Tarikh penting dalam Bulan Sya'ban 1438H / 2017 :
1 Syaaban 1438H: Hari Jumaat bersamaan 28 April 2017 (Alhamdulillah.sudah melepasinya =>)
15 Syaaban 1438H: Hari Jumaat bersamaan 12 Mei 2017 (esok!!)
Malam Nisfu Syaaban: 11 Mei 2017: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib (InsyaAllah) ^_^
Mari kita tambah pengetahuan sedikit bersama-sama membaca info mengenai Bulan Syaaban ini yang dikatakan 'Bulan Nabi Muhammad SAW'
Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),
“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban”
(Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari)
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata,
“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya – lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – penat)”.
Aisyah ra menyambung,
“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten”
(Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa)
"kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan
(13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”.
(Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Alhamdulillah. Dengan nikmat kesihatan yang Allah SWT beri, dapat Yaya konsisten 2 amalan daripada 3 tu. Tapi kadang ada juga TERmiss..Allahu.banyak yang diri ini perlu perbaiki..masih terlalu banyak kelemahan. Cemburu betul dengan para hamba Allah yang lain yang boleh laksanakan ketiga2 amalan tu dengan secara kosisten. Moga diri ini dan anda semua juga dapat juga lakukan, ye. Amin..InsyaAllah =)
Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”
(riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Sumber : Ustaz Halim Abdullah
Moga bermanfaat.Terima kasih kerana sudi membaca. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.Maaf jika ada tersalah,tersilap, terkurang mahupun terlebih dalam penulisan Yaya. Jika ada kesalahan,mohon ditegur dengan cara berhemah =) Kita semua masih belajar,kan.. =)
Akhir kata, Salam Nisfu Syaaban ye buat para blogger sekalian..jum...kita cuba untuk bangun tengah malam nanti..dan bpuasa pula pada esok hari..! ^_^ InsyaAllah..sama2 kita tambah amalan ye..semoga diterima Allah SWT.. amin.=)
Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu)
Ameen ya rabbal alameen.
p/s: lagi setengah bulan nak menyambut ramadhan..xsabar.! ^,^
Sekian,Wassalam...
2 Comments
terima kasih
ReplyDeletelg berapa hari nk raya.. hehehe
ReplyDelete