Wednesday, 24 May 2017

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

Assalammualaikum w.b.t.


3 PERKATAAN YANG MENGGAMBARKAN BLOG BUSYRATAKIYUDIN:

SIMPLE
= Isi blog yang tak terlalu sarat dengan iklan or perkara-perkara yang tidak perlu.

MENARIK
= Warna blog, font yang digunakan semua sedap mata memandang. Bila sedap mata memandang, pembaca pun seronok lah nak membaca,kan ^_^

TERATUR
= Layout yang cantik, tersusun, tak berterabur, kira,pembaca yang singgah senang faham blog.


Klik Banner untuk JOIN

Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2017 (Khamis) 11.59 p.m.

Thursday, 18 May 2017

SEKADAR RENUNGAN : WAS-WAS DALAM SOLAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد



Tiap dari kita mesti pernah alami perkara ni kan. Bila terlalu lama dengan perkara dunia, lepas tu bila tiba masa untuk menghadap Yang Maha Pencipta, tiba satu saat boleh pula terlupa waktu tu da rakaat ke berapa akibat terlalu terbawa bawa perkara duniawi itu dalam solat,sampai jadi lupa pula rakaat dalam solat tu. Allahu...

Namun, bila perkara sebegini terjadi, apa yang harus dilakukan. Mungkin ada yang tahu, ada juga yang tidak. Jadi sama-sama kita ingat mengingatkan dan lakukan bersama. Tetapi tetaplah berdoa setiap kali sebelum solat tu, agar tidak mengingati perkara perkara duniawi, dibersihkan hati dan fikiran dan mohon agar dapat KHUSYUK dalam solat.

Cara Mengubati Penyakit Was-Was

Setelah anda yakin bahawa was-was itu adalah datangnya dari gangguan syaitan, persoalannya sekarang adalah bagaimana ikhtiar yang dapat diusahakan untuk melawan penyakit tersebut. Apakah solusinya?

Ada beberapa cara yang disarankan oleh ulama untuk anda mengubati penyakit was-was: 

1) Jangan Peduli
Jangan ambil peduli sekiranya datangnya perasaan was-was dalam hati. Tidak peduli (tidak melayan) adalah ubat yang paling mujarab, inshaaAllah.

Ahmad Al-Haitami ketika ditanya tentang penyakit was-was ini, beliau mengatakan:
“Ada ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini, iaitu tidak mempedulikan secara keseluruhan. Meskipun dalam dirinya muncul keraguan yang hebat. Karena jika dia tidak perhatikan keraguan ini, maka keraguannya tidak akan menetap dan akan pergi dengan sendiri dalam waktu yang tidak lama. Sebagaimana cara ini pernah dilakukan oleh mereka yang mendapat taufiq untuk lepas dari was-was. Sebaliknya, orang yang memperhatikan keraguan yang muncul dan menuruti bisikan keraguannya, maka dorongan was-was itu akan terus bertambah, sampai menyebabkan dirinya seperti orang gila atau lebih parah dari orang gila. Sebagaimana yang pernah kami lihat pada banyak orang yang mengalami cubaan keraguan ini, sementara dia memperhatikan bisikan was-wasnya dan ajakan syaitannya” (al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:149).

Sangat benar apa yang dikatakan oleh beliau. Apa yang dapat diperhatikan, penyakit was-was ini, apabila dilayan, ianya akan bertambah teruk sehingga akhirnya memang akan jadi seperti orang gila.
Bayangkan pernah terbaca satu kes ni, yang melihat seorang yang terkena penyakit was-was, dia terpaksa membazirkan masa selama 3 jam setiap hari, untuk mengelap lantai rumahnya kerana dirasakan bernajis, walaupun secara zahirnya dia tidak nampak pun najis.

2) Mengambil Sikap Yang Berlawanan Tentang Apa Yang Diragukan
Maksudnya di sini ialah mengambil sikap yang berlawanan tentang apa yang diragukan. Sebagai contoh, katakanlah anda baru lepas berwuduk, kemudian timbul keraguan di dalam hati kerana merasakan seolah ada sesuatu yang keluar dari dubur.

Untuk mengubati perasaan was-was tersebut, jangan diperhatikan (melayan) rasa was-was tersebut, sebaliknya yakinkan dalam hati bahawa tidak ada apa yang keluar (kentut) dari dubur kerana tidak ada bunyi ataupun bau. Yakinkan dalam hati bahawa wuduk yang diambil tadi sah.

Ini sebagaimana yang disarankan Nabi SAW, dalam hadis dari Abbad bin Tamim, dari pamannya, bahawa ada seseorang yang pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit was-was yang dia alami. Dia dibayangi seolah-olah mengeluarkan kentut ketika menunaikan solat. Lalu Nabi SAW bersabda:
Janganlah dia membatalkan shalatnya, 
sampai dia mendengar suara kentut atau mencium baunya.” 
(HR. Bukhari 137 dan Muslim 361)

3) Terus Berlatih Dengan Sabar
Untuk menghilangkan penyakit was-was ini, tidak dinafikan bukannya mudah. Tetapi ianya tidak mustahil. Dengan syarat anda perlu terus melatih hati anda untuk tidak melayan perasaan tersebut dan tetap bersabar. Sampailah gangguan tersebut benar-benar telah hilang dari hati anda.

Salah satu motivasi yang boleh anda tanamkan dalam hati ialah semua perasaan was-was yang muncul dalam diri anda sebenarnya adalah salah satu dari bentuk godaan syaitan. Dan usaha yang sedang anda lakukan untuk menghilangkan was-was itu juga adalah sebenarnya usaha anda melawan godaan dan hasutan syaitan.

Ahmad al-Haitami menukil keterangan al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya,
“Al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya juga menjelaskan sebagaimana yang telah aku sebutkan. Mereka menyatakan, “Ubat penyakit was-was: hendaknya dia meyakini bahwa hal itu adalah godaan syaitan, dan dia yakin bahwa yang mendatangkan itu adalah iblis, dan dia sedang melawan iblis. Sehingga dia mendapatkan pahala orang yang berjihad. Kerana dia sedang memerangi musuh Allah. Jika dia merasa ada keraguan, dia akan segera menghindarinya..” 
(al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:150).

Jadi anda yang sedang mengidap penyakit was-was ini sedarlah bahawa anda sedang berjihad. Jika perjuangan melawan godaan syaitan ini disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW, inshaaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

4) Banyakkan Mohon Perlindungan Kepada Allah Dari Godaan Syaitan
Oleh kerana perasaan was-was ini berpunca dari gangguan syaitan, maka tidak dapat tidak anda kena banyak memohon perlindungan kepada Allah. Dari sahabat Usman bin Abul Ash, bahawa beliau mendatangi Nabi SAW dan mengadukan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah menghalangi aku dengan solatku (tidak khusyuk), sampai aku menjadi keliru dengan bacaan solatku.
Kemudian Nabi SAW telah bersabda:
“Itulah syaitan, namanya Khanzab. Jika engkau berasa sedang digoda syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya. Dan meludahlah ke aras kiri sebanyak 3 kali”. 
(Hadis Riwayat Muslim 2203). 
Usman mengatakan, “Aku pun melakukan apa yang disarankan oleh Nabi, 
dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku”

Salah satu usaha untuk melindungi diri dari gangguan syaitan ialah dengan melazimkan diri membaca zikir pagi dan petang. Kerana salah satu keutamaan dari amalan berzikir ialah untuk perlindungan dari segala bentuk gangguan syaitan.

5) Belajar Cara Beribadah Dengan Ilmu Yang Benar
Kebanyakan dari mereka yang terkena penyakit was-was ini adalah mereka yang tidak memiliki ilmu yang betul tentang cara melakukan ibadah yang benar.

Semua ibadah yang dilakukannya mengikut apa yang dirasakan betul, ataupun sebab mengikut orang.
Berbeza dengan orang yang mempunyai ilmu yang benar tentang sesuatu ibadah. Dia melakukan ibadah berdasarkan ilmu yang diyakini benar. Sekiranya datang juga perasaan was-was tersebut, dia akan mempu menentang perasaan tersebut dengan ilmu yang diyakini benar tersebut.


Jika anda berlaku kejadian seperti terlupa rakaat atau ada bacaan (seperti qunut) yang terlepas membaca atau membuatnya, segera la melakukan SUJUD SAHWI sebelum melafaz salam. Jika habis solat baru teringat, segera pula lakukan SUJUD SAHWI selepas dari salam terakhir itu.

APA ITU SUJUD SAHWI?
Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] 
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: 
1) kerana kelebihan
2) kerana kekurangan
3) kerana ragu-ragu

1) Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2) Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

3) Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
  1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
  2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

APA YANG PERLU TAHU TENTANG SUJUD SAHWI

1) Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
  • Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
  • Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
  • Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
  •  Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.

2) Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.

3) Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.

4) Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.

5) Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.

6) Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.


Kesimpulannya, disamping semua usaha yang dilakukan di atas, jangan lupa banyak berdoa kepada Allah, memohon dengan bahasa yang anda fahami, agar Allah membebaskan anda dari penyakit was-was ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk meniti jalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dapat sesuatu? ALHAMDULILLAH. Yang salah diperbetulkan, yang betul, sama sama kita amlkan dan ambil pelajaran. Moga bermanfaat.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU!

Assalammualaikum w.b.t.

Disini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat para guru di seluruh Malaysia - Dunia. Tanpa anda, siapalah KAMI..(cewahh =p)

Selamat Hari Guru Ya Rasulullah ‎ﷺ 😊 , 
Dan untuk semua guru yang mulia. Jasa kalian akan selalu kami kenang

Tetaplah memberi ilmu yang bermanfaat kepada kami ini

Rasulullah ‎ﷺ bersabda : 
"Apabila anak Adam ( manusia ) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, 
iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

(Hadith Riwayat Muslim)

Thursday, 11 May 2017

AMALAN MALAM NISFU SYA'BAN

Assalammualaikum w.b.t.

Disini, Yaya kongsikan untuk diamalkan buat yang membaca dan juga pada diri Yaya sendiri. Moga kita tidak melepaskan peluang yang diberi dan dapat melakukannya bersama-sama. InsyaAllah ^_^

A) Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B) Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;


C) Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
D) Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.


SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)

Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:
Sahaja aku solat sunat malam nisfu syaaban kerana Allah Ta'la

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:

5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban:

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.
Moga bermanfaat ye. Jom! Sama-sama kita lakukan malam ini. ^_^ InsyaAllah.
Sekian,Wassalam..=)

SALAM NISFU SYAABAN 1438H

Assalammualaikum w.b.t.

Tarikh penting dalam Bulan Sya'ban 1438H / 2017 :

1 Syaaban 1438H: Hari Jumaat bersamaan 28 April 2017 (Alhamdulillah.sudah melepasinya =>)
15 Syaaban 1438H: Hari Jumaat bersamaan 12 Mei 2017 (esok!!)
Malam Nisfu Syaaban: 11 Mei 2017: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib (InsyaAllah) ^_^

Mari kita tambah pengetahuan sedikit bersama-sama membaca info mengenai Bulan Syaaban ini yang dikatakan 'Bulan Nabi Muhammad SAW'


Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), 

Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” 
(Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari)

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, 

Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya – lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”. 
Aisyah ra menyambung, 

“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” 
(Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) 

"kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan 
(13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. 
(Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Alhamdulillah. Dengan nikmat kesihatan yang Allah SWT beri, dapat Yaya konsisten 2 amalan daripada 3 tu. Tapi kadang ada juga TERmiss..Allahu.banyak yang diri ini perlu perbaiki..masih terlalu banyak kelemahan. Cemburu betul dengan para hamba Allah yang lain yang boleh laksanakan ketiga2 amalan tu dengan secara kosisten. Moga diri ini dan anda semua juga dapat juga lakukan, ye. Amin..InsyaAllah =)

Dari Usamah b Zaid ra berkata, Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” 
(riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Sumber : Ustaz Halim Abdullah

Moga bermanfaat.Terima kasih kerana sudi membaca. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.Maaf jika ada tersalah,tersilap, terkurang mahupun terlebih dalam penulisan Yaya. Jika ada kesalahan,mohon ditegur dengan cara berhemah =) Kita semua masih belajar,kan.. =)

Akhir kata, Salam Nisfu Syaaban ye buat para blogger sekalian..jum...kita cuba untuk bangun tengah malam nanti..dan bpuasa pula pada esok hari..! ^_^ InsyaAllah..sama2 kita tambah amalan ye..semoga diterima Allah SWT.. amin.=)

Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik 
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu)
Ameen ya rabbal alameen.

p/s: lagi setengah bulan nak menyambut ramadhan..xsabar.! ^,^

Sekian,Wassalam...

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016