IBRAH AL-KAHFI: JAGA MAKAN & SUMBERNYA

Assalammualaikum w.b.t.
Salam Jumaat...

Allah menceritakan saat jaganya Ashabul Kahfi dari tidur yang lama, mereka lapar lalu mencari makanan. Lantas diletakkan syarat makanan yang layak masuk ke dalam perut mereka mestilah makanan yang paling baik:

فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ 
"Maka perhatikan makanan yang paling suci, lalu bawalah ia sebagai rezeki"
(al-Kahfi 19)

Ashabul Kahfi adalah contoh remaja yang berjati diri memelihara iman. Faktor pemakanan amat mempengaruhi kesucian jiwa mereka. Antara tafsiran para ulama, makanan yang paling suci dimaksudkan sebagai:

• Yang paling halal.
• Yang paling berkat.

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. 
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" 
( Surah al-A'raf:31)


Puasa sebenarnya dapat menghindarkan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Nabi s.a.w  telah menyebutkan:

 "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" 
( Hadis riwayat muslim)

Menurut  ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila seseorang itu makan sehingga terlalu kenyang, otak  akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas.

Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Allah berfirman,

"Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan 
janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, 
kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu." 
( Surah al-Baqarah: 168)

Rosaknya jiwa kerana tidak menjaga makan. Sumber yang tidak jelas, bahkan haram sekalipun dibaham juga. Asalkan perut terisi kenyang. Akhirnya menggelapkan hati dan menggagalkan kita mengenali mana yang hak dan mana yang batil. Na'uzubillah min zaliq. Moa dijauhkan.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: 

“Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” 
(Riwayat Abu Hurairah)

Sama-samalah kita menjaga kesihatan ye.
Semoga bermanfaat. Sekian,Wassalam.. =)

Post a Comment

5 Comments

  1. Alhamdulillah, perkongsian yang menarik dan bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. betul.. bila puasa, perut kita dapat rehat.. hee~ nampak gaya nya kakak sendiri kena puasa ni dik.. asyik makan dua tiga menjak ni..

    ReplyDelete
  3. insyallh., sme2 kta jaga
    smga bermanfaat.,

    ReplyDelete
  4. Perlu dijaga apa saja yang masuk dalam badan kita sebab itu akan menjadi darah daging kita kan. TQ Yaya atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. lbh2 lg kerap mkn mknn syubhah... sy ckp risau mak ayah skrg ank2 kecik2 lg da hadapkn dgn mknn2 syubhah... mcmn mn dgn pembentukn peribadi mrk bla da dewasa kelak?

    ReplyDelete