ANTARA BULAN YANG DINANTI


Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.

Lepas Maghrib hari ni kita sudah masuk ke bulan baru bagi yang beragama Islam lah kan..bulan apa? Aishh..biaq betoi xtau niii..Yaya pon dah lama tunggu kedatangan bulan ni..iaitu BULAN REJAB.. 
Alhamdulillah! Eh, Yaya tunggu sebab apa ye? Hehe sebab bila sudah masuk bulan Rejab ni bermakna bulan Ramadhan semakin tiba, dekat sangat dah. Rindu rasanya nak sambut bulan Ramadhan. Time sebelum subuh, semua orang bangun untuk sahur, kemudian bila time berbuka, ada bazaar dan lagi besh bila nak solat terawih..umm ^_^ suke sangat..semoga kita semua sempat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan tu ye. =)


Yaya sebenarnya nak share serba sedikit tentang Bulan Rejab yang akan masuk lepas Maghrib ni nanti..Bulan Rejab ni adalah bulan ketujuh (7) dalam calendar Islam. Rejab bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini salah satu bulan yang dihormati dan pintu Ka’bah dibuka. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya.

Baca doa selepas solat Maghrib

Rejab juga merupakan satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan dilarang berperang. Ia dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard bermaksud keseorangan atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab terasing di tengah-tengah.

Kelebihan Bulan Rejab

Perselisihan Pendapat Mengenai Hadis-Hadis Berkaitan Kelebihan Bulan Rejab

Sebelum ni Yaya pon banyak dengar tentang kelebihan2 dalam bulan Rejab ni tapi bila disiasat (ewahh..mcm spy..;p) betul-betul, rupanya kebanyakan hadis tentang kelebihan bulan Rejab ni adalah hadis dhai’f dan ada juga hadis yang palsu.


Ulama berselisih pendapat sama ada hadis-hadis ini boleh diterima untuk diamalkan atau ditolak berdasarkan penilaian hadis-hadis yang diklasifikasikan sebagai dha’if, sangat dha’if dan maudhu’ (palsu). Sebahagian ulama dan para pendakwah masa kini mengambil sikap berhati-hati dan sebahagiannya menolak hadis-hadis ini dan melarangnya disampaikan kepada masyarakat. Di antara contoh hadis-hadis mengenai bulan Rejab yang adalah seperti:-

Ø   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.
(Hadis ini dikatakan mun’kar bahkan dianggap maudhu’ dan tiada padanya nilai ilmiah yang boleh dipertanggungjawabkan)
Ø   “Dalam syurga ada sebuah sungai bernama Rejab, airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. sesiapa berpuasa dalam bulan Rejab, nescaya diberi minum air sungai itu”.
(Hadis ini juga dhai’f)
Ø    “Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Rejab, sama seperti ia berpuasa sebulan. Sesiapa berpuasa 7 hari nescaya ditutup daripadanya 7 pintu neraka Jahannam. Sesiapa berpuasa 8 hari, nescaya dibuka 8 pintu syurga”.
(Hadis ini dha’if)
Dan ada banyak lagi hadis2 tentang kelebihan dalam bulan Rejab ni.Wallahualam la tentang kesemua kelebihan-kelebihan yang selalu diperkatakan tu, sama ada betul atau tidak Yaya xberani nak kongsi kat sini..korang boleh search sendiri dan pastikan hadis tu SAHIH tau.

Amalan dalam Bulan Rejab

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya. Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: 
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
      MALAM 27 REJAB

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa.

Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain. Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada hari Isnin, Khamis  dan Jumaat. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya. Faham x ayat terakhir ni? =)

Bagi Yaya, xkira apapun, lakukanlah segala amal ibadah tu dengan hati yang ikhlas, sentiasa berdoa agar hati dan diri ni mudah mengingati dan menyebut (berzikir) nama Allah setiap masa dan ketika walau saat kita duduk, berdiri mahupun berbaring atau dalam setiap apa jua perkara yang kita lakukan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT dan tidak menjadi sia-sia.

Mari, kita sama-sama tambah amalan dan melatih diri dalam 2 bulan sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun ini. Semoga Allah memanjangkan umur kita dan kita sempat untuk menjalani ibadah puasa Ramadhan. Xsabar rasanya ni.

Pada yang belum ganti puasa yang lepas tu, cepat2 lah ganti ye..jangan sampai masa nanti akan menyusahkan orang lain untuk gantikan pula puasa kita tu.

Renung2kan & selamat berpuasa ^_^





Post a Comment

22 Comments

  1. salam cik yaya..
    puasa yang belum diganti 2 hari je ni..
    insyaallah, akan diganti secepat mgkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...
      ha gnti cpt tau wlau 2hari je lg..heee =D

      Delete
  2. salam yaya..

    1 rejab jom posa..

    ReplyDelete
  3. byk info baru ni.. thnks! =)

    ReplyDelete
  4. puasa ke esok yaya? singgah sini sambil $$

    ReplyDelete
  5. Kejap je kan yaya masa berlalu.

    Seelok2nya, kita tak tunggu bulan2 tertentu untuk berbuat amal.. amalan kena berterusan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg btul..yaya pon biasakan dah dgn pose ari Isnin dgn Khamis.=)
      cuma sebab bulan Rejab,Syaaban kan antra buln terbaik sebelum nak ke bulan Ramadhan =)

      Delete
  6. nice sharing.. selamat beramal, yaya ^^

    ReplyDelete
  7. kite tunggu bulan ramadhan :P

    ReplyDelete
  8. bulan rejab kini menjelma lagi...marilah kita banyakkan berzikir...

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang sangat menarik ni yaya...cepat je rasanya masa berlalu :)

    ReplyDelete
  10. mana satu blog yaya ni.adoi.byaknya blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..? bnyak..?
      1 je p0nn..
      tgok blog sape tuu..huhu

      Delete
  11. selamat beribadah di bulan Rejab nie yaya..:)

    ReplyDelete