SEKADAR RENUNGAN : WAS-WAS DALAM SOLAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد



Tiap dari kita mesti pernah alami perkara ni kan. Bila terlalu lama dengan perkara dunia, lepas tu bila tiba masa untuk menghadap Yang Maha Pencipta, tiba satu saat boleh pula terlupa waktu tu da rakaat ke berapa akibat terlalu terbawa bawa perkara duniawi itu dalam solat,sampai jadi lupa pula rakaat dalam solat tu. Allahu...

Namun, bila perkara sebegini terjadi, apa yang harus dilakukan. Mungkin ada yang tahu, ada juga yang tidak. Jadi sama-sama kita ingat mengingatkan dan lakukan bersama. Tetapi tetaplah berdoa setiap kali sebelum solat tu, agar tidak mengingati perkara perkara duniawi, dibersihkan hati dan fikiran dan mohon agar dapat KHUSYUK dalam solat.

Cara Mengubati Penyakit Was-Was

Setelah anda yakin bahawa was-was itu adalah datangnya dari gangguan syaitan, persoalannya sekarang adalah bagaimana ikhtiar yang dapat diusahakan untuk melawan penyakit tersebut. Apakah solusinya?

Ada beberapa cara yang disarankan oleh ulama untuk anda mengubati penyakit was-was: 

1) Jangan Peduli
Jangan ambil peduli sekiranya datangnya perasaan was-was dalam hati. Tidak peduli (tidak melayan) adalah ubat yang paling mujarab, inshaaAllah.

Ahmad Al-Haitami ketika ditanya tentang penyakit was-was ini, beliau mengatakan:
“Ada ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini, iaitu tidak mempedulikan secara keseluruhan. Meskipun dalam dirinya muncul keraguan yang hebat. Karena jika dia tidak perhatikan keraguan ini, maka keraguannya tidak akan menetap dan akan pergi dengan sendiri dalam waktu yang tidak lama. Sebagaimana cara ini pernah dilakukan oleh mereka yang mendapat taufiq untuk lepas dari was-was. Sebaliknya, orang yang memperhatikan keraguan yang muncul dan menuruti bisikan keraguannya, maka dorongan was-was itu akan terus bertambah, sampai menyebabkan dirinya seperti orang gila atau lebih parah dari orang gila. Sebagaimana yang pernah kami lihat pada banyak orang yang mengalami cubaan keraguan ini, sementara dia memperhatikan bisikan was-wasnya dan ajakan syaitannya” (al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:149).

Sangat benar apa yang dikatakan oleh beliau. Apa yang dapat diperhatikan, penyakit was-was ini, apabila dilayan, ianya akan bertambah teruk sehingga akhirnya memang akan jadi seperti orang gila.
Bayangkan pernah terbaca satu kes ni, yang melihat seorang yang terkena penyakit was-was, dia terpaksa membazirkan masa selama 3 jam setiap hari, untuk mengelap lantai rumahnya kerana dirasakan bernajis, walaupun secara zahirnya dia tidak nampak pun najis.

2) Mengambil Sikap Yang Berlawanan Tentang Apa Yang Diragukan
Maksudnya di sini ialah mengambil sikap yang berlawanan tentang apa yang diragukan. Sebagai contoh, katakanlah anda baru lepas berwuduk, kemudian timbul keraguan di dalam hati kerana merasakan seolah ada sesuatu yang keluar dari dubur.

Untuk mengubati perasaan was-was tersebut, jangan diperhatikan (melayan) rasa was-was tersebut, sebaliknya yakinkan dalam hati bahawa tidak ada apa yang keluar (kentut) dari dubur kerana tidak ada bunyi ataupun bau. Yakinkan dalam hati bahawa wuduk yang diambil tadi sah.

Ini sebagaimana yang disarankan Nabi SAW, dalam hadis dari Abbad bin Tamim, dari pamannya, bahawa ada seseorang yang pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit was-was yang dia alami. Dia dibayangi seolah-olah mengeluarkan kentut ketika menunaikan solat. Lalu Nabi SAW bersabda:
Janganlah dia membatalkan shalatnya, 
sampai dia mendengar suara kentut atau mencium baunya.” 
(HR. Bukhari 137 dan Muslim 361)

3) Terus Berlatih Dengan Sabar
Untuk menghilangkan penyakit was-was ini, tidak dinafikan bukannya mudah. Tetapi ianya tidak mustahil. Dengan syarat anda perlu terus melatih hati anda untuk tidak melayan perasaan tersebut dan tetap bersabar. Sampailah gangguan tersebut benar-benar telah hilang dari hati anda.

Salah satu motivasi yang boleh anda tanamkan dalam hati ialah semua perasaan was-was yang muncul dalam diri anda sebenarnya adalah salah satu dari bentuk godaan syaitan. Dan usaha yang sedang anda lakukan untuk menghilangkan was-was itu juga adalah sebenarnya usaha anda melawan godaan dan hasutan syaitan.

Ahmad al-Haitami menukil keterangan al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya,
“Al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya juga menjelaskan sebagaimana yang telah aku sebutkan. Mereka menyatakan, “Ubat penyakit was-was: hendaknya dia meyakini bahwa hal itu adalah godaan syaitan, dan dia yakin bahwa yang mendatangkan itu adalah iblis, dan dia sedang melawan iblis. Sehingga dia mendapatkan pahala orang yang berjihad. Kerana dia sedang memerangi musuh Allah. Jika dia merasa ada keraguan, dia akan segera menghindarinya..” 
(al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:150).

Jadi anda yang sedang mengidap penyakit was-was ini sedarlah bahawa anda sedang berjihad. Jika perjuangan melawan godaan syaitan ini disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan mengikuti sunnah Nabi SAW, inshaaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.

4) Banyakkan Mohon Perlindungan Kepada Allah Dari Godaan Syaitan
Oleh kerana perasaan was-was ini berpunca dari gangguan syaitan, maka tidak dapat tidak anda kena banyak memohon perlindungan kepada Allah. Dari sahabat Usman bin Abul Ash, bahawa beliau mendatangi Nabi SAW dan mengadukan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah menghalangi aku dengan solatku (tidak khusyuk), sampai aku menjadi keliru dengan bacaan solatku.
Kemudian Nabi SAW telah bersabda:
“Itulah syaitan, namanya Khanzab. Jika engkau berasa sedang digoda syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya. Dan meludahlah ke aras kiri sebanyak 3 kali”. 
(Hadis Riwayat Muslim 2203). 
Usman mengatakan, “Aku pun melakukan apa yang disarankan oleh Nabi, 
dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku”

Salah satu usaha untuk melindungi diri dari gangguan syaitan ialah dengan melazimkan diri membaca zikir pagi dan petang. Kerana salah satu keutamaan dari amalan berzikir ialah untuk perlindungan dari segala bentuk gangguan syaitan.

5) Belajar Cara Beribadah Dengan Ilmu Yang Benar
Kebanyakan dari mereka yang terkena penyakit was-was ini adalah mereka yang tidak memiliki ilmu yang betul tentang cara melakukan ibadah yang benar.

Semua ibadah yang dilakukannya mengikut apa yang dirasakan betul, ataupun sebab mengikut orang.
Berbeza dengan orang yang mempunyai ilmu yang benar tentang sesuatu ibadah. Dia melakukan ibadah berdasarkan ilmu yang diyakini benar. Sekiranya datang juga perasaan was-was tersebut, dia akan mempu menentang perasaan tersebut dengan ilmu yang diyakini benar tersebut.


Jika anda berlaku kejadian seperti terlupa rakaat atau ada bacaan (seperti qunut) yang terlepas membaca atau membuatnya, segera la melakukan SUJUD SAHWI sebelum melafaz salam. Jika habis solat baru teringat, segera pula lakukan SUJUD SAHWI selepas dari salam terakhir itu.

APA ITU SUJUD SAHWI?
Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] 
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: 
1) kerana kelebihan
2) kerana kekurangan
3) kerana ragu-ragu

1) Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2) Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

3) Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
  1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
  2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

APA YANG PERLU TAHU TENTANG SUJUD SAHWI

1) Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
  • Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.
  • Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
  • Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
  •  Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.

2) Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.

3) Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.

4) Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.

5) Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.

6) Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.


Kesimpulannya, disamping semua usaha yang dilakukan di atas, jangan lupa banyak berdoa kepada Allah, memohon dengan bahasa yang anda fahami, agar Allah membebaskan anda dari penyakit was-was ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk meniti jalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dapat sesuatu? ALHAMDULILLAH. Yang salah diperbetulkan, yang betul, sama sama kita amlkan dan ambil pelajaran. Moga bermanfaat.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Post a Comment

11 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. terima kasih sharing. Good info.

    ReplyDelete
  3. kakak pernah gak was was dalam solat.. terima kasih untuk ilmu dan peringatan..

    ReplyDelete
  4. Betul la yaya..pernah juga alami masalah ni huhuhu...
    thanks ye sharing

    ReplyDelete
  5. salam yaya.. ika singgah sini. nice sharing yaya. tq for sharing =)

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya memang berdoa meminta perlindungan dari gangguansetan sebelum sholat ditegakkan

    ReplyDelete
  7. sy takut jg kalu kena jd imam pastu waswas aduhhhh

    thanks 4 sharing...

    ReplyDelete
  8. bagus entry ni Yaya.Banyak ilmu saya dapat dari sini.rasa was-was ni memang selalu ada, tak kisahlah ibadah apa pun, tapi kalau solat tu lagi dahsyat. Semoga Allah pelihara kita.

    ReplyDelete
  9. betul tu yaya..akak sentiasa dalam situasi ni.hemmm kdg2 kena bertenang sejenak sebelum angkat takbir..biar khusyuk solat..terima.kasih perkongsian yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  10. tq yaya kadang2 was hahaha sampai buat semula 😂😂

    ReplyDelete