Saturday, 28 February 2015

RANGSANG BAYI BERCAKAP

Assalammualaikum w.b.t.

Walaupun Yaya belum berkahwin, jauh sekali mempunyai anak tapi tak salah kan kalau sesaja nak berkongsi ILMU..moga dapat jadikan panduan untuk diri sendiri kelak...hehe ^,^ selamat membaca!

Detik si kecil tersayang boleh mengeluarkan kata-katanya buat kali pertama dengan mengungkap perkataan seperti mama dan papa tentunya saat istimewa khususnya kepada ibu dan bapa.
Secara umumnya, bayi mula mempelajari cara pertuturan menerusi individu yang berada di sekeliling atau yang kerap bersamanya.

Lazimnya, bayi mula memberi tindak balas sebaik saja mereka dilahirkan manakala kanak-kanak normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan hingga ke usia setahun setengah.

Untuk itu, enam bulan pertama saat yang amat penting apabila ibu bapa harus berkomunikasi dengan bayi mereka dalam usaha merangsang kanak-kanak bercakap.

Seawal usia 10 hingga 12 bulan, bayi lazimnya sudah boleh mengungkap beberapa perkataan penting yang selalu didengarinya seperti papa, mama, baba, ibu dan umi.

Berikut beberapa panduan terhadap perkembangan percakapan bayi dan kanak-kanak mengikut usia. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus daripada perkembangan pertuturannya boleh dianggap normal.

Namun, sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan perkembangan pertuturan anak, rujuklah kepada pakar dengan segera.

Bayi baru dilahirkan
Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi.

Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada usia sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada usia satu hingga dua setengah bulan.

Bayi usia tiga bulan
Bayi boleh meniru bunyi percakapan.

Bayi usia empat bulan
Bayi boleh menyebut satu suku kata contohnya ba, da, ga, gu.

Bayi usia lima bulan
Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang contohnya bababa dan lalala.

Bayi usia enam bulan
Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar seperti emak, ayah atau tak.

Bayi usia tujuh bulan
Kebanyakan bayi boleh menyebut mama dan dada yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya.

Bayi usia lapan bulan
Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya, meminta dia memegang objek atau tangan anda.

Bayi usia sembilan bulan
Dalam lingkungan usia ini, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan.

Bayi usia 10 bulan
Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul.

Bayi usia 11 bulan
Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan selain emak atau ayah.

Bayi usia 12 bulan (setahun)
Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya.
(Sumber: Harian Metro online)
Terima kasih kerana membaca.
Sekian. Wassalam.. =)

Friday, 27 February 2015

RAHSIA REZEKI MELIMPAH RUAH

Assalammualaikum w.b.t.

Sebenarnya masih ramai peniaga sangat berkira untuk berkongsi perniagaannya bersama orang lain atau makhluk Allah lain. Contohnya, apabila ada kucing datang meminta makanan, dihalau terus haiwan itu.

Malah, ada yang keterlaluan hingga sanggup menyimbah kucing dengan air atau minyak panas hingga melecur hanya disebabkan haiwan itu masuk dan mengintai makanan.

Begitu juga dengan tanggapan sesetengah masyarakat kononnya kucing hanya layak menerima sisa makanan atau makanan basi. Ia kerana mereka rasa rugi besar untuk memberi makanan elok kepada haiwan ini.

Saya juga tersentuh untuk berkongsi sikap segelintir peniaga yang terlalu berkira dengan pelanggan. Pada zaman bujang dulu, saya pernah singgah ke pasar malam untuk membeli makanan.

Saya pergi ke sebuah gerai untuk membeli nasi campur dan meminta peniaga itu membungkuskan ikan bilis sambal pada harga RM2. Ketika itu saya masih bujang dan lauk yang dibeli hanya untuk saya makan seorang. Kalau beli banyak dan tak habis, membazir pula nanti.

Namun peniaga itu menjawab: “Minta maaf, kalau nak beli paling sikit RM4.”

Saya menjelaskan bahawa lauk itu untuk saya seorang saja makan tetapi dia bertegas tidak mahu melayan saya lagi.

Saya hairan mengapa perlu terlalu berkira. Bukannya saya minta percuma, cuma mahu membeli dalam kuantiti yang sedikit. Pada saya, jika pelanggan minta sedikit, letak saja sedikit. Bukankah menyampaikan hajat orang itu sangat besar ganjarannya.

Sebenarnya inilah masalah yang dalam kebanyakan kita pada hari ini. Selalu menginginkan rezeki yang banyak dan terbaik tapi tidak sedia untuk memberi yang terbaik daripada kita. Kita kadangkala tidak percaya kepada ‘The Power of Giving’.

Pepatah ada mengatakan, ‘The more you give, the more you will get back.’ (Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita dapat balik). Inilah rahsia sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Auf, jutawan yang sering memberikan hartanya yang terbaik pada perjuangan Islam.

Natijahnya, sahabat berkenaan dijanjikan Rasulullah SAW sebagai ahli syurga sewaktu hayat mereka lagi. Tanyalah juga kepada jutawan di Malaysia, pasti ada cerita dan rahsia di sebalik rezeki mereka yang melimpah-ruah dan tidak putus-putus itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 1:36 AM
Oleh Mohd Hassan Adli Yahya
(Harian Metro)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Saja nak berkongsi. Membaca artikel ni membuatkan Yaya muhasabah diri sendiri. Ia bukan hendak dikata pada peniaga-peniaga je tapi untuk kita semua juga. Sememangnya kadangkala kita terlalu takut untuk memberi atau berkongsi rezki yang telah Allah SWT beri ni dengan orang atau makhluk Allah yang lain. Mungkin risau perbelanjaan kita akan berkurang atau tidak mencukupi. ALLAHUAKBAR. Percaya dan yakinkanlah diri kita sendiri bahawa rezki itu ditangan Allah. Bila kita yakin rezki itu Allah yang beri, pasti kita akan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. InsyaAllah.
Sekian,Wassalam...=)

Tuesday, 24 February 2015

SO SWEET...

Assalammualaikum w.b.t.
Kuala Lumpur: Kehadiran suami ke hospital membawa kek untuk isterinya selepas terpaksa bersanding seorang diri bukan saja meninggalkan kenangan manis untuk mereka, malah gambar pasangan itu turut ‘viral’ di laman sosial hari ini, dengan ramai menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat manis dan menyentuh perasaan.

Mohd Suhairi Md Salleh,26, dan Ainul Aqmar Arzmi,25, ‘berpisah’ seketika di hari persandingan mereka di kediaman pihak lelaki, Ahad lalu selepas Ainul terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya Specialist Centre, Sungai Petani, Kedah.

Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang Sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst).

“Pada 8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal.

“Sebelum itu, pada Rabu lalu, saya ada berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan penyakit saya ini dan doktor maklumkan, ia belum membimbangkan.

“Tak sangka pula jadi begini. Apa yang mampu saya lakukan hanya berserah kepada Allah SWT dan reda dengan ketentuannya kerana perancangan untuk bersanding di sebelah lelaki sudah diatur ,” katanya yang bekerja sebagai guru.

Menurutnya, selepas menjalani pembedahan, suaminya muncul di hospital pada 4 petang, Ahad membawa kek untuk dipotong bersama sambil bergambar kenangan.

“Itu antara kenangan paling indah dan tak dapat saya lupakan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Suhairi berkata, dia mendapat idea untuk ke hospital dan membawa kek itu selepas dimaklumkan oleh jurugambar perkahwinannya, Kawaras Yahya, 30.

“Pada awalnya saya tertekan kerana terpaksa bersanding tanpa isteri. Selepas bersanding, saya ke hospital membawa kek bersama jurugambar (Kawaras) dan beberapa rakan.

“Hospital itu terletak hanya 500 meter dari kediaman saya,” katanya.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur pembedahan itu blancar.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dan isteri ada gambar kenangan yang boleh diabadikan biarpun gambar dirakam di hospital,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.
(Petikan akhbar Harian Metro)
=========================================================================
Tak baca paper pon semalam..hari ni terbaca pula online berita pasal semalam, cam sweet je news kat atas ni...kan ^_^ Apa yang sweet sangatt ? Hehe..yelaa sweet tengok pasangan pengantin ni dengan husband dia siap bawa kek wedding dorang ke hospital lagi tuu dengan wife yang masih terbaring atas katil.huhu

Apapun hope his wife akan cepat sembuh..dan moga dipermudahkan segala urusan mereka..amin..moga juga mereka tabah menghadapi ujian ini.

Sekian,Wassalam..

Monday, 23 February 2015

BREAKING FAST @ MOSQUE NABAWI

Assalammualaikum w.b.t.
#SUBHANALLAH =)

Bila tengok suasana macam ni teringin pula nak merasa..bestnyer.. ^_^ Harap berpeluang suatu hari nanti..InsyaAllah..amin. Moga dipermudahkan. =D Comel pula tengok budak tu edar makanan...heeee MASYA'ALLAH!
        
     *gambar sumber:FB-Hafiz Hamidon

Friday, 20 February 2015

SEKADAR RENUNGAN : PERINGATAN KITA BERSAMA

Assalammualaikum w.b.t.
Bak kata orang putih "Don't judge book by it's cover"..mungkin sekarang kita tengok seseorang itu bersikap kurang baik, tapi jangan cepat menilai kerana tidak mustahil kelak dia akan berubah..malah mungkin lebih baik dari diri kita sendiri...~
Anda fikir anda cukup HEBAT?? Fikirkanlah sekali lagi...
ALLAH itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
"Ya Allah..letakkanlah DUNIA ini ditangan kami..
dan bukannya diHATI kami..
Aminn..."
#Peringatan Bersama
Sekian,Wassalam...

Wednesday, 18 February 2015

TENANGLAH KAMU DI ALAM SANA, WAHAI SAUDARAKU....

Assalammualaikum w.b.t.

Bulan Februari 2015 ni banyak pula dengar tentang berita kematian..semalam dapat berita kematian seorang saudara terdekat Yaya iaitu kakak saudara Yaya sendiri. Baru berusia 28 tahun 2015 ni. Arwah ada penyakit kanser ditahap yang serius. Tak terkejut mendengar berita tu sebab tahu arwah memang sedang sakit tenat. Tapi yang terkilan, tak sempat nak jumpa dia secara berdepan semasa hayat dia masih ada. Kecewa dengan diri sendiri sebab tak pergi melawat dia masa dia sakit tu.

Antara status yang di-update oleh adik arwah...

Rasanya antara sedara-mara Yaya (yang muda/sebaya la kan), Yaya paling rapat dengan arwah dulu. Zaman budak-budak la katakan. Nakal pun boleh tahan..huhu. Haihh tetibe sebak pula bila teringat cerita lama dengan arwah.

Lepas tu bila Yaya sekeluarga pindah rumah baru, dan zaman masa tu pun makin berubah,masing2 bawa haluan sendiri. Jumpa semula pun dalam FB je. Dan tak sangka dia ada penyakit se-serius itu.

Last dia mesej Yaya dalam telefon, dalam bulan 10 @ 11 tahun lepas kot. Masa tu dia memang da sakit. Dan Yaya boleh nampak dia berubah sikap perlahan-lahan. Berubah untuk menjadi lebih baik of course. Dia mesej Yaya untuk tanya hal-hal agama. Yaya terperanjat sikit sebab dia tanya hal tu kat Yaya. Yela, sebab sedar diri ni pun bukan baik sangat, amal ibadah masih tunggang langgang tapi Yaya cuma beritahu arwah, apa yang Yaya tahu je la. Selebihnya perlu tanya yang lebih arif.

Niat untuk berjumpa masa tu memang ada. Yela,supaya boleh mengajar dan belajar sama-sama bab agama ni tapi tak berkesempatan sebab jarak dan masa. Itu yang buat Yaya rasa sangat terkilan. Cuma sempat tatap wajah arwah buat kali terakhir dihari nak dikebumikan je. =<


Jadi, pengajarannya disini, buat korang semua dan peringatan untuk diri Yaya sendiri, jika ada terdengar saudara yang sedang sakit, segeralah bertemu dengan mereka, kita memang takkan mampu mengubah keadaan mereka tapi serba sedikit pasti mampu untuk menyenangkan hati mereka kerana itu tanda kita masih prihatin dengan mereka.InsyaAllah. Jangan jadi macam Yaya macam ni, asyik tangguh nak berjumpa, sudahnya jumpa waktu arwah telah pergi buat selamanya....ALLAHUAKBAR! =(

Buat kakak saudaraku yang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, tenanglah kamu dialam yang baru itu, satu2nya tempat 'persinggahan' sebelum ke alam yang kekal abadi iaitu Alam Akhirat. Doa kami yang masih ini akan sentiasa mengiringimu dialam sana. InsyaAllah...

Mohon kawan-kawan sekalian sedekahkan AL-FATIHAH bersama-sama ye....

p/s: maaf entri ni agak panjang. Luahan hati sendiri...

Sekian,Wassalam...

WORDLESS WEDNESDAY : LEARN CHINESE...

Assalammualaikum w.b.t.
HAPPY CHINESE NEW YEAR! ^,^

Saturday, 14 February 2015

DOA PILIHAN : MENGERATKAN UKHWAH

Assalammualaikum w.b.t.
DOA RABITAH
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

AMINNN...
Intisari maksud doa rabitah:

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-

(Sifat-sifat Hati)
  • berkumpul kerana mengasihiMu,
  • bertemu kerana mematuhi perintahMu,
  • bersatu memikul beban dakwahMu,
  • hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

(Didikan Hati)
  • maka eratkanlah ikatannya,
  • kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
  • tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

(Bekalan Hati)
  • penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
  • lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
  • dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

(Amalan Hati)
  • suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
  • jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

Amin Ya RabbalA'lamin


Sekian,Wassalam...
Sumber: mzulkamal

Friday, 13 February 2015

BELASUNGKAWA

Assalammualaikum w.b.t.

 "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Thursday, 12 February 2015

CARI PERBEZAAN GAMBAR

Assalammualaikum w.b.t.

CARI PERBEZAAN GAMBAR lol ^,^

SEKADAR RENUNGAN : SOLAT DIHUJUNG WAKTU

Assalammualaikum w.b.t.
 AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU
Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
 
Dia mula menjerit; "Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang Maha Benar.

------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka. Siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk saya juga..Sama-sama kita memperbaiki amal ibadah kita.
-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

Wednesday, 11 February 2015

Monday, 9 February 2015

QUICK ENTRY : CHEAT DAY!

Assalammualaikum wbt

Taip entri memalam di waktu yang sangat penat + mengantuk telah memaksa saya untuk menaip kisah entri ini menjadi ringkas walaupun banyak yang nak dikongsi cerita..huhu (entri ditaip tengah malam, tapi publish entri ni hari ini..heee )

1st time Yaya drive sendiri pergi Sunway Pyramid (SP) ni sensorang..selalu sebelum ni pergi berteman..huuu
Nasib baikla da usha tanya member Yaya dulu sebelum nak datang SP ni. Yela risau juga sesat kemana-mana,kan..dah la xbiasa kat sini, masuk lif pun xjumpa floor mana nak keluar@turun..eh yang ni bukan Yaya sorang je, ada lagi yang satu lif dengan Yaya pon dorang sesat..hahahaah ada 'kawan' nampaknya Yaya ^o^ Sudahnya keluar lif pergi tempat 'manual' turun guna eskulator (betul ke ejaan?hehe=p) je..senang!

Suasana diruang legar..biasalah. Semua mall rasanya ada kan..nak musim tahun baru cina ni.. 

Sebenarnya tujuan Yaya datang ke SP tu bukan sesaja tapi nak jumpa some0ne....ngeee BOYFRIEND? dok ehhh!! Tapi GIRLFRIEND..haha
This is my lalink...Yaya mai masa dia tengah kerja..yup..! Ini pun dia tengah layan customer yang datang inquiry..Yaya curi snap sikit..hehe. I'm sorry yunk. Kacau awak masa kerja >,< rindu nye pasal + lama sangat xjumpa awak..huuu

Lepas tu kami sempat lunch sesama...then lepas tu jenjalan kejap..hehe suka hati awak je kan keluar masa kerja =p 

Masa Yaya sampai kat SP ni Yaya terperasan 1 kiosk makanan ni..
HOUSE OF MINI..
Sebelum ni pergi xperasan pun ada..baru lagi kot..eh jap.Last Yaya pergi sini tahun lepas..hehe..kira baru la jugak tu kan..lama dah cari dessert ni..kat I-City Shah Alam dulu ada tapi dah xda plak sekarang, xtau mana area terdekat lagi ada..dah alang pergi SP ni ternampak plak, ditakdirkan masa ni dia buat HAPPY HOUR..beli 12pcs just only RM10! so apalagi borong 2set laa..hehe then belanja sikit kat lalink Yaya tu sekali..dia kata pun xpernah lagi merasa..samala dengan Yaya..hehe

Mini cup cake..
Mini doughnuts..
Semua Yaya amik 12pcs serba 1..hehe untungla sedap..lau x....haha 

Hasil belian...
NYUMMY! comei sangat! ^,^
Agak2 korang Yaya ke makan semua ni?? ^o^ 
memang takkk laaa! Amik sket 4 cup cake n 4 donut, balance bagi famly Yaya..=)

Sampai sini saja..not much to story..masa pendek..Yaya pun xberani nak lelama kat sana. Almaklumlah drive sensorang..kalau ada orang bawa takpela juga..heee



Meet up after almost 2years not meet..oh meee..sangat rindu kamoo tau xx??
Awak semakin shanteq + cumil la ^,^
Thanks 4 today yunk..awak dah buat diet saya out hari ni..terlalu banyak kalori diambil hari ni..huuu nak nanges saya.. >,< tapi xpe..will cover back..anggap hari ni as my CHEATING DAY je larhh..huhu..
Anyway, will mish euuu n for sure will see u again...^_^
Thanks 4 reading..
Sekian,Wassalam.. =)

Sunday, 1 February 2015

SELANGOR PLUS 5KM RUN NEGERI SELANGOR 2014

Assalammualaikum w.b.t

Yeaa..lepas sudahh..dah rehat jam siang tadi lepas larian ni..tu yang update entri memalam..ponat..huhu kaki still sakit..sakit lutut den ni ha..macam org tua..huhu >,< payoh ni

Anyway macam yang Yaya mention sebelum ni, hari ni adalah hari larian 5km di Shah Alam. Eh kenapa 2014 tajuk tu? Actually memang 2014..supposed acara ni berlangsung bulan 12 yang lalu tapi disebabkan berlakunya bencana terbesar melanda Negara kita di beberapa buah negeri, jadi mereka pun menghormati buat mangsa-mangsa bencana. Yela,orang tengah sedih, suasana pun muram xkan lah nak buat acara2 yang sebegitu,kan..
Ok! Pagi tadi Yaya sampai di lokasi seawal 6.45 macam tu la..masa tu pon dah ramai orang..bayangkanlah jumlah penyertaan sebanyak 2k++!! woww...memang ramai betul orang kat sana..nasib baik juga la Yaya dikira awal sebab masa sampai tu xsesak lagi...macam dalam gambar kat atas ni la..mase ni lama juga tunggu..mungkin crew acara tu tunggu nampak matahari sikit kot..haha..golap kot waktu ni ^o^ FYI, Yaya p sini sensorang je...huuuu xde kawan nak ajak...so nk buat cmne,sorang je laaa melangut kat situ. Jeles tengok orang lain..dengan family, wife/husband, baby pon ada, yela ni larian for fun so,memang digalakkan pun bawak sefamily..ada yang bawak kengkawan...xpela..mayb next time ber2 or ber3 ke..heeee =D

Dalam kul 7 macam tu baru start..MC bagi kata2 pendahuluan..then buat senamrobik...lepas senaman,hari pun dah cerah sikit baru 'berlepas'..hehe Mula larian dalam jam 7.25 pagi...sejauh 4.5-5KM macam tu..bagi Yaya jarak tu xjauh sangat, sebab tu Yaya leh join..hehe tapi kalau buat lebih dari tu..fuhhh mintak maaf la nak join. Ini pun dah sakit lutut..kalau takat berjalan boleh la..hehe

Larian sejauh 5KM tidak perlu mengambil masa yang lama bagi mereka yang berlari..kalau Yaya masa ni ambil masa lebih kurang setengah jam jugak la..haha..yela,selalu jog kat Tasik tiap minggu pun jog dalam 2.8KM ambil masa 15-20 minit jugak..ni kan pula 5KM..tapi jangan xpercaya, nak tahu tak juara kategori Lelaki Terbuka ambil masa berapa lama dalam larian 5KM ni?? cer tekaaa....???ONLY 17MINUTES,ok! Fuhhh...memang xdapat la nak kejar..mahunya esok Yaya MC lak xg keje ;p haha

Gambar atas ni pula dikawasan penamat...sampai je kat tempat penamat ni Yaya terus g cari air..hukhuk 100 plus & MILO penaja utama minuman..lau orang betul2 haus boleh kembung pewot minum..almaklumlah..free..heeee =D


Baru 2.... =_= errr nampak x ke'pasif'an saya disitu... >,<
'S' for SELANGOR 
^,^
Semua peserta yang masuk (yang seramai 2k lebh tu) dapat sijil dan medal larian ni. So good! ^_^ Ok itu je pic yng Yaya amik. Ada banyak pic sebenarnya tapi belum upload lagi..hihi..lepas tamat larian, ada majlis penyampaian hadiah pula,ada cabutan bertuah, ada tarian 'ZUMBA'..^_^ heee Nanti Yaya upload pic ye tapi bukan dari hp Yaya..hp orang lain..waahahah =p Apapun beshhh! hope this year buat lagi ^o^

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts