Bulan Februari 2015 ni banyak pula dengar tentang berita kematian..semalam dapat berita kematian seorang saudara terdekat Yaya iaitu kakak saudara Yaya sendiri. Baru berusia 28 tahun 2015 ni. Arwah ada penyakit kanser ditahap yang serius. Tak terkejut mendengar berita tu sebab tahu arwah memang sedang sakit tenat. Tapi yang terkilan, tak sempat nak jumpa dia secara berdepan semasa hayat dia masih ada. Kecewa dengan diri sendiri sebab tak pergi melawat dia masa dia sakit tu.
Antara status yang di-update oleh adik arwah...
Lepas tu bila Yaya sekeluarga pindah rumah baru, dan zaman masa tu pun makin berubah,masing2 bawa haluan sendiri. Jumpa semula pun dalam FB je. Dan tak sangka dia ada penyakit se-serius itu.
Last dia mesej Yaya dalam telefon, dalam bulan 10 @ 11 tahun lepas kot. Masa tu dia memang da sakit. Dan Yaya boleh nampak dia berubah sikap perlahan-lahan. Berubah untuk menjadi lebih baik of course. Dia mesej Yaya untuk tanya hal-hal agama. Yaya terperanjat sikit sebab dia tanya hal tu kat Yaya. Yela, sebab sedar diri ni pun bukan baik sangat, amal ibadah masih tunggang langgang tapi Yaya cuma beritahu arwah, apa yang Yaya tahu je la. Selebihnya perlu tanya yang lebih arif.
Niat untuk berjumpa masa tu memang ada. Yela,supaya boleh mengajar dan belajar sama-sama bab agama ni tapi tak berkesempatan sebab jarak dan masa. Itu yang buat Yaya rasa sangat terkilan. Cuma sempat tatap wajah arwah buat kali terakhir dihari nak dikebumikan je. =<
Jadi, pengajarannya disini, buat korang semua dan peringatan untuk diri Yaya sendiri, jika ada terdengar saudara yang sedang sakit, segeralah bertemu dengan mereka, kita memang takkan mampu mengubah keadaan mereka tapi serba sedikit pasti mampu untuk menyenangkan hati mereka kerana itu tanda kita masih prihatin dengan mereka.InsyaAllah. Jangan jadi macam Yaya macam ni, asyik tangguh nak berjumpa, sudahnya jumpa waktu arwah telah pergi buat selamanya....ALLAHUAKBAR! =(
Buat kakak saudaraku yang telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, tenanglah kamu dialam yang baru itu, satu2nya tempat 'persinggahan' sebelum ke alam yang kekal abadi iaitu Alam Akhirat. Doa kami yang masih ini akan sentiasa mengiringimu dialam sana. InsyaAllah...
Mohon kawan-kawan sekalian sedekahkan AL-FATIHAH bersama-sama ye....
Sekian,Wassalam...
3 Comments
Innalillahiwainnailaihirojiun...Semoga roh arwah tenang di sana...InshaAllah
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDelete