Thursday, 30 October 2014

SEKADAR RENUNGAN: DI SEBALIK 3 TANGGAPAN KEBURUKAN

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share 1 story yang terjadi pada suatu masa dahulu yang boleh kita jadikan pengajaran dan pelajaran..mohon luangkan SEDIKIT sahaja waktu untuk membaca,ye. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama. ^_^

Pada suatu hari Imam as-Syafie r.a. telah datang berkunjung ke rumah Imam Ahmad b. Hambal. Sesudah makan malam bersama, lalu Iman Syafie masuk ke bilik yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok fajar.

Puteri Imam Ahmad yang mengamati Imam Syafie sejak daripada kedatangannya sampai masuk ke bilik untuk tidur berasa pelik, lalu bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, "Ayah! ayah selalu memuji dan mengatakan bahawa Imam Syafie itu seorang ulama yang alim. Tetapi setelah aku perhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidaklah sealim yang aku sangka."

Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia bertanya balik, "Ia memang seorang yang alim anakku, mengapa engkau berkata demikian?"

Puterinya berkata lagi, "Aku perhatikan ada 3 hal kekurangannya ayah. PERTAMA, pada waktu disajikan makanan, makannya dengan begitu lahap sekali. KEDUA, sejak masuk ke biliknya, ia tidak bangun untuk solat malam dan KETIGA, ia solat subuh dengan kita tanpa berwuduk."

Imam Ahmad merenungkan perkataan anaknya itu. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan mengetahui denga lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Imam Syafie.

Tersenyum Imam Syafie mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata, "Wahai sahabtku Ahmad, ketahuilah, aku banyak makan dirumahmu kerana aku tahu makanan yang ada dirumahmu itu jelas HALAL dan ada KEBERKATANNYA. Aku tidak meragukannya sama sekali, kerana itulah aboleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang yang pemurah. Makanan orang PEMURAH itu adalah ubat dan makanan orang yang BAKHIL adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk BERUBAT dengan makananmu.

"Ya Ahmad, sedangkan mengapa aku tidak bangun solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku diatas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat dihadapanku KITAB ALLAH dan SUNNAH RASUL-NYA. Dengan izin Allah, malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ILMU FIQAH Islam sehingga aku tidak sempat bersolat malam.

"Dan kenapa aku tidak wuuduk lagi ketika solat subuh bersamamu kerana aku pada malam itu tidak dapat tidur walau sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat fajar dengan wuduk solat Isyak."

Wallahualam..
Itu sahaja. Sama-sama kita renungkan pengajaran disebalik kisah di atas ini. Semoga mendapat manfaat.

Sekian,Wassalam... =)

Thursday, 23 October 2014

SALAM AWAL MUHARAM 1436H

Assalammualaikum w.b.t.

Lagi beberapa hari je lagi kita nak sambut tahun baru 1436h kan.. SubhanaAllah sekejap masa tu berlalu..(lambat nyer masa berlalu lau dalam kalendar biasa ni...huhu ;p) Alhamdulillah, harap dapat menempuh hari2 dalam tahun baru yang bakal tiba ni dengan baik..

Bila dah nak akhir tahun dan awal tahun ni, mesti ada doa2 dan amalan sunnah yang kita bleh lakukan bagi menambah lagi amal ibadah seharian kita,kan. Macam dalam entri tahun yang lalu, Yaya share lagi sebagai tanda ingat-mengingatkan sesama kita je ye..=D


1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)
2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut
Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.
Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.
4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
5.  Qiamullail:
a)     Bersolat sunat Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.
6.  Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa diatas:
ATAU boleh juga di baca;
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”
Wallahu A’lam bishowab
Sumber: KLIK SINI
Semoga tahun yang baru yang bakal tiba ni, akan membuatkan diri kita lebih baik dar tahun sebelumnya. InsyaAllah. Sama2 kita berusaha ye.! ^_^

p/s: entri ni Yaya pernah publishkan juga tahun lepas..sengaja publish lagi sekali sekadar untuk perkongsian, mengingatkan diri sendiri juga.. 
Sekian,Wassalam =)

Monday, 20 October 2014

DOORGIFT: CANTIK DAN BERMAKNA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share something yang maybe korang or sesiapa je lah yang sedang mencari DOORGIFT xkira la untuk apa occasion, kecil mahupun besar yang menarik + cantik = simple tapi yang paling penting ia boleh digunakan untuk sepanjang hayat.. ^_^ xmau entri berjela...just nak introduce @ promote the things..straight to the point..hehe

2 tasbih dibawah ni Yaya beli melalui online je..beli untuk kegunaan sendiri dan sebagai hadiah give to someone =) 
HOMEMADE!
Cantikkan....? ^,^
Tasbih 33 butir + pin yang bertemakan GAZA

Tasbih 99 butir..
Paling suka yang ni sebab dia WANGI..dan punya BANYAK pilihan WARNA.. 
^_^
Ada banyak lagi choice yang lain. Bukan untuk orang yang nak beli secara banyak or borong je tapi kalau nak beli setakat 1-2 macam Yaya ni pun boleh tau. Korang yang berminat bolehlah g usha kat FB - BEAUTIFUL TASBIH ni..

FYI, sekarang dia tengah buat promotion untuk sesiapa yang nak order MINIMUM 50sets ok..xmahal pon...sesuai dengan bajet sederhana ^_^ ada FREEGIFT lagi tu ye..sampai 30 OKTOBER ni je!! grab cepat..!! =D 

Anyway, Yaya saje promote sebab dah pernah beli kat situ, puas hati so, tolong la promote untuk sesiapa yang sedang mencari DOORGIFT yang boleh digunakan sepanjang hayat..InsyaAllah..asal niat betul ='>

Sekian, Wassalam

Sunday, 12 October 2014

PC EXPO @ SCCC, SHAH ALAM

Assalammualaikum w.b.t.

Sekarang Yaya da jarang update blog kan..huhu..xpe, this time nak update sikit about today's story ^,^ apa? Macam yang korang baca kat tajuk atas tu la...today it's a last day..dorang start dari hari Jumaat lagi..lambat pula Yaya update..hehe lau x,maybe sesiapa yang duduk kat area Lembah Klang ni boleh singgahh sat kan.. ;p Sorryy..

Lama dah tengok banner pasal PC Expo kat Setia City Convention Centre (SCCC) tu..2minggu sebelum event tu lagi..start dari tu dah memang plan nak pergi Expo tu..nak cari PRINTER dan PENDRIVE yang murah (of course la yg mura...agagaga ^o^) CADANG nyerr 2 barang jeee..tapi dah sampai, memacam pulakk =p
Powerbank 20000 
Percaya atau tidak kesemua diatas ni berharga RM50??!! 
yezz!!! ^,^

External H.Disk 1TB..-Bought from my sis... =) Beli 1 free 3 ^_^

Banyak barang Yaya ni..Headphone, Mini MP3, Car MP3, Pendrive 32GB,
Micro SDCard 8GB...nyum3...'Kenyanggg...' hoho semua murah jeee ^,^

Printer ONLY yang paling murah...kat sana, print black & white dan colour..
dapat jugak akhirnya..only RM79!! ^,^

Ok..All DONE! ^_^ poket dah kering..jadi terus balik..payah lau lama2 sangat kat sana nanti..plan 2 barang je nak beli tapi ni sudah lebih nii... >,< ngeeee..but still under my budget..so, ok la..overall ;p lama xbeli punya pasai..Next time target is new HP and Laptop..start saving now..huuuuu

Sampai sini sahaja nukilan saya (nukilan la sangattt) thanks sudi singgah blog Yaya ye kengkawan sayunkkk... ^_^ Sekian,Wassalam =)

Thursday, 9 October 2014

SEKADAR RENUNGAN : ELAK PANAHAN MATA

Assalammualaikum w.b.t.

Luangkan sedikit masa untuk membaca kisah di bawah ni, INSYA-ALLAH mungkin akan dapat memberi kita sedikit pengajaran mahupun peringatan yang dapat kita perbaiki dan praktikkan dalam kehidupan seharian kita...


Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas.

Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,". Segera beliau menyampuk, "Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi," Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak sekarang,"

Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata,"

Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak merenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita PERLU puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut SubhanAllah atau Masya Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.

Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,"

Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang. Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya

Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya.


Sekadar renungan..sekian, Wassalam.. =)

Sunday, 5 October 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1435H

Assalammualaikum w.b.t.

Disini Yaya ingin mengambil kesempatan untuk wish all blogger yang tengah baca entri ni, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA@QURBAN@HAJI
maafkan salah silap Yaya kalau ada dengan korang ye..tolong jangan simpan dalam hati..heeee ^,^ semoga Allah SWT mengampunkan dosa2 kita yang lalu..amin..

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts