Saturday, 29 June 2013

CINTA KERANA ALLAH!

Assalammualaikum w.b.t.
Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah...

Tidak hairanlah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.
Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.

Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya. Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran? atau sudah bercinta sebelum menikah?Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai si dia lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya....

*copy*
p/s: countdown for RAMADHAN... ^_^

Renung2kan..
Sekian,Wassalam...

Sunday, 23 June 2013

NISFU SYAABAN 2013!

Assalammualaikum w.b.t.

Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013:

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.



Salam Nisfu Syaaban ye buat para blogger sekalian..Yaya xsempat nak buat entri..sempat copy paste je..huuuu..jum...kita bgun tengah malam nanti..dan bpuasa pada esok hari..! ^_^ InsyaAllah..sama2 kita tambah amalan ye..semoga diterima Allah SWT.. amin.=)

p/s: lagi setengah bulan nak menyambut ramadhan..xsabar.! ^,^

Sekian,Wassalam...


Friday, 21 June 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM!

Assalammualaikum w.b.t.

Untuk pertama kalinya 'sign-in' blog ni kat office..huuu semata nak update pasal karnival yag dianjurkan oleh IKIM.FM ni..














Bukan nak update apa sangat la..KARNIVAL ni sudah pun bermula hari ni dan akan berakhir hari Ahad bersamaan dengan 14 Syaaban 1434h atau 23 Jun 2013..hehe (nak jugak..;p) Sebelum ni selalu dengar kat radio je tentang kemeriahan KARNIVAL yang dianjurkan oleh IKIM.FM ni..harap sangat dorang buat kat area Klang ni...

Dan akhirnya, termakbul jugak harapan..ngeee =D suke sangat...TAPIIIIII yang sedihnya..Yaya xdapat nak p...(itu cerita sebenarnyer....sob sob.. =< ) Sebab hari ni kerja..lepas tu kan..lepas tu kan...(ewah ngader tol bunyinyer..;p) Sabtu dengan Ahad ada kenduri dekt rumah saudara dekat..lau kenduri dibuat dirumah saudara dekat ni kenalah tolong apa yang patut..dah tu kenala seharian kat sana..seriusly harap akan ada masa untuk pergi KARNIVAL MAHABBAH dekat Shah Alam ni.. =( banyak aktiviti menarik..dah tu boleh dengar ceramah..itu yang paling best..

Ada retis jugeeee...^_^













Semua program dari hari ni sampai Ahad best2..tapi lagi best hari Ahad..Suka dengar ceramah motivasi PESONA D'ZAHRA yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah..sangat beshh..selalu dengar kat radio je ceramah motivasi dia tu..umm..

Pada yang berada berhampiran tu ada kelapangan hari ni atau Sabtu dan Ahad ni, boleh la pergi Karnival tu..ada banyak jugak jualan2 menarik kat sana..rugi rasenya Yaya lau xdapat pergi sana..hmmmm (berharap sangat boleh pergi..) banyak ilmu boleh dapat kalau pergi sana, dengar ceramah motivasi.. ^_^ heeee

Itu saja update Yaya..cuma nak menyatakan keKUCHEWAAN kerana berkemungkinan besar xdapat join KARNIVAL MAHABBAH yang ditunggu2 selama ni..(cewahh..lama la sgt..) harap dorang akan buat lagi..um! (berharap!)

Sekian,Wassalam =)

Thursday, 20 June 2013

RENUNGAN : ISTIGHFAR!

Assalammualaikum w.b.t.







Sentiasalah muhasabah diri..banyakkan ISTIGHFAR, menginsafi diri yang sentiasa, setiap hari melakukan dosa tanpa kita sedari..Sesungguhnya, seluruh anggota tubuh badan kita akan menjadi SAKSI setiap perbuatan yang kita lakukan..jadi, berhati-hatilah ye..jangan sampai menzalimi diri sendiri dengan melakukan perkara dosa, maksiat dan perkara yang tidak mendatangkan faedah...

p/s: peringatan untuk diri sendiri juga..
Sekian,Wassalam =)

Friday, 14 June 2013

BUAT KAUM ADAM & HAWA....

Assalammualaikum w.b.t.


Pesan Rasulullah SAW Buat Kaum ADAM
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH,dan yang HANANAH,dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH".

1) Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.

3) Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah: banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli


Pesanan Rasulullah SAW Terhadap WANITA

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya
Renung2kan...peringatan buat diri sendiri juga.. =)
Mudah2an bermanfaat..

Sekian,Wassalam ^_^

Thursday, 13 June 2013

RENUNGAN : TIPS MURAH REZEKI

Assalammualaikum w.b.t.


InsyaAllah..sama2la kita amalkan ye..jangan lupa juga SOLAT DHUHA jika berkesempatan ^_^ semoga ALLAH SWT melimpahkan rezki pada kita semua..amin =)

Sekian,Wassalam..

Monday, 10 June 2013

SELAMAT DATANG SYA'ABAN

Assalammualaikum w.b.t

Ramai antara kita sering melupakan bulan antara Rejab dengan Ramadhan ni..iaitu bulan Syaaban.. Alhamdulillah..hari ni sudah masuk 1 Syaaban 1434h..kita masih lagi diberi peluang untuk menyambutnya.. Mudah2an Allah SWT memanjangkan umur kita hingga dapat menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Amin..=)
Yaya kurang ada masa untuk melawat dan update entri sekarang..ni pun curi masa update entri jap untuk wish semua blogger SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN...Masa yang diberi ni jangan disia2kan ye..mudah2an dapat menambah lagi amalan dan mendapat keberkatan dari-NYA.. InsyaAllah =)



Sentiasa perbaiki amalan dan niat kita...semoga Allah SWT menyempurnakan segala yang kekurangan..jangan pernah putus harapan, doa dan rahmat dari-NYA..Allah sentiasa bersama kita. Jangan pernah melupakanNYA jika tidak mahu DIA melupakan kita..

Semoga bertambah amalan dibulan barakah ni..=)
Sekian,Wassalam =)

p/s:da ganti pose lepas2 lummmm????haaa 

Wednesday, 5 June 2013

ISRA' & MI'RAJ

Assalammualaikum w.b.t.

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dariMekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.

Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem Baitul Maqdis di Israel Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis.

Selepas peristiwa ini , semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w.serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi. 
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain. 
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Semoga kita para hamba-NYA dan umat Nabi Muhammad saw dapat mengambil banyak pengajaran dan ikhtibar dari peristiwa Isra' dan Mi'raj ni. Wallahua'lam.

Sekian,Wassalam..

p/s: segala info dicopy dari wikipedia.Andai tersalah,tersilap,,mohon tegur.

Tuesday, 4 June 2013

UBI OHH UBI!

Assalammualaikum w.b.t.


Ada banyak jenis ubi sebenarnya,..UBI KENTANG, UBI KELEDEK, UBI KAYU, UBI BIT dan lain2 yang ada. Tapi kali ni, Yaya nak FOKUS pada UBI KELEDEK sebab apa? Sebab sekarang UBI KELEDEK pula da jadi makanan FEVRET Yaya kali ni..hehe..mesti ada yang da dapat 'tangkap' kalo Yaya suka makan sesuatu ni mesti ada sebab. Mestila sebab banyak kebaikan pada makanan tu..terutama sangat sesuai untuk orang yang menjaga DIET!

Ubi Keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

Ubi Keledek merupakan sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah

Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

Kandungan Vitamin D dlm ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid. 

Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mencukupi serta memainkan peranan yang penting dlm badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang. 

Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

Mula terpikat dengan ubi keledek ni masa 1st time beli n rase kt AEON JUSCO..sekali rase sgt nyummy! terus search ttg kebaikan ubi keledek lam internet..hehe ;p Yaya da jadikan ubi keledek ni sebagai salah satu dari menu diet Yaya sekarang..hehe.. j0mm..sesapa yang belum rasa lg dan masukkan ubi ni dalam menu diet harian korang, cer la try..sangat sedappp..tapi mesti REBUS atau BAKAR je tau..baru lah DIET SIHAT! ^,^

Sekian,Wassalam =)

Popular Posts