Wednesday, 31 October 2012

Sunday, 28 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SEHITAM GELAP MALAM

Asslammualaikum w.b.t.
Hitam itu menawan..tapi hitam malam yang gelap tanpa cahaya macam ni memang menakutkanku..ngeee >,<

Ahad – Hitam

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh. =)
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.
Warna hitam jugak kalau dipakai,boleh masuk dengan semua warna..kan..Warna putih pun macam tu jugk.^_^ Yaya suka jugak warna hitam..tapi kalau pakai semua hitam pun xbleh jugak..dibuatnya panas terik kat luar tu,xke haru jadinya menahan panas nanti..??hehe

Saturday, 27 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SEMERAH BIJI SAGA

Assalammualaikum w.b.t.
Amboi..merahnya mak ngah...eh biji saga..huhu..

Sabtu – Merah

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (NW19), Darah dan Otot (NW18) atau Tulang dan Saraf (NW20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Yaya kat umah xbnyk baju wrna merah..huuu..xpe..pasni nak beli bnyk sikit baju clourful..semua warna ada..ngeee...Pagi ni xsempat nak taip bnyk2..rushing..nk g kedah plak..uma akak..hehe..nti Yaya update sikit lagi..=)
              (27.10.12)
merah+hitam... ^_^ 

Friday, 26 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SEHIJAU DAUN

Assalammualaikum w.b.t.
Hmm..nyaman nyer rase tengok warna hijau..di hari Jumaat ni.perasan x? 
^_^
Jumaat – Hijau

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Pada Yaya hijau memang sesuai dengan hari Jumaat sebab ia melambangkan nyaman+segar, sesuai dengan hari terakhir bekerja/sekolah. Hari Jumaat akan rasa lebih relaks bila memakai sesuatu yang hijau..xcaya? cube pakai. ^_^ macam Yaya selalu amalkan =D
*senyum kambing...yg bakal disembelih..huuuuu*
Gambar:Google
Sempena Hari AidilAdha yang jatuh pada hari ini, Jumaat 26hb Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrh ni, Yaya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA/HARI RAYA HAJI/KORBAN bagi seluruh umat Islam didunia terutama blogger2 yang tengah baca entri ni..hehe..semoga segala dosa2 kita yang lalu diampunkan oleh Allah dan amalan2 kita diterima..amin. =)

*26.10.12*
7 HARI 7 WARNA:
Jumaat - Hijau

Sekian, Wassalam =)

Thursday, 25 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SPONGEBOB!!

Assalammualaikum w.b.t.
Woww..sooo kuning nyer ri ni..hehe..nape Yaya tetibe letak 'SPAN KUNING' nih..??haha..xde apalah..sebabnya..kan hari ni hari Khamis..dan hari Khamis sesuai dengan warna Kuning/emas/coklat..^o^

Khamis – Kuning/Oren/Coklat

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Owhh… @o@ (baru tau)

Tapi Yaya xbanyak baju warna kuning atau oren, sebab xsesuai dengan kulit Yaya yg golap ni..haha..tapi Yaya tukar dengan warna coklat atau warna kuning keemasan..^_^

Budak comot+selekeh+nerd time keje...ish3.. =_=" 
(perasan x saya senyum lebar..?huuu nth kenapa..bkn comel p0n)

7 HARI 7 WARNA:
Khamis - Kuning

Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 24 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY: NEW BORN BABY CAKE

Assalammualaikum w.b.t.

aummmmm!! ^o^

7 HARI 7 WARNA: SEBIRU LANGIT DUNIA

Assalammualaikum w.b.t.

Menuru kajian, warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

 Kadang2 suke jugak warna biru ni..lau ada aksesori dier mcm kat atas ni..perghh..balun habis pakai..hehehe aummm! mengancam! ^o^

Dah menjadi kebiasaan Yaya jugak,mmg hari rabu ni hari BIRU..eheheh or BLUEDAYS..xcaye? cer tengok entri Yaya yang sebelum ni..kat SINI, SINI jugak ada lagi kat SINI dan paling suka pic Yaya yang BLUE kat SINI ..hehe ada banyak ok.. ;p 
'Masuk' ke x warna pink dengan biru? Mata Yaya tengok ok je..tapi ade yang kate xok..hoho
*gabungan selasa n rabu*

7 Hari 7 Warna:
Rabu - Biru

Sekian,Wassalam =)

Tuesday, 23 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SEHARUM MERAH JAMBU (PINK)

Assalammualaikum w.b.t.


Selasa – Merah Jambu(Pink)/Ungu(purple)

Merah jambu atau lebih femes orang selalu speaking english is PINK..memang amat serasi dengan kaum hawa yang menunjukkan LEMBUT+PENYAYANG+WANGI..hehe tapi xsemestinya kaum hawa je selalu pakai pink..kaum Adam pon rmai jugak suka pink kan kan..eleleeleh xyah tipu r..tapi kena tengok warna pink camane jugak dorang pakai, kadang bila tgok lelaki pakai pink memang nampak hensem+macho (ker?) dan kadang tu nampak mcam xkena dan ada jugak macam ada yang xkena (lelaki lembut..huhu) 

Tengok..smart gak per lelaki pakai pink..^,^

Menurut kajian, warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Yang ni pun macam Yaya sendiri, kadang-kadang kalau xpakai warna pink,pakai purple..dan xsemestinya baju kene pink/purple, Yaya suka main dengan kaler, kalau baju dah pink, tudung kadang purple,or hitam,dan yang bersesuaian la..Untuk pengetahuan, Yaya amat giler dengan purple colour. Sangatt teruja if nampk something like cloth or accessories or even kasut pun yang warna purple! Grrrr gram je kalau ternampak tapi xdapat nak beli/pakai.huuuu
Oh meeee..soo in luv wif that purple shoes..urgghh >,<

Yaya selalu pakai PINK jugak..perasan tak?? hahahahah ;p

Sekian,Wassalam =)

Monday, 22 October 2012

7 HARI 7 WARNA: SEKUNTUM MAWAR PUTIH

Assalammualaikum w.b.t.

Tahu tak warna pun ada main peranan tersendiri pada tiap2 hari kita ni? Ye. taw xpe..semuanya berkaitan dengan psikologi diri kita. Tiap benda diskeliling kita ada peranan tersendiri termasuk WARNA..ianya boleh beri kesakitan dan juga boleh memberi kesembuhan. =)

Kali ni, Yaya nak share some info yang some people memang dah tau, dan some people jgk mungkin ade yang xtahu. Tapi Yaya xnak share sekali gus semua maksud 7 WARNA tu..Yaya akan buat entri 1 colour per day..hehe..saja kannn ;p Lagipun ayat dia panjang sket. Yaya taw xsmua orang suka baca entri panjang2 ni, sebab tu Yaya wat entri 1 colour per day ^_^


Ni Yaya punye shawl..mengikut warna hari..hohoho..tapi kadang xjugak..ikut baju sometimes. ^_^

Isnin - Putih

Menurut kajian, warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.
Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Menurut Yaya pula, warna putih itu melambangkan bersih+suci, memang sesuai dengan hari Isnin untuk memulakan hari. 
Tapi tak semestinya baju warna putih, selain tu, pakai aksesori ke, kasut ke, tudung je ke or seluar pun boleh asalkan hari Isnin tu pakai yang ada warna putih. Sedang orang tengah bermalas-malasan untuk kerja, Nampak orang pakai baju atau aksesori warna putih, boleh merangsang otak. Untuk hari Isnin je la.heeee =D ßni pendapat Yaya ok.
          22/10/12
Macam Yaya hari ni...pakai baju warna putih.. ^,^ (simple je g keje kan hoho.)

Untuk hari Selasa..Yaya akan update esok.! Tengok Yaya pakai apa plak..heeeee ;p

Sekian,Wassalam =)

Saturday, 20 October 2012

SAYA SUKA DRESS! 1ST GIVEAWAY

Assalammualaikum w.b.t.

Sapa suka DRESS????(untuk yang girl la ye) sila angkat tangan anda...????ahahah ok2..turun2..xnampak pun...eheheh..xpyh cakap pe..saje je test..^o^ Hari ni saja join 1st GA dari sorang blogger ni..kenapa join?errr..sebab...sebab...Yaya suka dress laaa..jgn r tnye..(helloo..xde orng tnye ko pon ok..cakap sorang2 err =_=") yang xsuke dress pon xpe..ble join jgk..hoho

Nak join x? Klik je kat banner atas ni ok..^_^

Tag 3 blogger:
* Cik AS*

Ok..so far tu je..hehe.. Lau ade yang berminat nak tgok@beli dress especially PEPLUM yg tgh 'hot' skrng ni, bleh la usha blog Cik Nurul ni ye.. =)

Sekian,Wassalam..=)

Wednesday, 10 October 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Assalammualaikum w.b.t.

kucing pisang..ehh pisang kucing...?? ^0^

-Sumber:FB-

Sunday, 7 October 2012

KURUS : CANTIK ATAU SAKIT?

Assalammualaikum w.b.t

Terdengar tajuk utama Saffiya kat TV9 hari ni membuatkan Yaya terpanggil untuk membuat entri ni..ecececehhh...haha..terpanggil la sangat..padahal terkena batang idung sendiri..atau dalam perkataan yang paling pendek 'TERASA'..hehe..
Try cari kat google anything yang berkenaan dengan tajuk entri Yaya ni tapi cam xbest je..so decide wat sendiri berdasarkan pengalaman sendiri..wuuu

Kalau nak tau la, xnak tau pon xpe..amik tau jugak..sape suh bace ;p Yaya memang ada pengalaman berbadan agak debab/berisi/muncit deduluuuu...xcaye? tanya je member sekolah Yaya dulu..dorang akan kate btul! macam la korang kenal member Yaya dulu kan haha *abaikan*
Bayangkan la mase darjah 4 ke 5 ntah, berat badan dah 40kg..amboi..memang agak besarla angka 4 tu untuk budak umo 10 or 11 kan..wuuu..memang la x obes lagi tapi badan tu memang mantopp r..heeee Dan berbadan agak berisi sampai Yaya sekolah menengah..form 3..pas dari form 3 tu mula sedor diri..patut kurangkan berat badan yang semakin naik ni..then, kurangla perlahan-lhan..amaaatt perlahannnn...haha sebab? xtawla..godaan yang terlalu kuat k0wtt..ditambah dengan wajah yang kurang berseri ni dengan bdan terlebih isi, rasa cam kurang semangat la..kawan2 pon mulut xbleh bla, asyik perli je kan..dahla Yaya ni budak 'baik' kat sekolah dulu..ngehngehngeh =D

Habis je sekolah, start keje kejap, mula badan susut sikit..kuat bekerja la katakan..haha..tu keje sementara, then sambung blaja kat kolej, bdan nek balik..tapi xnmpk berisi sgt la..boleh2 je..la..orang xde kate gemuk pon..dari 60 series ke 50 series..wahh ade series plak.!

Produk apa guna? jangan cakap la..macam2 kot..semua dah..tapi efect dia sikit je..last sekali terbaca kat majalah cara nak kurangkan berat badan, minum air limau nipis tnpa gula. Yang perah air dia + dengan air suam pastu minum macam tu je..perghh..terbaik..memang abis r pwot gua kan..terhakis dengan begitu baikkk..huhu jangan amalkan ok..actually ianya ok kalau korang makan nasi tapi Yaya jarang makan nasi tapi lepas tu dgn pewot yang kurang isi, minum plak air limau nipis mmg terbaik la..smpai penah sakit pwot terguling2 dibuatnya..nak wat cane, OBSES with it..nak kurus!
Eh panjang plak citer Yaya ni..bleh wat karangan..cume bahasa je kurang baik..huhu..ok nak diringkaskan, sampai sekarang Yaya memang OBSES untuk kurus. Sampai macam gmbr kartun kat ats ni..tgok dengan mata sendiri badan bnyk lemak tapi kt mata orang lain da kurus sangat..huu..tapi kenapa nak kurus? Sebab apa? erm mungkin ramai yang kate nak kurus sebab nak cantik, xnak bf lari la apa la..tapi bukan bagi Yaya..sebab Yaya memang rasa xselesa kalau badan banyak lemak..huhu..rasa cam xbersemangat. Maybe fobia dah masa bdn Yaya berisi dulu kot..
*Dengan tinggi Yaya,actually BMI yang normal adalah dengan berat 48..dan, kalau Yaya nak berat 45, tu dah kira UNDERweight???!! ohohoho*

Walau pun berat sekarang adalah berat paling ideal bagi ORANG LAIN..bukan bagi Yaya..tahun 2011 berat 50series..tahun 2012 Alhamdulillah da turun ke 40 series..eleh nak series sangat..47 actually..tapi kenapa Yaya nak turun lagi..? Berat badan yang Yaya idam it's 45kg! heeee..lagi bape je nak turun kan..*sukenyer*

For people out there, Yaya nak bagi nasihat je, nak kurus tu berpada2 lah..kene ikut cara makan yang betul. Ikut kata penasihat makanan. Mana nak jumpa penasihat makanan? Alaaa..majalah bnyk kaann..lau bnyk uet sikit g je pusat pelangsingan badan kat luar yang boleh dipercayai..Yaya pon dah pergi..tu yang tolong Yaya tolong turun kg sikit tu..cer rewind balik tengok entri Yaya yang INI.

Jaga kesihatan. Jangan terlalu OBSES macam Yaya ni..bahaya..serius..sampai kalau 1 masa tu Yaya TERmakan banyak, Yaya akan rasa menyesal teramat sangat..huhu..sedih..then esoknye langsung kurang makan..hehe tapi ni hanya perut badan yang kuat je bleh tahan cara pemakanan yang Yaya selalu amalkan ni..macamana?
1. Yaya selalu ambil sarapan. 
Contoh makanan: roti/biskut oat/bijirin + air milo/horlicks
2. Yaya jarang ambil makan tengahari.
Kalau xtahan makan buah atau roti/biskut. Minum air kosong banyak.
3. Makan malam sebelum kul 7. Kalau time puasa sebelum pukul 8 kne habis makan.hehe
4. Makan nasi 1x seminggu je. =)
5. Sauna 2/3 kali dalam seminggu.
Kalau Yaya puasa, xwat sauna.
6. Kurangkan makan berminyak/goreng/makanan segera.
7. Banyakkan jugak makan sayur & buah!
8. Minum minuman yang mengenyangkan.
Contoh: Air milo, horlicks fibre, nestum, Air yougrt Bliss-Nestle.. ^,^
Yang baik untuk penghadaman perut la senang kata.
9. Minum air selepas habis makan..dan minum air jgk sebelum makan tu supaya xde la lapa sgt nanti ^_^
*07/10/12*
Itu je..wat masa ni..anything Yaya akan update lagi. 
Sekian,Wassalam.. =)

IMPIAN MAMPU - ABG STALKER

Assalammualaikum w.b.t.

Ini adalah contest ke-4 'Impian Mampu' dari Abg Stalker ni..yang bermotif amal sambil menang..kenapa motif amal pla? Sebab setiap 1 PENYEERTAAN dikira RM1 (dari abg stlker) dan jumlah yang terkumpul tu akan didermakan pada anak-anak yatim dan miskin. InsyaAllah abg stalker, yaya doakan agar semua dipermudahkan dan abg dapat beri apa yang termampu ok! 

Pada yang nak serta sekali ni, jom join Yaya. Juz KLIK banner kat bawah ni untuk taw syarat2 nak join..xsush sgt pon....wuuuuuhuuu..mmg hensem abg stalker ni..haha

(banner)

Impian Yaya....emm..ni betul2 yang Serius ke abg stalker...hehe..ok2 Yaya wat paling ringkas..
Impian saya adalah agar dapat berjaya di dunia, kumpul harta untuk bagi kesenangan kat parents dan berjaya di akhirat kelak dengan banyakkan kumpul amaln selagi nyawa masih dikandung badan... =>

Yaya xtaw nak tag sapa..yaya tag gadis cumil di bawah ye..heee..
- SYA
- IFA

Sekian,Wassalam =)

Wednesday, 3 October 2012

Popular Posts