RENUNGAN : DIAM ITU LEBIH BAIK

Assalammualaikum w.b.t.

Bercakap itu memang perkara yang baik malah ianya amat penting terutama apabila masuk dalam bidang pembelajaran (di sekolah atau Universiti) mahupun bidang pekerjaan. Tapi harus diingat, ianya baik untuk perkara yang baik.

Keadaan berubah bila percakapan atau topik perbualan itu 'terkeluar' dari tajuk atau topik sebenar yang hendak dibincangkan. Seperti yang banyak boleh lihat sekarang, disekeliling kita. Mula-mula berbincang tentang pelajaran atau kerja tapi bila sudah bersama dengan rakan-rakan yang 'sekepala' boleh jadi akan timbul topik lain. Faham maksud Yaya kan.. =>

Ye, betul, pandai berkata-kata itu penting, tapi perlu ikut situasi dan tempat. Bagi Yaya, orang yang BIJAK adalah orang yang hanya akan bercakap bila perlu dan bercakap perkara yang boleh memberi manfaat pada orang lain. Dan seseorang itu haruslah mempunyai ILMU tentang sesuatu perkara itu, seperti Firman Allah:

"Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya kelak pasti akan diminta dipertanggungjawabkan"
(Surah Al-Isra' : 36)

Banyak juga hadis-hadis yang memperkatakan tentang diam dan berkata-kata. Antaranya:
Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.

Hadis Aisyah R.A.:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

 “Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

 “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)

Sabda Nabi S.A.W. menyebutkan :
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

Sabda Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap SOMBONG DALAM BERCAKAP.” Maka dikatakan:”Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)


Tahukah anda, DIAM juga boleh menjadi tanda kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." - Musnad Imam Ahmad

Namun, dalam masa yang sama, DIAM itu juga perlu bertempat. Jika melihat kemungkaran berlaku dihadapan mata, takkan pula kita mahu berdiam dan melihat sahaja, kan..kesimpulan yang boleh dibuat adalah samada berkata-kata atau diam, ianya perlu mengikut situasi.



















Sama2 kita renungkan dan muhasabah diri.
Sekian,Wassalam 

Post a Comment

17 Comments

  1. Nice sharing..Berdiam itu lebih baik..^^

    ReplyDelete
  2. kadang kala kita perlu bersuara dan kadang kala kita perlu diam..nice sharing yaya :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)

    Alhamdulillah,post yang bermanfaat dan peringatan yang baik :)
    In syaa Allah ...

    ReplyDelete
  4. diam itu lebih baik,namun bergantung pada keadaan ketika itu.

    ReplyDelete
  5. lidah...anggota badan yg paling berbisa kalau tak dijaga...byk cakap merapu2 mematikan hati..kan? Nauzubillah..

    ReplyDelete
  6. ingatlah kerana lidahlah yang akan meheret kita ke neraka jahanam..jika lidah kita sentiasa berzikir memuji Allah dan rasul..insyaallah Allah dan rasul pasti akan ingat kepada kita dan semoga kita diberi perlindungan ketika kita di padang mahsyar...Allahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..
      smoga kita dpt mjaga nikmat yg Allah beri dgn baik..

      Delete
  7. kerana mulut badan binasa kan.. :)

    ReplyDelete