tu boleh klik SINI untuk refresh balik ‘kelas kalori’ kita ye..hehe kelas la sanggaatt.

*Boleh juga klik ENTRI NI *
*Lau xjaga makan cam ni la jadinyer..nakk????*

Actually Yaya bukan nak mengajar korang sebab Yaya bukan cikgu,xde bakat nak mengajar pun.. just untuk pengetahuan am je la ni ye sebab Yaya tau, ramai yang kata, XKESAHLAH MAKAN BANYAK PON ASALKAN BADAN SIHAT..kann..tapi sihat untuk masa yang pendek la..kalau masa yang panjang korang kenala fikir panjang jugak..kita memang xnak sakit TAPI pencegahan itu lebih baik dari mengubati. Ehhhh apa yang Yaya da melalut ni..ad00iii bosan plak..ok! NEXT! Straight to the point!

Simple je. Cuma 500 KALORI!  Apa yang 500 kalori? Lepas korang dah tahu keperluan kalori yang diperlukan setiap hari, dengan mengira berapa BMR dan DCR. Macamana kira?aip! kan Yaya dah suh baca kat SINI..wee..sampai ati xmo dengar cakap ea..

Ok..lepas dah tau,macamana kira yang 500 tu? Macam ni, kita akan ambil semula contoh lepas yang dah dikira iaitu Cik Siti Wan Kembang (yang mempunyai berat 58kg dan kiraan DCR beliau adalah 2,120.71kcal/hari), katakan Cik Siti nak turunkan berat, maka beliau perlu kurangkan 500 kalori dalam jumlah DCR beliau (2,120.71kcal). Jadi, 2,120.71 - 500 = 1,620.71 kcal /hari adalah kalori yang BOLEH diambil oleh Cik Siti untuk turunkan berat badan beliau. 

Begitu juga cara nya jika beliau nak naikkan berat badan, beza nya jumlah DCR Cik Siti tu (2,120.71 kcal/hari), ditambah (+) 500 pula..kiranya kena tambah(+) kalori la. Jadi 'total' jumlahnya menjadi 2,620.71 kcal/hari kalori yang boleh diambil oleh Cik Siti untuk menaikkan berat badannya.

Ok. So far, korang paham x macamana nak naik turunkan berat badan? Yaya story sikit je ni, berdasarkan pengalaman Yaya turunkan berat badan sendiri ye. Kira testimoni dari diri sendiri la..hehe Belajar pun dari internet je. Testi dari Yaya lepas amalkan TOLAK 500 dari kalori harian Yaya ni, dalam masa seminggu berat akan KURANG SETENGAH KG! Weee..^,^ xdela banyak tapi adala jugak berkurang, untuk pengetahuan Yaya ni xde bersenam, cuma 'bersenam' kat office je..huuu >,< lepas tu kalau Sabtu dan Ahad, Yaya akan keluar jenjalan kat shopping complex sensorang, xlama pon cuma 1-2 jam je..cuci mate..hehe ;p Sekarang dah kurang 5kg dalam masa 5 bulan..1 bulan 1kg je kurang? agak lambat kan..kenapa lambat? errr Yaya rase sebabnya berat Yaya sekarang da sangat TERkurang sangat..huuu (nak kene tambah berat badan pula..;p)

Owh ye,lupa nak beritahu korang, mungkin ada sesetengah orang bila makan banyak pon badan xnaik2, dan ada juga makan sikit je tapi berat cepat betul naik,kan kan..ok,kalau macam ni,semua nya bergantung jenis dalaman badan korang juga la,ada hubung kaitnya dengan genetik dan keturunan keluarga yang xboleh nak diubah, apakata korang yang ada masalah ni dapatkan khidmat nasihat dari yang lebih pakar..mungkin mereka boleh membantu ye. (Jangan tanya Yaya, Yaya bukan pakar..hoho ^o^)

Untuk pemahaman lebih lanjut tentang KALORI ni, lebih mendalam la senang citer, korang boleh terjah 2 BLOG UTAMA yang Yaya selalu jadikan rujukan dalam menurunkan berat badan dan jaga diet pemakanan Yaya iaitu:

&

Untuk entri yang akan datang tentang KALORI ni (lagi..??? ^,^) Yaya akan share kat korang jumlah kalori yang ada pada makanan pula..ye.Supaya senang korang nak mengira berapa kalori yang dah keluar masuk dalam badan tu dan sekaligus mengambil makanan yang lebih sihat untuk badan.Ok, Thanks sudi SINGGAH & BACA entri Yaya ni..moga bermanfaat ye dan jadi lebih sihat untuk kehidupan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah bagi anak Adam beberapa suap untuk menegakkan tulang punggungnya

Sekian,Wassalam. =)

12 comments:

  1. Salam.

    Kevin Zahri.. blog yang patut ada dalam senarai tambah ilmu. Banyak sangat ilmu kat situ.. :)

    Lana rasa, asasnya, kita kena kenal dulu badan kita ni mcmna. Mcm yaya sebut, ada org mkn bnyk mana pun, badan maintain je. Dah tau kita kategori mana, pilih plak cara yg sesuai untuk diri kita..betul ke yaya?hehe :)

    ReplyDelete
  2. yang penting adalah untuk memastikan kesihatan sentiasa dipelihara, tak kira kurus mahupun gemuk :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing yaya...
    nk naekkn berat bdan..
    tp x naek2..

    ReplyDelete
  4. salam cik yaya..
    anna jenis cepat naik dan cepat turun.. huhuhuhuhu.. bila naik anna rasa marah tapi bila turun anna rasa nak lompat3.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      eh sama dgn yaya..hehe cepat naik n cept turun..
      tu yg tkot nak mam bnyk ni..sbb bdn jenis senang nek.. ;p

      Delete
  5. Saya la tu..makan banyak tapi lambat naik... hihihihi....tapi tingin jugak nak tengok jarum timbang tu tunjuk angka 45 atau 48...baru idle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...
      untngla bdn ssh naik berat ni..xrisau bdn berisi..ngeee

      Delete
  6. kalau sy, sy amalkn senaman kmpiskn perut je haha --' . bekesan. tp kne wt at least smingu skli. n tk brani buat hri2 tkut kua six packs. haha

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016