Friday, 28 February 2014

DOA PILIHAN : MOHON URUS AGAMA DENGAN BENAR

Assalammualaikum w.b.t
Maksudnya: Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
aminn...

Thursday, 27 February 2014

RENUNGAN: KESALAHAN DALAM SOLAT-2

Assalammualaikum w.b.t.
Mari edit solat kita agar menjadi lebih baik..
semoga solat diterima Allah SWT..amin.
InsyaAllah..

Selain dari 5 kesalahan di atas, dalam entri ni pun ada nyatakan kesalahan yang lain..
Sekian,Wassalam ..

Tuesday, 25 February 2014

NOSTALGIA KU: DARJAH 1

Assalammualaikum w.b.t.

Rasanya boleh agak Yaya yang mana 1? ^o^ 

Saturday, 22 February 2014

DOA PILIHAN : MERAWAT SAKIT KEPALA

Assalammualaikum w.b.t.
InsyaAllah...
Yakin pada Allah SWT..sesungguhnya DIA yang memberi penyakit dan DIA juga menyembuhkan..

Sekian,Wassalam..

Thursday, 20 February 2014

RENUNGAN : PENGUMPAT!

Assalammualaikum w.b.t.
(Surah Al-Humazah: 1-9)
PENGUMPAT!
Kecelakaanlah bagi pengumpat. Antara ayat didalam surah Al-Quran. Mengumpat..atau dalam ayat yang lain, memperkatakan tentang orang lain. Jika baik, boleh dijadikan teladan tidak mengapa tetapi berkata yang buruk mengenai seseorang apa faedahnya? 
Di akui zaman jahil dulu memang tidak lari dari umpat-mengumpat ni..mungkin sebab menganggap mengumpat ni hal yang ringan jadi tidak mengambil kira akan dosa yang telah ditanggung. Tak pasal-pasal bagi orang yang diumpat tu PAHALA FREE tau..baik untuk orang yang diumpat tapi berat dosa yang ditanggung bg yang mengumpat tu. So, pilih, pahala atau dosa....

Mana tahu orang sedang mengumpat ni? Mana boleh jumpa orang seperti ini? Tak perlu mencari..ia ada disekeliling kita..kadang orang mengumpat@mengata orang lain tanpa mereka sedari yang mereka telah melakukan dosa..mereka fikir ia bukan mengumpat...*kalau da cakap@borak pasal hal orang lain itu mengumpat la namanya!*biasa boleh dilihat di tempat kerja, tempat belajar, lagi menonjol bila kat kenduri-kenduri ni..kan gotong-royong @ 'merewang* pasti akan ada orang yang mengumpat, kalau bukan ngumpat pasal majlis kahwin tu, pasti ngumpat hal lain, yela, kan LAMA xjumpa sedara-mara..*errrr =_=*

Ni cerita sebenarnya..contoh Yaya nak bagi dekat office Yaya ni. Yaya sorang je malay..majoriti semua sini chinese. Dorang pon sama juga lak macam orang kita ni, suka juga mengumpat rupanya..huhu. Nasib baikla Yaya xfaham walaupun tau dorang tengah mengata tapi sebab Yaya xfaham kan, concentrate je la buat keja, pekakkan telinga, butakan mata je. Kalau faham, dah tntu free2 je tmbh dosa sama. Nak nasihat dorang, bukan dorang faham. Lagi dorang ngumpat Yaya balik adalah, kata tunjuk baik pula..huu adesss..sabauuu je laaa ! >,< 

Masalah juga kan...orang banyak cakap jadi bahan umpatan, orang xbanyak cakap pon jadi bahan juga..hm. Manusia...xkira bangsa semua sama je. Perlu ada kesedaran diri..pendidikan MORAL! huh 

Yaya saja buat entri ni untuk peringatan semua termasuk diri sendiri..kadang-kadang ada terleka juga, xsedar diri sedang bercakap mengenai orang lain..bila jadi macam tu, cepat-cepat la ISTIGHFAR, cepat-cepat ubah topik, lari dari bercakap hal orang lain kecuali jika ianya untuk teladan dan kebaikan kepada diri..
Aminnn...
Renungan bersama
Sekian, Wassalam..

Tuesday, 18 February 2014

NOSTALGIA KU: LUKISAN

Assalammualaikum w.b.t.

Bila mengemas bilik, kadang2 mengemas kat 'tempat tersembunyi'..terjumpalah macam2 kenangan sewaktu masa dahulu..hehe antaranya macam lukisan kat bawah ni..haaaa jangan xtau Yaya dulu suka melukis tapi kena tengok gambar la..lau suh reka sendiri memang xreti...=p 

Semua pic Yaya tiru dari komik..dulu kan suka layan majalah@komik karton je banyak >,< tapi lukis pun tengok jugak, nak yang cantik + menarik je..haha ok la. Layan mate korang je la..ni Yaya scan je..sebab tu ade yang xjelas..xlawa mana pon..tangan budak2 kan ^,^ (budak la sangaaaatt!) 















Banyak tak Conan?? hehe..peminat tau..ingat korang je minat? ^,^

Itu je..hee..pelik x ade yang kecik besar...mana yang Yaya sengaja besarkan tu makna Yaya suka lukisan tu..hehe..korang suka juga tak? suka tak? *baik jawab suka, lau takkk.....! hehe xdela..men2 jeee ^o^*

Sekian,Wassalam =)

Friday, 14 February 2014

DOA PILIHAN : DOA SYUKUR TERHAPUSNYA DUKACITA

Assalammualaikum w.b.t.
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa Memberi Balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)
(Surah Al-Faathir: 34)

*SUBHANALLAH*ALHAMDULILLAH*LAILLAHAILLALLAH*ALLAHUAKHBAR*
^_^

Thursday, 13 February 2014

RENUNGAN : DIAM ITU LEBIH BAIK

Assalammualaikum w.b.t.

Bercakap itu memang perkara yang baik malah ianya amat penting terutama apabila masuk dalam bidang pembelajaran (di sekolah atau Universiti) mahupun bidang pekerjaan. Tapi harus diingat, ianya baik untuk perkara yang baik.

Keadaan berubah bila percakapan atau topik perbualan itu 'terkeluar' dari tajuk atau topik sebenar yang hendak dibincangkan. Seperti yang banyak boleh lihat sekarang, disekeliling kita. Mula-mula berbincang tentang pelajaran atau kerja tapi bila sudah bersama dengan rakan-rakan yang 'sekepala' boleh jadi akan timbul topik lain. Faham maksud Yaya kan.. =>

Ye, betul, pandai berkata-kata itu penting, tapi perlu ikut situasi dan tempat. Bagi Yaya, orang yang BIJAK adalah orang yang hanya akan bercakap bila perlu dan bercakap perkara yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Dan seseorang itu haruslah mempunyai ILMU tentang sesuatu perkara itu, seperti Firman Allah:

"Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya kelak pasti akan diminta dipertanggungjawabkan"
(Surah Al-Isra' : 36)

Banyak juga hadis-hadis yang memperkatakan tentang diam dan berkata-kata. Antaranya:
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.

Hadis Aisyah R.A.:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

 “Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

 “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

Sabda Nabi S.A.W. menyebutkan :
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap SOMBONG DALAM BERCAKAP.” Maka dikatakan:”Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)


Tahukah anda, DIAM juga boleh menjadi tanda kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." - Musnad Imam Ahmad

Namun, dalam masa yang sama, DIAM itu juga perlu bertempat. Jika melihat kemungkaran berlaku dihadapan mata, takkan pula kita mahu berdiam dan melihat sahaja, kan..kesimpulan yang boleh dibuat adalah samada berkata-kata atau diam, ianya perlu mengikut situasi.



















Sama2 kita renungkan dan muhasabah diri.
Sekian,Wassalam 

Wednesday, 12 February 2014

Saturday, 8 February 2014

KARNIVAL KARANGKRAF 2014 - AGAIN....

Assalammualaikum w.b.t.

Macam tahun-tahun yang sudah dah macam jadi tempat harus pergi tiap tahun plak..huu macam tahun 2012 dengan 2013 ni, pon pergi juga Karnival Karangkraf ni..nasib baik dekat Shah Alam je..lau luar Klang, Shah Alam memang xpergi la teman...hee >,<

Tahun ni masa pergi xbawak kamera or handphone..jadi xdela nak snap-snap masa kat sana..snap lepas dah membeli je...hehe


Macam tahun2 yang sudah, novel bukanlah pilihan Yaya..hehe zaman novel sudah berlalu beberapa tahun yang lalu, sekarang memang totally xde minat nak baca..apa minat baca? contoh macam buku kat atas ni la..lebih kepada untuk tambah ilmu pengetahuan..bila dah tambah ilmu, bolehla amalkan, bila da amal baru lah boleh share sesama kan..atau kita amalkan sesama..baru sesama pon dapat faedahnya...ewahhh.. semua together2 uollss..ok la kan.. ^_^

Ujian hari ni, dari pagi dengan demam n batuknya..gatai+degil pergi jugak..huhu sesaja ikut mak..nasib baik xlama, dengan cuaca sedikit terik pagi tu, Alhamdulillah. Gagah jugak sampai blik tu..maunye nak pengsan lau lagi lama (sengaja cari penyakit namanye tu... >,<). Nasib baik juga pergi dengan mak, bleh la relax jap dok kat bhgian sebelah dalam keta..memang pala pening giler macam kena magrain..

Alhamdulillah pas solat Zohor, baca doa untuk sembuh macam kat ENTRI NI , xsampai 10minit pon sakit pale tu hilang. SUBHANALLAH! ALLAHUAKBAR! Syukur sangat. Kalau x, maunye rasa cam nak pecah pale ni..huuuu

Ok tu je..memang xde modal entri..ni je yang latest..ngeee *pemalas!*
Sekian,Wassalam =)

Friday, 7 February 2014

DOA PILIHAN : MOHON KESEMBUHAN

Assalammualaikum w.b.t.

Lately ni pas habis musim limau mandarin ramai sakit tekak, batuk la, demam la, selsema la..(termasuk Yaya..huhu >,<) xkira sakit apa pun, ringan atau berat, sama2 kita amalkan salah satu doa dari ayat al-Quran di bawah ni ye..mudah2an dapat sembuh =)

(Surah Al-Anbiya : 83)

Ya Allah, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihi daripada segala (yang lain) yang mengasihani..

Amal.Usaha.Tawakal.
InsyaAllah dengan izin-NYA..

Wednesday, 5 February 2014

Popular Posts