Thursday, 20 February 2014

RENUNGAN : PENGUMPAT!

Assalammualaikum w.b.t.
(Surah Al-Humazah: 1-9)
PENGUMPAT!
Kecelakaanlah bagi pengumpat. Antara ayat didalam surah Al-Quran. Mengumpat..atau dalam ayat yang lain, memperkatakan tentang orang lain. Jika baik, boleh dijadikan teladan tidak mengapa tetapi berkata yang buruk mengenai seseorang apa faedahnya? 
Di akui zaman jahil dulu memang tidak lari dari umpat-mengumpat ni..mungkin sebab menganggap mengumpat ni hal yang ringan jadi tidak mengambil kira akan dosa yang telah ditanggung. Tak pasal-pasal bagi orang yang diumpat tu PAHALA FREE tau..baik untuk orang yang diumpat tapi berat dosa yang ditanggung bg yang mengumpat tu. So, pilih, pahala atau dosa....

Mana tahu orang sedang mengumpat ni? Mana boleh jumpa orang seperti ini? Tak perlu mencari..ia ada disekeliling kita..kadang orang mengumpat@mengata orang lain tanpa mereka sedari yang mereka telah melakukan dosa..mereka fikir ia bukan mengumpat...*kalau da cakap@borak pasal hal orang lain itu mengumpat la namanya!*biasa boleh dilihat di tempat kerja, tempat belajar, lagi menonjol bila kat kenduri-kenduri ni..kan gotong-royong @ 'merewang* pasti akan ada orang yang mengumpat, kalau bukan ngumpat pasal majlis kahwin tu, pasti ngumpat hal lain, yela, kan LAMA xjumpa sedara-mara..*errrr =_=*

Ni cerita sebenarnya..contoh Yaya nak bagi dekat office Yaya ni. Yaya sorang je malay..majoriti semua sini chinese. Dorang pon sama juga lak macam orang kita ni, suka juga mengumpat rupanya..huhu. Nasib baikla Yaya xfaham walaupun tau dorang tengah mengata tapi sebab Yaya xfaham kan, concentrate je la buat keja, pekakkan telinga, butakan mata je. Kalau faham, dah tntu free2 je tmbh dosa sama. Nak nasihat dorang, bukan dorang faham. Lagi dorang ngumpat Yaya balik adalah, kata tunjuk baik pula..huu adesss..sabauuu je laaa ! >,< 

Masalah juga kan...orang banyak cakap jadi bahan umpatan, orang xbanyak cakap pon jadi bahan juga..hm. Manusia...xkira bangsa semua sama je. Perlu ada kesedaran diri..pendidikan MORAL! huh 

Yaya saja buat entri ni untuk peringatan semua termasuk diri sendiri..kadang-kadang ada terleka juga, xsedar diri sedang bercakap mengenai orang lain..bila jadi macam tu, cepat-cepat la ISTIGHFAR, cepat-cepat ubah topik, lari dari bercakap hal orang lain kecuali jika ianya untuk teladan dan kebaikan kepada diri..
Aminnn...
Renungan bersama
Sekian, Wassalam..

18 comments:

  1. Maha Suci Allah...seperti kita memakan daging saudara kita sendiri..itulah perumpamaan dgn mengumpat...krn mengumpatlah akan timbulnya fitnah..Allah Maha Besar semoga kita dijauhkan dr sifat begitu..semoga dgn izin Allah lidah dan mulut kita sentiasa membaca ayat2 suci Allah dan berzikir memuji Allah dan rasul...semoga telinga kita menjadi pendengaran ayat2 suci Kalamullah dan Zikkirullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..smoga thindar dari perkara tu..

      Delete
  2. elakkanlah pengumpat dan janganlah jadi pengumpat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga thindar dari sikap suka mengumpat ni...

      Delete
  3. terima kasih yaya kerana mengingatkan.
    cakap bila perlu je untuk mengurangkan bercakap soal perkara2 tak berfaedah. secara tak langsung, dpt kurangkan mengumpat tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..itu antra kebaikan kurang bckap ni.. =)

      Delete
  4. subhanallah... Moga kita sentiasa dalam keberkatanNYA

    ReplyDelete
  5. Semoga kita dapat mengawal mulut kita ni daripada mengumpat. huhu ... Kekadang orang mengumpat pun In tak join tapi dengar juga sebab malas nak gerak tempat... dapat saham juga eh T.T ...tapi selalunya juga In blah dari situ. telinga tak tahan,takut nanti terlaser mulut. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harussslaaaa juga In..huhu..dgr pon kira bsubahat juga..jadi bila tdgr tu cpt2 lari ye ^_^

      Delete
  6. Moga kita dijauhkan dari sifat begini..
    Jaga lidah Inshaa Allah..akhlak terpelihara.. ^^

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua terhindar dari melakukan dosa ini..Thank for sharing Cik Yaya :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih mengingatkan...seeloknya kita kurangkan bercakap sebab mungkin kadang kala bila terlebih bercakap, tanpa sedar kita akan mengumpat dan juga jauhkan diri dari orang yg banyak cakap tentang orang lain kan :)

    ReplyDelete
  9. kdg2 termengumpat jugak bila dlm keadaan tertentu.. huhu..

    ReplyDelete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016