Thursday, 31 March 2016

SEKADAR RENUNGAN : BERSEDIAKAH KITA??

Assalammualaikum w.b.t.

Cuba baca pesanan di bawah ini dengan hati yang ikhlas 😔 Bace smpai habis ye.. =)

5:00-6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:30 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 10:00am, sudah time nak pergi breakfast.

Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..
Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!! Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

 Bismillahirrahmanirrahim.
😒 Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

😣 Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

😔 Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

😢 Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?

😖 Kenapa kita lebih sangat senang memuji ARTIS? Tapi sangat susah untuk memuji ALLAH? Pikirkan it
😏 Apakah anda akan menforward pesanan ini?

😞 Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain? Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

1. Baca dan diam tanpa menyebarkan pada rakan-rakan yang mungkin bermanfaat untuk mereka.

2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala  😊
-renungkanlah..


KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS) 
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x....knapa begini..?
         
Bukankah Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
Kerugian meninggalkn solat:
Subuh : Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur : Berkat pendapatan akan hilang.
Asar : Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib : Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:
 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD  2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca 📖 AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 🐍 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 😲 bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
 

Sebarkan pesanan ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
          Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.

Terus & terus baca & AMALKAN agar syaitan 'stroke' semuanya juga jantungnya dan mati. Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik : "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca oleh orang lain"...


Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan

K : Kiblat
A : Arah
A : Aku
B : Bersujud hingga
A : Akhir
H : Hayatku
Semoga bermanfaat.
Sekian,Wassalam..

Friday, 25 March 2016

8 LANGKAH KEMPISKAN PERUT

Assalammualaikum w.b.t.

Mata + hati ni makin sakit tiap kali tengok diri dalam cermin..Makin hari makin berisi..huwaaaa >,< Hmm..semua ni start bila Yaya mula makan di malam hari dan juga makan dalam kuantiti yang luar dari kebiasaan Yaya sebelum ni..no wonder pon berat naik..semua baju n seluar sebelum ni pon banyak yang da tak boleh muat..salah siapa??saah baju dan seluar tu lah!da jadi kecik! lol >o< huuuu

So, sekarang masih dalam proses cuba untuk mengurangkan kembali berat kepada yang sebelum ni..Yaya share 8 tips kat bawah ni yang Yaya copy paste dari internet jugak..hehe supaya kita semua boleh amalkan ok..amalan untuk badan yang lebih ringan dan sihat! ^_^

1. Jaga saiz hidangan
Penjagaan dalam pemakanan adalah segala-galanya dalam proses nak kempiskan perut. Exercise la macam mana pon tapi kalau pemakanan tak jaga memang tak guna. Rajin ke nak kira kalori intake setiap hari?

Tau, susah sangat nak konsisten kan. Kalau boleh buat, bagus dan teruskan. Tapi kalau nak senang, just jaga saiz hidangan kita. Kita sendiri boleh tau kita makan ni banyak ke sikit. Jangan melampau dalam makan dan cuba tahan and control nafsu kita k. Jangan risau, kalau tak dapat merasa makanan tu hari ni, esok lusa still boleh makan lagi

2. Makan lemak sihat
Kalau dengar perkataan lemak, mesti kita terbayang benda-benda yang tak elok dan sangat negatif k. Jangan misleading, nak kempiskan perut, lemak memang sangat membantu, tapi lemak yang baik la. Contoh lemak baik :

1. Kacang-kacang
2. Avocado
3. Omega 3 fish oil

3. Pilih karbohidrat kompleks
Karbohidrat kompleks akan lalui proses penghadaman yang lebih lama so dia buatkan kita tahan kenyang lebih lama. Contoh karbohidrat kompleks :

1. Roti wholemeal
2. Beras perang
3. Brocolli
4. Muesli
5. Oats

4. Tukar sarapan yang lebih sihat
Sarapan sememangnya hidangan yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tabiat pemakanan kita sepanjang hari dipengaruhi oleh apa yang kita makan waktu breakfast. Sarapan karbohidrat tinggi macam nasi, mee, roti canai akan menyebabkan kadar gula dalam darah naik, dan kita akan rasa mudah lapar.

So pilih breakfast yang bagus iaitu protein yang mudah dicerna kerana ianya akan mengawal kadar gula dalam darah sepanjang hari. Yang paling mudah dan sihat of course protein shake.

5. Hadkan pengambilan makanan manis
Rasanya semua tahu gula yang kita makan kalau tak digunakan akan disimpan menjadi apa?
Ye, LEMAK. Dekat mana lemak ni tersimpan? Ye, mostly bahagian PERUT.

6. Pastikan kita ambil kalsium yang cukup
Kajian menunjukkan jika kurang kalsium dalam badan, sejenis compound yang dipanggil calcitriol akan terhasil dalam badan, dimana benda ini akan meningkatkan penghasilan sel lemak.
Pastikan kalsium mencukupi dengan mengambil produk tenusu tetapi kena berjaga-jaga dari segi kalorinya.

7. Lakukan senaman plank 30 saat sehari
Senaman plank sememangnya senaman yang efektif untuk meningkatkan kekuatan pusat badan kita.

8. Kurangkan pengambilan garam dan minum air kosong banyak-banyak
Cuba la buat sikit-sikit, amalkan mana yang patut. Kalau boleh buat semua lagi bagus.

Semoga bermanfaat. 
Sekian,Wassalam =)

Friday, 18 March 2016

DOA: MEMOHON KEBAIKAN SETELAH MUSIBAH

Assalammualaikum w.b.t.

Kadangkala apabila kita ditimpa sesuatu perkara yang buruk atau musibah, mulut mahupun hati kita cepat sahaja hendak melatah. Apa maksud melatah? Ia bermaksud, berkata sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran yang tenang dan waras. Hati dan mulut ni cepat sahaja hendak mengeluh, dan pasti pada waktu itu, macam-macam perkataan yang tidak sedap didengar keluar, kan.

Astaghfirullaha'lazim...bermaksud memohon keampunan kepada Allah atas segala perkara yang tidak baik yang kita telah lakukan. Istighfar adalah salah satu ungkapan yang kita perlu ucap setiap kali ingin memohon sesuatu kepadaNYA ..mohon DIA mengampuni segala dosa kita, sebelum kita memohon sesuatu hajat yang lain pula. Bagaimana DIA hendak memakbulkan doa mahupun hajat kita jika diri kita sudah terlalu berat dengan dosa yg telah dilakukan. Jadi TAUBAT adalah salah satu cara untuk meringankan diri kita daripada dosa itu.

Mari, kita sama2 muhasabah diri. Tukarkan segala perkataan yang tidak baik yang selalu keluar dari mulut dan hati kita ini dengan banyakkan ISTIGHFAR, mengingatinya. Mohon agar DIA menetapkan IMAN kita agar tidak jatuh menurun dan terumbang ambing, kerana jika tidak, kita pasti akan semakin menjauh daripadaNYA.. 

Dan jangan lupa, setiap perkara tidak kira baik ataupun buruk,pasti ada hikmah yang tersirat yang tidak kita tahu didalamnya, sebab itu kita tidak boleh cepat melatah atau bersangka buruk tiap kali berlaku sesuatu musibah atau bala pada diri kita. Dan, bacalah doa seperti di bawah ini:

"Sesungguhnya, kita datang dari Allah dan kepada Allah jugalah kita kembali. 
Ya Rabb,berikan aku pahala/kebaikan dalam musibah ini, dan gantikanlah bagiku,
dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.."
Aminnn..Ya Rabbala'lamin..

Moga bermanfaat. Maaf jika ada kesilapan, mohon diberi teguran dengan cara yang berhemah.
Sekian,Wassalam.. =)

Thursday, 17 March 2016

SEKADAR RENUNGAN : PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Assalammualaikum w.b.t.

  • Percaya sial 
  • Menghina hukum - hakam
  • Merasakan hukum-hakam Islam tidak sempurna
  • Horoskop
  • Jumpa bomoh
  • Meniru amalan orang kafir
  • Tangkal
  • Bermain-main dengan agama
  • Cinta makhluk melebihi cinta Allah
Jadi berhati-hatilah dalam setiap apa jua yang kita lakukan. Mungkin tanpa kita sedar, kita telah melakukan salah satu perbuatan yang dinyatakan di atas ni. Lebih-lebih lagi TANGKAL..Yaya pasti ramai daripada kita yang buat/ada tangkal. Jika tidak pada diri sendiri, ada pula pada anak/bayi yang masih kecil, betul tak?

Contoh anak kecil yang selalu menangis, bawa jumpa sesiapa, pawang ke, bomoh ke kemudian mereka bagi tali yang berwarna hitam dan di ikat pada tangan / kaki ataupun pada pinggang anak kecil itu. Ibu bapa ni pula percaya saja dengan mereka dengan membiarkan tali itu diikat pada anak mereka. Tahu tak dengan cara begitu, kita telah dianggap mempercayai bahawa TALI tersebut dapat melindungi anak kita daripada terkena gangguan dari makhluk?? Sekaligus ia boleh merosakkan akidah kita dan tidak mustahil boleh jatuh kepada SYIRIK..! Na'uzubilah! Mohon kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan IMAN kita yang sering sahaja turun naik ini..

Sama-sama kita selalu muhasabah diri, berzikir mengingati DIA, dalam apa jua keadaan, susah atau senang, hanya DIA yang dapat memberi pertolongan pada kita, hanya DIA dapat melindungi kita kerana DIA yang Maha Berkuasa, DIA yang Maha Menguasai seluruh makhluk dimuka bumiNYA ini. Tidak akan terjadi sesuatu perkara itu jika tanpa dengan keizinan dariNYA..jadi, sama-samalah kita beringat ye. Moga ALLAH SWT melindungi kita semua,para hambaNYA yang sangat lemah iman ini. Aminn..

Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam..

Tuesday, 15 March 2016

GIVEAWAY by RosNordin

Assalammualaikum w.b.t.
http://merosnordn.blogspot.my/2016/03/g-i-v-e-w-y-by-ros-nordin.html?m=1

Jom join..same2 kita memeriahkan majlis..hehe =p
Sekian,Wassalam =)

Friday, 11 March 2016

Thursday, 10 March 2016

CIRI-CIRI SUAMI TERBAIK..

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share pula 1 info ni..emm xtaula nak kata info ke apa tapi just untuk tambah pengetahuan dan mungkin boleh juga dikira sebagai satu pandangan. Info ni Yaya terbaca dari laman web juga la..well, kita ni kalau nak share sesuatu benda tak kira daripada mana sumber kan,aslkan ianya adalah sumber yang betul, boleh diterima akal. 

Dan dibawah ini adalah menurut pandangan atau boleh dikira juga sebagai nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus untuk kaum HAWA yang belum berkahwin bagi mencari bakal suami. Dan bakal suami tu pon kena ambil tahu juga ni..nak dapatkan yang terbaik kena baiki diri tu dulu juga supaya jadi yang terbaik..ok.. 

Antara Ciri-ciri Suami Terbaik:
  1. Solat fardhu CUKUP 5 waktu.
  2. Ada kerja gaji RM800-1500 keatas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah ZAHIR boleh bagi, bukan nafkah BATIN je tau.
  3. Ada kenderaan. Motor kapcai pon dan cantek. Honda EX5 ok sangat dah tu dengan 2 helmet. Basikal pon boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri mengandung ke klinik tiap bulan.
  4. Lulus ujian fardu 'Ain sekolah rendah. Maknanya boleh MANDI WAJIB dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul. Apatah lagi mandi-mandi yang lain.
  5. Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat 'Alif, Ba, Ta..'sampai surah 'Iqra'Bismirabbikallazi Khalaq.'
  6. Jenis lurus, hati baik dan tidak menipu. Takdalah menipu kata nak pergi Mydin tapi sebenarnya pergi mengorat jiran taman sebelah..
  7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  8. Gedik joget-joget pon depan isteri dengan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
  9. Jenis tidak cemburu buta sangat.Cemburu macam ni ok..."Ehem..ramai pekerja lelaki kat office tu, jangan sampai lupa Abang tau..."
  10. Belajar takat PMR pun takpe janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PHD.
  11. Kalau dia jenis diam, takdelah sampai orang kata dia jenis tidak bergaul dengan orang lain. Kalau jenis banyak cakap pula, takdelah sampai banyak mengata orang lain.
  12. Malas juga ke Masjid. Tapi dia pergi jugak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
  13. Walaupun tidak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus mengajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid, dia ada diantara orang-orang kampung.
  14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri menangis,dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  15. Jenis senyum sokmo.
  16. Tak tengok sangat awek cun, dia tengok isteri dia je walaupun isteri dia kurang cun (tak cun takpe, boleh tutup lampu..) ^o^

Ngeee...Yaya cuma copy paste. Jangan kecam Yaya..hehe. Itu hanya pandangan dari UAI je. Mana yang nak pakai tu pakai, kalau tak nak ye terpulang dong..hikkk ^,^

Moga bermanfat.
Sekian,Wassalam...=) 

Tuesday, 8 March 2016

HAPPY WOMAN'S INTERNATIONAL DAY FROM ARAROSSA THERAPY'S & SPA!

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat Hari WANITA Sedunia! 
Buat semua WANITA yang sedang membaca entri Yaya ni.
Moga kita sentiasa sukses + ceria + bermotivasi + positif 
selalu ye! ^,^

Hari ni Yaya nak share dengan korang 1 tempat pusat Terapi & Spa ni. Nama pusat tersebut adalah
https://www.facebook.com/pages/Ararossa-Ville/534743346680192
Yang berlokasi di Taman Sri Pekan, Meru Klang. Ia adalah sebuah pusat Terapi dan Spa yang menawarkan khidmat rawatan daripada rumah. Ditubuhkan dan mula beroperasi pada bulan Oktober tahun lalu (2015). Ia adalah sebuah pusat terapi yang dilakukan sendiri oleh 2 beradik iaitu Puan Shida dan Puan Azwa (atau lebih dikenali dengan nama Wawa). Contoh rawatan yang disediakan adalah Rawatan Muka, Rawatan rambut, Urutan badan, Urutan kaki, Bekam dan juga menyediakan rawatan Akupuntur. 

Disebabkan rawatan ini dikendali sendiri oleh mereka, jadi ianya hanya sesuai dilakukan pada para pelanggan WANITA ye.=) Tetapi, untuk lelaki, jangan risau jika anda ingin membawa ibu, kakak atau saudara-mara wanita yang lain, atau mungkin juga ingin menemani pasangan anda, di ARAROSSA ini ada juga menyediakan 2 rawatan yang boleh anda cuba iaitu Rawatan Muka/Wajah dan juga Urutan kaki. 

Pusat ini memang amat sesuai untuk orang-orang yang berada disekitar lembah Klang yang ingin mencuba bagi merehat dan menenangkan diri kerana berikutan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang AMAT BERPATUTAN, sesuai untuk semua golongan tidak kira anda suri rumah, wanita bekerjaya, mahupun para pelajar yang masih menuntut. Ditambah lagi dengan suasana di Pusat Terapi itu sendiri yang berkonsepkan dalam rumah, bagi memberi KESELESAAN pada para pelanggan. Dan yang lebih PENTING dan UTAMA adalah perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh mereka. Yaya berani JAMIN korang semua akan berpuas hati dan PASTI ingin merasa lagi servis perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Berani jamin lah sebab Yaya sendiri dah cuba hampir kesemua rawatan yang mereka sediakan..hehe ^o^

Dibawah adalah MENU Rawatan yang disediakan di ARAROSSA TERAPI & SPA ini:

https://www.facebook.com/pages/Ararossa-Ville/534743346680192

Yang bestnya di ARAROSSA ini juga, mereka selalu mengadakan PROMOSI setiap bulan untuk rawatan-rawatan tertentu. Contoh, macam hari ni, mereka baru sahaja melancarkan PROMOSI bersempena HARI WANITA SEDUNIA ini! Apa promosi mereka?? Meh Yaya habaq mai... ^,^

Uolss nampak kan MENU LIST diatas ni, uollss boleh pilih mana-mana 3 RAWATAN dengan HARGA hanya RM100!! Giler best uolss.. ++sangat jimat ok. Promosi ni hanya akan berlangsung hingga penghujung bulan Mac 2016 ni. Jadi memang rugi tau sesiapa yang lepas peluang ni..bukan selalu korang boleh dapat buat 3 RAWATAN dengan harga yang sebegitu murah ni. Korang pergilah kat mana-mana pusat terapi memang takkan dapat harga macam ni. YUP!

Bagi sesiapa yang ingin mencuba merasa servis perkhidmatan terbaik dari mereka ni, jangan lupa perlu buat APPOINTMENT terlebih dahulu ye. Tempat adalah sangat terhad tau. Sekali sekala berbelanja untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri rasanya tidaklah sesuatu perkara yang membazirkan disitu. Badan anda juga perlu rehat setelah penat bekerja seharian, kan. Eh, kalau nak hadiahkan buat rawatan ni pada orang yang tersayang pun boleh tau! Mesti mereka rasa lebih disayangi dan dihargai oleh anda...cewahh! Yaya ayat bukan main kan..hehe tapi perkara yang betul kan.. ^_^

Ada yang tidak tahu lokasi mereka ke? Jangan risau, HP canggih tu wat apa..WAZE laa..pe lagi..hehe. Nak tahu lebih lanjut dan mengikuti perkembangan pusat terapi ini boleh >> LIKE << fb page ARAROSSA THERAPY & SPA dan boleh juga menghubungi mereka seperti yang tertera di MENU LIST atas yang Yaya da tunjuk tu ye.. ^_^

Moga bermanfaat.
Sekian,Wassalam =)

BLOGWALKING SEGMENT BY KASIHJUJU.COM

Assalammualaikum w.b.t.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.

Salam perkenalan in advance dari Yaya ye.. ^_^
Sekian,Wassalam =)

Sunday, 6 March 2016

BILIK UNTUK DISEWA

Assalammualaikum w.b.t.
Ada sesiapa yang sedang mencari BILIK SEWA tak?? atau mungkin sedang cari RAKAN SEBILIK? Yaya boleh rekomen 1 laman web yang boleh dipercayai ni kat korang yang sedang mencari BILIK SEWA. Diulangi, BILIK SEWA..bukan RUMAH SEWA ye..

Buat sesiapa yang sedang mencari BILIK SEWA terutama disekitar Lembah Klang, boleh try cari di laman web ni:


Memang banyak laman web lain yang korang boleh tengok dan cari tapi laman web yang Yaya rekomen ni lebih spesifik @ khas bagi yang mencari BILIK SEWA. Malah bukan bagi mereka yang sedang mencari BILIK SEWA je, bagi sesiapa yang tengah cari RAKAN SEBILIK pon boleh juga cari di laman web hidup.my ni. Korang cuma perlu masukkan ciri-ciri yang korang nak bagi yang tengah cari BILIK SEWA atau RAKAN SEBILIK di ruangan yang telah disediakan. 

Contoh bagi yang sedang cari BILIK SEWA:

1. Pergi ke laman sesawang ' HIDUP.MY ' ni
*Boleh pilih bahasa kat atas tu ikut kesenangan & kefahaman korang ye..*

2.Seterusnya boleh 'scroll' ke bawah untuk cari apa yang korang nak..
BILIK SEWA atau RAKAN SEBILIK/ROOMATE
3. Klik 'Find a room' bagi yang sedang mencari BILIK SEWA..macam kat bawah ni..
Dari situ boleh cari area BILIK SEWA yang sedang dicari tu..
(kebanyakannya ada disekitar lembah Klang)
Boleh juga dicari berdasarkan range harga berapa yang korang nak..macam yang Yaya nampak min.RM100 pun ada tau..dan maks. pun ada,beratus juga la..ikut kemampuan korang,ok.

Untuk lebih details mengenai BILIK yang sedang dicari tu boleh klik
'More Search Option'..dan akan dapat dilihat seperti dibawah ni..
*Memang details uolss... =)*


Contoh bagi yang nak mencari RAKAN SEBILIK/ROOMATE tu:

Boleh ikut cara/step seperti dalam gambar ni. =)
1. Pilih
2. Cari lokasi yang hendak dicari
3. Klik 'cari' / 'Search'

Pencarian BILIK SEWA / RAKAN SEBILIK ni lebih sesuai pada orang-orang yang kurang mampu atau nak save bajet. Tak kira untuk yang masih belajar/student, yang bekerja, atau mungkin juga baru berkahwin. Bagi student yang nak save duit poket korang, daripada sewa rumah, better korang sewa bilik je,kan. Sama juga lah bagi yang dah bekerja, tapi belum mampu lagi nak sewa or beli rumah. 

Bagi yang telah berkahwin pula, mungkin korang baru mendirikan rumahtangga, sementara nak kukuhkan semula kewangan tu, xkan nak duduk rumah family lagi kan (tapi kalau rumah family korang tu besar sampai korang boleh main kejar2 dalam tu,terpulanglah k.. =p) dan mencari BILIK SEWA adalah salah satu tindakan yang boleh juga diterima. Dalam masa korang nak berdikari sendiri, boleh juga jimatkan wang untuk masa depan korang. Ingat, banyak lagi komitmen yang korang perlu hadap lepas ada tanggungjawab ni. Jadi, segala apa cara yang boleh menjimatkan wang,yang korang boleh buat, buatlah,ye. Demi kesenangan masa hadapan.

Antara yang bagus mengenai laman web HIDUP.MY ni juga, mereka ada sediakan juga ruang KHAS bagi mereka yang ingin MENGIKLANKAN mengenai BILIK SEWA mereka..jadi tak perlulah korang susah payah nak cari laman web or berhempas pulas + pening pale apa info yang perlu dimasukkan untuk mengiklankan BILIK SEWA korang tu coz semua dah disediakan oleh laman web HIDUP.MY ni..apa yang perlu dibuat cuma korang perlu daftar/register dalam laman web ni secara PERCUMA/FREE je ok! seperti cara dibawah:

*Sebelum mengiklankan BILIK SEWA, anda perlu daftar terlebih dahulu*

1. Daftar dan mula buat pengiklanan tentang BILIK SEWA anda dengan 
memasukkan ALAMAT penuh dan muat turun gambar-gambar BILIK 
yang hendak anda sewakan tu..

dan HELLOO..korang yang hendak menyewakan bilik ni, PLEASE / TOLONG guna gambar bilik sebenar, jangan ambil gambar bilik dari GOOGLE yang cantik+bersih dengan niat nak menipu orang yang bakal sewa bilik korang tu..coz sekarang Yaya tengok kebanyakan laporan2 tentang penipuan macam ni dah tersebar luas. Please be honest ye. (ini pesanan/ingatan dari Yaya sendiri,ok)

2. Lepas dah buat iklan dalam laman web ni, boleh lah VIRAL 
kan tentang iklan bilik sewa korang ni kat mana-mana..
FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM, BLOG ke..
ikut suka korang la camana pun..

3. Cek email korang. Pastikan email dari HIDUP.MY ni xpergi ke SPAM korang tau..sebab dengan cara tu korang dapat/terima pesanan dari pengguna/bakal penyewa bilik korang tu

4. Lepas dapat pesanan, boleh lihat dengan lebih terperinci mengenai maklumat
bakal penyewa dan jika berpuas hati@menepati ciri-ciri penyewa yang korang nak,
boleh la trus 'GRAB' / hubungi mereka,ye!
^_^

Macamana, mudah kan nak cari BILIK SEWA atau cari RAKAN SEBILIK/ROOMATE sekarang dengan HIDUP.MY ni..semua maklumat terperinci ada..korang cuma perlu rajin mencari dan for sure berhati-hati ye..tak kira di semua laman web pun begitu juga..kalau berurusan melalui 'ONLINE' ni segala perkara perlu dititik beratkan untuk kemudahan dan kesenang kita sendiri nanti.. =)

Jangan lupa kalau kurang faham apa yang Yaya jelaskan kat sini, nak tahu lebih lanjut tentang BILIK SEWA ni boleh pergi ke laman web 

Psst: Sila viralkan perkara ni pada rakan2,sedara mara atau sesiapa je yang sedang mencari BILIK SEWA, yang sedang mencari RAKAN SEBILIK atau yang ingin mengiklankan bilik sewa mereka, ok! Tidak kira diseluruh semenanjung Malaysia mahupun yang di Sabah/Sarawak. Semuanya menjadi mudah dihujung jari anda..~ ^_^

Semoga bermanfaat.
Sekian,Wassalam.. =)

Thursday, 3 March 2016

SEKADAR RENUNGAN : NOTA KHAS UNTUK KAUM HAWA

Assalammualaikum w.b.t.


Wahai kaum hawa yang dikasihi sekalian,

Salah satu sebab kita perlu memakai hijab dan menutup aurat adalah untuk MENGHORMATI dan MENJAGA hubungan kita dengan yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita memakai hijab dan menutup aurat dengan betul berdasarkan AL QURAN dan SUNNAH.

Jangan dilupakan MATLAMAT utama kita adalah untuk mencari dan mendapatkan KEREDHAAN ALLAH SWT, bukan untuk manusia..

Semoga kita semua dapat menjadi yang paling CANTIK dan TERINDAH di Syurga Firdausi kelak.. Aminn..Ya Rabb.. (makbulkan doa kami ini ya Rabb..)

Sekian,Wassalam..

Yang menyayangimu kerana Allah

Tuesday, 1 March 2016

HARGA BARU MINYAK - MAC 2016

Assalammualaikum w.b.t.

OK. Sejak bila Yaya sibuk nak tau pasal rege minyak ni..sebelum ni wat xtau je rege minyak turun naik. Ni siap buat entri bagai..haha..ni semua POYO je Yaya.ngeh3..

Sorry. Biarpun korang dah tau tapi Yaya tetap nak 'ulang tayang' juga pasal harga baru minyak.. Ni harga baru minyak untuk kenderaan ye. Bukan minyak masak, minyak urut, minyak sapi atau yang seumpama dengannya ye... lol ^o^
 
Harga runcit RON95 dan RON97 untuk Mac 2016 masing-masing turun 15 sen serta 10 sen seliter manakala diesel kekal berkuat kuasa tengah malam ini.  Pengusaha stesen minyak ketika dihubungi mengesahkan harga baru RON95 ialah RM1.60 seliter, RON97 pula RM1.95 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan diesel kekal seperti sebelumnya RM1.35 seliter.  Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.  Harga runcit petrol untuk Februari sebelum ini ialah RM1.75 bagi RON95 manakala RM2.05 untuk RON97 sementara diesel pula RM1.35. (Metro : Isnin, 29 Februari 2016)
 
 
 *Petikan dari HMetro online*

Weee...ni xtaula berita gembira ke hape..tapi still macam xde effect kat Yaya pon...guna 2-2 jenis minyak tu..RON95 untuk motor RON97 untuk kete..tetap harga bayo banyak juga ^o^..tapi yelaa mungkin kira ok la sikit..minyak tu dapat isi lebih sikit dari yang sebelum ni kot..haha..

Apapun Keep it UP DON'T Give Up!! (xde kena mengena =_=" ) lol
Sekian, Wassalam =)

Popular Posts