Friday, 18 March 2016

DOA: MEMOHON KEBAIKAN SETELAH MUSIBAH

Assalammualaikum w.b.t.

Kadangkala apabila kita ditimpa sesuatu perkara yang buruk atau musibah, mulut mahupun hati kita cepat sahaja hendak melatah. Apa maksud melatah? Ia bermaksud, berkata sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran yang tenang dan waras. Hati dan mulut ni cepat sahaja hendak mengeluh, dan pasti pada waktu itu, macam-macam perkataan yang tidak sedap didengar keluar, kan.

Astaghfirullaha'lazim...bermaksud memohon keampunan kepada Allah atas segala perkara yang tidak baik yang kita telah lakukan. Istighfar adalah salah satu ungkapan yang kita perlu ucap setiap kali ingin memohon sesuatu kepadaNYA ..mohon DIA mengampuni segala dosa kita, sebelum kita memohon sesuatu hajat yang lain pula. Bagaimana DIA hendak memakbulkan doa mahupun hajat kita jika diri kita sudah terlalu berat dengan dosa yg telah dilakukan. Jadi TAUBAT adalah salah satu cara untuk meringankan diri kita daripada dosa itu.

Mari, kita sama2 muhasabah diri. Tukarkan segala perkataan yang tidak baik yang selalu keluar dari mulut dan hati kita ini dengan banyakkan ISTIGHFAR, mengingatinya. Mohon agar DIA menetapkan IMAN kita agar tidak jatuh menurun dan terumbang ambing, kerana jika tidak, kita pasti akan semakin menjauh daripadaNYA.. 

Dan jangan lupa, setiap perkara tidak kira baik ataupun buruk,pasti ada hikmah yang tersirat yang tidak kita tahu didalamnya, sebab itu kita tidak boleh cepat melatah atau bersangka buruk tiap kali berlaku sesuatu musibah atau bala pada diri kita. Dan, bacalah doa seperti di bawah ini:

"Sesungguhnya, kita datang dari Allah dan kepada Allah jugalah kita kembali. 
Ya Rabb,berikan aku pahala/kebaikan dalam musibah ini, dan gantikanlah bagiku,
dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.."
Aminnn..Ya Rabbala'lamin..

Moga bermanfaat. Maaf jika ada kesilapan, mohon diberi teguran dengan cara yang berhemah.
Sekian,Wassalam.. =)

2 comments:

  1. insyaallah ada hikmah dr musibah yang Allah bg.. =)ujian buat hamba di dunia. Tq share doa ni yaya..

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016