Friday, 26 May 2017

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum wbt


Dikesempatan ini, Yaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua yang tengah membaca entri Yaya ni ^,^ Rajin juga korang singgah blog Yaya. Hehe. Terima kasih sebab sudi singgah melawat ye.

Kalau sebelum ni Maghrib tunggu kita, lepas ni semua tunggu Maghrib ye...huhu 
MasyaAllah

Kat sini Yaya nak share jugak TIPS UNTUK KHATAM AL QURAN dalam bulan Ramadhan Al Kareem ni. Samada nak khatam sekali atau lebih tu terpulang. Macam Yaya, waktu bekerja cuma ada masa malam je, sabtu dengan Ahad je ada masa fulltime. Hehe. Tapi InsyaAllah. Dah niat, nak khatam dalam bulan Ramadhan ni paling tidak sekali.

Mudah mudahan dapat apa yang diniatkan. Aminn InsyaAllah ^_^

Semoga dengan ibadah puasa ini, mudah-mudahan Allah menjadikan kita semua termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bertaqwa, inshaaAllah.


Malam ni dah mula tarawih ;)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts