CIRI-CIRI SUAMI TERBAIK..

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share pula 1 info ni..emm xtaula nak kata info ke apa tapi just untuk tambah pengetahuan dan mungkin boleh juga dikira sebagai satu pandangan. Info ni Yaya terbaca dari laman web juga la..well, kita ni kalau nak share sesuatu benda tak kira daripada mana sumber kan,aslkan ianya adalah sumber yang betul, boleh diterima akal. 

Dan dibawah ini adalah menurut pandangan atau boleh dikira juga sebagai nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus untuk kaum HAWA yang belum berkahwin bagi mencari bakal suami. Dan bakal suami tu pon kena ambil tahu juga ni..nak dapatkan yang terbaik kena baiki diri tu dulu juga supaya jadi yang terbaik..ok.. 

Antara Ciri-ciri Suami Terbaik:
  1. Solat fardhu CUKUP 5 waktu.
  2. Ada kerja gaji RM800-1500 keatas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah ZAHIR boleh bagi, bukan nafkah BATIN je tau.
  3. Ada kenderaan. Motor kapcai pon dan cantek. Honda EX5 ok sangat dah tu dengan 2 helmet. Basikal pon boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri mengandung ke klinik tiap bulan.
  4. Lulus ujian fardu 'Ain sekolah rendah. Maknanya boleh MANDI WAJIB dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul. Apatah lagi mandi-mandi yang lain.
  5. Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat 'Alif, Ba, Ta..'sampai surah 'Iqra'Bismirabbikallazi Khalaq.'
  6. Jenis lurus, hati baik dan tidak menipu. Takdalah menipu kata nak pergi Mydin tapi sebenarnya pergi mengorat jiran taman sebelah..
  7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  8. Gedik joget-joget pon depan isteri dengan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
  9. Jenis tidak cemburu buta sangat.Cemburu macam ni ok..."Ehem..ramai pekerja lelaki kat office tu, jangan sampai lupa Abang tau..."
  10. Belajar takat PMR pun takpe janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PHD.
  11. Kalau dia jenis diam, takdelah sampai orang kata dia jenis tidak bergaul dengan orang lain. Kalau jenis banyak cakap pula, takdelah sampai banyak mengata orang lain.
  12. Malas juga ke Masjid. Tapi dia pergi jugak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
  13. Walaupun tidak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus mengajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid, dia ada diantara orang-orang kampung.
  14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri menangis,dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  15. Jenis senyum sokmo.
  16. Tak tengok sangat awek cun, dia tengok isteri dia je walaupun isteri dia kurang cun (tak cun takpe, boleh tutup lampu..) ^o^

Ngeee...Yaya cuma copy paste. Jangan kecam Yaya..hehe. Itu hanya pandangan dari UAI je. Mana yang nak pakai tu pakai, kalau tak nak ye terpulang dong..hikkk ^,^

Moga bermanfat.
Sekian,Wassalam...=) 

Post a Comment

4 Comments