Sunday, 26 November 2017

KANGAROO TIRUAN???

Assalammualaikum w.b.t

Whut?? Kangaroo pun ada yang fake ke?? OH MY.....!! Eh jap jap...sabar..sabar..saja ja tajuk entri tu...ni takda kena mengena dengan haiwan dari Australia tu..hehe Tapi berkaitan dengan tudung bawal yang berjenama KANGAROO.

Seblum ni pernah up dekat insta Yaya pasal Yaya susah nak cari tudung bawal jenama KANGAROO tu sekarang. Dulu banyak jumpa kat kedai-kedai, sekarang, ada pula tuan kedai yang tak tahu tudung bawal KANGAROO tu macammana...haihhh..susahlah macam ni kan


Minggu lepas ada pergi kedai, cari tudung bawal KANGAROO, takda lagi, Tapi tuan kedai tau lah tudung tu macamana..haha dia kata tudung tu mahai, sebab tu takda nak amik. Dia ada jual tudung bawal RANIA je. Yaya tengok tengok tu..em..terdesak sikit nak cari tudung bawal ni, amik je la dalam 2 helai..1 helai tu RM7 ja..boleh la dari takda..huhu

Hari ni (26 Nov 2017), Yaya pegi try cari kat GM Klang pula. Mesti ada. Nak cari bawal KANGAROO dengan shawl KEKNIS. Alhamdulillah shawl KEKNIS memang la senang dapat. Bawal KANGAROO tuu..hm.Dapat. Ada jual, tapi.....FAKE la pulok.. >,<

KANGARO?? =_= 
hmm..

Boleh tengok macam dalam gambar ni. Sempat Yaya snap kat kedai tu..heeee tengok ejaan dia pun tau dah.. KANGARO...?? haha ades..tapi Yaya terbeli. Tak perasan pula masa amik tu tengok nama KANGAROO je terus amik, tak tengok ejaan dia, tudung tu camana, ORI ke FAKE..

Selain dari ejaan, apa lagi boleh tau kalau tudung jenama tu FAKE atau ORI ye..? boleh tengok pic bawah ni..sempat Yaya p GOOGLE..haha
ORI

Perhatikan EKOR KANGAROO tersebut..

Dan juga ORI ada logo 'R' diatas..

Ada lagi beberapa cara nak tengok kat tudung tu..korng google je la macamana cara tu ye..Yaya nak terang kat sini panjang lebar pula kang...Tapi masa tengahdok google tu terjumpa satu laman web ni..dan ianya memang TRUSTED SELLER dalam menjual tudung jenama KANGAROO ni..bila Yaya tengok harga dia, takda lah mahal pun untk bawal plain KANGAROO ni. RM9.00 je tau. Dapat juga la p 'sambar' 3 helai sekali..huhu..lambat sikit takpa dari beli yang FAKE, takda kualiti, cepat rosak, watpe kan..better beli ORI ..kalau korang pun tengah cari bawal yang best ni, boleh pergi laman web ni

Ok. Tu je nak share..Ada juga la story Yaya hari ni kan..haha..moga ada manfaat nya ye. Lebih lebih lagi untuk korang yang tengah cari tudung tudung lain yang korang suka (kot). Just sharing some infomation. ^_^

Sekian Wassaalm =)

Friday, 24 November 2017

PETUNJUK SOLAT ISTIKHARAH

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat.

Sekadar perkongsian disini..jom sama-sama tambah ilmu pengetahuan. Selamat membaca =)

5 Ganguan Syaitan Semasa Solat

Soalan : Ustaz. adakah lepas solat istikarah, kita akan nampak petunjuk dalam mimpi? Bukankah mimpi itu mainan tidur. Selain dari mimpi, adakah petunjuk lain? Minta pencerahan dari ustaz. Terima kasih..

Jawapan :

Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada 3 keadaan. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; “Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi.”

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi di aniayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Alamat atau tanda daripada Allah SWT apabila kita melakukan solat istikaharah bukan saja petunjuk itu datang di dalam mimpi saja tetapi ianya juga datang daripada berbagai cara. Berkemungkinan perasaan dan hati kita lebih condong kepada salah satu yang kita sedang buat pilihan. Mungkin kebaikan salah satu pilihan kita menonjol dan dapat kita melihat kebaikannya, atau keburukkannya juga terserlah hingga kita tak minat pada yang satu. Berkemugkinan juga kedua-duanya tak baik untuk kita diberinya pula pilihan ke tiga dan ianya lebih baik dan sesuai.

Bagaimana Allah SWT menjawab permohonan ini?


Al-Quran menunjukkan bahawa Allah SWT akan memberi ilham kepada peminta itu, sama ada baik atau buruk, seperti dalam Surah al-Syams ayat 7-8, bermaksud: 

“Demi jiwa manusia dan yang menyempurnakannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwanya tentang buruk dan baiknya.”

Ilham adalah pemberitahuan Allah kepada manusia biasa. Ia akan datang pada bila-bila masa sahaja. Ada juga hadis yang menyebutkan alamat itu datang melalui mimpi.

Hendaklah mengerjakan solat istikharah 7 kali berturut. Panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadis yang maksudnya : 

“Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada Tuhanmu sebanyak 7 kali 
kemudian perhatilah petanda atau perasaan yang datang terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu”
(Hadis Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua (atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani.

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadis Nabi SAW .maksudnya : 

“ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya”
(Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi)

Oleh itu jadikanlah solat dua rakaat itu sebagai amalan yang berterusan di dalam apa saja urusan. Kerana Nabi SAW dan sahabat-sahabat apabila menghadapi apa juga masaalah kehidupan atau sesuatu kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara mereka akan solat dua rekaat. Salah satu solat sunat yang tidak ditinggalkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah solat istikharah. Wallahu a’lam.

(Nota: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.)


Semoga bermanfaat. Wassalam... =)

Friday, 17 November 2017

IBRAH AL-KAHFI: JAGA MAKAN & SUMBERNYA

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat...

Allah menceritakan saat jaganya Ashabul Kahfi dari tidur yang lama, mereka lapar lalu mencari makanan. Lantas diletakkan syarat makanan yang layak masuk ke dalam perut mereka mestilah makanan yang paling baik:

فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ 
"Maka perhatikan makanan yang paling suci, lalu bawalah ia sebagai rezeki"
(al-Kahfi 19)

Ashabul Kahfi adalah contoh remaja yang berjati diri memelihara iman. Faktor pemakanan amat mempengaruhi kesucian jiwa mereka. Antara tafsiran para ulama, makanan yang paling suci dimaksudkan sebagai:

• Yang paling halal.
• Yang paling berkat.

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. 
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" 
( Surah al-A'raf:31)


Puasa sebenarnya dapat menghindarkan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Nabi s.a.w  telah menyebutkan:

 "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" 
( Hadis riwayat muslim)

Menurut  ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila seseorang itu makan sehingga terlalu kenyang, otak  akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Allah berfirman,

"Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan 
janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, 
kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu." 
( Surah al-Baqarah: 168)

Rosaknya jiwa kerana tidak menjaga makan. Sumber yang tidak jelas, bahkan haram sekalipun dibaham juga. Asalkan perut terisi kenyang. Akhirnya menggelapkan hati dan menggagalkan kita mengenali mana yang hak dan mana yang batil. Na'uzubillah min zaliq. Moa dijauhkan.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: 

“Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” 
(Riwayat Abu Hurairah)

Sama-samalah kita menjaga kesihatan ye.
Semoga bermanfaat. Sekian,Wassalam.. =)

MOVIE REVIEW : JUSTICE LEAGUE

Assalammualaikum w.b.t


Kali ni nak review MOVIE : JUSTICE LEAGUE pula. Dah selamat tengok hari Rabu lepas..hehe. Pantang movie best keluar kan Yaya ni, terus p tengok, tak kira esok nya keje or tak..hehe. Mestilah. Kalau boleh nak jadi antara yang terawal tengok.. =p

Ok. Just quick review dari Yaya mengenai Movie ni. Bagi Yaya, expectation sebelum tengok movie ni is of course expect banyak action..coz tak nak la jadi macam cerita Movie marvel yang lepas tu..lawak terlebih...huhu. Kali ni tengok, ok juga la.Not bad. Yaya takdak pun baca komik dia. Tau pun berdasarkan movie-movie yang ditayangkan sebelum ni. Macam Batman, Superman dengan Wonder Woman da biasa tengok la. So tau apa keupayaan mereka. Macam lagi 3 superhero tu, The Flash, Aquaman & Cyborg memang tak pernah tau lagi, jadi agak excited tengok..hehe

Movie bermula dengan kematian Superman. Bila dah mati, dunia memang terasa sangat, kejahatan semakin berleluasa dan semakin teruk bila muncul pula kejahatan dari makhluk planet lain. Disebabkan perkara tu, Batman mula mengatur rancangan. Bagi mengumpulkan beberapa Superhero yang ada bagi mempertahankan bumi ni (fuh, ayat cerita bukan main ni...haha =p). Setiap orang Superhero punya cerita yang berbeza sebelum mereka bergabung menjadi satu kumpulan. Tapi walau bagaimanapun, tetap sukar tanpa Superman.


So, rasanya dorang berjaya atau tak menewaskan penjahat dari dunia luar tu atau tidak, korang kenalah pergi menonton..untuk Yaya, boleh la bagi rating dalam 8/10 gituu..best tapi taklah terlalu best. Cerita yang masih ada pengajaran yang tersendiri, seperti hubungan persahabatan, keluarga, cinta, kerjaya masih diselitkan dalam movie ni. It's a good things. Kanak-kanak masih boleh tengok tapi of course perlu bersama parents, ye. Pendek kata, tiket yang dibeli, berbaloi la (tapi tengok juga la korang beli tiket jenis apa...haha. Kalau setakat seat biasa standard, preferred ok la. Yang memahai tu, ummm not sure sure berbaloi or tak..haha..

Ok..Hope dapat membantu bagi korang yang masih ada rasa was-was nak pergi menonton or tak, ye..hehe..
Sekian, Wassalam..=)

Friday, 10 November 2017

SEBUTIR NASI YANG JATUH

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat...

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.



“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.
“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”* Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.




“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang. Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabbur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu itu kita makan sendirian. 
“Lana” itu maknanya untuk semuanya: *Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim.” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Semoga bacaan ini ada manfaat buat kita semua. Amin. InsyaAllah.
Sekian,Wassalam =)

Sunday, 5 November 2017

PRODUCT REVIEW : HANNIS GREEN COFFEE

Assalamualaikum wbt.


Hannis Green Coffee ialah merupakan kopi raja segala pelangsing yang membantu anda menurunkan berat badan. Dengan Hannis Green Coffee, perut akan rasa kenyang dalam masa 12 jam tanpa rasa lapar.


Hannis Green Coffee mampu mengurangkan perut buncit serta memberikan bentuk badan yang lebih langsing dan menarik. Selain menurunkan berat badan, ia juga merupakan minuman kopi hijau yang sangat sesuai untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit seluruh badan.

Hannis Green Coffee Baik untuk penghadaman dan cara paling senang untuk menggebukan kulit. Selain gebu , ia berkesan memudarkan parut dan kesan strechmark pada badan. Gabungan Organic Green Coffee,Chia Seed, Susu Kambing & Habbatus sauda dapat menambahkan tenaga & perut akan kekal kenyang sepanjang hari.


FUNGSI & KELEBIHAN HANNIS GREEN COFFEE :
✔ Menstabilkan tekanan darah
✔ Membakar lemak berlebihan dengan cepat
✔ Memberi kesan dengan berpeluh
✔ Meningkatkan metabolisma tubuh
✔ Badan lebih segar, cergas bertenaga
✔ Mengenyangkan, kawal selera makan
✔ Tinggi antioksidan untuk Awet muda
✔ Membuang toksin dalam badan
✔ Menurunkan kadar gula darah
✔ Mencegah penyakit diabetes dan kencing manis
✔ Mengurangkan kolestrol
✔ Melawaskan sistem penghadaman dengan baik
✔ Mencantikkan kulit wajah serta tampak lebih bersinar
✔ Awet muda kerana antioksidan tinggi



KANDUNGAN BAHAN-BAHAN DALAM HANNIS GREEN COFFEE :
● Organic Green Coffee
● Chia Seed
● Susu Kambing
● Habbatus sauda

CARA PENGAMBILAN & PENYEDIAAN HANNIS GREEN COFFEE :
→ Masukkan 1 Sachet ke dalam 150ml air panas
→ Kacau & hidangkan
→ Diambil 1 atau 2 kali sehari ketika perut kosong

Satu kotak ada dalam 15sachet. RM20 je. Korang boleh dapat kat banyak kedai jamu kat luar cuma harga yang berbeza la. Mungkin lagi murah dan mungkin lagi mahal. Tapi berhati hati ye. Jangan sampai terbeli yang FAKE! Nanti tiada memberi apa apa kesan pada badan malah mungkin akan menjadi mudarat.

Bawah ni Yaya share sekali dengan korang beberapa tips yang boleh korang amalkan. =)

TIPS KEKAL SIHAT DAN AKTIF

- Lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berbasikal mahupun berjalan kaki.
- Ambil makanan sihat seperti putih telur, ikan, ayam atau sayur-sayuran.
- Minum jus sayuran segar tanpa campuran buah & gula sekurang-kurangnya selama tiga hari.
- Mandi wap atau sauna dipercayai dapat membantu mengatasi masalah timbunan lemak dengan cepat.
- Hindari makan lewat dan masa paling ideal untuk makan selewat-lewatnya tiga jam sebelum tidur.
- Lakukan senaman ringan untuk melatih otot dan melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh.
- Manjakan diri dengan haruman minyak aromaterapi yang menyegarkan. 
- Tidur yang cukup untuk mengembalikan kesegaran. 

TIPS UNTUK BADAN KURUS DENGAN MUDAH DAN PANTAS
- Setkan minda untuk kurus
- Pelajari ilmu tentang kalori
- Makan dalam kuantiti yang kecil
- Elakkan makan pada waktu malam
- Elakkan makanan dan minuman bergula
- Tukar kepada makanan rendah lemak
- Banyakkan makan buah-buahan
- Banyakkan minum air masak (8 gelas sehari)
- Banyakkan berjalan dan berjogging

Semoga bermanfaat. Selamat mengopi semua..hehe =D
Wassalam...

Friday, 3 November 2017

SAKIT? 4 MALAIKAT MENDATANGIMU...

Assalamualaikum wbt
Salam Jumaat...

Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.” Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau pe­nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di­jadikan penebus dosanya oleh Allah.
(HR Bukhari-Muslim)

Untuk renungan bersama.
Semoga bermanfaat. Sekian, wassalamm..

Sponsor





Popular Posts