SEKADAR RENUNGAN: DI SEBALIK 3 TANGGAPAN KEBURUKAN

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni Yaya nak share 1 story yang terjadi pada suatu masa dahulu yang boleh kita jadikan pengajaran dan pelajaran..mohon luangkan SEDIKIT sahaja waktu untuk membaca,ye. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama. ^_^

Pada suatu hari Imam as-Syafie r.a. telah datang berkunjung ke rumah Imam Ahmad b. Hambal. Sesudah makan malam bersama, lalu Iman Syafie masuk ke bilik yang telah disediakan untuknya dan beliau segera berbaring (tidur) hingga esok fajar.

Puteri Imam Ahmad yang mengamati Imam Syafie sejak daripada kedatangannya sampai masuk ke bilik untuk tidur berasa pelik, lalu bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, "Ayah! ayah selalu memuji dan mengatakan bahawa Imam Syafie itu seorang ulama yang alim. Tetapi setelah aku perhatikan banyak yang tidak berkenan di hatiku dan tidaklah sealim yang aku sangka."

Imam Ahmad agak terkejut mendengar perkataan puterinya. Dia bertanya balik, "Ia memang seorang yang alim anakku, mengapa engkau berkata demikian?"

Puterinya berkata lagi, "Aku perhatikan ada 3 hal kekurangannya ayah. PERTAMA, pada waktu disajikan makanan, makannya dengan begitu lahap sekali. KEDUA, sejak masuk ke biliknya, ia tidak bangun untuk solat malam dan KETIGA, ia solat subuh dengan kita tanpa berwuduk."

Imam Ahmad merenungkan perkataan anaknya itu. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan mengetahui denga lebih jelas, dia menyampaikan pengamatan puterinya kepada Imam Syafie.

Tersenyum Imam Syafie mendengar pengaduan puteri Imam Ahmad tersebut. Lalu dia berkata, "Wahai sahabtku Ahmad, ketahuilah, aku banyak makan dirumahmu kerana aku tahu makanan yang ada dirumahmu itu jelas HALAL dan ada KEBERKATANNYA. Aku tidak meragukannya sama sekali, kerana itulah aboleh makan dengan tenang dan lahap. Lagi pula aku tahu engkau seorang yang pemurah. Makanan orang PEMURAH itu adalah ubat dan makanan orang yang BAKHIL adalah penyakit. Aku makan semalam bukan supaya kenyang, akan tetapi untuk BERUBAT dengan makananmu.

"Ya Ahmad, sedangkan mengapa aku tidak bangun solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku diatas bantal untuk tidur, tiba-tiba seakan-akan aku melihat dihadapanku KITAB ALLAH dan SUNNAH RASUL-NYA. Dengan izin Allah, malam itu aku dapat menyusun 72 masalah ILMU FIQAH Islam sehingga aku tidak sempat bersolat malam.

"Dan kenapa aku tidak wuuduk lagi ketika solat subuh bersamamu kerana aku pada malam itu tidak dapat tidur walau sekejap pun. Aku semalaman tidak tidur sehingga aku solat fajar dengan wuduk solat Isyak."

Wallahualam..
Itu sahaja. Sama-sama kita renungkan pengajaran disebalik kisah di atas ini. Semoga mendapat manfaat.

Sekian,Wassalam... =)

Post a Comment

5 Comments

  1. Alamak!!!...dah update!!..hahaha..nnti kejap..sy nk cri idea dulu..x pe2..awk update la dlu~~~...kikiki..tunggguuu!!... =P

    ReplyDelete
  2. tak baik baik bersangka buruk terhadap seseorng tanpa mengetahui hal yang sebenar.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Betul tu tak baik bersangka buruk sebelum mengetahui perkara sebenar...

    ReplyDelete