Tuesday, 4 June 2013

UBI OHH UBI!

Assalammualaikum w.b.t.


Ada banyak jenis ubi sebenarnya,..UBI KENTANG, UBI KELEDEK, UBI KAYU, UBI BIT dan lain2 yang ada. Tapi kali ni, Yaya nak FOKUS pada UBI KELEDEK sebab apa? Sebab sekarang UBI KELEDEK pula da jadi makanan FEVRET Yaya kali ni..hehe..mesti ada yang da dapat 'tangkap' kalo Yaya suka makan sesuatu ni mesti ada sebab. Mestila sebab banyak kebaikan pada makanan tu..terutama sangat sesuai untuk orang yang menjaga DIET!

Ubi Keledek mengandungi vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

Ubi Keledek merupakan sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah

Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

Kandungan Vitamin D dlm ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid. 

Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mencukupi serta memainkan peranan yang penting dlm badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang. 

Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

Mula terpikat dengan ubi keledek ni masa 1st time beli n rase kt AEON JUSCO..sekali rase sgt nyummy! terus search ttg kebaikan ubi keledek lam internet..hehe ;p Yaya da jadikan ubi keledek ni sebagai salah satu dari menu diet Yaya sekarang..hehe.. j0mm..sesapa yang belum rasa lg dan masukkan ubi ni dalam menu diet harian korang, cer la try..sangat sedappp..tapi mesti REBUS atau BAKAR je tau..baru lah DIET SIHAT! ^,^

Sekian,Wassalam =)

30 comments:

  1. wah baguslah :)
    kena letak dalam menu jugak ni hihi

    ReplyDelete
  2. saya pun suka ubi kledek..xsngka byk khasiat dia..:) tq sharing..btw..nma kita sama le..eheehhe..im yaya too..^^

    ReplyDelete
  3. ubi keledek kalau bakar panas2 sedap taw!

    ReplyDelete
  4. urmm... sedapnya ubi..even just "Ubi"..rasa lapaq tetibe =p

    ReplyDelete
  5. sekali sekala makan ubi keledek leh la..kalau hari-hari makan..jemu juga..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lau yaya xde rasa jemu..ikut org jgk kan cik puteri ^_^

      Delete
  6. disini jadi makanan pengganti makanan pokok loh

    ReplyDelete
  7. tak tinggi karbohidrat sama macam makan nasi ke dear? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubi ni dia boleh melambatkan percernaan dlm perut dan ia boleh mgurangkan rasa lapar pd bdn kita.tgi kbhdrt dgn nasi tu umm kurng pasti la cik nad..tp yaya xde kate lau diet xboleh makan nasi.. ^_^ tapi ubi lebih baik khasiat dan rendah kalori bbnding nasi..kenyang p0n knyg..hehe..bg yaya la..tgok org jgk =)

      Delete
  8. salam cik yaya..
    tetiba tersa nak makan pula bila tgok ubi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      rasala cik anna..sedapp ^_^

      Delete
  9. Salam.

    Yaya, kalau balik kampung, opah kita salu rebus ubi keledek..tpi untuk dia makan sendiri..takda gigi dah kan,hehehe

    Tapi kalau dirumah,biasa makan ubi kayu :)

    Selama ni, taktau pun ubi keledek bnyk B6, salu amik je vitamin B+ tu,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      ubi kayu yaya xbpe suka sgt...hehe tu la bnyk khasiat nyer ni =)

      Delete
  10. assalam,

    sekali2 makan ubi keledek sedap jugakkan...kat cina sana kalu musim sejuk dorang makan kledek..kalu bunda suka makan kledek rebus cicah ngn gula...mmg cpt kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..
      bunda try ubi keledek Jepun..sedap,manis..xpyh cicah gula..^_^

      Delete
  11. ubi keledek manis kan? sedap kalo goreng. lagi satu ada kaler purple kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling sedap ubi keledek jepun..sihat kalau drebus atau bakar je cik na..goreng da lain da..huhu

      Delete
  12. perkongsian yang bagus juga ni....

    ReplyDelete
  13. faveret dari kecik2 lagi ni.. hehe.. kalau kitorg, ubi keledek ni dipanggil keribang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. keribang?hehe pngln sarawak ke? ^_^

      Delete

Popular Posts

BLOGLIST SEPTEMBER 2016